Pada perlawanan ini Irfan Bakti telah menurunkan kesebelasan yang berbeza sewaktu tewas kepada Perak tempoh hari. Mengunakan formasi 4-1-4-1, nampaknya corak permainan kali ini lebih mantap dan berkesan dari segi kawalan bola, menyerang dan bertahan.
Meninggalkan Amri Yahya, Razman Roslan dan Norazlan dibangku simpanan telah memberi barisan baru yang lebih bersemangat terutamanya dibahagian tengah. Gandingan Gurusamy, Azidan dan Safiq Rahim telah menunjukan persefahaman yang baik dalam mengemudi pasukan Selangor.
Gol pertama Selangor hadir melalui Azidan pada minit ke-37 selepas memanfaatkan bola muntah hasil percubaan Amirulhadi yang gagal ditangkap kemas penjaga gol Felda United Hamsani Ahmad. Walaubagaimanapun bekas pemain Selangor Farderin Kadir berjaya menyamakan kedudukan melalui sepakan percuma yang juga gagal diselamatkan oleh Geevanathan pada masa tambahan separuh masa pertama.
Azidan muncul menjadi wira Selangor apabila berjaya membuatkan tandukan terbangnya untuk menanduk masuk menjadikan kedudukan 2-1 pada minit ke 48. Tetapi selepas itu, tiba-tiba sahaja pasukan Selangor sudah hilang selera untuk mengawal permainan dengan membiarkan pemain-pemain Felda United pula membuat serangan. Dengan keberkesanan pertahanan dan bantuan pemain-pemain tengah, Selangor berjaya juga mempertahankan keputusan 2-1 ini hingga tamat perlawanan.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !