Pejam celik, pejam celik tak sangka pula sekejap benar masa berputar. Rasanya masih lagi muda remaja tetapi rupanya dah tua bangka. hehehehe. Hari ini 15 Mei 2012 genap usia SG 33 tahun. Berkali-kali SG cuba mengira betul ke SG ni dah setua ini. Aduhai, berat sungguh mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Bukanlah disini SG tak boleh nak terima kenyataan dengan angka 33 tu, tetapi bila kehidupan seharian kita ni sentiasa dipenuhkan masa dengan aktiviti, sudah pastinya sesuatu yang dianggap remeh pasti dilupakan. Kalaulah wife tak bagi kiss sambil wish bestday masa nak pergi kerja malam tadi, rasanya memang terlupa kot hari ni hari lahir SG. Thanks my wife.
Tapi yang meletihkannya diawal-awal hari ini, macam-macam pula telah berlaku. Opis tetiba saja black out pagi-pagi buta. Puaslah nak hidupkan generator, tapi genarator pun rosak. Dah ler demam yang SG alami ni belum pulih sepenuhnya, broadband pun nak buat hal. Dah tu tayar motor pancit. Puas pagi pusing-pusing 3 kampung cari workshop yang buka. Bila buka, tiub pula tak ada. 1 jam lebih barulah settle masalah motor dan boleh balik rumah. Aduhai, dugaan diawal pagi ulangtahunku. Tapi Alhamdulillah, semuanya dapat diselesaikan dengan jayanya.
Bila buka FB, dah bersepah sahabat-sahabat mengucapkan selamat kat SG. Terima kasihlah diatas kesudian dan perihatinnya terhadap diri SG ni. Mana-mana yang sempat reply, ok ler. Tapi kalau tak reply tu, janganlah marah yer. So tiada apa plan pun untuk hari ni. Siang wife kerja & anak pun sekolah. So nak celebrate pun, nanti-nantilah. Mungkin minggu hadapan sekali celebrate dengan birthday wife pada 21 haribulan nanti. Kalau nak buat asing-asing kang muak pulak nak makan kek dalam masa seminggu ni. So jimat kos dan masa sudah pastinya dibuat sekali saja.
Apapun dengan umur 33 tahun ni, walaupun dan tua tetapi SG tetap juga macam dulu. Jiwa mesti sentiasa muda. Barulah awet muda namanya. Tetapi tak semestinya bila berjiwa muda, terlupa pula yang pintu kubur tu sentiasa melambai-lambai. Jadi walaupun jiwa ini muda, fikiran mestilah matang setaraf dengan usia yang dah dilalui ini. Semoga dengan pertambahan usia SG ni Allah akan memanjangkan usia dan memberi lebih rezeki serta keberkatan dalam kehidupan SG sekeluarga. Semoga SG terus tabah utuk menghadapi kehidupan yang mendatang ini...
p/s: Terlupa pula. Happy besday ke 38 tahun khas untuk SJ merangkap kakak kesayanganku. Besday beliau adalah semalam 14 Mei. Selang sehari saja dari SG. Kalau dulu zaman bujang trang tang tang, ada juga ler sambut sama-sama. Ni masing-masing ada keluarga sendiri so, susah ler nak join sekali. Semoga Allah melimpahi rezeki yang melimpah ruah dan panjang umur keatas SJ yer..muahhahahha
Home »
aktivitiku
» 33 tahun. Sudah tuakah aku ini?
33 tahun. Sudah tuakah aku ini?
Written By Unknown on Tuesday, May 15, 2012 | 05:56
Labels:
aktivitiku
da tua da...ank pon da skolah hehehehe
ReplyDeleteho happy birthday bro..... tak per semua orang tua...brad pit yg handsome dulu pon dah berkedut skang, yang penting....
ReplyDeletehidup kene berkat
semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki ......