Headlines News :
.
Home » , , , » Misi pencarian pengganti King Dalglish

Misi pencarian pengganti King Dalglish

Written By Unknown on Friday, May 18, 2012 | 07:22

Dalam masa dua musim ini, Liverpool seolah-olah sudah boleh disamakan seperti kelab-kelab jutawan yang sering bertukar jawatan pengurus dalam menepati citarasa pemilik kelab. Selepas pemecatan Rafa Banitez pada penghujung musim 2009/2010, Liverpool terus bermasalah dalam pencarian pengurus yang benar-benar berkualiti serta boleh membuat perancangan terkini dalam dunia bolasepak moden.

Roy Hodgson dan lagenda Liverpool sendiri Kenny Dalglish adalah antara dua orang yang menjadi mangsa keadaan setelah dipecat dari jawatan panas ini akibat sumbangan mereka yang jauh tersasar dari apa yang diharapkan. Dalam situasi ini Dalglish sememangnya tidaklah boleh nak persalahkan berdasarkan dia sebenarnya bukanlah dianggap sebagai pengurus bolasepak moden kerana sewaktu menerima lamaran mengejut FSG dulu, sudah lebih 10 tahun tidak memerah otak dalam bidang mengurus. Jadi sekiranya beliau diberi kepercayaan serta ruang yang lebih lama untuk mengurus, berkemungkina beliau akan berjaya melakukannya. 

Berlainan pula dengan situasi Roy Hodgson. Sewaktu pemilihan, beliau yang telah memenangi League Managers Association Awards (LMA Manager Of The Year) dan membawa Fulham menjadi naib juara Liga Eropah selepas tewas kepada Atletico Madrid pada tahun 2010 sememangnya boleh dianggap pemilihannya betul. Malangnya entah dimana silapnya, beliau gagal untuk memberi impak besar kepada Liverpool malah meletakkannya di zon merbahaya liga. Begitulah nasibnya dengan Roy Hodgson, walaupun berpengalaman luas dalam bidang pengurusan tapi tetap tidak berjaya memberi sesuatu yang istimewa.

Kini pencarian jawatan panas Liverpool ini kembali hangat diperkatakan diseluruh dunia. Banyak spekulasi meletakkan nama-nama besar dalam bolasepak eropah menjadi tajuk utama untuk dikaitkan dengan pemilihan ini. Mencari yang bertepatan dengan segala aspek sememangnya amat sukar. Ini kerana pengurus bukanlah tuhan yang boleh membuat semuanya 100% berjaya. Tetapi perlulah ditekankan bahawa ciri-ciri pengurus yang pernah membawa kelab-kelabnya menjuarai piala terutamanya kejohanan Eropah dalam masa sedekat ini adalah contoh yang terbaik. Bertepatan dengan kehendak FSG yang mahukan pengurus yang mampu untuk membangunkan Liverpool dalam jangkamasa panjang dan tidak bersikap seperti yoyo. Bijak dalam mencungkil bakat-bakat baru untuk digilap menjadi bintang dari akademi sendiri sudah pastinya satu bonus untuk pasukan dari terus sentiasa mengeluakan dana yang besar untuk membeli pemain bertaraf bintang. Dipendekkan cerita, tua biarlah aggresif dan muda biarlah berpengalaman.

Berikut adalah antara nama-nama yang sudah menjadi sebutan sepanas pisang goreng dilaman-laman web dan sosial. 

ROBERTO MARTINEZ - Wigan Athletic
Antara jurulatih muda yang mula mengukir nama dipentas bolasepak dunia. Beliau yang berumur 38 tahun adalah berasal dari Sepanyol. Ketika ini beliau adalah nama utama yang dikaitkan dengan Liverpool. Dari segi pengalaman, beliau masih lagi kurang dan berada terlalu jauh untuk dibandingkan dengan jurulatih muda yang lain. Mula berjinak-jinak untuk mengurus pada tahun 2007 dan telah membimbing pasukan Swansea City sehingga tahun 2009 sebelum menjadi pengurus Wigan sehingga kini. Jika diukur dari pengalamannya itu, beliau sebenarnya masih lagi kurang stabil dalam mengurus sesebuah pasukan besar. Bukan sahaja tiada sebarang piala yang boleh dibanggakan malah, malah prestasi yoyo yang ditunjukkan oleh pasukan bimbingannya juga menjadi kerisauan peminat Liverpool yang kurang berkenan jika beliau dipilih.



RAFAEL BENITEZ - (Tiada kelab - Free)
Siapa tidak kenal Rafael Benitez. Beliau adalah nama yang disebut-sebut peminat Liverpool untuk mengisi jawatan ini. Tak perlulah saya nak ceritakan apa kejayaan yang telah diperolehi olehnya. Anda sendiri sudah mengetahui dengan keupayaannya membimbing Liverpool sejak musim 2004-2010. Sedikit kelemahannya, beliau kurang sedikit dalam mencungkil bakat-bakat muda dari akademi Liverpool. Lebih banyak memberikan alasan dana yang kurang cukup apabila gagal untuk memberi impak terbaik kepada pasukan. Tetapi yang paling terbaik, kuasanya dipentas Eropah sememangnya kita rindukan. Boleh ke Rafa diterima oleh FSG.



ANDRE VILLAS-BOAS (AVB) - (Tiada kelab - Free)
AVB juga adalah antara jurulatih yang dikategorikan berjaya dan mampu untuk memberi persaingan terutamanya dalam kejohanan Eropah. Bekas anak didik Jose Mourinho yang berumur 34 tahun ini, telah berjaya memenangi kejuaraan tempatan dan liga Eropah sewaktu mengendalikan Porto. Tetapi seperti ada pemboikotan oleh pemain, beliau gagal menyerlah di Chelsea pada musim ini. Jika konsep jurulatih muda dan berkebolehan yang diinginkan oleh FSG, dialah calon yang layak seperti yang perkatakan oleh lagenda Liverpool John Barnes.



PEP GUARDIOLA - (Tiada Kelab - Free)
Berumur 41 tahun. Pep juga dilihat sesuai untuk meletakkan Liverpool kembali keasal. Walaupun kejayaannya di Barcelona disebabkan sudah adanya pemain-pemain bintang dari peninggalan Frank Rijkaard, tetapi beliau telah juga menyelitkan muka-muka baru serta berjaya untuk mengendalikan Barcelona menjadi kelab bolasepak no. 1 didunia. Mungkin pengalamannya dipentas Eropah dapat membantu Liverpool untuk kembali beraksi di Eropah dan juga kembali bertahta di EPL.



BRANDEN RODGERS - (Swansea City)
Pengurus Swansea City ini bukanlah antara nama besar yang boleh dibanggakan. Walaupun beliau mampu membawa Swansea untuk bermain di EPL pada musim 2011/2012 ini dan berjaya mengekalkannya, tetapi pengalamannya di Eropah amatlah terbatas. Corak permainan bertahan yang diperkenalkan juga akan membuatkan kita boleh menyamakannya seperti era Roy Hodgson.



PAUL LAMBERT - (Norwich City)
Beliau yang berumur 42 tahun nampaknya sedikit berpengalaman lebih dari Branden Rodgers. Walaupun beliau sama seperti Rodgers berjaya membawa Norwich untuk bermain di EPL musim ini, Tetapi jika dilihat prestasi Norwich juga sama sepeti Swansea. Jadi dipendekkan cerita prestasi Rodgers dan Lambert ini boleh dikatakan sama sahaja.



MARTIN O'NEILL - (Sunderland)
Selain Rafa, O'Neill adalah pengurus pilhan hati saya sejak Rafa dipecat dari Liverpool lagi. Gya sempoi yang boleh mengguna pakai pemain-pemain cikai untuk menjadi ternama memang mendapat pujian. Tanpa dana yang besar pun beliau berjaya mengemudi pasukannya menjadi pencabar dalam EPL. Tidakkah anda kenal James Milner, Gareth Barry, Ashley Young, dan Stewart Downing yang mencipta nama di Aston Villa hasil didikan beliau. Pengalamannya menjuarai liga Scotland ketika mengurus Celtic sedikit sebanyak membantunya untuk menjadi pengurus yang disegani. 



FRANK RIJKAARD - (Arab Saudi)
Prestasi bekas lagenda Belanda ini sebenarnya sukar juga untuk diramal. Bersifat seperti yoyo, beliau sering berpindah-pindah kelab untuk mengurus. Mungkin disebabkan kejayaannya membawa Barcelona menjadi ternama membuatkan beliau mula mendapat perhatian. Beliau jugalah yang telah berjaya membawa nama-nama besar di Barcelona sebelum melepaskannya kepada Pep. Tetapi kini nama beliau sedikit tenggelam akibat kerana telah mengurus pasukan Arab Saudi.



ALAN PARDEW - Newcastle United
Tak taulah kenapa Liverpool ni minat sangat mamat dari Newcastle ini. Dari Carroll dan Jose Enrique, Alan Pardew juga dikaitkan untuk ke Liverpool. Dari pandangan saya pengalamannya boleh diguna pakai. Byangkan dengan pemain-pemain cap ayam, mereka mampu menduduki tangga ke 5 pada musim ini. Bijak membeli pemain yang berharga murah tetapi berkualiti setaraf bintang. Tidakkah ia dinamakan pengurusan yang bijak.


Hanya ini sajalah nama-nama yang mampu untuk di kongsikan dalam isu panas pemilihan pengurus Liverpool ini. Kalau nak dikira memang ramai lagi yang terjebak, tetapi yang paling hangatnya sudah pastilah Roberto Martinez yang nampaknya semakin hampir ke Liverpool. Harap jangan dia menjadi Roy Hodgson kedua sudah ler. huhuhu. So antara nama-nama diatas siapakah pilihan anda. Saya sudah tentulah Rafa Banitez dan Martin O'Neill. Anda bagaimana?


Share this article :

4 comments:

  1. NAK RAFAEL BENITEZ :)

    ReplyDelete
  2. siapa saja diatas kecuali ROBERTO MARTINEZ,BRANDEN RODGERS dan PAUL LAMBERT ini patutnya langsong tak der dalam list...

    ReplyDelete
  3. kalau nak menang league 1st season pun kenalah pengurus yang ada reputasi ni, kalau FSG nak lantik nama seperti Martinez, Rodgers dll mungkin mereka fikir jangka panjang kot.

    bro, ni email aku wan.gerrard[at]gmail.com
    kalau x guna blogspot boleh jd admin ke?

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger