Design yang cukup klasik dimana jersey kali ni yang mempunyai kolar mengamit kenangan kita pada jersey yang lalu dizaman Carlsberg menjadi penaja utama. Apa yang menariknya Logo pada jersey berkenaan telah ditukar dari logo rasmi Liverpool kepada logo Liverbird yang tertera perkataan LFC. Dibahagaian belakang jersey berkenaan pula telah diletakkan JFT 96 bagi memperingati dan menghormati tragedi yang sungguh menyayatkan hati seluruh peminat Liverpool.
Secara keseluruhannya SG sebagai peminat setia pasukan Liverpool ini, amat tertarik dan teruja serta tidak sabar-sabar lagi untuk memilikinya sekeluarga. Dengan pelancaran ini maka sedikit sebanyak telah menutup mulut-mulut pengkritik yang menyatakan Warrior adalah brand cap ayam dan designnya sudah tentulah mengarut-ngarut. Akhirnya bertambah-tambahlah lagi perasaan dengki yang bakal menjelma dari pengkritik-pengkritik terutamanya pasukan lawan yang sentiasa anti dengan kemajuan yang diperolehi oleh Liverpool.
Jadi apalagi, siapa yang rasa-rasa mampu bolehlah membeli secara online di StoreLFC dimana tempahan telah pun dibuka. Selain itu juga kepada mereka yang terawal membuat tempahan akan mendapat t shirt percuma selagi stock masih ada. Bagi yang tak mampu, jangan risau. Ini kerana pasaran Padang Besar, Rantau Panjang dang Pengkalan Kubur pasti akan menyediakan jersey idaman anda ini dengan kualiti yang agak baik juga untuk dipakai. Seboleh-bolehnya maukan yang lebih kualiti dan berpuas hati, dapatkanlah yang original ye..
Anda boleh layari Website Warrior football untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai kit kelengkapan Liverpool dimasa akan datang.
Special Thanks :
Elizabeth Wu
Account Coordinator : Racepoint Group Asia
-PR Agency (Warrior)
p/s: Kalau nak beli yang ori, sekeluarga mau lebih RM1K. Kalau Padang Besar pula RM1K boleh dapat 20 pasang. Emmmm... renung-renungkan ler yer. Bukan satu jersey pula tu nak beli, mau ketiga-tiga design nak gak dijadikan koleksi. adoiiii....
tggu away nyer jersi
ReplyDeleteDi Danok masih belum ada lagi...di Padang Besar dah ada,cuma xtergamak nak pakai...nampak sangat celupnye,kualiti pun low...
ReplyDeletepadang besar punya gred AAA ok kot..
ReplyDeletemmg cap ayam. tgk muka gerrard pun da tau dia kecewa. ape nak buat. team pun da xleh blah
ReplyDeletejersi original la bro.. apa barang AAA. heheh.
ReplyDelete