Headlines News :
.

Undian Suku Akhir Carling Cup 11/12 - Chelsea VS Liverpool

Written By Unknown on Sunday, October 30, 2011 | 17:33


Semalam telah dilangsungkan undian bagi pusingan suku akhir piala Carling 11/12. Secara rasminya dalam undian tersebut Liverpool telah diundi untuk bertemu Chelsea di Stamford Bridge. Untuk pengetahuan, sejak pusingan kedua sehingga ini, Liverpool terpaksa untuk bermain di stadium lawan setelah nama Anfield gagal mendapat cabutan bertuah.

Perlawanan ini dijangka akan dilangsungkan pada minggu terakhir bulan November iaitu ini diantara 29 dan 30 November 2011. Nampaknya pada bulan November ini, Liverpool akan bertandang ke Stamford Bridge sebanyak 2 kali dimana sebelum perlawanan ini iaitu 20/11/2011 perlawanan liga ke 12 akan dilangsung. Diharap pada kedua2 perlawanan di Stamford Bridge ini, Liverpool dapat meruntuhkan keangkuhan jambatan buruk....

Berikut adalah keputusan undian lain2 pasukan.
  • Arsenal VS Manchester City 
  • Manchester United VS Cristal Palace
  • Chelsea VS Liverpool
  • Cardiff VS Blackburn

Game 10 BPL 11/12 - WBA 0-2 Liverpool

Amanah yang diberikan kepada Kapten Reina untuk mengemudi barisan skuad Liverpool sememangnya dilakukan dengan baik sekali. Mengerah tenaga barisan pertahanan untuk mempertahankan kubu dari dibolosi adalah sesuatu kejayaan mereka dalam memperbaiki kelemahan.

Berbekalkan semangat kemenangan keatas Stoke tempoh hari telah membawa sekali lagi kejayaan setelah berjaya menundukkan West Brom 2-0 di The Hawthorns Stadium. Walaupun pada kali ini, tidak banyak serangan dihadapan gol yang berjaya dilakukan, tetapi pemain2 kita berjaya menyempurnakan peluang yang terhidang.


Gol pertama hasil dari sepakan penalti Charlie Adam setelah Suarez dijatuhkan dikawasan kotak penalti. Sebenarnya sewaktu Suarez dijatuhkan, pengadil tidak mengendahkannya tetapi penjaga garisan telah mengangkat bendera mengatakan bahawa Suarez benar2 dikasari.

Gol kedua pula hadir hasil jaringan Carroll yang mendapat  hantaran dari Suarez hanya berhadapan dengan Foster sebelum menguis masuk bola tersebut. Apa yang malang malam tadi, Suarez pula gagal untuk meneruskan ketajaman penyudahnya apabila gagal untuk menyudahkan beberapa peluang terbaiknya.


Apapun tahniah untuk pasukan Liverpool. Selepas ini pasukan kita akan bertemu Swansea dan diharap seminggu ini akan digunakan sebaik mungkin sebelum bertemunya pasukan terbabit. YNWA


Scoring Summary

West Bromwich Albion Liverpool
 Charlie Adam (pen 9')
 Andrew Carroll (45')

Teams

West Bromwich Albion Liverpool
Ben Foster25 Pepe Reina
Jonas OlssonDaniel Agger
23 Gareth McAuley37 Martin Skrtel
28 Billy JonesJosรฉ Enrique
12 Steven ReidGlen Johnson
21 Youssuf Mulumbu26 Charlie Adam
33 Paul Scharner21 Lucas
14 Jerome Thomas19 Stewart Downing
11 Chris Brunt14 Jordan Henderson
24 Peter OdemwingieAndrew Carroll
Somen TchoyiLuis Suรกrez
Substitutes
20 Nicky ShoreyCraig Bellamy 39
22 Zoltan GeraDirk Kuyt 18
James MorrisonJohn Flanagan 38
13 Marton FulopMaxi Rodrรญguez 11
17 Graham DorransDoni 32
25 Craig DawsonJay Spearing 20
31 Simon CoxSebastiรกn Coates 16
Substitutions
James Morrison for Paul Scharner (58)Craig Bellamy for Luis Suรกrez (82)
Graham Dorrans for Youssuf Mulumbu (63) 
Simon Cox for Somen Tchoyi (71) 
Yellow Cards
Jonas Olsson (35) 
· Squads: West Bromwich Albion | Liverpool

Preview : Game 10 BPL 11/12 - WBA VS Liverpool

Written By Unknown on Saturday, October 29, 2011 | 08:01

Tengah malam nanti, pasukan Liverpool kita akan berkunjung ke The Hawthorns Stadium untuk bertemu anak buah bekas pengurus kita Roy Hodgson. West Brom Albion atau singkatannya WBA adalah salah satu pasukan yang ketika ini sedang bergelut menghadapi prestasi yang tidak menentu.

Harus diingat, itu bukanlah suatu petanda Liverpool boleh meratah pasukan ini. Walaupun ramai mengetahui bahawa tektikal Pakcik Roy ini langsung tak boleh pakai, tetapi apa pun boleh berlaku dalam perlawanan bola sepak. Bayangkan ketika Dalglish membimbing skuad Liverpool menentang skuad Pakcik Roy ini di penghujung musim lalu. Liverpool tewas di gelanggang ini dengan 2-1. Mungkin ada peminat2 yang berkata," saja je tu, nak bagi nampak bahawa ketika Liverpool jatuh dibawahnya bukan dari masalah Roy Hodgson, tetapi dari pemain". Adakah kita boleh terima alasan sedemikian.

Kemenangan tempoh hari ke atas Stoke di kejohanan Carling Cup bukanlah ukuran bahawa skuad Liverpool sudah benar2 bagus. Masih banyak lagi yang perlu diperbaiki. Walaupun ketika ini kita berpuas hati dari segi penguasaan permainan dan mendominasikan serangan, tetapi sebenarnya kita masih lagi tumpul untuk menembusi gawang lawan.  Kegagalan pemain2 Liverpool untuk menyempurnakan peluang amatlah dikesali. Begitu juga dengan bahagian pertahanan yang kerap kali membuat kesilapan untuk memberi ruang pihak lawan menjaringkan gol. Tidak gunanya menguasai perlawanan sekiranya kedua2 aspek ini, tidak di ambil perhatian penuh oleh Dalglish.

Liverpool kemungkinan besar akan kehilangan Suarez pada malam nanti. Beliau yang nampak cedera semasa dikeluarkan ketika perlawanan bertemu Stoke tempoh hari, hanya akan diputuskan kecergasan beliau pada hari ini. Tetapi Liverpool mempunyai pilihan yang banyak. Samaada mengandingkan Carroll bersama Kuyt ataupun Gerrard sebagai backup penyerang berkemungkinan akan diguna pakai. Apapun kita berharap, kejadian gagal memungut 3 mata penuh dalam 2 perlawanan liga yang lalu tidak akan berulang kembali. Hanya memanfaatkan peluang yang terhidang sahaja akan memberi kemenangan mutlak kepada Liverpool. YNWA..

Saksikan Siaran Langsung perlawanan ini di:
Channel : ASTRO SuperSport 3 (817)
Tarikh : 30/10/2011 (Tengah malam Sabtu)
Waktu : 12:30 Pagi.

Round 4 Carling Cup 11/12 - Stoke City 1-2 Liverpool

Written By Unknown on Thursday, October 27, 2011 | 14:11

Misi menghapuskan badi di Britannia Stadium akhirnya berjaya juga. Dalam aksi yang mendebarkan, Liverpool berjaya juga menamatkan perlawanan pagi dengan kemenangan  setelah menewaskan Stoke City 1-2.

Luis Suarez menjadi wira Liverpool apabila menyumbat dua gol pada separuh masa kedua menafikan gol awal Kenwyne Jones untuk memberi kemenangan mutlak mara kepusingan seterusnya. Seperti yang kita ketahui, Suarez sebelum ini agak tenggelam akibat kebuntuan untuk menjaringkan gol tetapi pagi tadi beliau telah membuktikan bahawa sentuhan beliau masih lagi berbisa.


Mengunakan formasi 4-2-3-1 Dalglish telah merehatkan pemain2 utamanya seperti Enrique, Adam, Gerrard dan Downing untuk memberi peluang kepada Spearing, Maxi, Henderson, Coates menonjolkan kebolehan mereka. Separuh masa pertama, sememangnya Liverpool mendominasikan permainan dimana banyak peluang yang terhidang tetapi masih juga gagal disempurnakan. Kesilapan Coates yang gagal mengawal kemas Jones, telah memberi padah dengan jaringan awal Stoke.

Separuh masa kedua, Liverpool tiba2 sahaja agak sedikit tengelam. Delap yang sememangnya kaki lap bola sebelum membuat lontaran kedalam banyak kali telah membuat lontaran yang mencemaskan kedalam gawang gol. Tetapi sememangnya perlawanan ini sudah tertulis milik Liverpool, percubaan Suarez diluar petak penalty berjaya memperdayakan Sorensen untuk menyamakan kedudukan. Seakan berakhir perlawanan dengan kedudukan seri, hantaran Henderson tepat ke kepala Suarez yang tidak dikawal untuk mudah menanduk masuk ke gawang gol.


Apa yang sedikit merisaukan kita, kelihatan Suarez terhincut2 ketika keluar padanag untuk digantikan Kuyt. Diharap ia hanya sekadar gimik sahaja untuk melambat2kan masa kerana jika benar ia tercedera ia adalah satu malapetaka buat skuad kita.

Apapun kejayaan ini tidak berakhir disini sahaja. Perjalanan masih jaug lagi untuk diteruskan, kerana untuk pusingan seterusnya ini, sudah pasti kita sekali lagi bakal bertemu skuad2 elit yang juga telah layak. Berwaspada sebarang kemunkinan. YNWA


Scoring Summary

Stoke City Liverpool
Kenwyne Jones (44')Luis Suรกrez (54')
 Luis Suรกrez (85')

Match Stats

Stoke City                      Liverpool
3(0) Shots (on Goal) 10(5)
11 Fouls 5
3 Corner Kicks 5
3 Offsides 5
52% Time of Possession 48%
3 Yellow Cards 1
0 Red Cards 0
7 Saves 2

Teams

Stoke City Liverpool
29 Thomas Sorensen25 Pepe Reina
39 Jonathan Woodgate23 Jamie Carragher
Robert HuthDaniel Agger
17 Ryan Shawcross34 Martin Kelly
30 Ryan Shotton16 Sebastian Coates
Glenn Whelan21 Lucas
24 Rory Delap11 Maximiliano Rodriguez
26 Matthew Etherington20 Jay Spearing
12 Marc Wilson14 Jordan Henderson
19 Jonathan WaltersAndrew Carroll
Kenwyne JonesLuis Suรกrez
Substitutes
27 Carlo NashDoni 32
20 Matthew UpsonFabio Aurelio 6
16 Jermaine PennantJohn Flanagan 38
15 Salif DiaoMartin Skrtel 37
40 Wilson PalaciosCharlie Adam 26
25 Peter CrouchCraig Bellamy 39
33 Cameron JeromeDirk Kuyt 18
Substitutions
Jermaine Pennant for Ryan Shotton (60)Martin Skrtel for Jamie Carragher (46)
Cameron Jerome for Matthew Etherington (64)Craig Bellamy for Maximiliano Rodriguez (82)
Peter Crouch for Kenwyne Jones (88)Dirk Kuyt for Luis Suรกrez (88)
Yellow Cards
Ryan Shawcross (41)Jamie Carragher (21)
Glenn Whelan (56) 
Robert Huth (90) 
· Squads: Stoke City | Liverpool

Preview : Round 4 Carling Cup 11/12 - Stoke VS Liverpool

Written By Unknown on Tuesday, October 25, 2011 | 01:42

Adakah pasukan Liverpool sudah bersedia sepenuhnya menjelang pertemuan dengan pasukan Stoke City dalam kejohanan Carling Cup pada pagi Khamis nanti. Bertandang ke stadium badi (Britannia Stadium) sudah pasti mengingatkan kita perlawanan bulan lalu yang menyebabkan kekalahan pertama di musim ini.

Siapakah pembunuh2 upahan yang bakal diturunkan pada perlawanan ini. Adakah Dalglish akan menggunakan tenaga2 lama dan baru yang sentiasa memanaskan bangku simpanan. Ataupun masih lagi mempercayai skuad yang hanya sekadar mempamerkan aksi menarik tetapi tidak pandai menjaringkan gol. Selama mana lagi kita harus menyalahkan tuah yang tidak menyebelahi Liverpool.

Stoke City pasti gah dengan rekod kemenangan keatas Liverpool di halaman sendiri. Untuk kali ini sekali lagi anak buah Tony Pulis akan cuba mempertahankan rekod tersebut apalagi dalam kejohanan kalah mati ini. Walaupun sebelum ini kita pernah menganggap Carling Cup ini adalah ujian pelapis untuk  menimba pengalaman, tetapi tidak lagi kini. Setelah tidak layak menyertai kejohanan Eropah, kita sudah menjadikan piala ini juga sebagai suatu kewajipan untuk dimenangi.

Apapun kita masih terus mengharap keatas kejayaan Liverpool pada setiap perlawanan. Walaupun ia bukan sesuatu yang mudah, tetapi dengan bintang2 yang ada segalanya pasti berkemungkinan. Seperti yang telah diperkatakan dulu, Dalglish kena bijak menggunakan semua pemain2 yang ada dalam skuadnya. Bolasepak kini adalah bolasepak moden dan bukannya era 90an. Perubahan drastik mesti dilakukan.. Semoga berjaya melangkah kepusingan seterusnya. YNWA

p/s: Semenjak perginya Raul Meireles ke Chelsea, terasa terumbang ambing barisan serangan Liverpool. Bila teringat Meireles, teringat ler pula Xabi Alonso. Luka yang masih meninggalkan parut....

Saksikan Siaran Langsung perlawanan ini di:
Channel : ASTRO SuperSport 3 (817)
Tarikh : 27/10/2011 (Pagi Khamis)
Waktu : 02:40 pagi (MAL)

Kematian Simoncelli - MotoGP Malaysia dibatalkan

Written By Unknown on Sunday, October 23, 2011 | 23:26


Perlumbaan Grand Prix (MotoGP) Malaysia 2011 dibatalkan berikutan kematian pelumba Itali Marco Simoncelli 24 tahun akibat kemalangan pada pusingan kedua di Litar Sepang di sini hari ini. Perlumbaan tersebut dibatalkan oleh penganjur perlumbaan, Sepang International Circuit (SIC) dan Dorna Sports iaitu pemegang hak perlumbaan MotoGP Dunia.

Pengarah Perubatan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), Dr. Michele Macchiagodena mengumumkan kematian Simoncelli pada sidang media di Litar SIC. Katanya, pelumba pasukan San Carlo Honda Gresini itu, yang mengalami kecederaan di bahagian toraks dan perut, meninggal dunia pada pukul 4.56 petang di pusat perubatan SIC di litar berkenaan.

Perlumbaan yang bermula 4 petang itu tersebut tidak diteruskan empat minit kemudian selepas Simoncelli terjatuh dan motosikalnya dirempuh oleh pelumba Yamaha, Colin Edwards dan pelumba Ducati, Valentino Rossi di selekoh ke-11.

Perlumbaan ditangguhkan pada pukul 4.05 petang dan Simoncelli kemudian dibawa dengan ambulans ke pusat perubatan di litar itu. Bagaimanapun, Ewards terselamat daripada kecederaan serius manakala Rossi tidak mengalami kecederaan.

Game 9 BPL 11/12 - Liverpool 1-1 Norwich City

Apa lagi yang harus diperkatakan oleh kita terhadap pasukan kesayangan kita ini. Sekali lagi Liverpool gagal menggunakan kesempatan bermain di gelanggang sendiri apabila hanya sekadar seri 1-1 dengan Norwich City. Disebalik berbelas2 peluang yang gagal disempurnakan, hanya sepakan Bellamy sahaja yang mampu menerjah jaring.

Tiang, Palang dan kehebatan John Rudy menepis segala percubaan pemain kita membuktikan bahawa menguasai perlawanan bukan jaminan untuk menang. Tuah masih lagi tidak menyebelahi Liverpool. Teringat semasa perlawanan menentang Stoke City bulan lalu. Sama cerita dari segi penguasaan permainan tetapi hanya berbeza keputusannya. Sampai bilakah nasib kita berterusan sebegini disaat pasukan2 lain mula mengorak langkah maju kehadapan.

Suarez hilang seri dihadapan gol. Nampak kekecewaannya kerana gagal menyudahkan banyak peluang. Walaupun begitu, kita tetap gembira dengan corak permainan pantas yang ditunjukkan oleh Liverpool. Menggunakan Johnson dan Bellamy dalam kesebelasan utama, semamangnya ia satu percaturan yang amat menarik sekali. Apapun, Dalglish perlu memikirkan sesuatu penyelesaian sebelum pertemuan Carling Cup bertemu Stoke City di Britannia Stadium Rabu nanti.

p/s: Gembira sangat apabila Setan Merah kena lauk 1-6 dihalaman sendiri. Walupun sedikit terkilan akibat Manchester semakin jauh meninggalkan Liverpool, tetapi kekalahan Setan Merah ini sememangnya ditunggu2 oleh semua penyokong pasukan lain. Ambik ko ubat.....


Scoring Summary

Liverpool Norwich City
Craig Bellamy (45')Grant Holt (60')

Match Stats

Liverpool                   Norwich City
29(9) Shots (on Goal) 12(7)
6 Fouls 8
10 Corner Kicks 3
9 Offsides 0
55% Time of Possession 45%
0 Yellow Cards 1
0 Red Cards 0
6 Saves 8

Teams

Liverpool Norwich City
25 Pepe ReinaJohn Ruddy
37 Martin SkrtelRussell Martin
23 Jamie Carragher20 Leon Barnett
Josรฉ Enrique23 Marc Tierney
Glen Johnson25 Kyle Naughton
Steven GerrardBradley Johnson
26 Charlie Adam15 David Fox
39 Craig Bellamy14 Wesley Hoolahan
19 Stewart Downing12 Anthony Pilkington
18 Dirk Kuyt17 Elliott Bennett
Luis SuรกrezSteve Morison
Substitutes
38 John FlanaganAndrew Crofts 7
11 Maxi RodrรญguezAaron Wilbraham 21
Daniel AggerGrant Holt 9
32 DoniAndrew Surman 11
Andrew CarrollRitchie De Laet 24
20 Jay SpearingDecland Rudd 13
14 Jordan HendersonSimeon Jackson 10
Substitutions
Jordan Henderson for Craig Bellamy (69)Grant Holt for Elliott Bennett (57)
Andrew Carroll for Stewart Downing (80)Andrew Crofts for Anthony Pilkington (90)
Daniel Agger for Dirk Kuyt (90) 
Yellow Cards
 Marc Tierney (34)
· Squads: Liverpool | Norwich City

Separuh Akhir (2) Piala Malaysia 2011 - Terengganu 2-1 Selangor

Written By Unknown on Saturday, October 22, 2011 | 23:29

Selangor terpaksa melupakan MISI 33 yang diimpikan pada musim ini setelah tewas di tangan Terengganu 2-1. Seperti juga pada perlawanan separuh akhir pertama lalu, Selangor berjaya menguasai perlawanan tetapi nasib masih terus tidak menyebelahi dengan kegagalan memanfaatkan beberapa peluang keemasan.

Seandainya gol Fadzli Shaari pada minit ke 11 itu diterima, sudah pasti peluang pasukan Selangor untuk menjaringkan lebih banyak gol akan tercapai. Malangnya gol tersebut tidak sah kerana Fadzli berada diposisi offside. Kehampaan dengan kisah tersebut, Selangor terus dilanda malang apabila Terengganu berjaya memperolehi gol pertama hasil dari gerakan pantas mereka.

Separuh masa kedua, P. Maniam mengambil langkah berani apabila memasukkan Azizan Kadir untuk mengantikan Nasriq bagi mengisi jentera tengah. Menukar formasi kepada 3-5-2 sememangnya menampakkan Selangor perlu memantapkan bahagian serangan. Malangnya disebalik menciptakan serangan, Selangor sekali lagi dikejutkan dengan gol kedua Terengganu. Selepas itu, P. Maniam terpaksa juga memasukkan Amri Yahya bagi menambahkan sengat setelah melihat barisan penyerangnya masih buntu untuk mencipta jaringan.

Akhirnya gol saguhati diperolehi juga di waktu babak perlawanan hampir ke penghujungnya. Safiq Rahim mencipta nama sebagai penjaring setelah menanduk masuk bola tanpa sebarang halangan. Kekalahan dengan agregat 4-1, Selangor terpaksa akur dengan menamatkan musim 2011 tanpa sebarang kejuaraan. Selepas ini Selangor sudah boleh mengambil langkah drastik untuk memikirkan barisan terbaiknya pada musim hadapan. Kita akui, musim ini kelemahan penjaga gol perlu diatasi dengan mencari pemain yang lebih berkualiti.

Apapun tahniah kepada pasukan Terengganu dan Negeri Sembilan yang akan bertemu di perlawanan Akhir musim 2011 ini. Negeri Sembilan layak setelah mengalahkan T-Team 2-1 dengan agregat 6-3 di Stadium Tuanku Abd. Rahman, Paroi. Persoalannya, antara kedua2 pasukan ini siapa yang bakal di julang sebagai juara. "Hoben Jang Hoben" ataupun  "Peteh Terengganu Peteh". Tepuk dada, tanyalah Azraai Khor Abdullah dan Irfan Bakti. Hanya mereka berdua sahaja mempunyai ramuan untuk menentukan kejayaan pasukan masing2.

Preview : Game 9 BPL 11/12 - Liverpool VS Norwich City

Written By Unknown on Friday, October 21, 2011 | 23:06

Selepas pulang dari sesi perlawanan persahabatan (ala2 Liga Eropah) menentang Rangers tempoh hari, esok perlawanan realiti menjelma kembali. Menantikan kunjungan pasukan The Canaries di stadium keramat Anfield, kita sudah pastinya mengharapkan 3 mata penuh bakal diperolehi.

Kehadiran Norwich City yang telah dinaikkan pangkatnya ke Premier League musim ini, kita tidak seharusnya memandang rendah terhadap kemampuan mereka. Setelah mengharungi 8 perlawanan liga, mereka telah berjaya mengumpulkan 11 mata hasil dari 3 kemenangan, 2 seri, 3 kekalahan dan kini menduduki tangga ke 9 dalam liga. Dari apa yang kita lihat, anak2 buah Paul Lambert ini jika tidak diawasi, sudah pastinya padah akan menimpa pasukan Liverpool.


Bagi pasukan Liverpool pula, dengan kembalinya Agger dan Johson dari senarai kecederaan sedikit mengembirakan kita. Seperti yang kita ketahui, posisi Agger yang diisi oleh Skrtel semenjak kecederaannya sedikit longgar dengan prestasi yang tidak menentu. Begitu juga penampilan Johnson yang amat kita rindukan. Semenjak musim baru ini bermula, Johnson hanya berada di atas padang selama 9 minit sahaja iaitu ketika perlawanan menentang Stoke City. Kita mengharapkan kelibatnya mampu memberi kelebihan kepada pasukan, walaupun ketika ini Martin Kelly tidak bermasalah untuk memikul tugas beliau.


Adakah Dalglish akan menurunkan kesebelasan utama yang sama seperti ketika perlawanan menentang pasukan Setan Merah minggu lalu. Atau kemungkinan juga Dalglish akan membuat rombakan selepas aksi perlawanan persahabatan lalu. Sebenarnya kita mengharapkan Dalglish perlu bijak menggunakan pemain2 yang ada. Sistem pertukaran pemain adalah perlu untuk menukar corak permainan yang kita lihat hampir sama sahaja setiap kali perlawanan. Hakikatnya, walau siapapun diturunkan esok, Hanya Dalglish lebih memahami strategi permainan. Diharap 3 mata penuh berjaya diperolehi untuk merapatkan jurang pasukan2 yang semakin jauh meninggalkan kita. YNWA....

BARISAN KEMUNGKINAN LIVERPOOL

REINA
JOHNSON - CARRAGHER - AGGER - ENRIQUE
KUYT - ADAM - LUCAS - DOWNING
GERRARD - SUAREZ

Saksikan SIARAN LANGSUNG perlawanan ini di :-
Channel : ASTRO SuperSport3 (817)
Tarikh : 23/10/2011 - Ahad
Waktu : 12:30 pagi (Waktu Malaysia)

p/s: Sebelum perlawanan ni, layan dulu game Terengganu vs Selangor. Harap Selangor bangkit dan terus maju.. 3-0 dicari...

Friendly 11/12 - Rangers 1-0 Liverpool

Written By Unknown on Wednesday, October 19, 2011 | 23:40

Belajar sambil melancong, itulah yang boleh diistilahkan pada perlawanan perlawanan kali ini. Berkunjung ke Glasgow, Scotland liverpool mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan Rangers FC dalam misi memantapkan lagi pasukan.

Dalam proses mengelakkan anak2 buahnya terlebih bersantai dari bermain, Dalglish menggunakan kesempatan dan masa yang ada untuk refresh dalam pembelajaran yang lalu serta terkini untuk mengembalikan keyakinan dalam diri pemain2nya. Maklumlah untuk pasukan elit2 yang lain mereka sentiasa dipenuhi dengan aksi piala Eropah sementara Liverpool hanya berkampung di negara sendiri sahaja. Bagi menyebuk2 diri serta pasukan sudah pastinya perlu sesuatu perlawanan pemanas badan.

Untuk perlawanan kali ini, Rangers telah memenangi perlawanan dengan keputusan 1-0. Disini SG nak ulas panjang lebar pun tak boleh sebab tak tengok pun perlawanan tersebut. Jadi kesimpulannya kita tidak perlu mempersoalkan kekalahan ini. Ini kerana sesuailah dengan tujuan perlawanan diadakan iaitu perlawanan persahabatan bagi persediaan meneruskan perlawanan2 yang mendatang.

Barisan pemain Liverpool
Doni, Wilson, Coates, Ager, Johnson, Aurelio, Lucas, Spearing, Rodriguez, Bellamy, Carrol

Pemain gantian
Enrique, Henderson, Kuyt, Downing, Adam, Skrtel, Flanagan, Hansen

Separuh Akhir (1) Piala Malaysia 2011 - Selangor 0-2 Terengganu


Selangor gagal memanfaatkan peluang bermain di gelanggang sendiri apabila tunduk kepada Terengganu 0-2 di Stadium Shah Alam. Ketiadaan Amri Yahya memberi impak besar kepada barisan serangan pasukan Selangor apabila melepaskan banyak peluang keemasan yang terhidang.

Sememangnya lumrah permainan, menguasai perlawanan belum tentu boleh menjamin kejayaan jika tidak diiringi dengan tuah. Begitulah nasib Selangor yang serba tidak menjadi dihadapan gol. Kemahiran sepakan percuma yang ditonjolkan pada perlawanan menentang Perak tempoh hari, gagal dijelmakan semula oleh Safiq Rahim yang sering menyepak jauh dari sasaran.

2 gol mudah yang sukar diterima oleh peminat2 Red Giants. Apakah perlawanan pertama ini sudah menutup peluang Selangor untuk mencapai MISI 33?. Jawapannya sudah tentu tidak dan masih belum terlambat. Apa yng diharapkan peluang 90 minit lagi bermain di Kuala Terengganu dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh anak2 buah P. Maniam. Mencari 3 gol di tempat lawan sememangnya tugas berat yang perlu dipikul oleh P. Maniam. Diharap beliau dapat menyusun strategi terbaik untuk mengharungi gelombang pantai timur yang pastinya akan terus ingin mencipta kejayaan. Good Luck Selangor...

Game 8 BPL 11/12 - Liverpool 1-1 Manchester United

Written By Unknown on Monday, October 17, 2011 | 10:56

Sudah lama pertemuan Liverpool dengan pasukan Setan Merah ini tidak berakhir dengan keputusan seri. Kali terakhir pertembungan dramatik kedua2 pasukan ini berkesudahan dengan seri ialah pada musim 2005/2006 ketika perlawanan dilangsungkan di Anfield yang berkesudahan 0-0. Setelah hampir 6 tahun berlalu, keputusan yang adil bagi kedua2 pihak kembali berlaku dimana pertembungan di Anfield tempoh hari berkesudahan dengan 1-1.


Liverpool gagal memanfaatkan kelebihan bermain di gelanggang sendiri untuk menewaskan pasukan Setan Merah ini. Sepatutnya Liverpool juga perlu menggunakan separuh masa pertama dengan sebaik2nya dimana tiada kelibat Nani, Rooney dan Hernandez di awal perlawanan banyak merencatkan permainan pasukan mereka.  Walaupun Liverpool menguasai perlawanan, tetapi kemantapan pertahanan mereka berjaya mengekang setiap asakan Liverpool.


Setelah sekian lama Liverpool tidak menggunakan formasi 4-4-1-1 ini. Mengandingkan semula Gerrard dan Suarez setelah lama dipisahkan, nampak permainan lebih menarik. Sayangnya, Suarez dapat dikawal rapi oleh kelibat2 Evra, Ferdinand, Smalling dan Jones membuatkan pergerakannya banyak terbatas. Buat pertama kalinya disenaraikan sebagai pemain utama pada musim ini, akhirnya Gerrard membuktikan bahawa kehadirannya bakal mencetuskan kembali era kebangkitan Liverpool. Sepakan percumanya berjaya memperdayakan De Gea untuk Liverpool mendahului 1-0.


Kepanikkan Ferguson mula terselah dimana selepas gol tersebut, beliau serta merta memasukkan Hernandez dan Rooney untuk mengimbang kembali perlawanan. Seperti yang dijangkakan, kelibat mereka2 ini sememangnya telah menaikkan kembali semangat anak2 setan dan akhirnya Hernandez berjaya juga menyamakan kedudukan.

1 mata yang amat berharga bagi kedua2 pasukan walaupun hakikatnya kita memerlukan 3 mata pada perlawanan tersebut. Apapun tahniah kepada semua pemain2 Liverpool kerana berjaya mempamerkan aksi terbaik. Kalau bukan kerana kehebatan De Gea sudah pasti kemenangan besar bakal kita perolehi pada perlawanan tersebut.

Scoring Summary

Liverpool Manchester United
Steven Gerrard (68')Javier Hernรกndez (81')

Match Stats

Liverpool             Manchester United
15(5) Shots (on Goal) 11(2)
10 Fouls 11
8 Corner Kicks 3
3 Offsides 1
56% Time of Possession 44%
1 Yellow Cards 3
0 Red Cards 0
1 Saves 4

Teams

Liverpool Manchester United
25 Pepe ReinaDavid De Gea
37 Martin SkrtelJonathan Evans
23 Jamie CarragherRio Ferdinand
Josรฉ EnriquePatrice Evra
34 Martin Kelly12 Chris Smalling
21 Lucas11 Ryan Giggs
26 Charlie Adam24 Darren Fletcher
Steven GerrardPhil Jones
19 Stewart Downing18 Ashley Young
Luis Suรกrez13 Park Ji-Sung
18 Dirk Kuyt19 Danny Welbeck
Substitutes
39 Craig BellamyMichael Carrick 16
Daniel AggerWayne Rooney 10
32 DoniAntonio Valencia 25
Andrew CarrollNani 17
20 Jay SpearingAnders Lindegaard 34
14 Jordan HendersonAnderson 8
49 Jack RobinsonJavier Hernรกndez 14
Substitutions
Jordan Henderson for Lucas (57)Nani for Ashley Young (69)
 Wayne Rooney for Park Ji-Sung (69)
 Javier Hernรกndez for Phil Jones (76)
Yellow Cards
Lucas (28)Ashley Young (43)
 Rio Ferdinand (54)
 Patrice Evra (65)
· Squads: Liverpool | Manchester United

Suku Akhir (2) Piala Malaysia 2011 - Perak 0-1 Selangor

Written By Unknown on Friday, October 14, 2011 | 23:30


Selangor semakin menghampiri MISI 33 yang disasarkan pada musim ini. Kemenangan 0-1 ke atas Perak di Stadium Ipoh malam tadi memberi kejayaan mutlak dengan Agregat 4-1 untuk melayakkan Selangor ke pusingan Separuh Akhir.

Walaupun perlawanan dikuasai oleh pasukan tuan rumah, dengan mempamerkan aksi bertahan, Selangor mampu juga untuk menjaringkan gol melalui Rudi Ramli. Rudi yang masuk pada minit ke 25 untuk mengantikan Amri Yahya yang cedera, tidak mensia2kan peluang untuk menjaringkan gol hasil dari bola muntah penjaga gol Perak.


Pada separuh masa kedua, perlawanan terpaksa dihentikan pada minit ke 80 akibat tindakan segelintir penyokong tuan rumah yang membakar mercun serta melemparkan botol2 air ke dalam padang. Beginilah moral2 penyokong yang sepatutnya tidak berlaku. 10 minit dihentikan, perlawanan disambung semula dan berkesudahan tetap sama 0-1.


Pada saingan Separuh Akhir nanti, Selangor akan bertemu pasukan Terengganu yang telah mengalahkan pasukan Kelantan. perlawanan pertama akan dilangsungkan di stadium Shah Alam pada 18 oktober dan 22 oktober pula di Kuala Terengganu. Selangor sudah pasti perlu memperkemaskan kembali pasukan kerana pasukan Terengganu ini adalah antara pasukan yang terbaik ketika ini. Diharap Kita akan dapat membawa bekalan selesa di Shah Alam nanti sebelum berkunjung ke Terengganu.


P/S: Jom ramai2kan stadium Shah Alam selasa nanti. Wajib cuti ni..

Preview : Game 8 BPL 2011 - Liverpool VS Manchester United

Selepas kembalinya dari kem khidmat negara, kini semua pemain sudah kembali semula ke pangkuan kelab masing2 bagi meneruskan perlawanan liga yang tertangguh selama 2 minggu. Sudah pastinya 2 minggu yang agak membosankan bagi peminat2 Liverpool kerana tiada banyak perkara yang perlu digosip2kan.

Menjelang pertemuan dengan Manchester United padi hari Sabtu nanti, sudah pastinya peminat kedua2 belah pasukan berdebar2 menantikan perlawanan tersebut. Seperti yang kita ketahui, pasukan setan merah ini adalah musuh yang paling ketat sekali bagi pasukan, pengurus dan juga penyokong2nya dalam sejarah Premier League. Bayangkan, walaupun tiada perlawanan membabitkan kedua2 pasukan ini, tetapi ada juga dikalangan penyokong2, timbul perasaan tidak puas hati, dengki dan sering menimbulkan provokasi bagi menghangatkan situasi.

Sekembalinya pemain dari tugas2 negara, sudah pasti ketika ini pemain2 pasukan Liverpool sudah mula fokus untuk perlawanan ini. Bermain di Anfield bukanlah tiket mudah untuk menang. Ini kerana menentang pasukan yang penuh tipu muslihat sama seperti namanya Setan, sudah pastinya cabaran besar menanti pemain2 kita. Bila kita imbas kembali rekod pertemuan kelab Setan ini pada musim lalu, 3 perlawanan yang dilalui, hanya 1 sahaja kemenangan di perolehi dimana Liverpool menang 3-1 ketika bermain di Anfield. 2 perlawanan lagi kita tewas tipis 3-2 (EPL), 1-0 (FA) dimana kedua2 perlawanan tersebut berlangsung di Old Kerepot. Kita masih ingat saat2 manis meraih kemenangan 3-1 di Anfield tersebut, dimana aksi Suarez yang cukup merendah2kan taraf pemain setan apabila dengan mudah mengelecek 5 pemain pertahanan sebelum kuyt menjaringkan gol. Kita juga tidak lupa, aksi2 kekalahan kita juga diakibatkan oleh pemain ke 12 setan iaitu pengadil si botak Howard Web yang sering tidak menyebelahi kita.

Persoalannya, adakah Howard Web akan diberi kepercayaan untuk mengadili perlawanan nanti. Samada beliau atau bukan, apa yang perlu setiap pemain Liverpool perlu mempunyai keazaman yang tinggi untuk menewaskan pasukan setan. Menggunakan kesempatan bermain di laman sendiri seharusnya digunakan sebaik2 yang mungkin bagi membaham si jahanam ini. Sebab apa Liverpool wajib menang?
  • Sabtu ini bersamaan 15/10/2011 - Ulang tahun pertama pemilik Liverpool John Henry memiliki Liverpool. Sudah pastinya ia suatu hadiah yang istimewa sempena pengambil alihan ini yang penuh cabaran.
  • Memecahkan rekod 7 perlawanan tanpa kalah pasukan Setan. Sekiranya Setan kalah sudah pasti sejarah manis bagi kita.
  •  3 mata yang amat berharga. Sudah pastinya jarak mata dengan pasukan Setan ini tak jauh. Dan pada kebiasaannya, bila dah rasa kalah sekali, pasti moral akan jatuh, so peluang mengekori Setan cerah.
  • Modal nak menutup mulut2 penyokong Setan yang kononya pasukan mereka bagus sangat. Ajar mereka kenal langit tu tinggi ke rendah.
Apapun kita  mengharapkan perlawanan nanti pemain2 kita mempamerkan aksi2 terbaik mereka. Jika sebelum ini Suarez agak sedikit tenggelam, diharap sekembalinya dari khidmat negara ini, beliau kembali mempamerkan aksi sebenar untuk merobek David Gea...YNWA.

Barisan kemungkinan Liverpool 


REINA
KELLY - CARRAGHER - SKRTEL - ENRIQUE
KUYT - GERRARD - LUCAS - DOWNING
CARROLL - SUAREZ


Saksikan siaran langsung dari Anfield di:
Channel : Astro ESPN (812)
Tarikh : Sabtu, 15/10/2011
Preview : 7:00 malam
Sepak Mula : 7:40 malam

p/s: Tak dapat nak tengok game ini sepenuhnya. Sabtu lepas Maghrib kenduri dirumah mertua SG. Kenduri 100 hari kepergian ibu mertua tersayang. (Cabaran untuk menghadapi kemenangankan...)

Suku Akhir (1) Piala Malaysia 2011 - Selangor 3-1 Perak

Written By Unknown on Monday, October 10, 2011 | 23:49


Malam tadi sekali lagi pasukan Selangor membuktikan bahawa mereka adalah gergasi yang dahagakan kejuaraan. Dengan membawa bekalan 2 gol untuk dibawa ke Ipoh nanti, ia memberikan sedikit keselesaan untuk Selangor melangkah  ke pusingan seterusnya.

Bermain di Stadium Shah Alam, selangor berjaya mengalahkan pasukan Perak dengan jaringan 3-1. Pemain yang dilabelkan pakar sepakan percuma di Malaysia, Safiq Rahim telah membuktikan bahawa beliau memang layak digelar hero. 2 sepakan percuma yang cantik oleh beliau telah berjaya menghasilkankan 2 gol terbaik pada malam tadi. Tidak cukup dengan itu, Amirul Hadi Zainal juga mencatatkan nama sebagai penjaring untuk menjaringkan gol ke-3.

Selangor yang berubah watak selepas pemecatan K. Devan bulan lalu, sememangnya mempamerkan mutu permainan yang  menghiburkan. Menguasai hampir keseluruhan perlawanan dengan kemantapan pemain2 di setiap sudut membuatkan pemain2 Perak kelemasan. Hanya selepas kemasukan Akmal Rizal berjaya mengubah corak permainan Perak yang sebelum ini tenggelam. Hasilnya perak berjaya juga menjaringkan 1 gol hasil dari salah faham pertahanan Selangor yang menyangkakan bahawa ada pemain Perak berada didalam kedudukan offside. Selepas itu Perak gagal merapatkan jurang walaupun Selangor bermain dengan 10 orang setelah Bunyamin dilayangkan kad merah.

Apapun, tahniah kepada P. Maniam dan anak2 buahnya yang semakin menceriakan penyokong Selangor. Diharap selepas ini, Selangor terus mempamerkan mutu permainan yang lebih sempurna untuk menjamin MISI 33 tercapai.

Kamera Speed trap yang disalah gunakan

Written By Unknown on Sunday, October 9, 2011 | 00:15

Speed Trap!!. Sesuatu perkara yang amat kita risaukan ketika sedang memandu kenderaan. Tapi itu hanyalah kepada mereka yang kaki pecut dan kepada yang bukan kaki pecut pula takut kena saman ekor. Yelah tiba2 saja nombor kereta naik.

Zaman moden ini berbagai teknologi canggih telah diguna pakai untuk mempertingkatkan lagi kualiti sesuatu pekerjaan. Bagi menjamin kepuasan kepada pesalah2 lalu lintas ini, kamera @ CCTV canggih telah digunakan untuk menangkap rupa bentuk serta nombor pendaftaran kenderaan pesalah. Jadi jika ada yang dah kena saman tu, janganlah nak berdalih2 lagi kerana bukti sudah tersedia lengkap.

Di bawah ni, adalah gambar yang diambil oleh camera speed trap. Rasanya ini bukan kesalahan melebihi had laju. So rasa2 anda, kesalahan apa yang patut kita beri kepada pemandu ini?

\/

\/

\/

\/

\/

\/


p/s : Tersalah pegang tombol gear kot ni. emmm.. Berhati2 dijalan raya.

Bentang belanjawan 2012 dan bubar parlimen. Betul ke?

Written By Unknown on Wednesday, October 5, 2011 | 22:29

Setiap tahun sudah pastinya bulan Oktober akan dinanti2kan oleh semua penduduk di Malaysia. Satu hari pada hari jumaat yang bakal mencerminkan untung ruginya sebagai rakyat, pelabur dan yang kena mengena dengan bumi Malaysia yang bertuah ini. Belanjawan negara yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan bakal mencerminkan pengurusan yang berhemat atau sebaliknya kerajaan Malaysia.

Pada Jumaat 7 Oktober ini, setiap mata sekali lagi pasti akan tertumpu dikaca TV untuk menyaksikan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Dato Seri Najib Tun Razak akan membentangkan belanjawan 2012. Ada juga ura2 dari media2 yang tak berlesen ini mengatakan, pada hari itu juga selepas pembentangan belanjawan, Pak Najib akan bubar parlimen. Nampaknya dua perkara ini sudah pasti bakal mendebarkan kita pada hari Jumaat nanti.

Belanjawan 2012
Adakah setiap kali selepas pembentangan belanjawan itu. isi kandungannya bakal memuaskan hati semua pihak. Sudah pasti jawapannya tidak. Seperti yang telah terjadi pada tahun lepas, dari segi kasarnya, tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kebanyakan penduduk di Malaysia ini. Ia kebayakkannya hanya menguntung pihak2 tertentu sahaja. Adakah situasi berkenaan akan sekali lagi terjadi pada tahun ini.

Sebenarnya setiap kali belanjawan, SG rajin juga tengok jika berkesempatan. Tetapi masalahnya tiada satu pun sejarah tercipta bahawa SG tengok sampai habis. Biasanya paling lama 1 jam je. Yang selebihnya, Menteri cakap sorang2. Terlena akibat penyampaian yang kadang2 membosankan. Lagipun nak layan sampai habis, bukan ada benda pun yang boleh menguntungkan SG disektor swasta ni. Asyik2 sektor awam saja yang disayang2. Ingat dalam banyak2 kakitangan kerajaan tu semua sokong kerajaan ke sampai tak ada yang jadi pembangkang. Kena ingat, kakitangan kerajaan lebih kepada perkhidmatan tetapi sumber pendapatan negara adalah dari kami yang bertungkus lumus disektor swasta.

Mungkin orang boleh kata, sektor awam dibawah kerajaan. So senang le nak urus. Swasta kenalah pelabur2 ni tanggung. Persoalannya, bagaimana pelabur nak tiru seperti pemberian ke sektor awam, kalau hakikat sebenarnya nasib2 mereka juga tidak terbela. Semakin lama semakin ramai pelabur yang mula mengangkat kaki untuk mencari destinasi yang lebih menguntungkan. So bila pelabur lari, siapa yang rugi? bukan sektor swasta saja yang hilang pekerjaan malah negara pun hilang punca pendapatan. Rasanya begitulah nasib yang bakal menimpa tempat SG bekerja sekarang ni. Baca sini...

Apa pun yang pasti untuk tahun ini, sudah ramai memperkatakan bahawa inilah belanjawan gula2 kepada rakyat untuk menghadapai pilihanraya yang bakal menjelma tidak lama lagi. Kenaikan 30% gaji sektor awam, minyak turun 40-30 sen dan banyak lagi yang mungkin boleh membuatkan rakyat sejuk hati terhadap kerajaan. Sebenarnya inilah juga cara yang pernah digunakan oleh Tun Ahmad Badawi sebelum ini. So bersediakah kita termakan budi pada hari jumaat nanti. Diharap kuatkan iman.

Pembubaran Parlimen
Dengar2 cakap orang kononnya Pak Najib bakal membubarkan parlimen selepas belanjawan ini. Sebenarnya banyak perkara yang sukar dipercayai untuk Najib membubarkan parlimen pada hari Jumaaat nanti. Tun Mahathir yang dianggap sifu dalam UMNO juga menyatakan bahawa ketika ini bukanlah waktu selamat bagi BN untuk mengharungi PRU 13. So di Malaysia ni apabila ada yang menidakkan kata sifu UMNO ini,  maka orang itu akan ketinggalan dari arus sebenar. Lihat apa yang terjadi kepada Khairy Jamaluddin? Lihat apa jadi kepada Anwar Ibrahim sendiri, yang mengambil risiko demi membebaskan negara ini dari punca akar korupsi.

Selain itu, Jika Najib berdegil juga nak bubarkan parlimen, sudah pasti belanjawan yang dibentangkannya hanya sia2. Ini kerana proses pembentangan bajet tahunan itu perlu diluluskan terlebih dahulu dalam persidangan yang sama dimana proses itu akan memakan masa lebih sebulan. So takkanlah tahun ni nak dengar dua kali belanjawan pula.

Ada juga orang yang hairan, kenapalah nak buat PRU 13 ni dimusim haji. Dengan kuota 40 ribu jemaah Malaysia yang pergi ketanah suci, tidakkah ia suatu penyelewengan hak rakyat. Bukan semua yang pergi tu oarang kuat PAS atau pembangkang. Dah tentu ada juga kroni2 mereka nak menunaikan haji. Tapi tak tahulah sekiranya 40 ribu yang pergi tu dah dicover dengan IC "71" yang telah mendaftar mengundi kot.

Apapun ia semua hanya spekulasi liar yang ingin menghangatkan suasana. Yang pastinya kitu tunggu dan lihat apa perubahan yang bakal dinikmati oleh rakyat nanti. Jika Najib sudah bersedia untuk melancarkan perang pilihanraya, semua rakyat sudah bersedia untuk menyahut cabaran ini. Yang pastinya kita mengharapkan sesuatu yang terbaik dari kerajaan yang telah diberi mandat penuh oleh rakyat dibumi yang bertuah bernama "MALAYSIA".

Nasi Lemak 2.0 - Namewee maki Utusan

Written By Unknown on Tuesday, October 4, 2011 | 02:07

Aduhai, pening kepala melihat gelagat Namewee ni. Semakin hari ada saja perkara yang membangkitkan kemarahan pihak tertentu dibuatnya. SG pun tak faham apa motif sebenarnya beliau sering kali menghangatkan suasana.

Tapi SG sebenarnya bukan nak ambil pusing pun apa yang di nak buat. Tapi mungkin dia pula yang ambil pusing apa yang orang komen tentang dia. Ni semua gara2 filem "Nasi Lemak 2.0". Macam2 pendapat orang ramai tentang filem ni. SG pun malas ler nak komen. Setiap orang ada pendirian masing2. Tapi yang gentlenya beliau ni, dia nak maki ke, kutuk ke, tak kira siapa orang tu. Lepas tu maki2 menggunakan video clip pula. Emmm... memang berani.. SO kalau nak tau kenapa dia marah kat Utusan Malaysia, baca sini

So kat bawah ni, video clip Namewee Fuck Utusan. Layan....


Tapikan, banyak2 video clip yang ada muka Namewee ni, yang paling pelik ialah video clip "Undilah". Bukanlah nak pelik pasal pembikinannya, tapi pelik sebab video clip ni kena tarik balik dari disiarkan di TV. Alasan SKMM tak lulus lagi. Yer ker. Tapi ada gak orang kata, video ni banyak mempamerkan wajah2 warga pembangkang. Habis tu Tengku Razaleigh Hamzah tu pembangkang gak ke?. Entahlah. SG pun tak faham dengan politikus kat Malaysia ni.

Jom layan pula video "UNDILAH"


p/s: teringin juga nak tengok Nasi Lemak 2.0. so lepas ni apa pula Namewee ni nak buat lagi yer...
wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger