Pengarah Perubatan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), Dr. Michele Macchiagodena mengumumkan kematian Simoncelli pada sidang media di Litar SIC. Katanya, pelumba pasukan San Carlo Honda Gresini itu, yang mengalami kecederaan di bahagian toraks dan perut, meninggal dunia pada pukul 4.56 petang di pusat perubatan SIC di litar berkenaan.
Perlumbaan yang bermula 4 petang itu tersebut tidak diteruskan empat minit kemudian selepas Simoncelli terjatuh dan motosikalnya dirempuh oleh pelumba Yamaha, Colin Edwards dan pelumba Ducati, Valentino Rossi di selekoh ke-11.
Perlumbaan ditangguhkan pada pukul 4.05 petang dan Simoncelli kemudian dibawa dengan ambulans ke pusat perubatan di litar itu. Bagaimanapun, Ewards terselamat daripada kecederaan serius manakala Rossi tidak mengalami kecederaan.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !