Headlines News :
.
Home » , » Separuh Akhir (2) Piala Malaysia 2011 - Terengganu 2-1 Selangor

Separuh Akhir (2) Piala Malaysia 2011 - Terengganu 2-1 Selangor

Written By Unknown on Saturday, October 22, 2011 | 23:29

Selangor terpaksa melupakan MISI 33 yang diimpikan pada musim ini setelah tewas di tangan Terengganu 2-1. Seperti juga pada perlawanan separuh akhir pertama lalu, Selangor berjaya menguasai perlawanan tetapi nasib masih terus tidak menyebelahi dengan kegagalan memanfaatkan beberapa peluang keemasan.

Seandainya gol Fadzli Shaari pada minit ke 11 itu diterima, sudah pasti peluang pasukan Selangor untuk menjaringkan lebih banyak gol akan tercapai. Malangnya gol tersebut tidak sah kerana Fadzli berada diposisi offside. Kehampaan dengan kisah tersebut, Selangor terus dilanda malang apabila Terengganu berjaya memperolehi gol pertama hasil dari gerakan pantas mereka.

Separuh masa kedua, P. Maniam mengambil langkah berani apabila memasukkan Azizan Kadir untuk mengantikan Nasriq bagi mengisi jentera tengah. Menukar formasi kepada 3-5-2 sememangnya menampakkan Selangor perlu memantapkan bahagian serangan. Malangnya disebalik menciptakan serangan, Selangor sekali lagi dikejutkan dengan gol kedua Terengganu. Selepas itu, P. Maniam terpaksa juga memasukkan Amri Yahya bagi menambahkan sengat setelah melihat barisan penyerangnya masih buntu untuk mencipta jaringan.

Akhirnya gol saguhati diperolehi juga di waktu babak perlawanan hampir ke penghujungnya. Safiq Rahim mencipta nama sebagai penjaring setelah menanduk masuk bola tanpa sebarang halangan. Kekalahan dengan agregat 4-1, Selangor terpaksa akur dengan menamatkan musim 2011 tanpa sebarang kejuaraan. Selepas ini Selangor sudah boleh mengambil langkah drastik untuk memikirkan barisan terbaiknya pada musim hadapan. Kita akui, musim ini kelemahan penjaga gol perlu diatasi dengan mencari pemain yang lebih berkualiti.

Apapun tahniah kepada pasukan Terengganu dan Negeri Sembilan yang akan bertemu di perlawanan Akhir musim 2011 ini. Negeri Sembilan layak setelah mengalahkan T-Team 2-1 dengan agregat 6-3 di Stadium Tuanku Abd. Rahman, Paroi. Persoalannya, antara kedua2 pasukan ini siapa yang bakal di julang sebagai juara. "Hoben Jang Hoben" ataupun  "Peteh Terengganu Peteh". Tepuk dada, tanyalah Azraai Khor Abdullah dan Irfan Bakti. Hanya mereka berdua sahaja mempunyai ramuan untuk menentukan kejayaan pasukan masing2.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger