Menjelang pertemuan dengan Manchester United padi hari Sabtu nanti, sudah pastinya peminat kedua2 belah pasukan berdebar2 menantikan perlawanan tersebut. Seperti yang kita ketahui, pasukan setan merah ini adalah musuh yang paling ketat sekali bagi pasukan, pengurus dan juga penyokong2nya dalam sejarah Premier League. Bayangkan, walaupun tiada perlawanan membabitkan kedua2 pasukan ini, tetapi ada juga dikalangan penyokong2, timbul perasaan tidak puas hati, dengki dan sering menimbulkan provokasi bagi menghangatkan situasi.
Sekembalinya pemain dari tugas2 negara, sudah pasti ketika ini pemain2 pasukan Liverpool sudah mula fokus untuk perlawanan ini. Bermain di Anfield bukanlah tiket mudah untuk menang. Ini kerana menentang pasukan yang penuh tipu muslihat sama seperti namanya Setan, sudah pastinya cabaran besar menanti pemain2 kita. Bila kita imbas kembali rekod pertemuan kelab Setan ini pada musim lalu, 3 perlawanan yang dilalui, hanya 1 sahaja kemenangan di perolehi dimana Liverpool menang 3-1 ketika bermain di Anfield. 2 perlawanan lagi kita tewas tipis 3-2 (EPL), 1-0 (FA) dimana kedua2 perlawanan tersebut berlangsung di Old Kerepot. Kita masih ingat saat2 manis meraih kemenangan 3-1 di Anfield tersebut, dimana aksi Suarez yang cukup merendah2kan taraf pemain setan apabila dengan mudah mengelecek 5 pemain pertahanan sebelum kuyt menjaringkan gol. Kita juga tidak lupa, aksi2 kekalahan kita juga diakibatkan oleh pemain ke 12 setan iaitu pengadil si botak Howard Web yang sering tidak menyebelahi kita.
Persoalannya, adakah Howard Web akan diberi kepercayaan untuk mengadili perlawanan nanti. Samada beliau atau bukan, apa yang perlu setiap pemain Liverpool perlu mempunyai keazaman yang tinggi untuk menewaskan pasukan setan. Menggunakan kesempatan bermain di laman sendiri seharusnya digunakan sebaik2 yang mungkin bagi membaham si jahanam ini. Sebab apa Liverpool wajib menang?
- Sabtu ini bersamaan 15/10/2011 - Ulang tahun pertama pemilik Liverpool John Henry memiliki Liverpool. Sudah pastinya ia suatu hadiah yang istimewa sempena pengambil alihan ini yang penuh cabaran.
- Memecahkan rekod 7 perlawanan tanpa kalah pasukan Setan. Sekiranya Setan kalah sudah pasti sejarah manis bagi kita.
- 3 mata yang amat berharga. Sudah pastinya jarak mata dengan pasukan Setan ini tak jauh. Dan pada kebiasaannya, bila dah rasa kalah sekali, pasti moral akan jatuh, so peluang mengekori Setan cerah.
- Modal nak menutup mulut2 penyokong Setan yang kononya pasukan mereka bagus sangat. Ajar mereka kenal langit tu tinggi ke rendah.
Barisan kemungkinan Liverpool
REINA
KELLY - CARRAGHER - SKRTEL - ENRIQUE
KUYT - GERRARD - LUCAS - DOWNING
CARROLL - SUAREZ
Saksikan siaran langsung dari Anfield di:
Channel : Astro ESPN (812)
Tarikh : Sabtu, 15/10/2011
Preview : 7:00 malam
Sepak Mula : 7:40 malam
p/s: Tak dapat nak tengok game ini sepenuhnya. Sabtu lepas Maghrib kenduri dirumah mertua SG. Kenduri 100 hari kepergian ibu mertua tersayang. (Cabaran untuk menghadapi kemenangankan...)
bro...errrr si RAMLI tu turun x?
ReplyDeleteRamli x dpt turun, sbb TM dah tarik balik tajaan kat dia tu. huhuhuhuhuh
ReplyDelete