Headlines News :
.
Home » , » Game 29 BPL 10/11 - Liverpool 3-1 Manchester United

Game 29 BPL 10/11 - Liverpool 3-1 Manchester United

Written By Unknown on Monday, March 7, 2011 | 03:12

Alhamdulillah. Kejayaan manis yang sukar digambarkan. Setelah mengalami mimpi buruk minggu lepas, The Red kembali mencerahkan peluang untuk merebut kelompok 4 teratas bagi menjamin tempat di Champion League. Bertemu musuh tradisi Manchester United di Anfield dimanfaat sepenuhnya untuk memalit rasa malu terhadap pasukan Setan Merah ini.

Mengunakan formasi 4-2-3-1, Liverpool bertindak garang seawal sepak mula lagi. Kawalan bola yang kemas, hantaran yang tepat serta memanfaatkan peluang dari kesilapan pemain2 MU menjadi tunggak kejayaan pasukan. Mungkin rebahnya MU malam tadi disebabkan tiada pemain yang ke 12 iaitu Howard Webb (Ref botak) yang selama ini keputusannya banyak membawa kontroversi.

Howard Webb : Pemain no. 12 MU
Wira Liverpool - Kuyt melakukan hatrik
Kuyt menjadi hero pasukan pada malam ini dengan menjaringkan gol hatrik yang cantik. Gol pertama yang digerakkan oleh Suarez dengan melepasi kawalan 6 pemain MU, sebelum disudahkan dengan mudah oleh Kuyt. Gol kedua pula berlaku hasil dari kesilapan Nani yang tertanduk bola kehadapan gawang sendiri sebelum tepat singgah di kepala Kuyt dan menyudahkan tandukannya melepasi jangkauan Van Der Sar. 2-0 kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Gol pertama
Gol kedua
Gol ketiga
Diseparuh masa kedua, sememangnya malam ini milik Kuyt. Dia mengambil kesempatan bola muntah dari tangkapan yang kurang kemas Van Der Sar hasil dari sepakan percuma Suarez untuk menjarakkan lagi kedudukan dengan 3-0. Peluang Liverpool untuk menambahkan lagi gol nampak cerah tetapi, beberapa percubaan dapat diselamatkan serta tersasar.

Merayakan gol pertama
Sepakat membawa kejayaan
Aku tak kisah pun kalah. Akukan nak pencen. Kata Van Der Sar Kepada Kuyt
Bak kata pepatah, orang berbudi, kita berbahasa, Liverpool merelakan jaringan saguhati dari Hernandes pada minit2 terakhir perlawanan. Sekurang2nya MU dapat juga mengurangkan malu tanpa jaringan. Dengan kemenangan ini, Liverpool kembali merampas kedudukan ke 6 dari Bolton. Semoga impian untuk mengejar tempat ke Champion League tercapai. YNWA.



Suarez magic




Match Stats

Liverpool                      Manchester United
16(6) Shots (on Goal) 13(3)
12 Fouls 13
6 Corner Kicks 4
0 Offsides 3
42% Time of Possession 58%
2 Yellow Cards 3
0 Red Cards 0
2 Saves 3

Teams

Liverpool Manchester United
25 Pepe ReinaEdwin van der Sar
37 Martin SkrtelWes Brown
23 Jamie Carragher12 Chris Smalling
Fabio AurelioPatrice Evra
Glen Johnson21 Rafael
21 Lucas18 Paul Scholes
Steven Gerrard16 Michael Carrick
17 Maxi Rodríguez11 Ryan Giggs
Raul Meireles17 Nani
18 Dirk Kuyt10 Wayne Rooney
Luis SuárezDimitar Berbatov
Substitutes
10 Joe ColeJohn O'Shea 22
28 Christian PoulsenDarren Fletcher 24
16 Sotirios KyrgiakosTomasz Kuszczak 29
24 David NgogDarron Gibson 28
Andrew CarrollGabriel Obertan 26
42 Peter GulacsiFabio 20
26 Jay SpearingJavier Hernández 14
Substitutions
Sotirios Kyrgiakos for Fabio Aurelio (24)Javier Hernández for Nani (45)
Andrew Carroll for Raul Meireles (74)John O'Shea for Rafael (76)
Joe Cole for Luis Suárez (89)Darren Fletcher for Paul Scholes (84)
Yellow Cards
Jamie Carragher (45)Edwin van der Sar (45)
Martin Skrtel (45)Rafael (45)
Paul Scholes (83)
· Squads: Liverpool | Manchester United


Share this article :

2 comments:

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger