PART 1 : SABAH 2011 - Persiapan untuk merehatkan otak
PART 2 : Hari pertama percutian Sabah 2011 - Dari LCCT ke Kota Kinabalu
PART 3 : Hari Kedua Percutian Sabah 2011 - Kota Kinabalu, Kundasang dan Ranau
Sabtu 19 February 2011
CentrePoint - Antara shopping complex tertua di KK |
Pasar Kraftangan @ Pasar Filipina |
Pasar Filipina ni bukannya jauh pun dari Apartment Api2 Center. Dalam 10 minit je jalan kaki. Jadi tak payahlah nak susah2 naik teksi @ bas. Sampai di Pasar Filipina (Pasar Kraf) SG hanya sekadar meninjau2 gelagat orang sahaja. Kenapa? Emmm, SG rasa dah macam bosan pula kat pasar ni. Asyik2 mutiara, T shirt, kraftangan. Dah le hampir 80 peratus semua barangan wanita. So SG biarkan saja Isteri SG bersama SJ sekeluarga membuat tawar menawar. Untuk SG, tiada barang peribadi yang dapat dibeli disini. T Shirt Sabah? dah melambak2 kat umah. Dulu setiap kali datang kesini, setiap kali itulah beli. Gambar gunung ke, orang hutan ke, semuanya dah ada. Maka dengan bangganya, selamat duit SG dari bershoping. hehehhe
Kemudian aktiviti kami diteruskan lagi dengan hanya melepak2 ditepi laut menyaksikan aktiviti2 masyarakat penduduk di Bandar KK ini. Melihat bot2 yang berbagai jenis dan saiz, Aksi2 penduduk2 pulau serta nelayan yang mencari rezeki. Sempat juga SG melihat aktiviti penjualan antara pemborong serta nelayan. Terutamanya kepada peniaga2 SeaFood yang banyak memilih untuk membeli ikan2 hidup. Bukan senang tu nak dapat tengok ikan2 besar seperti ikan kerapu, merah melompat2 sewaktu ditimbang. Rasa nak minta saja seekor untuk dibawa pulang.
Sekitar 3.30 petang, Kami kembali semula ke apartment untuk merehatkan lagi badan serta mempacking barang2. Kenapa nak packing? dah habis bercuti ke. Ishhhh.. Masih awal lagi. Just habis bercuti di Bandar KK je. Masih ada lagi lokasi yang perlu dijelajah. Kan 5 hari. Ini baru 3 hari. Masih ada lagi 2 hari. Tengah2 sibuk SG mempacking pakaian, SG terima pula panggilan dari sahabat SG disini. Yes3.. Daging Rusa dah sampai. Rusa atau PAYAU (nickname di Sabah) memang dari Semenanjung lagi SG dah Booking. Sahabat SG ni tentera yang bertugas di Sipanggar. Dulu dia bertugas di Semenanjung dan menetap di Kampung SG. Tak sangka pula, 5 kilo dia bagi daging payau ni. Free je pulak tu. Thanks Bro. So selepas meletakkan payau ni kat peti sejuk, SG keluar semula seorang diri ke Bandar untuk membeli polistrin box. Polistrin ni bertujuan untuk mempacking daging Payau ni. Takkanlah nak bawa balik Semenanjung dengan packing dalam kotak atau jinjit dalam je. Ingat naik kereta ke? So kenalah masuk dalam kargo dan bila guna polistrin box ni, taklah airnya meleleh kena bagasi orang lain. Betul x. Lagipun, polistrin box ni je le caranya nak membawa frozen @ seafood bagi menjamin kesegarannya.
Polistrin box ni SG beli dengan harga RM13. Besar juga dan dapatlah kotak kosong untuk disumbatkan polistrin ni. Kalau tak disarungkan kotak pada polistrin box ni, jangan haraplah Air Asia nak bagi masuk dalam kargo. Sebab memang syarat mereka pun tak bagi frozen masuk kargo. Takkan nak pikul bawa naik pula. Letih wooo. Balik apartment semula dan packing pula daging payau ni. Lepas packing topup lagi tidur. hehehe
Pukul 6.00 petang kami semua mula meninggalkan Apartment dengan menaiki teksi menuju ke Terminal 2 KKIA untuk ke destinasi seterusnya iaitu Tawau. Flight kami dijadualkan berlepas pada pukul 8.20 malam. Tekejut juga SG bila driver teksi ni meletakkan harga tambang RM30. Seingat SG, tambang dari apartment sekitar RM20-RM25. Tapi malas nak cakap banyak, SG bayar je le.
Selesai checkin, banyak masa hanya dihabiskan berborak2 kosong sementara menanti waktu berlepas. Delay ni memang dah kebiasaan bagi Air Asia. Nasib baiklah 15 minit je. Jadi kami memulakan penerbangan ke Tawau dalam pukul 8.35 malam. Mengikut cerita kawan2, kalau kita pergi ke Tawau dari KK, flight akan melalui tepi Gunung Kinabalu. Disebabkan flight SG ni malam, apa yang nak nampak. Kawan2 tanya juga, kenapa ambil flight malam. Dah itu je yang dapat harga promosi free seat. Tapi tu pun last minit baru bayar tiket flight ni. Kenapa? Tahun lepas masa SG booking semua Tiket ni, LCCT ke KK dan Tawau ke LCCT, Kad kredit SG diterima. Tapi bila book pula KK ke Tawau, kad kena block pula ( Overlimit dah). Tapi yang peliknya Booking No. tu SG dapat. Lama pending je booking ni. Mengikut plan asal, bila dah kena blog kad SG ni, SJ plan nak naik bas je. Tu ler namanya Travel Adventure. 8 jam perjalanan. Tapi bulan Januari lalu SG check dengan kawan2 harga tiket basnya, mak oiii. mahal tu. Dewasa RM50, Kanak2 RM30. Bila kira2 balik semua untuk 8 orang RM320. Flight baru RM168. Dah le mahal, perjalanan 10 ke 12 jam pulak tu. letih2. Maka cepat2 le SG settlekan booking yang pending ni. (7 bulan tu pending)
Bilik Utama -Apartment Kuhara |
Ruang Tamu - Apartment Kuhara |
Bilik Tidur - Apartment Kuhara |
Ruang Dapur - Apartment Kuhara |
Bersambung lagi..
Info Untuk Anda :
Kuhara Apartment
Harga 2 bilik : RM190Harga 3 bilik : RM220
Email : kcastwu@streamyx.com
Tel : 089-768778, 089-759778
Fax : 089-752778
Lagi gambar Apartment Kuhara di episod akan datang
Sambungan kisah percutian dihari keempat
wah,best nyer jln2...
ReplyDeletesabah just nice la.hee.brr.
ReplyDeletehehehe....tgl 99 point ha untuk tawau...;)
ReplyDeleteroyalti lagik nih....musti kamera aku gak..ecehhh
ReplyDelete