Headlines News :
.
Home » , , » Hari Kedua Percutian Sabah 2011 - Kota Kinabalu, Kundasang dan Ranau

Hari Kedua Percutian Sabah 2011 - Kota Kinabalu, Kundasang dan Ranau

Written By Unknown on Tuesday, March 1, 2011 | 15:52

Diharap sudi membaca artikel berkaitan dibawah ini terlebih dahulu:

PART 1 : SABAH 2011 - Persiapan untuk merehatkan otak
PART 2 : Hari pertama percutian Sabah 2011 - Dari LCCT ke Kota Kinabalu

Jumaat - 18 February 2011

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Kali ini SG akan bercerita pula program hari kedua percutian di Negeri Sabah. Bagi yang belum membaca posting terdahulu, diharap dapat menjelajah artikel berkenaan untuk mendapatkan sedikit sebanyak info yang bermanfaat. Kali ini SG akan bercerita tentang perjalanan menjelajah hingga ke Kundasang dan Ranau. Apa yang ada kat sana. Jom layan cerita SG yang tak best ini.

Pagi ni, SG terjaga seawal 6.15 pagi. Anda jangan pula mengatakan pukul 6.15 ni masih gelap gelita disana.Dalam bilik memanglah terasa masih awal lagi. Selak langsir pasti terkejut sebab dah terang benderang. So SG le yang paling awal bangun. Semuanya masih lagi dibuai mimpi indah. Kegiatan pertama SG ialah, buka TV tengok apa2 yang patut. Dah nak pukul 7 pagi, masing2 belum bangun lagi. Apa lagi, menjeritlah SG mengejutkan IZRYN dan mereka2 ni. Planing asal SG nak memulakan perjalanan pukul  8 pagi. Tapi dengan semuanya muka2 letih, kami bertolak sekitar pukul 9 pagi. Kenapa SG perlu awal nak memulakan perjalanan hari. Untuk pengetahuan, Pekan Kundasang & Ranau jauh perjalanannya adalah sekitar 2 jam. Jadi sekiranya lambat, maka akan banyak ler nanti tempat2 yang tak sempat nak singgah.

Pemandangan Gunung Kinabalu didalam perjalanan
Selepas bersarapan Meggi di apartment, kami memulakan perjalanan. Korang janganlah gelak bila kami ni makan meggi je. Bukanlah terlalu nak jimat kos sangat, tapi SG ni kurang sikit dengan masakan di Sabah ni. Bukanlah niat nak menghina, tapi rasa masakan disini dengan Semenanjung jauh berbeza rasa. Jadi janganlah kecil hati ye orang Sabahan. Dengan kelajuan sekitar 70 hingga 100 km/h, SG memandu mengikut kesesuaian keadaan jalanraya. Sesudah Tamparuli dan memasuki Tuaran, kereta mula membuat pendakian di kawasan tinggi. Kedinginan mula terasa apabila melalui kawasan yang lebih tinggi dari awan. Terasa kami melanggar awan yang menutupi sesebuah kawasan. Terasa macam kat eropah je. hehehe. Kemudian kami disajikan pula pemandangan Gunung Kinabalu yang tesergam indah. Bila tengok gunung ni, teringat SG sewaktu mendaki Gunung Kinabalu ni pada tahun 1997 dulu. Dah 14 tahun SG meninggalkan kenangan indah ini. Rasa macam nak mendaki lagi je. Isteri SG suruh juga berhenti ditepi2 jalan untuk bercandid, tapi SG cakap balik je nanti. Tapi yang masalahnya, sewaktu balik, dah tak nampak gunung pun kawasan tadi. Gelap dilitupi awan tebal. Aduhh.. Melepas...

Terpinjam gambar IZRYN pulak. hehehe

Sasaran pertama kami ialah Poring Hot Springs di Ranau. SG sememangnya plan pergi yang jauh dulu. Taklah 2,3 kali nak singgah. Apa yang ada disini?. Poring Hot Springs terletak sekitar 20 minit dari pekan Ranau. Kawasan yang masih terletak didalam Taman Negara Kinabalu ini terkenal dengan kolam air panasnya. Sebenarnya di dalam Poring Hot Springs ini terdapat banyak lagi tempat2 yang wajib dikunjung. Ada Taman Kupu2, Jambatan Kanopi, Air Terjun Kipungit, Gua Kelawar dan Air Terjun Langanan. Untuk memasuki Poring Hot Springs ini pelawat dikenakan bayaran. Samapi saja kami mencari kolam yang sesuai untuk berendam kaki. Terasa betul2 panas air ni. Kalau nak terus celup kaki tu, mau rasanya nak menjerit. Terpaksalah perlahan2 kami merendam kaki masing2. Dah serasi barulah selesa berendam sehingga kemerah2an betis dibuatnya. Kemudian kami menyelusuri lagi kedalam kawasan ini. Melalui taman Kupu2 dan nak masuk pun kena tiket juga. So pandang dari luar je ler. Kemudian lalu pula di Jambatan Canopy. Nak masuk pun kena gak bayaran. Malas juga nak masuk. Bukan apa, kalau sekali pekej semua bayaran kan senang. Tak ler terasa membayarnya.


Tapi bila dah tak masuk Jambatan Canopy ni, terasa pula menyesalnya. Dengarnya kat dalam tu ada jambatan gantung yang tinggi. Ada juga pokok2 hutan yang cantik2. aduhhhh. Tak pe le. dah melepas. Kami teruskan lagi penerokaan. Nurul anak si IZRYN ni sibuk nak masuk Gua Kelawar. Teroka2, rasa jauh lagi pula gua ni. Lagipun kesian kat anak SG si SARA ni. Walaupun dah 2 tahun, tapi macam tak larat je dia ni. Kami hanya berhenti di Air Terjun Kipungit saja. Si Nurul ni dah merajuk. Terpaksalah IZRYN dan suami memujuk.


Kami tinggalkan Poring Hot Spring ni untuk kedestinasi seterusnya. Kali ini kami berkunjung pula Sabah Teh yang terletak 20 minit dari Poring Hot Springs. Disini kami menikmati minuman teh segar sambil menikmati pemandangan ladang teh serta Gunung Kinabalu. Dah puas bercandid, Kami meneruskan perjalanan balik semula. Pekan Ranau hanya kami lalu sahaja. Tak tau apa yang menarik kat pekan ni. Jadi kami hanya menuju ke Pekan Kundasang.

Pintu masuk Sabah Tea
Minum dan bercandid di ladang teh
SG dan Isteri di laluan ke Kundasang
SG bersama IZRYN
Mengidam buah salak.
Di Pekan Kundasang ni, terdapat banyak gerai2 sayur2an & buah2an ditepi jalan. Kami singgah disini untuk membeli sayur untuk di masak pada malam nanti. Seterusnya tempat bersejarah yang wajib dikunjungi di Pekan Kundasang ini. Kundasang War Memorial adalah tempat sejarah peninggalan tentera British sebagai memperingati mereka2 yang terkorban. SG nak cerita lebih pun tak tau sangat. Sebab sejarah ni kan fakta. Mana leh goreng2. Nak kesini memang masalah sikit. Kalau berlagak sombong memang tak jumpa. Tapi kalau rajin bertanya, barulah tau kat mana lokasi ni. Nak harapkan signboard, langsung tak adapun. bukan kat sini je, banyak lagi sebenarnya tempat2 menarik kat Sabah ni tak ada signboard. Memang kesulitanlah bagi pelancong2 macam SG ni. Diharap Kementerian Pelancongan Sabah dapat mengatasi masalah ini.


Selepas dah puas bercandid di Kundasang Memorial War, kami menuju pula Kinabalu Park. Kat sinilah tempat bermulanya pendakian ke puncak Gunung Kinabalu. Nak masuk Taman Negara ni pun kena bayar. Tapi yang bestnya, kereta boleh dibawa masuk hingga2 ke 1st point untuk mendaki. Kalaulah 1st point ni tak berpagar, dah tentu SG pandu Avanza ni sampai ke puncak. hehehehe.


Jam sudah menunjukkan pukul 5.30 petang. Jadi kami terpaksa meninggalkan ketenangan dan kedamaian dikawasan pergunungan ini untuk menuju pulang kembali ke KK. Kami Sampai KK dah pukul 7 malam dan terus pergi ke Pasar Malam Sinsuran untuk membeli lauk untuk di seafoodkan malam nanti. Kemudian kami singgah juga di Pasar Malam Kampung Air. SG berpesan kepada Isteri dan IZRYN, kalau nak beli mutiara, belilah kat sini dulu. Kat sini lebih murah dari pasar Filipina. So esok kat pasar Filipina tinggal topup2 je lagi. Untuk pengetahuan Pasar Malam Sinsuran (pasar basah) dan Pasar Malam Kampung Air ini dibuka setiap malam. Kalau siapa tak berada pada waktu malam kat KK ni, memanglah tak merasa suasana pasar kat sini.

Pasar Malam Sinsuran
Ikan UJI RASHID

Pasar Malam KAMPUNG AIR
Sekarang ni ada lagi masa sebelum tempoh untuk memulangkan kerata sampai. Last point ialah Pantai Tanjung Aru. Malam suasana pantai kat sini tak ada yang menariknya. Tapi disekitar Tanjung Aru ada temapt yang baru dan lebih menarik dari pantai. PERDANA PARK yang hanya berhadapan sahaja dengan Terminal 2 KKIA (Air Asia). Di sini kita boleh melihat persembahan air pancut berirama disulami cahaya yang bergemerlapan. Perdana Park ini di rasmikan oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak pada 28 january 2011 yang lalu. Kiranya tak sampai sebulan lagi ia dibuka dan SG adalah antara yang terawal dari semenanjung menyaksikannya. Sebenarnya SG sampai sini pun dah lambat. Rasanya dah pukul 9 malam. Tengok schedule,last show pukul 8.40 malam je. Dah terasa sedih sebab tak dapat nak tengok air pancut. Tapi rupanya memang rezeki kami, extra show untuk pengunjung pada malam tu. so dapat juga tengok lebih kurang dalam 15 minit kot. Jadilah. Dari tak dapat langsung. hehehehe



Sesudah itu kami pulang ke apartment setelah sehari suntuk menjelajah. Masa untuk masak masakan laut untuk disantap pada malam ini. perut dah keroncong. Sebelum bermulanya waktu bersantap, SG pun memulangkanlah kereta Avanza ini. Rasa sayang pula nak lepaskan. Macam kete sendiri je pula rasanya. huhuhu. So malam tu, kami tiada apa2 program melainkan hanya melepak2 di apartment sambil menonton TV sahaja.


INFO

Senarai Harga Tiket
Poring Hot Soring : 
RM3 Dewasa. RM1 kanak2.

Taman Kupu2 : 
RM3 Dewasa. RM1 kanak2

Jambatan Canopy : 
Dewasa - RM3
Kanak2 - RM1.50
1 Kamera (Walaupun kamera HP) - RM5
Video - RM30

Kundasang Memorial War
Dewasa -RM2
Kanak2- RM1


Sambungan kisah percutian dihari ketiga
Share this article :

3 comments:

  1. pok cik... tq bg info..i'll follow u..mei nnt

    ReplyDelete
  2. dulu saya p ranau war memorial park tu tak sempat masuk sebab under renovation.nanti ada masa mau jalan2 lagi di ranau.hahaha*tempat sendiri pun tak g lagi o...*

    ReplyDelete
  3. So sweet...

    tolong jangan pijak saya.. nanti saya mati...

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger