Headlines News :
Home » , » Piala FA 2011 - Selangor 2-1 Harimau Muda B

Piala FA 2011 - Selangor 2-1 Harimau Muda B

Written By saleehs gerrard on Saturday, March 5, 2011 | 12:46


Selangor mara ke suku akhir Piala FA setelah menewaskan Harimau Muda B 2-1 dalam perlawanan pusingan ke-2 Piala FA di Stadium Shah Alam, malam tadi. Dua gol dalam tempoh 4 minit separuh masa pertama menerusi sepakan penalti Razman Roslan (m-34) dan jaringan padang Amirulhadi Zainal (m-38) sudah cukup buat Selangor membenam cabaran skuad pelapis negara itu yang mendapat gol saguhati melalui D. Saarvindran (m-67).

Tuan rumah mengambil kesempatan di atas pengalaman mereka apabila dilihat menguasai aksi perlawanan sepanjang babak pertama ketika pemain-pemain lawan banyak memberi ruang sambil mengharapkan serangan balas pantas untuk mendapatkan gol. Selepas beberapa peluang awal gagal menemui sasaran, Selangor akhirnya memecah kebuntuan apabila pemain sayap kiri Mohd Fitri Shazwan dijatuhkan pemain pertahanan lawan dalam kotak penalti. Razman Roslan tidak mempersiakan sepakan penalti yang diperolehi bagi membolehkan Selangor mendahului 1-0 pada minit ke-34.

Kegembiraan Selangor sedikit tergugat apabila penyerang Mohd Fadzli Saari dilihat mengalami kecederaan sejurus selepas jaringan pembukaan itu dan terpaksa digantikan dengan Rudie Ramli. Bagaimanapun selang 4 minit kemudian, Selangor menambah jaringan apabila ketua pasukan, Amri Yahyah bijak melorongkan bola kepada Amirulhadi Zainal yang melarikan bola menghampiri gawang lawan sebelum menewaskan Mohd Farhan di gawang Harimau Muda untuk kedudukan 2-0. Kedudukan 2-0 kekal sehingga tamat aksi babak pertama.

Selangor meneruskan penguasaan di babak kedua namun gagal menyermpurnakan beberapa peluang yang terhidang. Harimau Muda kemudiannya menghukum kealpaan barisan pertahanan Selangor apabila merapatkan jurang menerusi jaringan ketua pasukan, D. Saarvindran pada minit ke-67. Kedudukan 2-1 bagaimanapun kekal sehingga wisel penamat ditiupkan pengadil seterusnya memastikan kemaraan Selangor ke suku akhir.

Selangor akan bertemu Johor yang mengenepikan cabaran Harimau Muda A dalam aksi suku akhir yang akan dijalankan secara timbal-balas.

SELANGOR: 22- Mohd Iqbal Mohd Suhimi (PG), 3- Razman Roslan, 4- Mohd Asraruddin Putra, 6- Mohd Nasriq Baharom, 16- Yosri a/l Derma Raju, 8- Safiq Rahim, 18- Azidan Sarudin, 20- Mohd Amirulhadi Zainal, 24- Mohd Fitri Shazwan (15- P Gunalan), 17- Amri Yahyah (K), 23- Mohd Fadzli Saari (9- Rudie Ramli) (25- Fazilidin Khalid)

HARIMAU MUDA B: 1- Mohd Farhan Abu Bakar (PG), 4- Muhammad Akram Mahinan, 6- Mohamad Nashriq Yahya, 8- Muhammad Farizzuan Azhar, 9- Mohamad Syafiq Shakihin, 10- Saarvindran a/l Devandran (K), 18- Mohd Nor Hakim, 20- Shahrul Mohd Saad, 23- Mohd Syuhiran Zainal, 24- Muhammad Syazwan Tajudin, 25- Muhammad Nazmi Faiz
Share this article :

1 comment:

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger