Headlines News :
.
Home » , » Piala FA 2011 Suku Akhir (1) - Selangor 3-1 Johor

Piala FA 2011 Suku Akhir (1) - Selangor 3-1 Johor

Written By Unknown on Wednesday, March 16, 2011 | 17:32

SELANGOR mencerahkan peluang untuk mara ke separuh akhir Piala FA setelah berjaya menewaskan Johor 3-1 pada aksi suku akhir pertama di Stadium Shah Alam malam tadi. Bekalan dua gol itu dianggap agak selesa untuk Selangor bertandang ke Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin bagi aksi suku akhir kedua pada Sabtu ini.

Pada perlawanan malam tadi, tiga gol Selangor itu dijaringkan Hardi Jaafar, Rudie Ramli dan Amri Yahyah manakala gol tunggal Johor dijaringkan Alif Yusof. Selangor turun tanpa penyerang utama, Fadzli Saari yang mengalami kecederaan tetapi menyenaraikan semula Nasriq Baharom yang sudah pulih untuk mengisi tempat Yosri Derma Raju yang direhatkan. Pada minit ke-10, Selangor hampir berjaya memperolehi gol pendahuluan tetapi percubaan Amri hasil lorongan Amirulhadi Zainal sekadar menggegar tiang kanan gawang Johor.

Johor turut berpeluang menerusi sepakan percuma kaptennya, Norizam Salaman tetapi berjaya ditepis keluar penjaga gol Selangor, Iqbal Suhaimi pada minit ke-14. Pada masa kecederaan babak pertama, lambungan kaki kiri Hardi dari sebelah kanan hanya menggegar palang gol Johor untuk kedudukan kekal 0-0 pada waktu rehat.

Hanya empat minit selepas babak kedua bermula, Selangor memperolehi gol pertama menerusi gerakan lincah Hardi yang memperdaya tiga pertahanan Johor selepas menerima lorongan Amri. Gol kedua Selangor menyusul pada minit ke-55 apabila hantaran Amirulhadi dari sebelah kanan ditolak kemas oleh Rudie menewaskan penjaga gol Johor, Amirul Abu Seman.

Jurulatih Selangor, K. Devan memasukkan Asraruddin Putra Omar menggantikan Rudie pada minit ke-68 dan Hardi yang beraksi di sayap kiri bertukar ke posisi tengah bersama Azidan Sarudin manakala Safiq naik ke atas membantu Amri. Hasilnya Amri berjaya meledak gol ketiga Selangor pada minit ke-71 dengan memperdayakan pertahanan Johor sebelum meledak rembatan jarak dekat. Namun kelekaan benteng pertahanan Selangor dihukum pada minit ke-77 apabila Johor berjaya memperolehi gol di tempat lawan hasil rembatan Alif menewaskan Iqbal.

Bagi memberi peluang kepada pemain simpanan, Devan membawa masuk Saiful Amar Sudar dan S. Sritharan menggantikan Iqbal dan Amri pada baki 10 minit terakhir. Kedudukan 3-1 itu bagaimanapun kekal sehingga wisel penamat.

SELANGOR: 22. Iqbal Suhaimi (21. Saiful Amar Sudar), 3. Razman Roslan, 5. Khairul Anuar Baharum, 6. Nasriq Baharom, 15. P. Gunalan, 20. Amirulhadi Zainal, 8. Safiq Rahim, 18. Azidan Sarudin, 14. Hardi Jaafar, 9. Rudie Ramli (4. Asraruddin Putra Omar), 17. Amri Yahyah (c) (7. S. Sritharan).

JOHOR: 21. Amirul Abu Seman, 3. Nazrin Baharudin, 5. Ismail Suboh, 8. Azuwad Arip, 9. Asyraf Al-Japri (7. Fahian Roslan), 10. Norizam Salaman (c), 11. Alif Yusof, 13. Wan Azwari Wan Nor, 17. Zulindra Shah Putra Adam (27. Zaky Zulkifli), 19. Shaharuddin Abd. Kadir (2. Syukri Ismail), 20. Shoufiq Khusaini.

PENGADIL: Lismotia Mohem Mohd. Tisan.
Share this article :

1 comment:

  1. da leh jd pengulas bola sepak da nih...mmg keje pengulas bola sepak ke?
    p/s: sy tag kamu http://kakicandid.com/blog/2011/03/28/entri-kongsi-idea-laptoppc/ harap join la ye? mekasih...

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger