PART 1 : SABAH 2011 - Persiapan untuk merehatkan otak
PART 2 : Hari Pertama percutian Sabah 2011 - Dari LCCT ke Kota Kinabalu
PART 3 : Hari Kedua Percutian Sabah 2011 - Kota Kinabalu, Kundasang dan Ranau
PART 4 : Hari Ketiga Percutian Sabah 2011 - Kota Kinabalu ke Tawau
Ahad 20 February 2011
Pagi ini semua ahli keluarga SG bangun seawal 6.30 pagi. Nampaknya kali ini, keluarga SJ pula yang paling awal bangun dan baru disusuli keluarga SG. Hari ini kami perlu bersiap awal kerana telah berjanji dengan En. Din, pemandu kenderaan yang kami sewa untuk membawa kami ke Semporna. Begitulah keadaan kami. Bila berjanji dengan orang, mesti ditepati, tetapi kalau sendiri yang drive, memang tengah lena dibuai mimpi indah lagi.
SJ dan suami menunggu kami bersiap dan Alya |
Di ruang legar Apartmen Kuhara |
Apartment Kuhara disiang hari |
Pokok sawit disepanjang perjalanan Tawau - Semporna |
Perjalanan dari Tawau ke Semporna memakan masa 1 jam 30 minit. Dengan pemandangan yang tak ada nak dibatakkan, SG lepas makan terus je tidur dalam van. Mana tak mengantuknya, dah kenyang, lepas tu pemandangan kiri kanan jalan, sama saja macam di Semenanjung penuh dengan tanaman kelapa sawit. Jadi memang tak menarik lerkan. So SG sedar2 je dah sampai pun Semporna. Mata kembali segar apabila melihat kebiruan air laut dan keindahan pulau2 yang berhampiran. Rasa tak sabar je nak menjejak kaki dibumi Semporna ini.
Destinasi pertama sudah tentu disekitar Dragon Inn Floating resort dan Pusat pelancongan Lautan Semporna. Disini kami menyaksikan keindahan alam semula jadi ciptaan tuhan dengan lebih dekat lagi. Melihat air laut yang biru kehijau2an yang direnangi ikan2 kecil didalam kelompoknya. Ketika sedang asyik melayan tiupan angin laut, datang penjual2 jalanan yang menawarkan barangan cenderamata seperti kuda laut, mutiara dan sebagainya. Setelah tawar menawar akhirnya kami terbeli juga walaupun tidak dalam kuantiti yang banyak. Kemudian kami menyerbu pula kedai cenderahati disini. Ingatkan mereka2 ni dah puas bershoping kat KK semalam, rupanya masih belum sempurna. SG hanya membiarkan saja mereka terus memiliki yang dihajati, sementara SG hanya melayan karenah anak2 SG sambil terus menghirup udara segar disekitar pantai ini.
Isteri SG bershoping sakan |
Adik dan Kakak letih menunggu ibunya bershoping. |
Semasa kami disini, sempat juga kami menyuruh En. Din pemandu kami untuk mencarikan bot2 yang boleh kami sewa untuk dibawa mengelilingi pulau2 berdekatan. Tapi malangnya harga yang ditawarkan terlalu tinggi. Adakah patut seorang Dewasa dikenakan RM100 sementara kanak2 RM50? kalau dikira jumlahnya menjadi RM600. En. Din berkata pakej itu siap sekali makanan seafood di salah sebuah pulau. Setelah berbincang sesama sendiri, kami menolak pakej berkenaan kerana kami fikir harganya langsung tidak munasabah. Kemudian kami bertanyakan pula pada penjual2 jalanan ini kalau2 ada bot yang boleh kami sewa. Memang tepat sekali, kami dicarikan bot dengan kadar sewa RM120 sejam. Kira oklah tu sebab ia harga sekali untuk semua orang. Walaupun kami tahu ia harga sudah di Markup, tapi demi untuk merasa naik bot mengelilingi pulau2, kami setuju sahaja. Dalam perjalan ke jeti untuk menaiki bot ini, kami memberi tahu En. Din bahawa kami akan menjelajah pulau2. Kemudian En. Din ini memanggil si penjual yang merekmenkan kami bot tadi. Nampak seperti ada pertengkaran kecil antara mereka. Nampak jelas mereka ni semua kaki markup. Lantaklah mereka nak bergaduh ke apa. yang penting kami dah setuju dengan harga itu.
Pemandangan Pulau Tampi2 |
So kami memulakan perjalanan menaiki bot untuk meninjau pulau2 berhampiran. Menyaksikan kehidupan masyarakat yang kehidupan2nya 100% diair. Anak2 kecil bermain air adalah aktiviti biasa disini. Seronok melihat gelagat2 mereka. Cuma apa yang mengejutkan kami, rumah2 atas air ni kelihatan usang tetapi mampu memiliki ASTRO. Dasyat2. Kami cuba selidik2 kenapa kawasan ini kebanyakannya memasang Astro. Rupanya Kerajaan telah membekukan penggunaan TV satelit (parabola) dikawasan yang mempunyai liputan rangkaian TV tempatan. Ini bermakna hanya tempat2 pendalaman sahaja yang dibenarkan menggunakan parabola. Tempat lain Astro le jawabnya. Seronok2 mengambil gambar, kamera SG kehabisan bateri. Terpaksalah menumpang kamera SJ ni. ( Jangan marah ye SJ kalau ada gambar2nya tercuri & terupload kat sini. hehehehe)
Pemandangan bandar Semporna |
Tapak sulaiman yang kami ambil untuk dibawa pulang |
Pemandu bot bertanyakan kepada kami kalau2 ingin kepulau Mabul & Sipadan. Kami bersetuju saja tapi dengan jujur ikhlasnya dan kesian kepada kami, dia tidak sanggup membawa kami kerana kadar bayaran yang akan kami tanggung mungkin tinggi. Ini kerana perjanjiannya bersama penjual jalanan tadi mengikut jam. Sedangkan kalau kami direct dengan pemandu bot ini hanya perlu membayar RM200 sahaja tanpa mengira waktunya. Bayangkan kalau 4 jam, dengan harga RM120 sejam, berapa banyak perlu kami bayar. Kami akur jua pandangan pemandu ini. Tak apa. Lain kali sahaja kalau ada rezeki datang lagi kesini. Sambil bersiar2 ni sempat juga SG menangkap tapak sulaiman ni buat cenderahati untuk di bawa pulang. Setelah itu kami diturunkan dijeti dipasar basah Semporna.
Jeti Penumpang Semporna |
Daging Rusa @ Payau |
Bergambar di Pulau Tampi2 |
Singgah membeli goreng pisang & ubi dalam perjalanan pulang |
Selepas setengah jam melepak2 disini, kami terus pulang menuju ke Tawau. Seperti biasa perjalanan yang membosankan membuatkan SG pun terlena. Niat si En. Din ini ingin menghantar kami pulang ke apartment, tetapi kami pula mengajaknya ke Pekan Tawau. Terpancul sedikit kebenganggan di wajahnya. Dengan berat hati dibawanya juga kami ke Pasar Tanjung. Disini kami mula membeli barangan yang kami tidak dapat di Semporna tadi. Ikan bilis, udang kering, ikan kering kami borong untuk keluarga dan sahabat handai di semenanjung. Tak lupa juga kuih cincin dan keropok amplang makanan istimewa masyarakat Sabah.
Dah habis shoping disini, kami menuju pula ke pasar Gantung. Pasar Gantung ini pula adalah pasar menjual barangan cenderahati seperti pasar Filipina di KK. Kami meninjau2 barangan disini. Apa yang istimewa disini ialah kain batik Ayu yang didatangkan dari Indonesia. Kalau pandai tawar menawar dapatlah harga yang jauh lebih murah. Disini isteri SG saja membeli kalau tak silap 7 helai kain batik ayu ini (rasa2nya lebih kot. dah tak ingat). Kemudian kami meninjau2 sebentar disekeliling pasar ini. Tapi disebabkan mood kami pun dah kurang dengan servis pemandu kenderaan kami, kami mengambil keputusan untuk pulang sahaja.
Sampai di Apartment Kuhara, SG gak terkejut apabila En. Din meminta kadar bayaran sebanyak RM450. mengikut janji asal, kami hanya perlu membayar RM350 sahaja. SG bayar saja RM450 tetapi selepas membayar dan sampai dibilik, SG terus memberitahu En. Amat supervisor Apartment Kuhara ini yang mengaturkan kenderaan kami. Samaada di pura2 terkejut atau benar2 terkejut, SG tak pasti. Yang penting SG nak apa yang dijanjikan En. Amat tepat kerana semuanya telah masuk dalam kos perbelanjaan kami.
Petang itu kami dikunjungi sahabat blogger dari tawau. Puan MYNA yang berasal dari Kedah, telah menetap di Tawau akibat mengikut suaminya yang bertugas sebagai tentera laut di Semporna. Sebenarnya SG sebelum ke Sabah lagi dah berhubung dengan Myna. Malam tadi sewaktu SG sampai di Tawau juga, SG ada mengajaknya untuk join program kami hari ini. Tapi malangnya, Myna ada program lain pula. Myna datang kebilik kami hanya sebentar saja . Just beramah mesra dengan kami dan merancang untuk program bersama keesokan harinya. Setelah Myna pulang , misi terjun kolam renang bermula. Hanya SG bersama anak2 dan anak buah SG yang terjun. Yang lain hanya memerhatikan sahaja.
Tak puas berenang lagi, SG didatangi En. Amat untuk menyelesaikan masalah bayaran tadi. Maka SG bertemu En. Din dan En. Amat serentak untuk menyelesaikan masalah ini. Yang pelik, kenapa pula En. Din menyalahkan SG kerana tidak menanyakan kadar bayaran yang sebenar. Sedangkan harga itu adalah persetujuannya dengan En. Amat. Mereka yang deal berdua. Dah mereka setuju barulah En. Amat memberitahu SG. Perlukah SG dipersalahkan? Apa yang SG tuntut hanya kembalikan wang sebanyak RM100 itu atau menghantar kami ke Airport esok tanpa bayaran lagi. Akhirnya En. Din akur juga. Selesai masalah.
Sebelum beredar, sempat juga SG menasihatkan mereka berdua. Anggap ini sebagi pengajaran. SG boleh terus mengadu ke pihak pengurusan Apartment andainya SG mahu. Tapi SG masih bertimbang rasa. Pastikan lain kali memberi servis terbaik untuk mengelak nama apartment Kuhara ini menjadi buruk. Tapi dalam hati SG ni, memang dah agak, En. Din ni memang kaki sembelih punya. Dahlah servis hancur. Lagi nak tekan lebih2. Sekali ni jelah dia merasa duit SG ni.
Malam tiada aktiviti yang dirancang. SG hanya sekadar berborak2 bersama keluarga membincangkan apa yang berlaku. Bagi kami memang dah boleh agak bakal berlaku begini. SG memang dah terus terang tak ada contact2 disini. Bukan tak pernah sampai Tawau ni tapi dah lama. Tahun 1997 tu SG datang kemari. Memang SG dah bagitau SJ awal2 lagi. KK dijamin beres. Tawau problem dan tak boleh nak dibayangkan. Sudah tentu kali pertama sampai, pasti terkena. Adatlah kalau tiada connection. Mereka2 pasti mengambil kesempatan.
Sambungan hari kelima - Hari terakhir.
lama jgk percutian kt sabah tu...mahal x sewa apartment kt sana?
ReplyDeleteWah! jauh berjalan sekeluarga,tempat2 perlancungan mcm ni memang harga gila2 punya,
ReplyDeletelebih2 lagi bila tak ada transport sendiri
ditambah pula tak tahu jln.
oh seronok nye bercuti. mcm2 ade. tapak sulaiman tuuuuu.
ReplyDelete*sy x pnah pegi sabah.
nonie : kalau nonie ikuti semua posting SG, semua SG nyatakan harga dari apartment, transport, tiket dan sebagainya. so try le baca dari mula ye.
ReplyDeleteThomas: pertama kali pasti terkena punya. Disebabkan dtg dgn family, terpaksa juga nak beri keselesaan pd mereka. Kalau trip dgn kawan2, memang kami main redah je. Nasib baik KK SG dah biasa. so tak ada masalah mcm kat tawau ni.
i am S!L4H : Sabah mmg best. tenang dan damai. rasa suasana kat sana, tak dapat kat semenanjung ni. Tu yg masuk tahun ni, 4 tahun berturut2 SG ke Sabah.
besttttttttttttttttt...memang nak repeat ke sabah..sangat2 best adehhhh jeles aiii
ReplyDeleteceeeetttt! gerats! napa x mai ruma? awat x habaq nak mai tawau n sm4na~ bole datang uma kax~ adehhh! -_-"
ReplyDeleteI every time used to read article in news papers but now as I am a user of web therefore from now I am
ReplyDeleteusing net for articles or reviews, thanks to web.
Look into my site :: Louis Vuitton Outlet Online
It's awesome to pay a quick visit this website and reading the views of all friends concerning this article, while I am also eager of getting knowledge.
ReplyDeleteHere is my web page :: sac Louis Vuitton
This is a topic which is close to my heart... Best wishes!
ReplyDeleteExactly where are your contact details though?
Here is my web-site; Michael Kors
My partner and I stumbled over here different web address and thought I might as well
ReplyDeletecheck things out. I like what I see so now i'm following you. Look forward to looking into your web page again.
My homepage Kobe Bryant Shoes
Correction not pekan tawau...its bandar tawau.please make sure fakta jngn dilupa.
ReplyDelete