Headlines News :
.
Home » , , » SABAH 2011 - Persiapan untuk merehatkan otak

SABAH 2011 - Persiapan untuk merehatkan otak

Written By Unknown on Wednesday, February 16, 2011 | 12:59

Salam untuk semua. Hari ini, pagi2 lagi SG sudah bangun. Walaupun pukul 9.00 pagi tu dah kira lewat, tapi masih awal bagi SG. Ini kerana SG tido pun lepas subuh tadi. Gara2 melayan Champion League antara AC Milan bertemu Totenham Hotspurs. Bangun2 dengan hanya cuci muka saja, SG terus mempacking pakaian dan barang2 kelengkapan peribadi.

Kemanakah arah tujuan SG kali ini? emmm.. Kali ini SG akan terbang merentasi Laut China Selatan membawa diri ke negeri Sabah untuk menenangkan jiwa yang kacau. Hahahaha. Kacaulah sangat ye. Sebenarnya tak le jiwa kacau pun, tapi hanya trip melancong bersama anak isteri dan bergabung sekali dengan family kakak SG si IZRYN ni. Trip selama 5 hari di sabah dari 17 hingga 21 February 2011. Memang dari dulu lagi, perangai SG kalau nak kemana2 suka sangat packing barang2 last2 minit. Ini pun kira awal sebab nak sumbat2 sekali barang2 anak yang dah tak muat kat beg isteri. Kalau SG pergi bujang, dah tentu waktu nak pergi tulah baru nak sibuk2 packing. Beg isteri SG ni, dua hari yang sudah lagi dia dah prepair sikit2. Maklumlah, excited nak melancong. Bagi SG, Sabah ni dah macam negeri no. 2 pulak. Masuk kali ni dah 5 kali SG sampai kesana. Dari tahun 2008 hingga tahun ni, 4 tahun berturut2 SG datang. Tapi dengan geng2 memancing le. Bukan program family.

Booking untuk LCCT ke Kota Kinabalu (KK)
Sebenarnya SG dah booking tiket flight ni sejak 8 bulan yang lalu lagi. Masa tu AIR ASIA buat ofer giler2. Tambang percuma ke banyak lokasi. Jadi dengan tak payah fikir panjang terus contact si IZRYN ni dan dia setuju saja. Lagipun dia memang nak sangat pergi ke Sabah ni. Nak tau juga apa yang seronoknya disana. Dia pelik kat SG le katakan, apa sebab SG boleh tiap2 tahun pergi sana. Masa booking tu, SG tak bagi tau pun isteri SG. Lepas 2 minggu booking barulah bagitau. Saja nak wat kejutan sikit. hehehe. Nak tau berapa harga tiket yang SG dapat untuk seramai 8 orang ni? SG cuma bagi tau tambang dengan cukai2 je lah. Sebab itu yang wajib. Bagasi dengan makanan tu hanya pilihan. Untuk pengetahuan, kami akan menaiki 3 penerbangan. Dari :
  • LCCT (KL) ke Kota Kinabalu (KK) - RM88 (tambang & cukai)
  • Kota Kinabalu (KK) ke Tawau - RM88 (tambang & cukai)
  • Tawau ke LCCT (KL) - RM112 (tambang & cukai)
Jadi jumlah tambang & cukai ialah RM288 untuk 8 orang. Jumlah keseluruhan termasuk bagasi dengan makanan pula ialah RM693. Kalau dibahagikan 8 orang pula, jadilah kos penerbangan RM86.60 seorang. Mahal ke murah? Bagi SG dah tentulah murah. Dulu semasa SG bujang tak dapat nak rasa macam ni. Pergi balik Sabah kalau tak ada 7-8 ratus, jangan mimpi le nak merasa. Terima kasihlah kat Dato Seri Tony Fernandes (AIR ASIA) ni. Kalau dia tak perkenalkan system tambang murah ni, kempunan le jawabnya. "NOW EVERYONE CAN FLY"..

Dipendekkan cerita, petang SG kena kerja lagi. Balik kerja pukul 12 malam. Yang pastinya lepas tu terus SG tak tidur punya. Kena last checking apa barang2 yang tak cukup lagi. Pukul 4 pagi dah kena keluar pergi Airport (LCCT). Flight pukul 6.50 pagi. Walaupun perjalanan dari rumah SG yang kat Banting ni ke LCCT lebih kurang dalam 1 jam 15 minit je, so mesti ler kena minum2 alas2 perut dulu kat kedai mamak (sempat jugalah nak tengok Champion League Barcelona vs Arsenal) . Nak minum kat Aiport, harga sampai tak ingat. Lagipun bab2 naik flight ni, wat per nak tergesa2. Bukan naik kereta boleh nak tunggu2. Sampai waktunya, lambat sampai, sendiri mau ingatlah.

Beg2 yang dibawa. Ni pun tak habis sumbat2 lagi. huhuhu
SG harap trip family ke Sabah kali ini berjaya dan selamat tanpa aral melintang. Semua penginapan, kenderaan dan lain2 telah SG uruskan awal. Tinggal bayar dan duduk sahaja. Dan selama 5 hari SG kat sana dah tentu blog kesayangan SG ni tak terupdate dan tak terblog walking. So ada tak sapa2 yang sudi blog walkingkan untuk SG. Nanti SG belanja KUIH CINCIN. apa? nak MUTIARA. Yang murah2 leh ler kot. hehehe. Pe pun pulang dari bercuti nanti, SG akan updatekan aktiviti2 SG di Sabah (KK, Kundasang, Ranau, Tawau & Semporna) untuk tatapan sahabat2 blogger. Kalau SG lambat update pun korang boleh juga tinjau2 blog kakakku yang join sekali trip ni si IZRYN. So SG mengharapkan korang mendoakan keselamatan kami dua keluarga disana. Jumpa lagi di posting Sabah 2011 akan datang. Wassalam...

Kisah percutian dihari pertama
Share this article :

14 comments:

  1. Ermm.. Myna dah text ke henset SG.. nanti check ya...Take care ya pren. see u & family on saturday.. InsyaAllah ^_^

    ReplyDelete
  2. seronok nya nak g sabah. ^^
    apa la, packing last minit kan menyusahkan. kang ada yang tinggal. hehe

    ReplyDelete
  3. amboi! seronoknya mereka & keluarga mereka. kami pon nak p 25-27 ni je..:-)

    *pnjt gunung ke scuba bro?

    ReplyDelete
  4. Selamat datang ke Sabah...
    Boleh singgah Labuan sekali.

    ReplyDelete
  5. bestnya cuti2 malaysia..kirim mutiara dari sabah ye, nak buat cincin ;)

    ReplyDelete
  6. kalau ada barang yang tertinggal, beli saja yang baru disana.

    p/s. blog SG ni berat ckit. ^_^

    ReplyDelete
  7. best juga tu jalan2 kat sabah ngan keluarga sekali. sg ni orang sabah ke?

    ReplyDelete
  8. seronoknya..cer citer menginap di mana..brapa budget..saya nak g sabah gak tapi pertengahan tahun ..insyaAllah..

    ReplyDelete
  9. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Salam Sebuah persahabatan....
    Terima kasih
    kembara ziarah maya”

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger