Berbagai versi yang dikaitkan dengan bermulanya sambutan Valentine day ini. Namun demikian tidak pernah ada penjelasan kisah siapa “St. Valentine” yang dimaksudkan, juga dengan kisahnya yang tidak pernah diketahui hujung-pangkalnya kerana setiap sumber mengisahkan cerita yang berbeza. Tetapi yang pasti ia diasaskan oleh dunia barat yang beragamakan Kristian. Bagi kita umat Islam, adakah perlu kita meraikannya?.
Sebenarnya amalan merayakan Hari Kekasih (Valentine's Day) tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dengan akidah Syariah dan akhlaq Islamiah serta dialarang oleh Islam. Oleh itu, umat Islam adalah dilarang melibatkan diri dalam meraikan hari tersebut.Valentine's Day adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan difatwakan haram oleh JAKIM.
Hujjah:
- Sejarah Valentine's Day tidak ada dalam Sejarah Islam;
- mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam;
- kebanyakan golongan yang meraikan Valentine's Day ini dengan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam;
- Valentine atau nama sebenar St. Valentine adalah merupakan seorang paderi paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabellah di Sepanyol. Ratu Isabelleh menetapkan 14 Februari sebagai hari menginati kemenangan Kristian terhadap Islam; dan
- barangsiapa yang merayakannya seolah-olah ia bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol.
- Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal. Tidak dapat dinafikan sambutan Hari Valentine ini sebenarnya membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya yang bermaksud:
Banyak negara islam lain telah menguatkuasakan larangan untuk menyambutnya. Contohnya Arab Saudi, telah menyekat dan mengarahkan kedai2 bunga dan cenderahati dari menjual produk berwarna merah (walaupun sedikit sahaja merahnya) dan hadiah berbentuk hati hingga selepas hari Valentine's ini. Suruhanjaya Amal Makruf Nahi Mungkar (HAIA) memberi amaran jika berlaku juga penjualan barangan terbabit, kedai akan diarahkan tutup dan pekerjanya akan dipecat. Anggota HAIA juga akan melakukan pemeriksaan disemua lokasi dalam misi memerangkap pasangan yang berjumpa secara rahsia di restoran dan kafe. Betapa tegasnya Arab Saudi dalam memelihara kesucian agama Islam ini.
Di Malaysia walaupun tiada penguat kuasaan terhadap pembelian barangan cenderahati, JAKIM serta Jabatan Agama Islam negeri tetap melakukan operasi dikawasan2 strategik yang kebiasaannya dikunjungi oleh pasangan kekasih ini. Hasilnya sudah pasti ramai pasangan kekasih ditangkap akibat berkelakuan sumbang serta melampaui batas.
Sebenarnya untuk membuktikan kasih sayang ini, tidaklah hanya pada 14 February (Valentine's day) ini sahaja.Walaupun seluruh dunia berterusan menjadikan 14 Februari sebagai hari "menyambut kekasih" dengan pasangan mereka, sebagai alternatifnya, marilah kita semua sebagai umat Islam menjadikan setiap hari sebagai ikatan bersatunya seluruh muslimin dan muslimat serta mempertingkatkan ketaqwaaan dan kecintaan kepada Allah S.W.T dan RasulNYA
p/s : Daripada kita sibuk nak meraikan 14 February (Valentine's day) ini, lebih baik kita bersedia untuk menyambut 15 February 2011 (Maulidur Rasul). Dapat juga faedah dan pahala kerana 12 Rabiul Awal adalah jatuhnya pada 15 February ini dan ia adalah dianjurkan oleh Islam untuk meraikannya serta menginsafi sejarah Rasul junjungan kita Nabi Muhammad SAW.
Terima kasih atas prkongsian ilmu...
ReplyDeletenice entry...semoga ia menjadi peringatan untuk kapel2 yg nak sambut esok..
ReplyDeletetq for sharing...betul,xperlu la nk agung2kan hari tersebut.Bila fikir blik,nonie bersyukur sbb pasangn jauh kt singapore..
ReplyDeleteat least xd asyik kuar jmpe
thanks share. saya memang xsuka valentine's day ni. bukan best pon. best ag maulidur rasul :)
ReplyDeletethx..nice info.alhamdulillah stakt hari ni xpernah sambut agi valentine day dan tak akn smbut sampai bla2.
ReplyDeletesalam..saye sokong!!
ReplyDeleteboikot valentine's day..
jom sambut maulidur rasul dgn mmperbanyakkan selawat..:)
saya sambut 16hb je tiap-tiap Februari..my birthday *_*
ReplyDeletebetul3..sy x prnh smbut..x ingin nk smbut..n x akan smbut...bday sndri pun x smbut cmtu..mmbzir je...
ReplyDeleteohh yeah!boikot valentine, jom meriahkan Maulidur rasul :)
ReplyDeletesay no to v-day .
ReplyDeletejauhkan diri dari budaya yang memudaratkan muda-mudi kita. semoga kempen oleh blogger dapat menyedarkan mereka.
ReplyDeletesy xsambut happy valentine...=)
ReplyDeletemujur tahun ni banyak komen drpd artis2 supaya JANGAN sambut V day, dipaparkan pada muka hadapan akhbar utama..
ReplyDeletehttp://blog-tips-kurus.blogspot.com/2011/02/sini-ada-hantu-yang-cantik.html
alhamdulillah..selama hampir 21thun hidup di bumi ALLAH ini..x penah sambut valentine..
ReplyDeleteUmmi setuju lagi pun apa faedah sambut hari valentine ni?!! saja suka-suka ikut tapi tak tau apa2.nanti hari dari sambut valentine nanti tunggu la bulan August,September,October & November sure banyak kes pasal buang anak.haii...tak insaf-insaf lagi diorang ni. nauzubillah.
ReplyDelete