Skuad Harimau Malaya telah berjaya mengalahkan pasukan Hong Kong 2-0 di Stadium Shah Alam dalam perlawanan persahabatan antarabangsa. Ini adalah perlawanan pertama selepas kejohanan Piala AFF Suzuki yang lalu.
Separuh masa pertama, pasukan kebangsaan mendominasikan serangan serta mengawal tempo permainan. Hasilnya pada minit ke 44, Safiq Rahim bertindak bijak melepaskan diri dari kawalan pertahanan Hong Kong sebelum merembat kencang untuk menjadikan kedudukan 1-0.
Separuh masa kedua pula, pasukan Hong Kong mula menunjukkan tanda2 kebangkitan. Beberapa percubaannya berjaya diselamatkan oleh pertahanan dan juga penjaga gol kita. Perlawanan menjadi rancak apabila, Malaysia juga bertindak membuat serangan balas dengan membuat beberapa percubaan. Akhirnya pada minit2 terakhir perlawanan, Amirul Hadi yang terlepas dari perangkap offside, berjaya merembat menewaskan penjaga gol serta pertahanan Hong Kong. Sehingga tamat perlawanan, Malaysia 2-0 Hong Kong.
Untuk perlawanan ini, K. Rajagobal menurunkan beberapa muka baru untuk digandingkan bersama pemain yang sedia ada. Selain mencuba keserasian pemain, ia juga memberi pendedahan kepada pelapis2 untuk jangka masa panjang.
Tahniah Malaysia. teruskan meraih kejayaan dimasa akan datang.
International Friendly - Malaysia 2-0 Hong Kong
Written By Unknown on Thursday, February 10, 2011 | 01:37
Labels:
15. Sukan,
21. Harimau Malaya
makin mantap malaysia ek...makin terserlah kehariamauan dorang..bravo!
ReplyDeletetahniah malaysia.memaang terbaik dsri ladang la.
ReplyDeletehihihihihk.....
tahniah malaysia!!! semoga trus meraih kejayaan slps ini..=)
ReplyDeletecongrets team Malaysia!! =)
ReplyDeletesemoga prestasi sang harimau akan membawa lebih banyak kejayaan.
ReplyDelete