Headlines News :
.
Home » , » Game 25 BPL 10/11 - Liverpool 2-0 Stoke City

Game 25 BPL 10/11 - Liverpool 2-0 Stoke City

Written By Unknown on Thursday, February 3, 2011 | 11:03


Malam tadi, semua peminat2 Liverpool sudah boleh tidur lena selepas tragedi bekas idolanya Torres. Perlawanan menentang Stoke City di Anfield malam tadi telah menjelmakan bakal idola baru untuk memadam rekod Torres. Luis Suarez yang baru dibeli tidak sampai 3 hari telah menyumbangkan gol yang pertama untuk dirinya di Liverpool.

Kuyt, Meireles (Jonjo Shelvy)
Aurelio (Suarez), Lucas, Gerrard (C)
Johnson, Kelly
Agger,Kyrgiakos, Skrtel
Reina

Buat sekian lamanya malam tadi, King Dalglish telah mempertaruhkan formasi 5-3-2 untuk menyerapkan sistem bertahan. Tetapi hasil persefahaman yang semakin meningkat antara pemain, Liverpool lebih banyak menguasai permainan dimana walaupun menerapkan sistem bertahan, disebaliknya jentera tengah berjaya menembusi tembok2 yang dibina oleh Stoke City. Walaubagaimanapun, separuh masa pertama Liverpool masih juga gagal untuk menjaringkan gol.


Separuh masa kedua, akhirnya pintu gol Stoke berjaya juga dibocori. pada minit ke 47, setelah sepakan percuma dari Gerrard terbias dari pertahanan Stoke, singgah tepat ke kaki Kyrgiakos sebelum melorongkan kepada Meireles untuk membuat rembatan deras menewaskan Asmir Begovic. Nampaknya Meireles sejak akhir2 ini berjaya membuktikan dirinya antara penjaring terbaik (3 gol musim ini dalam 4 perlawanan terakhir).


Luis Suarez yang hanya duduk dibangku simpanan dimasukkan pada minit 63 menggantikan Aurelio. Hasilnya pemain yang bakal menjadi idola baru di Anfield ini telah berjaya menjaringkan gol pertama untuk dirinya dan kedua untuk Liverpool pada minit ke 79. Hasil dari hantaran Kuyt, Suarez berjaya melepasi perangkap offside sebelum mengelecek penjaga gol dan membuat sepakan lemah kearah pintu gol. Walaupun sempat dikuis oleh pertahanan Stoke Jonathan Walters, tetapi kuisannya itu terkena tiang sebelum bola mengolek semula ke dalam gawang. Suarez berjaya meyakinkan peminat & pengurusan Liverpool bahawa 22.8 juta yang dilaburkan untuk memilikinya adalah berbaloi. Apa pun kita tunggu apabila Suarez digandingkan bersama Carroll. Pasti mengeletar seluruh pengurus di Eropah memikirkan keganasan mereka berdua.


Selepas ini duit 2 juta yang keluar dari kocek sendiri NESV membeli pemain, sekejap je dah boleh dapat semula. Duit penjualan jersi Suarez dan Carroll ni pun dah cukup bagi modal semula. Apapun tahniah tahniah buat King Dalglish dan anak2 buahnya kerana berjaya mencipta kemenangan 3 kali berturut2 buat kali pertama dalam musim ini. Apa yang diharapkan, berkunjungnya kita ke Chelsea pada hari Ahad nanti dapat membuah kejayaan yang berterusan.


p/s: SG malam tadi pun cipta rekod. dari semalam hingga sekarang ni, tak tidur2 lagi kerana taksubnya nak tengok game Suarez. Habis game pun dah pukul 6 pagi. Pukul 8 pagi ni pula kena kerja. So kalau tidur, silap2 terlajak pula. Tak ke rugi ?& terlepas triple di hari public ni. huhuhuhu

Scoring Summary

Liverpool Stoke City
Raul Meireles (47')
Luis Suรกrez (79')

Match Stats

Liverpool                        Stoke City
15(7) Shots (on Goal) 8(1)
6 Fouls 8
7 Corner Kicks 0
1 Offsides 2
67% Time of Possession 33%
1 Yellow Cards 4
0 Red Cards 0
1 Saves 5

Teams

Liverpool Stoke City
25 Pepe ReinaAsmir Begovic
16 Sotirios KyrgiakosRobert Huth
Daniel Agger25 Abdoulaye Faye
37 Martin SkrtelDanny Higginbotham
Fabio Aurelio28 Andy Wilkinson
21 Lucas12 Marc Wilson
Steven Gerrard15 Salif Diao
Glen Johnson18 Dean Whitehead
34 Martin Kelly19 Jonathan Walters
18 Dirk Kuyt16 Jermaine Pennant
Raul Meireles22 John Carew
Substitutes
23 Jamie CarragherRicardo Fuller 10
17 Maxi RodrรญguezGlenn Whelan 6
28 Christian PoulsenRory Delap 24
24 David NgogThomas Sorensen 29
33 Jonjo ShelveyMatthew Etherington 26
42 Peter GulacsiDanny Collins 5
Luis SuรกrezKenwyne Jones 9
Substitutions
Luis Suรกrez for Fabio Aurelio (63)Rory Delap for Salif Diao (62)
Jonjo Shelvey for Raul Meireles (76)Danny Collins for Abdoulaye Faye (65)
Ricardo Fuller for Marc Wilson (67)
Yellow Cards
Glen Johnson (55)Robert Huth (41)
Salif Diao (46)
John Carew (50)
Danny Collins (81)
· Squads: Liverpool | Stoke City
Share this article :

4 comments:

  1. sama la kita SG. Penyu pun tido 2 jam je sebelum game mula....pastu straight sampai pukul 6..tapi apa yang dapat?perasaan lega dan megah setelah suarez score dan melupakan kita pada torres....

    ReplyDelete
  2. yeah!!! terbaek...suarez mmg mantap..belom lagi masuk andy caroll..kalau masuk andy carol,,aku rasa liverpool akan kembali mnjadi big four..hidup liverpool.. bro,,dtg la singgah blog alief..kalau bro sudi folow la..alief sgt hargai..for sure alief akan follow balik.. hidup liverpool.!!! selamat brkawan di dunia blog..

    ReplyDelete
  3. yeah!!! terbaek...suarez mmg mantap..belom lagi masuk andy caroll..kalau masuk andy carol,,aku rasa liverpool akan kembali mnjadi big four..hidup liverpool.. bro,,dtg la singgah blog alief..kalau bro sudi folow la..alief sgt hargai..for sure alief akan follow balik.. hidup liverpool.!!! selamat brkawan di dunia blog.. http://aliefcmoi.blogspot.com/

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger