Peranan Benayoun serta Torres untuk Chelsea dan Joe Cole serta Steve Clarke di Liverpool
Seperti yang kita ketahui, diatas kertas, sudah pastinya Chelsea berpeluang cerah untuk menang selain tuah bermain dilaman sendiri. Rekod pertemuan musim 10/11 ini dimiliki oleh Livepool apabila mengalahkan Chelsea 2-0 hasil jaringan Torres. Tetapi hakikatnya segala keputusan bergantung kepada kedua2 pasukan malam esok.
Chelsea mungkin menggunakan idea2 dari dua orang pembelot Liverpool iaitu Benayoun dan Torres untuk mencungkil segala rahsia bekas kelab mereka. Tetapi berdasarkan pengalaman serta pengetahuan mereka mengenai Kenny Dalglish ini adalah terlalu terhad. Benayoun contohnya telah bergelar pembelot sejak awal musim lagi. Ini bermakna dia tidak pernah langsung bersama Roy Hodgson serta King Dalglish. Torres pula tidak sampai sebulan mengenali King Dalglish. Jadi sekurang2nya, mereka susah juga untuk memecahkan rahsia2 Liverpool.
Bagi Liverpool pula, kehadiran Joe Cole yang nampaknya kurang membantu dalam barisan utama, sedikit sebanyak boleh memberi sumber maklumat dari Chelsea. Ini kerana beliau sudah lama di Chelsea serta semusim bersama pengurusnya Ancelotti. Jadi segala strategi Ancelotti sedikit sebanyak dia ketahui. Begitu juga dengan Steve Clarke, jurulatih yang pernah mengemudi di Stamford Bridge. Pengalamannya bersama Mourinho serta mengetahui sedikit sebanyak mengenai pemain2 bintang disana, menambahkan lagi mudahnya kerja King Dalglish.
Apapun kedua2 kelab mempunyai kelebihan masing2. Diharap King Dalglish dapat mempertaruhkan formasi yang terbaik. Memburu kejayaan serta kemenangan 4 kali berturut2 ini sekurangnya akan membuktikan kepada Torres bahawa dia sebenarnya adalah perosak kelab dan perginya ke Chelsea tiada membawa sebarang perbezaan pada Liverpool.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !