Headlines News :
Home » , » Game 28 BPL 10/11 - West Ham 3-1 Liverpool

Game 28 BPL 10/11 - West Ham 3-1 Liverpool

Written By saleehs gerrard on Monday, February 28, 2011 | 01:12

Kusangkakan laluan mudah yang akan diberikan oleh pasukan tangga tercorot ini, rupanya amaran serta kekalahan memalukan dihadiahkan kepada Liverpool di Upton Park. Dengan kesebelasan utama tiada Agger yang cedera serta Maxi dibangku simpanan, Liverpool turun dengan mempertaruhkan Danny Wilson sebagai jentera baru di barisan pertahanan.

Nampak hari malang Liverpool bakal menimpa. Midfield seperti hilang punca untuk mencipta peluang. Suarez dikawal kemas oleh pertahanan West Ham. Dikesempatan itu, West Ham mengambil peluang dari kelemahan ini untuk mencipta beberapa peluang merbahaya dan akhirnya 2 gol tercipta pada babak pertama hasil jaringan Scott Parker (22) dan Demba Ba (45). Liverpool pula terpaksa mengeluarkan Martin Kelly kerana kecederaan hamstring.


Nampak ada sinar kebangkitan Liverpool untuk 20 minit terakhir perlawanan. Liverpool kembali menguasai permainan dengan menyusun serangan disetiap pelusuk sudut. Ketangkasan Robert Green berjaya menafikan beberapa percubaan dari Gerrard dan Suarez. Akhirnya pada minit ke 84 hasil hantaran lintang Suarez dihadapan gol, berjaya disudahkan oleh Johnson untuk merapatkan jurang. Selepas jaringan itu, Liverpool terus mengandakan asakan dan West Ham memasukkan Carlton Cole untuk mengantikan Demba Ba sebagai alternatif untuk seimbangkan semula perlawanan. Nampaknya kemasukan Carlton Cole itu sememangnya berbaloi. Carlton Cole membuat rembatan deras dan gagal diselamatkan oleh Reina untuk menjadikan kedudukan 3-1 pada minit ke 90.


Persoalannya sekarang, adakah muka2 baru dalam sekuad kita ini belum bersedia untuk mengalas cabaran. Ataupun ketiadaan Agger dibahagian pertahanan membuktikan pertahanan Liverpool rapuh tanpa persefahaman yang jitu antara pemain. Diharap King Dalglish dapat mengatasi kelemahan yang terjadi pada sekuad kita sekarang sebelum kita bertemu musuh tradisi Manchester United pada ahad nanti.

Scoring Summary

West Ham United Liverpool
Scott Parker (22')Glen Johnson (84')
Demba Ba (45')
Carlton Cole (90')

Match Stats

West Ham United            Liverpool
20(8) Shots (on Goal) 18(6)
13 Fouls 8
7 Corner Kicks 8
0 Offsides 1
42% Time of Possession 59%
0 Yellow Cards 1
0 Red Cards 0
5 Saves 5



Teams

West Ham United Liverpool
Robert Green25 Pepe Reina
15 Matthew Upson23 Jamie Carragher
James Tomkins22 Danny Wilson
36 Wayne Bridge37 Martin Skrtel
37 Lars Jacobsen21 Lucas
Scott ParkerSteven Gerrard
11 Thomas HitzlspergerRaul Meireles
16 Mark NobleGlen Johnson
30 Frederic Piquionne34 Martin Kelly
21 Demba BaLuis Suárez
32 Gary O'Neil18 Dirk Kuyt
Substitutes
13 Luis Boa MorteJoe Cole 10
Carlton ColeMaxi Rodríguez 17
18 Jonathan SpectorChristian Poulsen 28
22 Manuel Da CostaSotirios Kyrgiakos 16
31 Ruud BoffinDavid Ngog 24
Winston ReidPeter Gulacsi 42
26 Zavon HinesJay Spearing 26
Substitutions
Jonathan Spector for Frederic Piquionne (82)Joe Cole for Martin Kelly (43)
Carlton Cole for Demba Ba (89)David Ngog for Raul Meireles (49)
Yellow Cards
Martin Skrtel (7)
· Squads: West Ham United | Liverpool
Share this article :

3 comments:

  1. the hammers sekarang bukan lagi pasukan yang lemah sebenarnya..dengan kehadiran berapa pemain merubah segala taktikal permainan mereka dan mereka semakin yakin...

    bukan disebabkan ketiadaan agger atau pemain baru tidak bersedia tapi over confident mampu meratah the hammers memakan diri sendiri...

    ReplyDelete
  2. Yup... Kapten sokong pndapat Ghost Writer. over confident memakan diri sendiri. seharusnya perlu diingat, pasukan bawahan akan bermain bermati2an apabila bertemu pasukan top 10.

    Apa yang perlu dlm fikiran pemain, setiap pasukan ada kekuatan tersendiri walau dimana rangking mereka.

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger