Headlines News :
.
Home » , » Game 5 Liga Super 2011 - Johor FC 0-0 Selangor

Game 5 Liga Super 2011 - Johor FC 0-0 Selangor

Written By Unknown on Sunday, February 27, 2011 | 13:13

SELANGOR sekadar membawa pulang satu mata setelah seri 0-0 dengan Johor FC pada aksi kelima Liga Super di Stadium JCorp, Pasir Gudang malam tadi.

Hanya dua perubahan dibuat jurulatih Selangor, K. Devan berbanding kesebelasan utama ketika menewaskan Terengganu 3-2 di Stadium Shah Alam pada 15 Februari lalu.


Nasriq Baharom dan Razman Roslan kembali disenaraikan setelah Khairul Anuar Baharum dan D. Surendran tidak dapat diturunkan akibat kecederaan.

Namun sehingga tamat 90 minit permainan, Selangor tetap gagal membolosi gawang tuan rumah biarpun mendapat beberapa peluang terbaik terutama menerusi Amirulhadi Zainal.

Begitupun, pujian perlu diberi kepada penjaga gol Selangor, Iqbal Suhaimi yang berjaya menyelamatkan sekurang-kurangnya lima percubaan berbahaya Johor FC.

Dengan keputusan seri itu, Selangor kini tergelincir ke tangga keenam dengan lapan mata tetapi sebenarnya hanya tiga mata di belakang pendahulu, Kelantan.

Selepas ini, Selangor akan melayan kunjungan Kedah di Stadium Shah Alam pada Selasa ini.

SELANGOR: 22. Iqbal Suhaimi, 3. Razman Roslan, 6. Nasriq Baharom, 16. Yosri Derma Raju, 15. P. Gunalan, 20. Amirulhadi Zainal, 8. Safiq Rahim, 18. Azidan Sarudin, 14. Hardi Jaafar, 17. Amri Yahyah (c), 23. Fadzli Saari.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger