Headlines News :
.
Home » , » Game 3 Liga Super 2011 - Selangor 1-1 Kuala Lumpur

Game 3 Liga Super 2011 - Selangor 1-1 Kuala Lumpur

Written By Unknown on Sunday, February 13, 2011 | 09:07

SELANGOR sekadar seri 1-1 dengan Kuala Lumpur pada aksi ketiga Liga Super di Stadium Shah Alam malam tadi.

Hasrat penyerang utama Selangor, Safee Sali menghadiahkan kemenangan dan jaringan pada aksi terakhirnya sebelum menyertai kelab Indonesia, Pelita Jaya tidak kesampaian.

Sebaliknya gol Selangor dijaringkan Fadzli Saari menerusi tandukan cantik selepas dia menerima hantaran lintang Amri Yahyah pada minit ke-17.

Namun pada minit ke-53, Azwan Abd Malek melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Selangor, Iqbal Suhaimi untuk gol penyamaan.

Safee yang diberi penghormatan memakai lilitan lengan selaku kapten pada aksi terakhirnya itu hampir berjaya menjaringkan gol ke-110 peribadinya pada minit ke-70.


Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi Safee apabila tandukannya sekadar singgah ke tiang kiri gawang Kuala Lumpur biarpun penjaga gol, Norazlan Razali sudah tertewas.

Pada masa kecederaan, pemain gantian, Amirulhadi Zainal hampir memberikan gol kemenangan Selangor tetapi rembatan kencang leret dari luar kotak penalti sempat ditepis keluar Norazlan.

Selepas perlawanan, satu majlis perpisahan diadakan di pentas utama stadium dengan Safee diberi beberapa cenderahati seperti jersi gergasi Selangor, jam, bola dan gendang mini.

Selangor selepas ini akan bertemu Terengganu di Stadium Shah Alam, Selasa ini.

SELANGOR: 22. Iqbal Suhaimi, 19. D. Surendran, 4. Asraruddin Putra Omar, 16. Yosri Derma Raju, 15. P. Gunalan, 17. Amri Yahyah, 8. Safiq Rahim, 14. Hardi Jaafar (18. Azidan Sarudin), 9. Rudie Ramli (20. Amirulhadi Zainal), 23. Fadzli Saari (24. Fitri Shazwan Raduwan), 10. Safee Sali (c).
Simpanan tidak digunakan: 21. Saiful Amar Sudar, 7. S. Sritharan, 11. K. Depan Sakwati, 25. Fazilidin Khalid.

KUALA LUMPUR: 21. Norazlan Razali, 2. Shahrom Abdul Kalam (c), 6. Fahrul Razi Kamaruddin, 7. Azwan Abd Malek, 8. Norismaidham Ismail (14. Badrul Hisyam Azmi), 9. Azmi Sarmin (11. Syazmin Firdaus), 19. Ahmad Azlan Zainal, 22. Syafiq Johari, 23. Farid Ramli, 25. Ahmad Dashila Tajudin, 28. Ahmad Hazwan Bakri (18. Yong Kuong Yong).
Simpanan tidak digunakan: 24. Remezey Che Ros, 15. Afiq Azmi, 17. Nazrin Nawi, 20. Farouk Hashim.

PENGADIL: Rosdi Shahrul.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger