Bagi SG, Torres nak pergi mana pun, suka hati dialah. Janji jangan jejak Old Toilet. Kalau pergi juga Old Toilet tu, memang penderhaka yang tidak boleh dimaafkan dunia akhirat. Setahu aku, tak pernah pasukan setan merah ni jual pemainnya ke Liverpool. So aku harap Liverpool tak setujulah mana2 pemain pindah kesana.
Misi pembersihan bermula di Anfield |
Nasib baik kat blog SG ni, tak terselit walau satu pun gambar2 Torres. Kalau ada pun nama anak SG "Alya Qaisara Torres" (dah tukar pun menjadi Alya Qaisara Suarez). Jersi si Torres ni pun hanya dia saja yang ada (yang lain semua Gerrard). Nak buang, tak sampai hati pula kat anak SG. Tak per ler. pakai je. Bukannya lama lagi pun. Tinggal 3 ke 4 bulan je lagi. Lepas tu dah keluar jersi baru. Bagi SG, Torres musim ini bukanlah Torres yang SG kenal dua tahun lalu. Memang terlintas dihati SG pun sebelum ini, jual sajalah Torres yang kurang memberi sumbangan pada sesion ini. Bukan SG tak kenang budinya pada Liverpool, tapi mutu permainannya jauh merundum.
Jersi anak SG - Alya Qaisara |
Dipendekkan cerita, harap2 inilah last artikel SG mengenai Torres ini. Yang pergi, biarkan pergi. Kita cerita mereka2 yang sedang berjuang di Anfield sahaja. Takut kalau tertulis lagi artikel mengenai Torres nanti, ada pula orang kata SG ni kecewa betul Torres pergi. Pada hal, taklah kecewa mana. Cuma terkilan cara dia meminta dengan kelab untuk berpindah.
Apapun SG tinggalkan last artikel mengenai Torres ini dengan harapan dia berjaya untuk mendapat kejuaraan yang diimpi2kan. Bagi pejuang2ku di Anfield, lupakan kisah Torres. Teruskan perjuangan anda bersama tenaga baru yang lebih baik darinya bersama gandingan "Suarez dan Carroll". Good luck The Reds. YNWA
hahahhaa
ReplyDeletememang pening pun
nak edit header...
banyangkan lah sampai kene komen aku
lambat tukar header... ngan salah seoarang yang masuk blog aku
x pe la yang dah pergi biarkan pergi...
betul x yang pnting Gerrard kekal di Liverpool itu yang paling utama
dia kan kapten kesayangan kita YNWA
Torres daripada kesayangan terus menjadi kebencian penyokong Liverpool..Hmm hujung minggu ni lawan, tunjukkan kepada Torres
ReplyDeleteletak suarez ngan carrol pulak!
ReplyDelete