Headlines News :
.
Home » , , , » Berambusnya Torres - Geng2 Blogger LFC pening kepala

Berambusnya Torres - Geng2 Blogger LFC pening kepala

Written By Unknown on Wednesday, February 2, 2011 | 14:18

Nampaknya masih belum habis lagi cerita2 mengenai perpindahan Torres ini. Setanding dengan harga penjualannya, ramai penganalisis2 bolasepak yang tak bertauliah memberi pendapat masing2. Ada yang marah dan terkejut dengan tindakan Torres, ada yang gembira dan merelakan pemergiannya. Ada juga yang rela dalam kecewa kerana berpendirian nak berpindah kelab tu adatlah, tapi kenapa dengan kelab Chelsea yang sama berada didalam Premier League? Kenapa tak pergi Barcelona ke, Real Madrid ke? Inter @ AC Milan ke.

Bagi SG, Torres nak pergi mana pun, suka hati dialah. Janji jangan jejak Old Toilet. Kalau pergi juga Old Toilet tu, memang penderhaka yang tidak boleh dimaafkan dunia akhirat. Setahu aku, tak pernah pasukan setan merah ni jual pemainnya ke Liverpool. So aku harap Liverpool tak setujulah mana2 pemain pindah kesana.

Misi pembersihan bermula di Anfield
Bila tersebar sahaja berita Torres ikat kontrak di Chelsea, Geng2 bloger Liverpool terus pening kepala. Banyak masa terbuang untuk dihabiskan dihadapan blog kesayangannya sahaja. Apa taknya, Nak update berita terkini lagi. Lepas tu, mana2 yang ada header dan tertepek di blog gambar2 Fernando Torres El Nino ini, puas nak design semula header serta membakul sampahkan Torres yang menjadi pujaannya suatu masa dulu. Fuh.. Memang gila betul penangan si El Nino ni.

Nasib baik kat blog SG ni, tak terselit walau satu pun gambar2 Torres. Kalau ada pun nama anak SG "Alya Qaisara Torres" (dah tukar pun menjadi Alya Qaisara Suarez). Jersi si Torres ni pun hanya dia saja yang ada (yang lain semua Gerrard). Nak buang, tak sampai hati pula kat anak SG. Tak per ler. pakai je. Bukannya lama lagi pun. Tinggal 3 ke 4 bulan je lagi. Lepas tu dah keluar jersi baru. Bagi SG, Torres musim ini bukanlah Torres yang SG kenal dua tahun lalu. Memang terlintas dihati SG pun sebelum ini, jual sajalah Torres yang kurang memberi sumbangan pada sesion ini. Bukan SG tak kenang budinya pada Liverpool, tapi mutu permainannya jauh merundum.

Jersi anak SG - Alya Qaisara Torres Suarez
So bila lepak2 di kedai minum, ramai kawan2 yang berlainan fahaman (kelab) pun menyokong pemergian si Torres ni. Bagi mereka, gandingan Luis Suarez dan Andy Carroll ini lebih membimbangkan mereka. Mereka respect dengan owner baru Liverpool ni. Bagi SG, walaupun kawan2 berlainan kelab dengan SG, tapi kami taklah terlalu taksub sangat pada kelab masing2. Kami lebih sanjung terhadap kebolehan seseorang pemain walaupun didalam kelab yang berlainan. Bab kutuk mengutuk tu adatlah. Nak memeriahkan suasana.

Dipendekkan cerita, harap2 inilah last artikel SG mengenai Torres ini. Yang pergi, biarkan pergi. Kita cerita mereka2 yang sedang berjuang di Anfield sahaja. Takut kalau tertulis lagi artikel mengenai Torres nanti, ada pula orang kata SG ni kecewa betul Torres pergi. Pada hal, taklah kecewa mana. Cuma terkilan cara dia meminta dengan kelab untuk berpindah.

Apapun SG tinggalkan last artikel mengenai Torres ini dengan harapan dia berjaya untuk mendapat kejuaraan yang diimpi2kan. Bagi pejuang2ku di Anfield, lupakan kisah Torres. Teruskan perjuangan anda bersama tenaga baru yang lebih baik darinya bersama gandingan "Suarez dan Carroll". Good luck The Reds. YNWA
Share this article :

3 comments:

  1. hahahhaa
    memang pening pun
    nak edit header...
    banyangkan lah sampai kene komen aku
    lambat tukar header... ngan salah seoarang yang masuk blog aku
    x pe la yang dah pergi biarkan pergi...
    betul x yang pnting Gerrard kekal di Liverpool itu yang paling utama
    dia kan kapten kesayangan kita YNWA

    ReplyDelete
  2. Torres daripada kesayangan terus menjadi kebencian penyokong Liverpool..Hmm hujung minggu ni lawan, tunjukkan kepada Torres

    ReplyDelete
  3. letak suarez ngan carrol pulak!

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger