Headlines News :
.
Home » , » Game 4 Liga Super 2011 - Selangor 3-2 Terengganu

Game 4 Liga Super 2011 - Selangor 3-2 Terengganu

Written By Unknown on Wednesday, February 16, 2011 | 03:55

SELANGOR mencatat kemenangan tipis 3-2 ke atas Terengganu pada aksi keempat Liga Super di Stadium Shah Alam malam tadi. Ia merupakan aksi pertama Selangor tanpa kelibat Safee Sali yang telah berhijrah ke kelab Indonesia, Pelita Jaya kelmarin.

Benteng pertahanan Selangor kembali mendapat sentuhan Khairul Anuar Baharom yang selesai penggantungan tiga perlawanan. Ketiadaan Safee pula menyebabkan jurulatih Selangor, K. Devan menolak ketua pasukan, Amri Yahyah ke posisi serangan untuk bergandingan dengan Fadzli Saari.Jentera tengah pula dijana oleh Safiq Rahim dan bekas kapten Kuala Lumpur, Azidan Sarudin yang tampil buat kali pertama dalam kesebelasan utama. Manakala Hardi Jaafar ditolak ke posisi sayap kiri.


Selangor tampak begitu garang apabila mudah mendahului 3-0 sebelum Terengganu bangkit membalas dua gol pada lewat permainan. Gol pertama Selangor terhasil pada minit ke-17 apabila tolakan ke depan Safiq berjaya disudahkan Fadzli menerusi rembatan volley menarik. Selangor terus selesa apabila memperolehi gol kedua menerusi tandukan tipis Amri yang menyudahkan hantaran Fadzli pada minit ke-47. 10 minit kemudian, gol ketiga Selangor hadir menerusi rembatan kencang Azidan dari luar kotak penalti.

Namun Terengganu dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-69 yang berjaya disudahkan dengan baik oleh Ashari Samsudin. Terengganu terus merapatkan jurang apabila memperolehi gol kedua pada minit ke-87 setelah Abdul Hadi Yahaya yang tidak dikawal mudah menolak ke gawang Selangor. Gol penyamaan yang dicari Terengganu gagal terhasil sekali gus memberikan tiga mata penuh buat Selangor.

Selepas empat perlawanan, Selangor kini mengumpul tujuh mata untuk melonjak naik ke tangga keempat Liga Super di belakang Kelantan, Perak dan Harimau Muda A. Selangor tidak perlu turun beraksi untuk pusingan pertama Piala FA hujung minggu ini. Mereka hanya akan kembali beraksi untuk perlawanan kelima Liga Super menentang Johor FC di Stadium JCorp, Pasir Gudang pada 26 Februari depan.


SELANGOR: 22. Iqbal Suhaimi, 19. D. Surendran (12. Bunyamin Umar), 5. Khairul Anuar Baharum, 16. Yosri Derma Raju, 15. P. Gunalan, 20. Amirulhadi Zainal, 8. Safiq Rahim (7. S. Sritharan), 18. Azidan Sarudin, 14. Hardi Jaafar, 17. Amri Yahyah (c), 23. Fadzli Saari (25. Fazilidin Khalid).

TERENGGANU: 25. Sharbinee Allawee Ramli, 5. Nik Zul Aziz Nawawi, 17. Mazuki Yusof (c), 21. Helmi Remeli, 23. Zharif Hasna, 7. Reeshafiq Alwi, 12. Joseph Kalang Tie, 13. Hasmizan Kamarodin, 22. Ashari Samsudin, 14. Abdul Hadi Yahaya, 20. Abdul Manaf Mamat.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger