Headlines News :
Home » , , » Persib Bandung - Akhirnya Safee Sali berhijrah juga

Persib Bandung - Akhirnya Safee Sali berhijrah juga

Written By saleehs gerrard on Sunday, February 6, 2011 | 14:26

Setelah beberapa kali rundingan wakil dari kelab Persib Bandung Indonesia gagal, akhirnya Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) bersetuju untuk melepaskan penyerang sensasinya Safee Sali untuk menyertai kelab tersebut. Keputusan ini juga dibuat setelah Safee sendiri bersetuju untuk berpindah dan mendapat persetujuan ahli keluarganya.

Sebenarnya sebelum ini pun FAS tidak pernah untuk menghalang Safee untuk memajukan dirinya di negara asing. Kontraknya yang akan tamat pada bulan November nanti dan akan berhijrah sebelum bermulanya separuh masa kedua musim Liga Super Indonesia 2010/2011 akan berlangsung pada 7 Mac ini. Ini bermakna, Safee akan membuat kemunculan terakhinya bersama selangor pada 12 February ini menentang Kuala Lumpur di Stadium Shah Alam.

Semoga Safee berjaya mendapatkan tempat utama di sana serta mengembangkan lagi ilmu bolasepak yang sedia ada untuk negara yang tercinta.
Share this article :

1 comment:

  1. wah tahniah Safee sali..kagum dengan keberanian beliau ^_^

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger