Headlines News :
.
Home » , » Game 2 Liga Super 2011 - Perlis 0-2 Selangor

Game 2 Liga Super 2011 - Perlis 0-2 Selangor

Written By Unknown on Wednesday, February 2, 2011 | 12:29

SELANGOR berjaya mencatat kemenangan sulung pada saingan Liga Super musim ini setelah menewaskan Perlis 2-0 di Stadium Utama Negeri, Kangar malam tadi.Kemenangan itu pasti membangkitkan semula semangat skuad Red Giants yang tewas 0-2 kepada Kelantan di Stadium Shah Alam pada Sabtu lalu, sekali gus gagal mempertahankan Piala Sultan Ahmad Shah.


Pada aksi malam tadi, jurulatih Selangor, K. Devan mengekalkan kesebelasan yang sama ketika bertemu Kelantan kecuali posisi sayap kiri menjadi milik Rudie Ramli menggantikan Safiq Rahim.

Separuh masa pertama menyaksikan tiada jaringan terhasil biarpun Selangor memperolehi beberapa peluang termasuk satu peluang terbaik dimiliki oleh Safee Sali.Kebuntuan Selangor akhirnya terlerai pada minit ke-63 apabila Safee berjaya merembat masuk gol pertama untuk Selangor mendahului 1-0.Bagi memburu jaringan tambahan, Devan membawa tenaga baru dengan memasukkan Fitri Shazwan Raduwan menggantikan Rudie.

Hasilnya pada minit ke-76, Selangor memperolehi gol kedua menerusi penyudah kemas Fitri Shazwan setelah menerima lorongan cantik P. Gunalan dari sebelah kiri.Selesa mendahului 2-0, Selangor menggendurkan asakan dengan mengeluarkan Safee dan Fadzli Saari bagi memberi peluang aksi kepada Safiq dan D. Surendran.Selangor yang menduduki tangga tercorot selepas aksi pertama Sabtu lalu kini berjaya melonjak ke tangga kelapan dengan tiga mata.

Liga Super akan berehat selama 10 hari kerana skuad kebangsaan dijadualkan bertemu Hong Kong pada aksi persahabatan antarabangsa, 9 Februari depan.Apabila saingan bersambung semula pada Sabtu, 12 Februari depan, Selangor akan menanti kunjungan Kuala Lumpur di Stadium Shah Alam.

SELANGOR: 22. Iqbal Suhaimi, 3. Razman Roslan, 4. Asraruddin Putra Omar, 16. Yosri Derma Raju, 15. P. Gunalan, 20. Amirulhadi Zainal, 14. Hardi Jaafar, 17. Amri Yahyah (C), 9. Rudie Ramli (24. Fitri Shazwan Raduwan), 23. Fadzli Saari (19. D. Surendran), 10. Safee Sali (8. Safiq Rahim).
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger