Headlines News :
.
Home » , , » Pelita Jaya - Kenapa Safee Sali memilih kesana?

Pelita Jaya - Kenapa Safee Sali memilih kesana?

Written By Unknown on Tuesday, February 8, 2011 | 02:40

Semalam dalam satu sidang media khas di Wisma FAS, Kelana Jaya, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Mokhtar Ahmad telah membuat pengumuman bahawa penyerang Selangor merangkap penyerang kebangsaan telah sah berhijrah ke Indonesia untuk mewakili kelab Pelita Jaya. Persoalannya sekarang, mengapa Pelita Jaya?

Ketika ini didalam Liga Super Indonesia, Pelita Jaya menduduki tangga ke 15 yakni tangga terakhir. Dalam 13 perlawanan yang dilalui, Pelita Jaya hanya menang 3 kali, seri sekali serta kalah 9 kali dan memungut 10 mata. 22 mata perbezaan dengan peneraju liga kelab Persipura. Jika sebelum ini, Safee dikaitkan dengan kelab Persib Bandung tetapi akhirnya tawaran Pelita Jaya juga yang menarik minatnya. Dari segi pemikiran kita sebagai peminat bolasepak tempatan, adalah amat melucukan, Tetapi setiap perkara yang dipersetujui, ada baik dan buruknya.

Keburukkan
Adakah Safee tidak sesuai untuk bersama pasukan2 yang gah di Liga Indonesia. Menyaingi pemain2 import mereka dari serata dunia. Ataupun pasukan2 yang gah ini beranggapan Safee sememangnya tidak layak?

Kebaikan
Mungkin kita tidak pernah terfikir apa kelebihan bermain di pasukan yang lemah. Sebenarnya ada baiknya juga Safee memilih kelab yang lemah ataupun tercorot. Ini kerana sekiranya Safee boleh menaikkan kembali kemajuan kelab ke tangga liga yang lebih baik, kehadirannya disana amatlah disanjung serta lebih banyaklah mata yang tertumpu kearahnya. Bukankah ia suatu peluang untuk menaikkan namanya serta mutu pemain2 Malaysia.

Safee akan menandatangani kontrak pada 14 Februari nanti di Indonesia dan kontraknya sehingga 31 Januari 2011 iaitu hanya setahun sahaja. Dalam kontraknya juga menyatakan bahawa Safee perlu kembali ke Selangor andai kontraknya bersama Pelita Jaya berakhir nanti.

Walaubagaimanapun FAS tidak mendedahkan berapa jumlah bayaran dikenakan terhadap Pelita Jaya sebagai menebus kontrak Safee bersama Selangor sebenarnya hanya akan berakhir pada November depan. Ini kerana pihak FAS dan Pelita Jaya telah bersetuju untuk tidak mendedahkan nilai perpindahan dan juga jumlah gaji yang bakal diterima Safee.

keputusannya untuk berhijrah ke Liga Indonesia dan menjadi pemain Malaysia pertama beraksi bersama kelab Indonesia sesuatu yang cukup besar demi memajukan kariernya. Diharap Safee dapat menimba ilmu di perantau untuk dibawa pulang apabila diperlukan nanti. Selamat berjaya Safee Sali.
Share this article :

1 comment:

  1. bagus gak keputusan beliau ni..tingkatkan kualiti diri ^_^

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger