Headlines News :
.

Suku Akhir Carling Cup 11/12 - Chelsea 0-2 Liverpool

Written By Unknown on Wednesday, November 30, 2011 | 12:58

Sekali lagi malang menimpa pasukan Chelsea apabila tewas kepada pasukan Liverpool di halaman sendiri. Sama seperti nasib Jembatan Tenggarong di Kalimantan Timur yang runtuh Sabtu lalu, tapi kali ini lebih mengaibkan kerana dua kekalahan dalam masa 10 hari kepada Liverpool dan juga kedua2nya di Stamford Bridge.

Pemusnah kita sudah tentunya Maxi Rodriguez dan Martin Kelly untuk memberi kemenangan mutlak 0-2 kepada Liverpool dan seterusnya melayakkan diri ke pusingan separuh akhir. Sememangnya kita akui gandingan Bellamy dan Maxi amat serasi sekali. Buktinya hantaran lintang dari Bellamy kepada Maxi berjaya disudahkan dengan baik. Situasi jaringan yang hampir sama ketika Maxi menjaringkan gol sewaktu perlawanan minggu lalu. Maxi berjaya menebus kegagalan sepakan penalti Carroll pada separuh masa pertama setelah bola terkena tangan Alex.

Gol kedua pula juga dijaringkan oleh pemain seposisi sama (pertahanan kanan) seperti perlawanan lalu. Jika dulu Johnson kali ini pula Martin Kelly berjaya menanduk masuk sepakan percuma yang di ambil oleh Bellamy. Jadi kesimpulannya kuda tua kita iaitu Bellamy menjadi punca segala jaringan tercipta. Memang terbaik....

Apa yang merisaukan kecederaan Lucas yang menyebabkan beliau dibawa keluar untuk digantikan oleh Charlie Adam. Lucas yang diterjah keras oleh Ryan Bertrand mungkin mengalami keretakan tulang kakinya tetapi apapun masih menunggu hasil keputusan pakar perubatan. Jika dulu Lucas cedera, kita tidak bimbang, tetapi tidak lagi kini. Persembahan beliau yang memberansangkan semenjak dibawah kendalian Dalglish menjadi suatu kehilangan besar selepas ketiadaan Steven Gerrard. Apapun kita mengharapkan semoga Lucas cepat sembuh.

Selepas ini pasukan manakah yang bakal kita temui di pusingan separuh akhir. Ketika ini  selain Liverpool, dua kelab juga sudah mengesahkan tempat. Cardiff telah mengalahkan Blackburn 2-0 serta Manchester City mengalahkan Arsenal 1-0. Hanya perlawanan Manchester United dan Crystal palace sahaja yang akan berlangsung pagi nanti. Mengikut kebiasaannya selepas waktu pengundian, sekiranya pasukan Setan Merah menang pagi nanti, sudah pasti mereka akan dapat laluan mudah dimana mereka bakal bertemu Cardiff. Yang sukarnya Mak Siti pula bertemu dengan Liverpool.

Beginilah yang selalunya berlaku selepas pengundian. Sememangnya anak setan ini sering mendapat laluan mudah. Apapun walau siapapun yang Liverpool temui nanti, Liverpool tetap bersedia dan yang nampak lebih baiknya pusingan separuh akhir ini perlawanan dilangsungkan secara timbal balik. Barulah adil namanya. Pusingan separuh akhir nanti dijangka akan dilangsungkan pada bula Januari tahun depan. Dimana separuh akhir pertama pada 9 Januari dan 23 Januari untuk perlawanan kedua. Harap Liverpool terus mara ke pusingan akhir untuk menempah tiket automatik ke saingan Piala Eropah. YNWA...

Scoring Summary

Chelsea Liverpool
Andrew Carroll (pen miss 22')
Maximiliano Rodriguez (58')
Martin Kelly (63')

Match Stats

Chelsea                              Liverpool
10(5) Shots (on Goal) 7(5)
7 Fouls 9
5 Corner Kicks 1
3 Offsides 4
53% Time of Possession 47%
5 Yellow Cards 1
0 Red Cards 0
4 Saves 3

Teams

Chelsea Liverpool
22 Ross Turnbull25 Pepe Reina
17 Bosingwa23 Jamie Carragher
33 AlexJosรฉ Enrique
34 Ryan Bertrand34 Martin Kelly
David Luiz16 Sebastian Coates
Frank Lampard21 Lucas
15 Florent Malouda11 Maximiliano Rodriguez
Oriol Romeu20 Jay Spearing
20 Joshua McEachran14 Jordan Henderson
Fernando Torres39 Craig Bellamy
18 Romelu LukakuAndrew Carroll
Substitutes
40 Henrique HilarioDoni 32
19 Paulo FerreiraJohn Flanagan 38
Branislav IvanovicMartin Skrtel 37
RamiresStewart Downing 19
39 Nicolas AnelkaCharlie Adam 26
21 Salomon KalouDirk Kuyt 18
10 Juan MataLuis Suรกrez 7
Substitutions
Ramires for Joshua McEachran (41)Charlie Adam for Lucas (70)
Nicolas Anelka for Florent Malouda (64)Dirk Kuyt for Craig Bellamy (79)
Juan Mata for Romelu Lukaku (64)Martin Skrtel for Maximiliano Rodriguez (89)
Yellow Cards
David Luiz (3)Sebastian Coates (54)
Florent Malouda (34)
Ryan Bertrand (44)
Alex (21)
Ramires (66)
· Squads: Chelsea | Liverpool

Preview : Suku Akhir Carling Cup 11/12 - Chelsea vs Liverpool

Written By Unknown on Tuesday, November 29, 2011 | 10:36

Dalam masa 10 hari, Selepas pertemuan dramatik minggu lalu, sekali lagi Liverpool akan bertandang ke stadium Stamford Bridge untuk menentang pasukan pengurus muda Andre Villas Boas (AVB). Kali ini pertemuan bagi merebut piala Carling di pusingan suku akhir sudah pastinya medan pertempuran sengit bakal berlaku.

Dalam perlawanan ini sekali lagi diatas kertas pasukan Chelsea memperolehi kelebihan untuk mengatasi Liverpool. Selain dari undian yang memihak mereka menjadi tuan rumah, mereka juga mempunyai rehat yang cukup berbanding Liverpool. 72 jam rehat yang mereka miliki berbanding Liverpool 48 jam selepas mengharungi perlawanan getir menentang pasukan Mak Siti semalam.

Itulah sebenarnya yang merisaukan Dalglish. Tahap kecergasan pemain2nya dengan waktu rehat yang terlalu singkat. Sememangnya kita ketahui, sudah pastinya pada perlawanan awal pagi nanti, Dalglish akan merombak kesebelasan utamanya dengan memberi peluang kepada pemain2 di bangku simpanan. Tetapi mana mungkin beliau akan menukar semua pemain. Pada pandangan SG, Maxi dan Bellamy sekali lagi akan diberi peluang bermain dalam kesebelasan utama dimana Hendo dan Downing bakal direhatkan.

Apapun segala kelebihan Chelsea dan kekurangan Liverpool hanyalah diatas kertas. Seperti yang berlaku sebelumnya ketika menentang mereka dan Mak Siti, ramai yang meramalkan Liverpool bakal kecewa. Tetapi hakikatnya Chelsea tersungkur dihalaman sendiri, sementara Mak Siti hampir mati terkejut akibat kurang oxsigen dikerjakan oleh Liverpool. Harapnya Liverpool dapat bermain baik awal pagi nanti. Lupakan seketika kemenangan di jambatan runtuh yang lalu. Fokus pada permainan dan cari mana2 skru untuk dilonggarkan dan seterusnya runtuhkan kembali jamban_tan Chelsea. YNWA...

Barisan kemungkinan Liverpool:

REINA
KELLY - COATES - AGGER - AURELIO
KUYT - SPEARING - LUCAS - MAXI
SUAREZ - BELLAMY

Saksikan siaran Langsung di:
Channel : ASTRO SuperSport 3 (817)
Tarikh : 30/11/2011 - esok pagi
Sepak mula : 03:40 pagi

Game 13 BPL 11/12 - Liverpool 1-1 Manchester City

Written By Unknown on Monday, November 28, 2011 | 21:15

Apa perasaan anda mengenai perlawanan ini. Setelah anda membuat analisis perlawanan ini, antara pasukan kesayangan kita Liverpool dan Manchester City, pasukan mana yang bernasib baik dan tidak bernasib baik. Sesudah tamatnya perlawanan ini, keputusan seri 1-1 adakah Liverpool sudah boleh berpuas hati memandangkan bertemu sebuah pasukan yang serba serbinya lengkap dan mantap.

Bermain di gelanggang sendiri, pasukan kita telah mempamerkan aksi yang amat menakjubkan. Jauh sangkaan sebelah pihak yang menyatakan Liverpool bakal dilaukkan oleh Mak Siti. 30 minit pertama sememangnya menampakkan seolah2 Liverpool bakal tenggelam di hadapan penyokong sendiri dengan aksi Mak Siti yang berjaya menguasai perlawanan. Hasilnya sepakan sudut dari Silva berjaya disambut oleh Kompany untuk menewaskan Johnson, Kuyt dan juga kapten Reina. Tetapi gol tersebut tidak lama, 2 minit berselang, Charlie Adam telah berjaya membuat percubaan yang langsung tidak merbahaya. Namun percubaan itu cuba diselamatkan oleh Lescott dan malangnya bola tampanannya terus meluru masuk ke gawang sendiri dikala Joe Hart sudah terlajak perahu.


Selepas gol sendiri hadiah dari kebodohan Lescott ini, permainan Mak Siti terus merundum akibat moral yang jatuh dengan gol ini. Dikesempatan ini, Liverpool berjaya merampas tempo permainan untuk terus menguasai permainan sehingga akhir perlawanan. Bayangkan, berapa banyak percubaan dari pasukan kita kearah pintu gol Mak Siti, malangnya kecekapan Joe Hart menjadi batu penghalang untuk memberi kita lebih gol. Akibat tekanan yang melampau, anak2 Mak siti mula menunjukkan skil pembunuh upahan dengan aksi terjahan keras mula dicipta terutamanya kepada Suarez. Suarez menjadi mangsa keadaan yang boleh dianggap lauk untuk dipatah riukkan oleh mereka.


Selepas perlawanan, Mancini mengutuk keras diatas kad kuning kedua dan seterusnya membawa kepada kad merah keatas penyerangnya Mario Bros Balotelli. Beliau menyatakan pemain Liverpool telah memainkan provokasi keatas pengadil untuk menjatuhkan hukuman keatas Balotelli selepas mengasari Skrtel. Nampak sangat Mancini ni rabun. Sepatutnya beliau berterima kasih kepada pengadil kerana telah banyak memberi pelepasan diatas beberapa kekasaran pemainnya yang boleh dianggap merbahaya. Kalau tidak sudah tentu 2,3 kad merah yang mereka perolehi.


Kesimpulannya, dalam perlawanan ini tuah Liverpool hanya 1 sahaja iaitu gol sendiri oleh Lescott. Selebihnya tuah lebih berpihak kepada Mak Siti di atas kecekapan penjaga golnya Joe Hart. Walaupun Liverpool gagal memecahkan rekod tanpa kalah Mak Siti, tetapi Liverpool berjaya memperbodoh2kan mereka dan telah menjatuhkan keegoannya.  Ok ler tu 1-1 daripada kena 1-6 digelanggang sendiri.

p/s: Lumrah Mak Siti untuk membeli mana2 pemain yang menggugat pasukannya. So pada perlawanan ini, Lucas berjaya mengendalikan tugasnya dengan baik. Jadi mungkinkah Mak Siti pun nak beli Lucas seperti juga pemain Napoli Edinson Cavani..


Scoring Summary

Liverpool Manchester City
Joleon Lescott (og 33')Vincent Kompany (31')

Match Stats

Liverpool                 Manchester City
17(6) Shots (on Goal) 7(3)
11 Fouls 15
8 Corner Kicks 5
2 Offsides 2
51% Time of Possession 49%
1 Yellow Cards 3
0 Red Cards 1
2 Saves 6


Teams

Liverpool Manchester City
25 Pepe Reina25 Joe Hart
Daniel AggerJoleon Lescott
37 Martin SkrtelVincent Kompany
Josรฉ Enrique22 Gaรซl Clichy
Glen JohnsonMicah Richards
26 Charlie Adam42 Yaya Tourรฉ
14 Jordan Henderson18 Gareth Barry
21 LucasJames Milner
19 Stewart Downing19 Samir Nasri
18 Dirk Kuyt16 Sergio Agรผero
Luis Suรกrez21 David Silva
Substitutes
23 Jamie CarragherKolo Tourรฉ 28
11 Maxi RodrรญguezNigel De Jong 34
32 DoniAdam Johnson 11
Andrew CarrollPablo Zabaleta 5
20 Jay SpearingMario Balotelli 45
34 Martin KellyEdin Dzeko 10
16 Sebastiรกn CoatesCostel Pantilimon 30
Substitutions
Andrew Carroll for Dirk Kuyt (84)Mario Balotelli for Samir Nasri (65)
 Edin Dzeko for Sergio Agรผero (82)
 Kolo Tourรฉ for David Silva (90)
Yellow Cards
Andrew Carroll (90)Vincent Kompany (13)
 Gareth Barry (32)
 Mario Balotelli (77)
 James Milner (86)
Red Cards
 Mario Balotelli (83)
· Squads: Liverpool | Manchester City

Selangor FC - Skuad pilihan 2012

Written By Unknown on Sunday, November 27, 2011 | 05:30

Setelah hampir sebulan SG melupai arena bolasepak tempatan, hari ini dengan bangganya SG kembali aktif semula untuk menyanjungi pasukan bolasepak tempatan pada negeri yang disayangi. Selangor FC atau lebih dikenali Red Giants tanah tumpahnya darah SG. Walaupun mengharungi musim 2011 dengan prestasi hambar tanpa sebarang piala tetapi dengan semangat gergasi kelaparan, musim baru 2012 pasti Red Giants bakal menganas.

Apa ada pada Red Giants? Bagi peminat bolasepak tempatan sememangnya sudah mengetahui pasukan Selangor adalah satu2nya pasukan yang penuh dengan kejuaran sememenjak bolasepak ditubuhkan Dibumi Malaysia ini. Siapa yang tidak kenal lagenda bintang2nya yang telah mengharumkan nama pasukan negeri dan Malaysia. Siapa yang tidak tahu sejarahnya kegemilangannya di persada bolasepak tempatan. Jika dibandingkan dengan kelab bolasepak eropah, sudah pastinya satu lagi pasukan kesayangan SG, Liverpool FC memiliki identiti yang boleh disamakan dengan Selangor. Itulah antara sebab mengapa dua pasukan ini menjadi kegilaan SG menyanjunginya.

Musim baru 2012 bakal berkunjung tiba. Semua pasukan dalam Liga Malaysia telah mula mempersiapkan pasukan masing2. Tidak ketinggalan juga dengan pasukan Selangor telah mula mengemaskinikan skuad dengan membuang sampah sarap yang menghabiskan beras serta menyunting muka2 baru untuk berganding dengan pemain2 yang kekal dalam proses melengkapkan kuota pemain. Apapun sebelum itu diucapkan selamat datang kepada jurulatih baru Selangor Tuan Haji Irfan Bakti yang sudi menduduki kerusi panas untuk mengantikan K Deevan yang telah berambus pergi sewaktu Pusingan Piala Malaysia sedang berlangsung. Walaupun ketibaan Irfan ke kem Selangor menjadi bualan hangat oleh bekas pasukannya Terengganu, tetapi itulah dinamakan lumrah bolasepak, pemain serta pengurus akan sentiasa silih berganti mengikut prestasi semasa individu terbabit. Dah nama main bola, hidup pun macam bola yang bila2 masa saja boleh ditendang, dikutip, dibaling dan ditangkap mengikut kesesuaian.

Baiklah, sebagai permulaan untuk sesi pemanas badan dimusim baru ini, Berikut adalah senarai 24 pemain Selangor FC bagi musim 2012.


12 pemain yang dikekalkan :

PENJAGA GOL 
  1. Mohd Fairul Azwan B. Shahrullai
PERTAHANAN
  1. Mohd Razman B. Roslan
  2. Mohd Nasriq B. Baharom
  3. Mohd Asraruddin Putra B. Omar
  4. Gunalan A/L Padathan
TENGAH
  1. Mohd Safiq B. Rahim
  2. Mohd Amirulhadi B. Zainal
  3. Mohd Bunyamin B. Omar
  4. Azidan B. Sarudin
  5. Mohd Fitri Shazwan B. Raduwan
  6. Mohd Fazilidin B. Khalid
PENYERANG
  1. Amri Yahya
10 Pemain baru (1 import) :

PENJAGA GOL
  1. Norazlan B. Razali (Kuala Lumpur)
  2. Jeevananthan A/L Gunasekaran (USM FC)
PERTAHANAN
  1. Ramez Dayoub (Beirut, Lubnan) - Import
  2. Md Hasmarul Fadzir B. Hassan (Felda United)
TENGAH
  1. Khairul Anuar B. Khalid (Skuad Piala Presiden)
  2. Solihin B. Kanasian Abdullah @ K. Soley (Kelantan)
  3. Wan Hoesne B. Wan Hussain (Johor FC)
  4. Adib Aizuddin B. Ab Latif (Johor)
  5. Gurusamy Govandar A/L  Kandasamy
PENYERANG
  1. Surendren A/L Rasiah (Pahang)
  2. Famirul Asraf B. Sayuti (Pahang)
  3. Blaise Lelo Mbele (Congo) - Import   (Kontrak dibatalkan) 
  4. Bosko Balaban - Croatia (3/2/2012) Import
Sememangnya SG akui pemilihan pemain2 baru untuk masim baru ini kurang ternama sedikit. Tetapi harus diingat, apa ada pada nama sekiranya prestasi mereka jauh dari kebolehan. Selangor sudah merasai memiliki pemain2 ternama musim 2011 lalu, malangnya ramai antara mereka gagal menyinar. Apapun biar Irfan mengilap kebolehan mereka ini untuk membentuk skuad mantap. Yang pastinya Selangor sudah bersedia untuk mengembalikan zaman kegemilangannya.

Preview : Game 13 BPL 11/12 - Liverpool VS Manchester City

Written By Unknown on Saturday, November 26, 2011 | 03:47

Ahad malam Isnin nanti kita akan menyaksikan pula pertembungan maut antara pasukan Liverpool menentang pasukan yang belum pernah tewas lagi musim ini iaitu Manchester City. Peluang bermain dihalaman sendiri sudah pastinya kita mengharapkan sesuatu keajaiban bakal dicipta oleh Liverpool terhadap pasukan jutawan ini.

Menjelang perlawanan malam esok, semestinya kita sudah boleh melupakan detik2 kemenangan merobohkan Jambatan Chelsea minggu lalu. Bukan tidak menghargai kemenangan tersebut, tetapi sebagai persediaan untuk mengelak kita dari terus dibuai mimpi indah kemenangan yang telah pun dimiliki. Fokus dan komitmen 100% terhadap perlawanan yang bakal dihadapi menjadikan Liverpool lebih bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dalam setiap perlawanan yang dilalui.

Manchester City mula mengukir nama dalam top 4 carta semenjak musim lalu. Pemilik pasukan ini telah melimpahkan duit kepada pengurusnya Roberto Mancini untuk membentuk sebuah pasukan yang mantap. Dianggap Real Madrid Inggeris, kita tidak hairan apabila ramai bintang2 terkenal seperti Sergio Aguero, David Silva, Milner, Barry dan ramai lagi berjaya mereka miliki. Jika dibandingkan keupayaan mereka dengan pasukan Liverpool ketika ini jauh kita ketinggalan. Disini SG bukanlah nak merendah2kan kemampuan pasukan kesayangan SG ini. Tetapi SG hanya membandingkan kemampuan diatas kertas berdasarkan prestasi semasa.

Apapun itu hanya perbandingan diatas kertas, didalam padang apa pun boleh jadi. Kita mengharapkan sekali lagi Dalglish memberi peluang kepada Bellamy dan Maxi untuk bermain dalam kesebelasan utama seperti perlawanan menentang Chelsea minggu lalu. Kepantasan serta keserasian mereka berdua bersama Suarez banyak memberi perubahan kepada barisan serangan Liverpool . Tetapi tugas berat sudah pastinya bakal dipikul oleh Lucas serta barisan pertahanan kita. Sudah pastinya corak permainan pantas yang bakal dipamerkan oleh pasukan lawan jika gagal dibendung bakal mengundang masalah kepada kita. Kelincahan David Silva seharusnya diberi perhatian penuh oleh pemain2 kita. Kita akui Silva adalah pemain yang memainkan peranan besar untuk membuka ruang serta mencipta peluang untuk rakannya menjaringkan gol. Sewajibnya pemain ini dirantai ketat untuk bergerak bebas dan mencipta peluang.

Sebenarnya buka Silva sahaja yang perlu diawasi, malah pemain2 kita tidak boleh memandang rendah walau satu pemain pun dalam pasukan Manchester City. Mengunci beberapa orang pemain sekurang2nya dapat menyekat gerakan mereka untuk mara menguji Pepe Reina. Apapun SG tidak mengharapkan permainan cantik yang ditonjolkan oleh pasukan Liverpool. Yang penting walaupun peluang itu datang sekali sekala, sewajibnya peluang2 itu dimanfaatkan dengan jaringan. Apa guna bermain cantik tapi tewas. Biar bermain buruk, janji menang.. YNWA...

Barisan kemungkinan Liverpool

REINA
JOHNSON - CARRAGHER (C) - AGGER - ENRIQUE
ADAM - LUCAS
KUYT - MAXI - BELLAMY
SUAREZ

Saksikan siaran langsung perlawanan ini:
Channel : ASTRO SuperSport 3 (817)
Tarikh : 27 November 2011 (Ahad malam Isnin)
Preview : 11:00 malam
Kick Off : 12:00 tengah malam.

Ibu Emas milik Harimau Malaya

Written By Unknown on Tuesday, November 22, 2011 | 01:03

Tahniah buat skuad Harimau Muda kendalian Ong Kim Swee setelah berjaya memenangi pingat emas dalam acara bolasepak sukan SEA 2011 setelah menewaskan pasukan tuan rumah Indonesia. Bermain di Stadium Gelora Bung Mokhtar Bung Karno, Malaysia dipaksa bermain selama 120 minit dan seterusnya penentuan sepakan penalti setelah kedudukan seri 1-1 hasil jaringan Gunawan dan Asraruddin.

Keletihan jelas terbayang pada wajah pemain2 Malaysia dan hanya mampu mempamerkan aksi bertahan di babak2 akhir perlawanan sambil mengharapkan penentuan juara ditentukan melalui sepakan penalti. Harapan menjadi kenyataan apabila dua sepakan penalti pasukan Indonesia gagal disempurnakan berbanding satu yang gagal dijaringkan oleh Malaysia. Kesudahannya kapten pasukan Malaysia Badrol Bakhtiar mengambil sepakan terakhir dan berjaya memperdayakan penjaga gol Indonesia. Gol tersebut terus diraikan rakan sepasukan setelah berjaya menyudahkan sepakan penalti untuk mengalahkan pasukan Indonesia dengan jaringan 4-3.


Man Of The Macth perlawanan ini ... Badrol Bakhtiar.

Anda bagaimana?


Bagus seandainya mereka sudah sedar.. Kitakan serumpun malah sekapal lagi tu... I love jawarian.

Game 12 BPL 11/12 - Chelsea 1-2 Liverpol

Written By Unknown on Monday, November 21, 2011 | 18:36

Glen Johnson menjadi wira Liverpool apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan 1-2 keatas Chelsea hasil dari gerakan cantik yang dicipta oleh beliau sendiri. Sebelum itu Liverpool terlebih dahulu mendahului pada minit ke 33 melalui jaringan Maxi Rodriguez sebelum disamakan oleh Daniel Sturridge pada minit ke 55.

Bermain di gelanggang keramat pasukan Chelsea Jamban_tan Runtuh Stamford Bridge Dalglish dengan beraninya membuat beberapa rombakan dimana mempertaruhkan kelibat Maxi dan Bellamy sebagai kesebelasan utama. Walaupun perlawanan ini dikuasai oleh pemain2 Chelsea, tetapi Liverpool berjaya menggunakan beberapa peluang yang ada untuk mencipta kemenangan.

Cuti panjang dua minggu akibat perlawanan antarabangsa, menjadikan beberapa pemain Liverpool seperti hilang tumpuan terhadap permainan. Suarez Seperti hilang arah apabila beberapa peluang untuk mencipta ruang serangan dan gol gagal dimanfaatkannya dengan baik. Kita harus terima bahawa kejatuhan prestasi Suarez ketika ini mungkin disebabkan faktor partner yang yang kurang berkesan. Kita akui sebelum ini gandingannya bersama Raul Meireles yang berhijrah ke Chelsea adalah antara faktor kecemerlangannya.


Barisan midfield yang dikemudi Adam dan Lucas gagal membuka peluang kepada Bellamy dan Kuyt untuk mencipta serangan. Akibatnya Suarez terkapai2 keseorangan cuba mencipta sesuatu bagi dirinya. Tetapi disini kita tidak seharusnya menyalahkan bulat2 kelemahan tersebut kepada seseorang pemain sahaja. Setiap pemain yang bermain dalam satu pasukan seharusnya perlu ada sifat kerjasama dalam mencorakkan permainan mantap serta mencipta peluang kepada rakan2 yang lain. Nasib baik pemain2 Chelsea yang mendominasi permainan juga kurang mencipta peluang untuk membuat jaringan. Kalau tidak sudah pastinya Kapten Reina tidak sempat menarik nafas dikerjakan oleh mereka.

Apapun tahniah kepada pemain2 Liverpool. Belajar dari kesilapan lalu telah membuahkan hasil yang lumayan pada malam tadi. Menguasai permainan belum tentu bakal menciptakan kemenangan. Tetapi menyempurnakan peluang yang ada adalah senjata terbaik dalam mencapai tiga mata penuh. YNWA..

Scoring Summary

Chelsea Liverpool
Daniel Sturridge (55')Maxi Rodrรญguez (33')
Glen Johnson (87')

Match Stats

Chelsea                            Liverpool
19(3) Shots (on Goal) 9(3)
13 Fouls 12
6 Corner Kicks 5
1 Offsides 2
58% Time of Possession 43%
3 Yellow Cards 2
0 Red Cards 0
1 Saves 2

Teams

Chelsea Liverpool
Petr Cech25 Pepe Reina
26 John TerryDaniel Agger
David Luiz37 Martin Skrtel
Ashley ColeJosรฉ Enrique
Branislav IvanovicGlen Johnson
12 John Mikel Obi26 Charlie Adam
Frank Lampard21 Lucas
Ramires11 Maxi Rodrรญguez
15 Florent Malouda18 Dirk Kuyt
11 Didier DrogbaLuis Suรกrez
10 Juan Mata39 Craig Bellamy
Substitutes
39 Nicolas AnelkaJamie Carragher 23
Fernando TorresStewart Downing 19
22 Ross TurnbullDoni 32
17 Josรฉ BosingwaAndrew Carroll 9
16 Raul MeirelesJay Spearing 20
23 Daniel SturridgeMartin Kelly 34
Oriol RomeuJordan Henderson 14
Substitutions
Daniel Sturridge for John Mikel Obi (45)Jordan Henderson for Craig Bellamy (67)
Fernando Torres for Didier Drogba (84)Stewart Downing for Maxi Rodrรญguez (78)
Raul Meireles for Ramires (84)Andrew Carroll for Luis Suรกrez (90)
Yellow Cards
David Luiz (42)Lucas (29)
Ramires (62)Dirk Kuyt (64)
Branislav Ivanovic (79)
· Squads: Chelsea | Liverpool

Si JAMBU yang terus tenggelam bersama JAMBAN_TAN runtuh

Keletihan, kesunyian & kerinduan yang melanda

Written By Unknown on Wednesday, November 16, 2011 | 01:31

Hari ini genap seminggu ibu SG kembali ke Rahmatullah. Selesai sudah majlis tahlil untuk arwah selama seminggu. Kini kehidupan SG sekeluarga kembali seperti sediakala walaupun tiada kelibat ibu disisi. Mereka yang pergi tetap tidak kembali. Kita yang tinggal mesti meneruskan kehidupan dalam persediaan keduniaan dan akhirat kelak.

Setelah seminggu semua adik beradik berkampung dan berpindah randah dirumah SG, selesai saja majlis tahlil malam terakhir semalam, rumah SG kembali sepi. Semua abang2 dan kakak2 SG telah kembali ke rumah masing2 dan tinggallah SG, isteri, dua orang anak2 SG serta ayah menjadi penunggu setia rumah peninggalan ibu tercinta.

Hari ini juga hari terakhir cuti SG. Jadi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Seperti keadaan selepas tsunami, SG gagahkan juga mengemas segala pinggan mangkuk yang digunakan untuk majlis tahlil. Memperkemaskan lagi keadaan dalam rumah yang tunggang langgang akibat di serbu oleh anak2 buah serta anak2ku. Bayangkan seminggu dikerjakan oleh mereka, 1 hari suntuk SG mengemasnya. Lepas Asar pengsan terus. huhuhu

Disebalik kesunyian ini, timbul pula kerinduan bayangan arwah ibu. Rindu suara ibu yang selalu membebelkan anak cucunya. Keriuhan mulutnya masih tergiang2 ditelinga walaupun sudah seminggu ketiadaannya. Memang kami adik beradik lebih rapat dengan ibu dari ayah. Tugas suri rumah sepenuh masa yang dipikulnya berjaya dilakukan dengan baik. Ayah komitmennya lebih kepada mencari rezeki sementara ibu pula yang menjaga pakai minum sekolah dan kegiatan harian kami. Ibu menjadi tempat transit kami meluahkan masalah dan seterusnya ibu jugalah yang berbincang bersama ayah. Kami takut dengan ketegasan ayah. Jadi ibulah menjadi mangsa keadaan. Begitu juga dengan ayah jarang dia memberi arahan terus kepada kami. Ibu jugalah yang tolong menyampaikan amanatnya.

Ibu cukup perihatin terhadap kami. SG masih ingat, walaupun ketika itu SG sudah tingkatan 5, ibu masih lagi menemankan SG menunggu bas untuk kesekolah di pagi hari. Ketika itu juga bila SG lambat pulang dari melepak diwaktu malam, sudah pasti ibu mencari bertemankan tongkat kayunya itu. Sebenarnya bukanlah kayu itu untuk memukul SG, tetapi persediaan baginya dalam sebarang keadaan yang mencurigakan. Almaklumlah ibu SG hanya tahu berjalan kaki saja. Naik basikal tak tau, motosikal apatah lagi.

Ibu memang rajin dan kreatif. Beliau memang jenis yang tidak boleh duduk diam. Ada saja yang mahu dilakukannya. Membuat kraftangan, ibu tahu anyam tikar mengkuang, buat pajak dari lidi, penyapu dan macam2 lagi. Makanan pula, sudah pasti kuih2 tradisionalnya menjadi santapan kami. Bahulu tak pernah beli. kuih kacau, halwa betik & buah kabung pagi raya mesti ada. Dipendekkan cerita selagi beliau terdaya kuih & makanan jarang beli. Ibu kata beli dahlah mahal, sikit pula tu. belum lagi tawar rasanya. Itulah ibu SG yang tau serba serbinya. Tapi sayang ilmunya itu tidak banyak diturunkan kepada anak2nya. Bukan masalah Ibu tak mahu, tapi anak2nya yang tak berminat nak ambil tahu. Tahu nak makan saja termasuklah SG ni. Kesian ayah, beliau teringin nak makan bahulu kemboja buatan ibu, tetapi ketika itu ibu sedang sakit. Akhirnya kempunan ayah SG dan bila diajukan kepada anak2nya, masing2 tak tahu nak buat sama rasa seperti ibu. Sekarang baru nak menyesal.

Tak sangka pula, tunjuk ajar membuat bahulu kepada abang SG Koding, memasak pulut kuning kepada isteri SG sebelum jatuh sakit adalah yang terakhir ilmunya diturunkan. Ibu berkata pada Koding," kuih bahulu ni adalah yang terakhir pada tahun ini buat. Tahun depan dah tak buat. Tak larat dah". Rupanya memang benar2 yang terakhir bagi ibuku. Siapa sangka kata2nya itu membawa maksud yang jauh mendalam. Allah lebih menyayangi dirinya.

Itulah ibu SG. Disebalik keriuhan mulutnya, beliau sebenarnya peramah dan rajin bersedekah. Tetamu yang berkunjung ke rumah SG pasti pulang dengan kekenyangan. Adakalanya saudara mara SG yang datang pula yang menyuruh ibu masakan sesuatu kegemarannya akibat masakan ibu yang tiada tolok bandingnya. Kisah silam yang sukar dilupakan. Tapi kini semuanya tinggal kenangan dan tidak akan berulang kembali.

Memang benarlah yang dikatakan orang. Depan mata jarang diambil peduli. Bila tiada barulah rasa kesunyian dan kerinduan pada dirinya. Bukan mudah apabila berkeluarga duduk bersama orang tua. Sudah pasti ada yang terasa hati. Syukurnya SG dapat juga bertahan dirumah ini walaupun tidak memberi komitmen sepenuhnya. Semoga ia menjadi satu pengajaran kepada SG. Sementara SG masih ada ayah lagi, SG akan cuba buat yang terbaik untuknya. Semoga Allah sentiasa memberi kesihatan kepada ayah SG. Amin...

p/s: Seminggu bercuti, esok dah mula bekerja. Malasnya nak pergi kerja. Macam nak sambung cuti je lagi. Tapi cuti pun nak buat apa. Baik hiburkan hati ditempat kerja dari sentiasa kesunyian dirumah...

Ibuku dalam kenangan.. AlFatihah untuknya.

Written By Unknown on Friday, November 11, 2011 | 01:40

Munah Binti Othman
Ibu yang kusayangi dalam kenangan.
(03/06/1936 - 09/11/2011)


Hatiku bagai dipanah petir apabila mendapat berita bahawa Ibu kandungku telah menghembuskan nafas terakhir pada waktu Subuh 09/11/2011. Tiada apa yang mampu kulakukan lagi selain menghubungi adik beradikku Koding, Izryn dan kesemua yang belum mengetahui untuk meratapi permergiannya bersama.

Disaat kami mengharapkan kesihatannya kembali bersinar, kami terpaksa redha dengan ketentuan Allah bahawa sudah tiba masanya kami menyerahkan ibu tercinta kepada maha penciptanya. Tiga minggu Arwah Ibu terlantar di katil rumahku, dengan keadaannya semakin merisaukan kami. Ingin dibawa ke hospital, arwah tidak mahu. Bila tanya ayahku, sama juga jawapannya. Siang malam ayahku menjaganya, memberi ubat dan makan minum. Walaupun hakikatnya arwah sudah tidak selera mahu makan dan juga minum. Adakalanya dapat juga diriku dan adik beradikku datang menjeguk serta menemankan arwah. Maklumlah kami juga ada komitmen yang perlu diteruskan.

Dihari Raya AidilAdha lalu, setelah semua adik beradikku berkumpul sama, kami sepakat ingin membawa arwah ke hospital Banting. Walaupun mendapat sedikit tentangan dari Ayah, tetapi kami ketepikan juga demi ingin melihat arwah ibu kembali sihat. Dihospital Arwah ibu disahkan menghidap penyakit paru2 berkuman. Bila ditanya samaada ada penyakit batu karang atau tidak, tetapi doktor mengatakan tiada. Pelik juga padahal ketika mula2 arwah ibu terlantar ada doktor klinik swasta yang kami panggil kerumah untuk memeriksa arwah ibu. Beliau mengatakan bahawa batu karang ibu sudah pecah. Tetapi kini tiada pula batu karang.

Tiga hari di wad, arwah mula menunjukkan kesihatannya bertambah baik. Walaupun niat ku untuk menjaganya diwad tidak kesampaian akibat lelaki tidak dibenarkan menjaga diwad perempuan, tetapi setiap waktu lawatan aku datang menziarahinya. yang pastinya kakak sulongku menjaga dimalam hari dan kakak Izryn menjaga disiang hari.

Sebenarnya bila diingat2kan kembali, banyak juga perkara2 pelik yang telah berlaku antara kami dan arwah sebulan dua ni. Antara yang masih terbayang didiriku dan isteri ialah, arwah ibu sibuk menyuruh ayahku membeli rumah dan duduk dirumah baru. Aku langsung tak ambil peduli kata2 itu. Walaupun berdetik dihatiku seperti ayat2 itu memerli diriku yang tinggal serumah dengannya. Dalam hari2 terakhirnya dirumah (sebelum dibawa ke hospital)  aku menemankan ayahku untuk bersama ibu setiap malam hingga ke pagi. Ketika itu selepas hujan tiba2 ibu memanggilku dan menyatakan yang dia ada nampak budak berkepala botak bertenggek diatas peti sejuk. Bila kupandang tempat tersebut tiada apa2 tetapi secara automatiknya meremang bulu tengkokku. Bayangkanlah ayat itu terpancul ketika jam 4 pagi.

Kami tidak menyalahkan pihak hospital kerana gagal menyelamatkan ibu kami. Sebenarnya ada penyakit arwah yang gagal dikesan oleh pihak hospital. Apa yang mereka katakan, penyakitnya sudah terlalu lama dan susah untuk dipastikan. Apa yang pasti disaat nazaknya lebih kurang jam 4 pagi, kakak sulongku segera mengejutkan jururawat yang bertugas. Arwah ibu telah mula mengeluarkan darah dari duburnya. Mungkin usus perutnya sudah pecah akibat ketumbuhan yang sudah lama sebati didalam perutnya. Berbagai rawatan kecemasan dilakukan, tetapi doktor gagal menyelamatkannya. Akhirnya ibuku menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 05:55 pagi. "SEPSIS WITH UPPER GASTRO INTESTINAL BLEEDING" itulah sebab kematian ibu yang dinyatakan oleh doktor.

Setelah mayatnya dibawa pulang kerumah, sedikit masa pun tidakku lepaskan untuk menatapi jasadnya di akhir2 waktu. Ketika dimandikan, aku membantu mana yang termampu. Ketika dikafankan aku memercikkan minyak Attar ketubuhnya. Kemudian kucium wajah arwah ibuku bertalu2 diiringi deraian airmata. Sewaktu dipusara pula, aku juga yang membuka ikatan kafannya. Sempat juga kutatapi wajah arwah ibuku buat kali terakhir. Kami adik beradik lelaki kebumikan ibu dengan harapan itulah jasa2 kami bagi membalas semua pengorbanan ibu.

Selesai dikebumikan, sayup kedengaran talkin dibacakan. Sebak hatiku dan sungguh memberi keinsafan kepada diriku. Kini sewaktu entri ini ditulis sudah dua malam arwah ibuku pergi. Dua malam juga aku melayari internet disisi katil ibuku. Kosong dan sunyi kurasakan walaupun ketika ini adik beradikku masih lagi berkumpul dirumahku sehingga habis majlis tahlil 5 hari. Bagaimana pula keadaannya selepas mereka semua pulang kerumah masing2 nanti. Adakah aku akan terus menangis kesedihan apabila melihat katil ibu kekosongan. Ohhhh. tidak. Tak elok begitukan. Aku harap aku dapat kuatkan semangat untuk menempuh kehidupan baru tanpa ibu disisi. Semoga ibu dijauhkan dari siksaan kubur dan juga siksaan akhirat. Akan sentiasa kuhadiah AlFatihah, Yassin dan tahlil atau apa saja selagi aku mampu untuk menjauhkan siksaan darinya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah ibuku " Munah Binti Othman". AlFatihah...

Antara entri keluarga SG:
Abangku " Koding K.N" - Ke Makam Bonda ~ Usman Awang
Kakakku "Izryn's" - Andai itu adalah Aidilfitri yang terakhir...


p/s : Dalam tahun ini sahaja SG telah kehilangan kedua2 orang ibu. Ibu mertuaku pada 09/07/2011 dan ibu SG pula 09/11/2011. Tarikh dan tahun yang sama hanya bulan sahaja yang lain.

Kini barulah SG tahu mengapa ayah tidak membenarkan ibu ke hospital. Rupanya Ayah mahu sentiasa disisi ibu hingga ke nafas terakhirnya. Malangnya ayah tidak sempat berada disisi ibu sewaktu nazaknya dan hanya tiba apabila jasad ibu sudah ditutupi kain putih di katil wad. "Maafkan kami 8 beradik yang ingkar arahan mu Ayah...."




Untuk Mu Ibu - Exist
Mp3-Codes.com

Game 11 BPL 11/12 - Liverpool 0-0 Swansea

Written By Unknown on Sunday, November 6, 2011 | 01:33

Sakit hati sungguh bila kita lihat perlawanan ini. Semua pemain serba tak menjadi dan seperti ada yang tak kena dalam skuad Liverpool. Aksi 10 minit pertama sahaja yang mengambarkan Liverpool bakal menguasai perlawanan, selebihnya banyak membuang masa sahaja. Tidak malukah pemain2 kita ini yang bermain dihadapan penyokong2 sendiri serta pemilik John Henry dengan permainan yang sedemikian.

Sepatutnya Carroll sudah boleh meletakkan Liverpool dihadapan, tetapi sepakannya hanya menyinggahi palang sebelum melantun kembali kedalam padang. Bermain past & reverse sememangnya menyakitkan hati kita. Setiap posisi sering melakukan kesilapan yang merencatkan permainan serta hampir2 membawa padah. Bola kebanyakannya hanya berada di kawasan tengah padang dan jarang pemain2 kita membuka ruang untuk membuat sesuatu peluang dihadapan gol.

Suarez hilang tumpuan dan aksinya jauh tenggelam dari biasa. Reina yang dinaikkan pangkat sebagai kapten pasukan, melakukan kesilapan yang hampir2 memberi gol kepada Swansea. Sayang sekali kita gagal memungut 3 mata penuh. Diwaktu pasukan2 lain yang sebelum ini bermula dengan rekod buruk telah mula menuai hasil kejayaan dan memintas kedudukan, Liverpool masih terus lagi dibuai mimpi2 ngeri yang entah bila akan berkesudahan. Bangunlah wahai wira2 Liverpool. Buatlah sesuatu wahai Dalglish....


Scoring Summary

Liverpool Swansea City

Match Stats

Liverpool                   Swansea City
25(5) Shots (on Goal) 12(3)
15 Fouls 5
11 Corner Kicks 4
2 Offsides 4
52% Time of Possession 48%
2 Yellow Cards 1
0 Red Cards 0
3 Saves 5

Teams

Liverpool Swansea City
25 Pepe ReinaMichel Vorm
Daniel AggerAshley Williams
37 Martin Skrtel16 Garry Monk
Josรฉ EnriqueNeil Taylor
Glen Johnson22 Angel Rangel
26 Charlie AdamLeon Britton
21 Lucas27 Mark Gower
19 Stewart Downing10 Danny Graham
14 Jordan Henderson24 Joe Allen
Andrew Carroll15 Wayne Routledge
Luis Suรกrez12 Nathan Dyer
Substitutes
39 Craig BellamyLuke Moore 19
18 Dirk KuytKemy Agustien 26
11 Maxi RodrรญguezScott Sinclair 11
32 DoniGerhard Tremmel 25
20 Jay SpearingVangelis Moras 44
34 Martin KellyLeroy Lita 18
16 Sebastiรกn CoatesAshley Richards 29
Substitutions
Dirk Kuyt for Jordan Henderson (45)Scott Sinclair for Wayne Routledge (75)
Craig Bellamy for Andrew Carroll (75)Kemy Agustien for Mark Gower (90)
Yellow Cards
Charlie Adam (13)Neil Taylor (56)
Daniel Agger (67) 
· Squads: Liverpool | Swansea City

Preview : Game 11 BPL 11/12 - Liverpool VS Swansea

Written By Unknown on Saturday, November 5, 2011 | 01:24


Malam ini pasukan Liverpool akan kembali ke gelanggang keramat Anfield untuk menerima kunjungan pasukan Swansea. Dengan semangat kemenangan yang masih membara membenam West Brom minggu lalu, malam ini misi kejayaan untuk merangkul 3 mata penuh diteruskan lagi.


Minggu ini kita juga dikejutkan berkenaan kecederaan yang melanda kapten Steven Gerrard. Jangkitan kuman di kakinya kembali menyerangnya. Nampaknya kita sekali lagi terpaksa merelakan ketiadaan beliau dalam kesebelasan untuk jangkamasa yang agak lama. Tetapi harus diingat, kita sebenarnya sudah bersedia mengaharungi perlawanan tanpa Gerrard. Dengan berbekalkan pemain yang sedia ada, sudah pasti merka mampu memikul tugas yang di amanahkan oleh Dalglish.

Swansea boleh kita lavelkan pasukan cap ayam yang menjadi penyebuk didalam liga. Tetapi harus diingat, perlawanan malam nanti, Liverpool sepatutnya tidak sepatutnya mempertikaikan siapa pasukan ini. Kita telah belajar dari perlawanan menentang Norwich 2 minggu yg lalu. Pasukan yang telah dianggap mudah bagi kita, tetapi hakikatnya keputusan seri sahaja yang mampu diperolehi. Adakah kita bakal menerima keputusan sedemikian?


Walauapapun yang terjadi dan siapa sahaja yang diturunkan pada malam nanti, peganglah amanah yang diberikan oleh Dalglish. Ikutlah segala arahan dan tunjuk ajar yang diberi. InsyaAllah kejayaan bakal menjadi milik Liverpool. YNWA.

Saksikan siaran langsung perlawanan ini di:
Channel : ASTRO STAR Sports (813)
Tarikh : 05/11/2011 - Sabtu
Masa : 10:55 malam
wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger