Pemusnah kita sudah tentunya Maxi Rodriguez dan Martin Kelly untuk memberi kemenangan mutlak 0-2 kepada Liverpool dan seterusnya melayakkan diri ke pusingan separuh akhir. Sememangnya kita akui gandingan Bellamy dan Maxi amat serasi sekali. Buktinya hantaran lintang dari Bellamy kepada Maxi berjaya disudahkan dengan baik. Situasi jaringan yang hampir sama ketika Maxi menjaringkan gol sewaktu perlawanan minggu lalu. Maxi berjaya menebus kegagalan sepakan penalti Carroll pada separuh masa pertama setelah bola terkena tangan Alex.
Gol kedua pula juga dijaringkan oleh pemain seposisi sama (pertahanan kanan) seperti perlawanan lalu. Jika dulu Johnson kali ini pula Martin Kelly berjaya menanduk masuk sepakan percuma yang di ambil oleh Bellamy. Jadi kesimpulannya kuda tua kita iaitu Bellamy menjadi punca segala jaringan tercipta. Memang terbaik....
Apa yang merisaukan kecederaan Lucas yang menyebabkan beliau dibawa keluar untuk digantikan oleh Charlie Adam. Lucas yang diterjah keras oleh Ryan Bertrand mungkin mengalami keretakan tulang kakinya tetapi apapun masih menunggu hasil keputusan pakar perubatan. Jika dulu Lucas cedera, kita tidak bimbang, tetapi tidak lagi kini. Persembahan beliau yang memberansangkan semenjak dibawah kendalian Dalglish menjadi suatu kehilangan besar selepas ketiadaan Steven Gerrard. Apapun kita mengharapkan semoga Lucas cepat sembuh.
Selepas ini pasukan manakah yang bakal kita temui di pusingan separuh akhir. Ketika ini selain Liverpool, dua kelab juga sudah mengesahkan tempat. Cardiff telah mengalahkan Blackburn 2-0 serta Manchester City mengalahkan Arsenal 1-0. Hanya perlawanan Manchester United dan Crystal palace sahaja yang akan berlangsung pagi nanti. Mengikut kebiasaannya selepas waktu pengundian, sekiranya pasukan Setan Merah menang pagi nanti, sudah pasti mereka akan dapat laluan mudah dimana mereka bakal bertemu Cardiff. Yang sukarnya Mak Siti pula bertemu dengan Liverpool.
Beginilah yang selalunya berlaku selepas pengundian. Sememangnya anak setan ini sering mendapat laluan mudah. Apapun walau siapapun yang Liverpool temui nanti, Liverpool tetap bersedia dan yang nampak lebih baiknya pusingan separuh akhir ini perlawanan dilangsungkan secara timbal balik. Barulah adil namanya. Pusingan separuh akhir nanti dijangka akan dilangsungkan pada bula Januari tahun depan. Dimana separuh akhir pertama pada 9 Januari dan 23 Januari untuk perlawanan kedua. Harap Liverpool terus mara ke pusingan akhir untuk menempah tiket automatik ke saingan Piala Eropah. YNWA...
Scoring Summary
Chelsea | Liverpool |
---|---|
Andrew Carroll (pen miss 22') | |
Maximiliano Rodriguez (58') | |
Martin Kelly (63') |
Match Stats
10(5) | Shots (on Goal) | 7(5) |
7 | Fouls | 9 |
5 | Corner Kicks | 1 |
3 | Offsides | 4 |
53% | Time of Possession | 47% |
5 | Yellow Cards | 1 |
0 | Red Cards | 0 |
4 | Saves | 3 |
Teams
|
bese la tu nama pon setan...byk trick n pengaruh nyer...x best la awl2 da jumpa jiran setemnpat...jumpa kt final lg ngan x gitu?
ReplyDeletelivmesti g webley thn dpn! no matter wat!