Bermain di gelanggang sendiri, pasukan kita telah mempamerkan aksi yang amat menakjubkan. Jauh sangkaan sebelah pihak yang menyatakan Liverpool bakal dilaukkan oleh Mak Siti. 30 minit pertama sememangnya menampakkan seolah2 Liverpool bakal tenggelam di hadapan penyokong sendiri dengan aksi Mak Siti yang berjaya menguasai perlawanan. Hasilnya sepakan sudut dari Silva berjaya disambut oleh Kompany untuk menewaskan Johnson, Kuyt dan juga kapten Reina. Tetapi gol tersebut tidak lama, 2 minit berselang, Charlie Adam telah berjaya membuat percubaan yang langsung tidak merbahaya. Namun percubaan itu cuba diselamatkan oleh Lescott dan malangnya bola tampanannya terus meluru masuk ke gawang sendiri dikala Joe Hart sudah terlajak perahu.
Selepas gol sendiri hadiah dari kebodohan Lescott ini, permainan Mak Siti terus merundum akibat moral yang jatuh dengan gol ini. Dikesempatan ini, Liverpool berjaya merampas tempo permainan untuk terus menguasai permainan sehingga akhir perlawanan. Bayangkan, berapa banyak percubaan dari pasukan kita kearah pintu gol Mak Siti, malangnya kecekapan Joe Hart menjadi batu penghalang untuk memberi kita lebih gol. Akibat tekanan yang melampau, anak2 Mak siti mula menunjukkan skil pembunuh upahan dengan aksi terjahan keras mula dicipta terutamanya kepada Suarez. Suarez menjadi mangsa keadaan yang boleh dianggap lauk untuk dipatah riukkan oleh mereka.
Selepas perlawanan, Mancini mengutuk keras diatas kad kuning kedua dan seterusnya membawa kepada kad merah keatas penyerangnya Mario
Kesimpulannya, dalam perlawanan ini tuah Liverpool hanya 1 sahaja iaitu gol sendiri oleh Lescott. Selebihnya tuah lebih berpihak kepada Mak Siti di atas kecekapan penjaga golnya Joe Hart. Walaupun Liverpool gagal memecahkan rekod tanpa kalah Mak Siti, tetapi Liverpool berjaya memperbodoh2kan mereka dan telah menjatuhkan keegoannya. Ok ler tu 1-1 daripada kena 1-6 digelanggang sendiri.
p/s: Lumrah Mak Siti untuk membeli mana2 pemain yang menggugat pasukannya. So pada perlawanan ini, Lucas berjaya mengendalikan tugasnya dengan baik. Jadi mungkinkah Mak Siti pun nak beli Lucas seperti juga pemain Napoli Edinson Cavani..
Scoring Summary
Liverpool | Manchester City |
---|---|
Joleon Lescott (og 33') | Vincent Kompany (31') |
Match Stats
17(6) | Shots (on Goal) | 7(3) |
11 | Fouls | 15 |
8 | Corner Kicks | 5 |
2 | Offsides | 2 |
51% | Time of Possession | 49% |
1 | Yellow Cards | 3 |
0 | Red Cards | 1 |
2 | Saves | 6 |
Teams
Liverpool | Manchester City |
---|---|
25 Pepe Reina | 25 Joe Hart |
5 Daniel Agger | 6 Joleon Lescott |
37 Martin Skrtel | 4 Vincent Kompany |
3 José Enrique | 22 Gaël Clichy |
2 Glen Johnson | 2 Micah Richards |
26 Charlie Adam | 42 Yaya Touré |
14 Jordan Henderson | 18 Gareth Barry |
21 Lucas | 7 James Milner |
19 Stewart Downing | 19 Samir Nasri |
18 Dirk Kuyt | 16 Sergio Agüero |
7 Luis Suárez | 21 David Silva |
Substitutes | |
23 Jamie Carragher | Kolo Touré 28 |
11 Maxi Rodríguez | Nigel De Jong 34 |
32 Doni | Adam Johnson 11 |
9 Andrew Carroll | Pablo Zabaleta 5 |
20 Jay Spearing | Mario Balotelli 45 |
34 Martin Kelly | Edin Dzeko 10 |
16 Sebastián Coates | Costel Pantilimon 30 |
Substitutions | |
Andrew Carroll for Dirk Kuyt (84) | Mario Balotelli for Samir Nasri (65) |
Edin Dzeko for Sergio Agüero (82) | |
Kolo Touré for David Silva (90) | |
Yellow Cards | |
Andrew Carroll (90) | Vincent Kompany (13) |
Gareth Barry (32) | |
Mario Balotelli (77) | |
James Milner (86) | |
Red Cards | |
Mario Balotelli (83) | |
· Squads: Liverpool | Manchester City |
rs x best...lps mas tewas, igt kn liv bleh ubat kelukaan...yelah control game tp apakan daya...mek siti kebal sgt...mkan jamu ke ni?
ReplyDelete