Hari ini genap seminggu ibu SG kembali ke Rahmatullah. Selesai sudah majlis tahlil untuk arwah selama seminggu. Kini kehidupan SG sekeluarga kembali seperti sediakala walaupun tiada kelibat ibu disisi. Mereka yang pergi tetap tidak kembali. Kita yang tinggal mesti meneruskan kehidupan dalam persediaan keduniaan dan akhirat kelak.
Setelah seminggu semua adik beradik berkampung dan berpindah randah dirumah SG, selesai saja majlis tahlil malam terakhir semalam, rumah SG kembali sepi. Semua abang2 dan kakak2 SG telah kembali ke rumah masing2 dan tinggallah SG, isteri, dua orang anak2 SG serta ayah menjadi penunggu setia rumah peninggalan ibu tercinta.
Hari ini juga hari terakhir cuti SG. Jadi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Seperti keadaan selepas tsunami, SG gagahkan juga mengemas segala pinggan mangkuk yang digunakan untuk majlis tahlil. Memperkemaskan lagi keadaan dalam rumah yang tunggang langgang akibat di serbu oleh anak2 buah serta anak2ku. Bayangkan seminggu dikerjakan oleh mereka, 1 hari suntuk SG mengemasnya. Lepas Asar pengsan terus. huhuhu
Disebalik kesunyian ini, timbul pula kerinduan bayangan arwah ibu. Rindu suara ibu yang selalu membebelkan anak cucunya. Keriuhan mulutnya masih tergiang2 ditelinga walaupun sudah seminggu ketiadaannya. Memang kami adik beradik lebih rapat dengan ibu dari ayah. Tugas suri rumah sepenuh masa yang dipikulnya berjaya dilakukan dengan baik. Ayah komitmennya lebih kepada mencari rezeki sementara ibu pula yang menjaga pakai minum sekolah dan kegiatan harian kami. Ibu menjadi tempat transit kami meluahkan masalah dan seterusnya ibu jugalah yang berbincang bersama ayah. Kami takut dengan ketegasan ayah. Jadi ibulah menjadi mangsa keadaan. Begitu juga dengan ayah jarang dia memberi arahan terus kepada kami. Ibu jugalah yang tolong menyampaikan amanatnya.
Ibu cukup perihatin terhadap kami. SG masih ingat, walaupun ketika itu SG sudah tingkatan 5, ibu masih lagi menemankan SG menunggu bas untuk kesekolah di pagi hari. Ketika itu juga bila SG lambat pulang dari melepak diwaktu malam, sudah pasti ibu mencari bertemankan tongkat kayunya itu. Sebenarnya bukanlah kayu itu untuk memukul SG, tetapi persediaan baginya dalam sebarang keadaan yang mencurigakan. Almaklumlah ibu SG hanya tahu berjalan kaki saja. Naik basikal tak tau, motosikal apatah lagi.
Ibu memang rajin dan kreatif. Beliau memang jenis yang tidak boleh duduk diam. Ada saja yang mahu dilakukannya. Membuat kraftangan, ibu tahu anyam tikar mengkuang, buat pajak dari lidi, penyapu dan macam2 lagi. Makanan pula, sudah pasti kuih2 tradisionalnya menjadi santapan kami. Bahulu tak pernah beli. kuih kacau, halwa betik & buah kabung pagi raya mesti ada. Dipendekkan cerita selagi beliau terdaya kuih & makanan jarang beli. Ibu kata beli dahlah mahal, sikit pula tu. belum lagi tawar rasanya. Itulah ibu SG yang tau serba serbinya. Tapi sayang ilmunya itu tidak banyak diturunkan kepada anak2nya. Bukan masalah Ibu tak mahu, tapi anak2nya yang tak berminat nak ambil tahu. Tahu nak makan saja termasuklah SG ni. Kesian ayah, beliau teringin nak makan bahulu kemboja buatan ibu, tetapi ketika itu ibu sedang sakit. Akhirnya kempunan ayah SG dan bila diajukan kepada anak2nya, masing2 tak tahu nak buat sama rasa seperti ibu. Sekarang baru nak menyesal.
Tak sangka pula, tunjuk ajar membuat bahulu kepada abang SG Koding, memasak pulut kuning kepada isteri SG sebelum jatuh sakit adalah yang terakhir ilmunya diturunkan. Ibu berkata pada Koding," kuih bahulu ni adalah yang terakhir pada tahun ini buat. Tahun depan dah tak buat. Tak larat dah". Rupanya memang benar2 yang terakhir bagi ibuku. Siapa sangka kata2nya itu membawa maksud yang jauh mendalam. Allah lebih menyayangi dirinya.
Itulah ibu SG. Disebalik keriuhan mulutnya, beliau sebenarnya peramah dan rajin bersedekah. Tetamu yang berkunjung ke rumah SG pasti pulang dengan kekenyangan. Adakalanya saudara mara SG yang datang pula yang menyuruh ibu masakan sesuatu kegemarannya akibat masakan ibu yang tiada tolok bandingnya. Kisah silam yang sukar dilupakan. Tapi kini semuanya tinggal kenangan dan tidak akan berulang kembali.
Memang benarlah yang dikatakan orang. Depan mata jarang diambil peduli. Bila tiada barulah rasa kesunyian dan kerinduan pada dirinya. Bukan mudah apabila berkeluarga duduk bersama orang tua. Sudah pasti ada yang terasa hati. Syukurnya SG dapat juga bertahan dirumah ini walaupun tidak memberi komitmen sepenuhnya. Semoga ia menjadi satu pengajaran kepada SG. Sementara SG masih ada ayah lagi, SG akan cuba buat yang terbaik untuknya. Semoga Allah sentiasa memberi kesihatan kepada ayah SG. Amin...
p/s: Seminggu bercuti, esok dah mula bekerja. Malasnya nak pergi kerja. Macam nak sambung cuti je lagi. Tapi cuti pun nak buat apa. Baik hiburkan hati ditempat kerja dari sentiasa kesunyian dirumah...
Home »
10. Cerpen/kata2 hikmat
,
12. Tazkirah/Wasiat/Ikhtibar
,
aktivitiku
» Keletihan, kesunyian & kerinduan yang melanda
al-fatihah. semoga roy beliau dicucuri rahmat oleh yang maha esa...
ReplyDeleteal fatihah juga dari saya.sedihnya baca entri kali ni.mak saya masih ligat bekerja..tapi itu versi mak moden.arwah mak bro serupa macam mak2 yg selalu saya tgk kat drama tv..pandai buat kuih,pendengar setia,kreatif,rasa macam baca cerpen je kisah bro,ni.
ReplyDeletesekurang2nya ayah kan masih ada :)ganti balik masa yg dah berlalu dulu...dgn fokus pada ayah.jgn sesekali biarkan perasaan sunyi berlabuh di hati org tua....
al-fatihah dari cik tikah. semoga ibu SG tenang disana :)
ReplyDeletesabaq no...
ReplyDeleteyg pergi ttp akn pergi..kita yg hidup, usaha mesti teruskan
alfatihah