Headlines News :
.

Latest Post

Showing posts with label 10. Cerpen/kata2 hikmat. Show all posts
Showing posts with label 10. Cerpen/kata2 hikmat. Show all posts

Keletihan, kesunyian & kerinduan yang melanda

Written By Unknown on Wednesday, November 16, 2011 | 01:31

Hari ini genap seminggu ibu SG kembali ke Rahmatullah. Selesai sudah majlis tahlil untuk arwah selama seminggu. Kini kehidupan SG sekeluarga kembali seperti sediakala walaupun tiada kelibat ibu disisi. Mereka yang pergi tetap tidak kembali. Kita yang tinggal mesti meneruskan kehidupan dalam persediaan keduniaan dan akhirat kelak.

Setelah seminggu semua adik beradik berkampung dan berpindah randah dirumah SG, selesai saja majlis tahlil malam terakhir semalam, rumah SG kembali sepi. Semua abang2 dan kakak2 SG telah kembali ke rumah masing2 dan tinggallah SG, isteri, dua orang anak2 SG serta ayah menjadi penunggu setia rumah peninggalan ibu tercinta.

Hari ini juga hari terakhir cuti SG. Jadi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Seperti keadaan selepas tsunami, SG gagahkan juga mengemas segala pinggan mangkuk yang digunakan untuk majlis tahlil. Memperkemaskan lagi keadaan dalam rumah yang tunggang langgang akibat di serbu oleh anak2 buah serta anak2ku. Bayangkan seminggu dikerjakan oleh mereka, 1 hari suntuk SG mengemasnya. Lepas Asar pengsan terus. huhuhu

Disebalik kesunyian ini, timbul pula kerinduan bayangan arwah ibu. Rindu suara ibu yang selalu membebelkan anak cucunya. Keriuhan mulutnya masih tergiang2 ditelinga walaupun sudah seminggu ketiadaannya. Memang kami adik beradik lebih rapat dengan ibu dari ayah. Tugas suri rumah sepenuh masa yang dipikulnya berjaya dilakukan dengan baik. Ayah komitmennya lebih kepada mencari rezeki sementara ibu pula yang menjaga pakai minum sekolah dan kegiatan harian kami. Ibu menjadi tempat transit kami meluahkan masalah dan seterusnya ibu jugalah yang berbincang bersama ayah. Kami takut dengan ketegasan ayah. Jadi ibulah menjadi mangsa keadaan. Begitu juga dengan ayah jarang dia memberi arahan terus kepada kami. Ibu jugalah yang tolong menyampaikan amanatnya.

Ibu cukup perihatin terhadap kami. SG masih ingat, walaupun ketika itu SG sudah tingkatan 5, ibu masih lagi menemankan SG menunggu bas untuk kesekolah di pagi hari. Ketika itu juga bila SG lambat pulang dari melepak diwaktu malam, sudah pasti ibu mencari bertemankan tongkat kayunya itu. Sebenarnya bukanlah kayu itu untuk memukul SG, tetapi persediaan baginya dalam sebarang keadaan yang mencurigakan. Almaklumlah ibu SG hanya tahu berjalan kaki saja. Naik basikal tak tau, motosikal apatah lagi.

Ibu memang rajin dan kreatif. Beliau memang jenis yang tidak boleh duduk diam. Ada saja yang mahu dilakukannya. Membuat kraftangan, ibu tahu anyam tikar mengkuang, buat pajak dari lidi, penyapu dan macam2 lagi. Makanan pula, sudah pasti kuih2 tradisionalnya menjadi santapan kami. Bahulu tak pernah beli. kuih kacau, halwa betik & buah kabung pagi raya mesti ada. Dipendekkan cerita selagi beliau terdaya kuih & makanan jarang beli. Ibu kata beli dahlah mahal, sikit pula tu. belum lagi tawar rasanya. Itulah ibu SG yang tau serba serbinya. Tapi sayang ilmunya itu tidak banyak diturunkan kepada anak2nya. Bukan masalah Ibu tak mahu, tapi anak2nya yang tak berminat nak ambil tahu. Tahu nak makan saja termasuklah SG ni. Kesian ayah, beliau teringin nak makan bahulu kemboja buatan ibu, tetapi ketika itu ibu sedang sakit. Akhirnya kempunan ayah SG dan bila diajukan kepada anak2nya, masing2 tak tahu nak buat sama rasa seperti ibu. Sekarang baru nak menyesal.

Tak sangka pula, tunjuk ajar membuat bahulu kepada abang SG Koding, memasak pulut kuning kepada isteri SG sebelum jatuh sakit adalah yang terakhir ilmunya diturunkan. Ibu berkata pada Koding," kuih bahulu ni adalah yang terakhir pada tahun ini buat. Tahun depan dah tak buat. Tak larat dah". Rupanya memang benar2 yang terakhir bagi ibuku. Siapa sangka kata2nya itu membawa maksud yang jauh mendalam. Allah lebih menyayangi dirinya.

Itulah ibu SG. Disebalik keriuhan mulutnya, beliau sebenarnya peramah dan rajin bersedekah. Tetamu yang berkunjung ke rumah SG pasti pulang dengan kekenyangan. Adakalanya saudara mara SG yang datang pula yang menyuruh ibu masakan sesuatu kegemarannya akibat masakan ibu yang tiada tolok bandingnya. Kisah silam yang sukar dilupakan. Tapi kini semuanya tinggal kenangan dan tidak akan berulang kembali.

Memang benarlah yang dikatakan orang. Depan mata jarang diambil peduli. Bila tiada barulah rasa kesunyian dan kerinduan pada dirinya. Bukan mudah apabila berkeluarga duduk bersama orang tua. Sudah pasti ada yang terasa hati. Syukurnya SG dapat juga bertahan dirumah ini walaupun tidak memberi komitmen sepenuhnya. Semoga ia menjadi satu pengajaran kepada SG. Sementara SG masih ada ayah lagi, SG akan cuba buat yang terbaik untuknya. Semoga Allah sentiasa memberi kesihatan kepada ayah SG. Amin...

p/s: Seminggu bercuti, esok dah mula bekerja. Malasnya nak pergi kerja. Macam nak sambung cuti je lagi. Tapi cuti pun nak buat apa. Baik hiburkan hati ditempat kerja dari sentiasa kesunyian dirumah...

Ibuku dalam kenangan.. AlFatihah untuknya.

Written By Unknown on Friday, November 11, 2011 | 01:40

Munah Binti Othman
Ibu yang kusayangi dalam kenangan.
(03/06/1936 - 09/11/2011)


Hatiku bagai dipanah petir apabila mendapat berita bahawa Ibu kandungku telah menghembuskan nafas terakhir pada waktu Subuh 09/11/2011. Tiada apa yang mampu kulakukan lagi selain menghubungi adik beradikku Koding, Izryn dan kesemua yang belum mengetahui untuk meratapi permergiannya bersama.

Disaat kami mengharapkan kesihatannya kembali bersinar, kami terpaksa redha dengan ketentuan Allah bahawa sudah tiba masanya kami menyerahkan ibu tercinta kepada maha penciptanya. Tiga minggu Arwah Ibu terlantar di katil rumahku, dengan keadaannya semakin merisaukan kami. Ingin dibawa ke hospital, arwah tidak mahu. Bila tanya ayahku, sama juga jawapannya. Siang malam ayahku menjaganya, memberi ubat dan makan minum. Walaupun hakikatnya arwah sudah tidak selera mahu makan dan juga minum. Adakalanya dapat juga diriku dan adik beradikku datang menjeguk serta menemankan arwah. Maklumlah kami juga ada komitmen yang perlu diteruskan.

Dihari Raya AidilAdha lalu, setelah semua adik beradikku berkumpul sama, kami sepakat ingin membawa arwah ke hospital Banting. Walaupun mendapat sedikit tentangan dari Ayah, tetapi kami ketepikan juga demi ingin melihat arwah ibu kembali sihat. Dihospital Arwah ibu disahkan menghidap penyakit paru2 berkuman. Bila ditanya samaada ada penyakit batu karang atau tidak, tetapi doktor mengatakan tiada. Pelik juga padahal ketika mula2 arwah ibu terlantar ada doktor klinik swasta yang kami panggil kerumah untuk memeriksa arwah ibu. Beliau mengatakan bahawa batu karang ibu sudah pecah. Tetapi kini tiada pula batu karang.

Tiga hari di wad, arwah mula menunjukkan kesihatannya bertambah baik. Walaupun niat ku untuk menjaganya diwad tidak kesampaian akibat lelaki tidak dibenarkan menjaga diwad perempuan, tetapi setiap waktu lawatan aku datang menziarahinya. yang pastinya kakak sulongku menjaga dimalam hari dan kakak Izryn menjaga disiang hari.

Sebenarnya bila diingat2kan kembali, banyak juga perkara2 pelik yang telah berlaku antara kami dan arwah sebulan dua ni. Antara yang masih terbayang didiriku dan isteri ialah, arwah ibu sibuk menyuruh ayahku membeli rumah dan duduk dirumah baru. Aku langsung tak ambil peduli kata2 itu. Walaupun berdetik dihatiku seperti ayat2 itu memerli diriku yang tinggal serumah dengannya. Dalam hari2 terakhirnya dirumah (sebelum dibawa ke hospital)  aku menemankan ayahku untuk bersama ibu setiap malam hingga ke pagi. Ketika itu selepas hujan tiba2 ibu memanggilku dan menyatakan yang dia ada nampak budak berkepala botak bertenggek diatas peti sejuk. Bila kupandang tempat tersebut tiada apa2 tetapi secara automatiknya meremang bulu tengkokku. Bayangkanlah ayat itu terpancul ketika jam 4 pagi.

Kami tidak menyalahkan pihak hospital kerana gagal menyelamatkan ibu kami. Sebenarnya ada penyakit arwah yang gagal dikesan oleh pihak hospital. Apa yang mereka katakan, penyakitnya sudah terlalu lama dan susah untuk dipastikan. Apa yang pasti disaat nazaknya lebih kurang jam 4 pagi, kakak sulongku segera mengejutkan jururawat yang bertugas. Arwah ibu telah mula mengeluarkan darah dari duburnya. Mungkin usus perutnya sudah pecah akibat ketumbuhan yang sudah lama sebati didalam perutnya. Berbagai rawatan kecemasan dilakukan, tetapi doktor gagal menyelamatkannya. Akhirnya ibuku menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 05:55 pagi. "SEPSIS WITH UPPER GASTRO INTESTINAL BLEEDING" itulah sebab kematian ibu yang dinyatakan oleh doktor.

Setelah mayatnya dibawa pulang kerumah, sedikit masa pun tidakku lepaskan untuk menatapi jasadnya di akhir2 waktu. Ketika dimandikan, aku membantu mana yang termampu. Ketika dikafankan aku memercikkan minyak Attar ketubuhnya. Kemudian kucium wajah arwah ibuku bertalu2 diiringi deraian airmata. Sewaktu dipusara pula, aku juga yang membuka ikatan kafannya. Sempat juga kutatapi wajah arwah ibuku buat kali terakhir. Kami adik beradik lelaki kebumikan ibu dengan harapan itulah jasa2 kami bagi membalas semua pengorbanan ibu.

Selesai dikebumikan, sayup kedengaran talkin dibacakan. Sebak hatiku dan sungguh memberi keinsafan kepada diriku. Kini sewaktu entri ini ditulis sudah dua malam arwah ibuku pergi. Dua malam juga aku melayari internet disisi katil ibuku. Kosong dan sunyi kurasakan walaupun ketika ini adik beradikku masih lagi berkumpul dirumahku sehingga habis majlis tahlil 5 hari. Bagaimana pula keadaannya selepas mereka semua pulang kerumah masing2 nanti. Adakah aku akan terus menangis kesedihan apabila melihat katil ibu kekosongan. Ohhhh. tidak. Tak elok begitukan. Aku harap aku dapat kuatkan semangat untuk menempuh kehidupan baru tanpa ibu disisi. Semoga ibu dijauhkan dari siksaan kubur dan juga siksaan akhirat. Akan sentiasa kuhadiah AlFatihah, Yassin dan tahlil atau apa saja selagi aku mampu untuk menjauhkan siksaan darinya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah ibuku " Munah Binti Othman". AlFatihah...

Antara entri keluarga SG:
Abangku " Koding K.N" - Ke Makam Bonda ~ Usman Awang
Kakakku "Izryn's" - Andai itu adalah Aidilfitri yang terakhir...


p/s : Dalam tahun ini sahaja SG telah kehilangan kedua2 orang ibu. Ibu mertuaku pada 09/07/2011 dan ibu SG pula 09/11/2011. Tarikh dan tahun yang sama hanya bulan sahaja yang lain.

Kini barulah SG tahu mengapa ayah tidak membenarkan ibu ke hospital. Rupanya Ayah mahu sentiasa disisi ibu hingga ke nafas terakhirnya. Malangnya ayah tidak sempat berada disisi ibu sewaktu nazaknya dan hanya tiba apabila jasad ibu sudah ditutupi kain putih di katil wad. "Maafkan kami 8 beradik yang ingkar arahan mu Ayah...."




Untuk Mu Ibu - Exist
Mp3-Codes.com

Andainya FB wujud di zaman dulu2- macam ni le kot jadinya..

Written By Unknown on Tuesday, November 16, 2010 | 03:55

Kita bertuah kerana dilahirkan di zaman yang serba maju & berdaya saing. Berbagai2 kemudahan & kesenangan yang kita kecapi hari ini. Dipendekkan cerita, apa yang kita mahukan, semuanya dihujung jari sahaja. Tanpa perlu kemana2 dengan duduk diruumah, kita dapat berhubung, berbelanja, membayar bil & sebagainya. Itulah teknologi canggih yang kita alami dizaman ini.

Sekarang ni, tidak cukup dengan telefon, kita boleh sms. Diupgradekan lagi boleh video 3G pula. Kemudian laman sosial pula tumbuh bagaikan cendawan. Dari Facebook (FB), Tagged, MySpace, Friendster & bermacam2 lagi wujud untuk memudahkan kita berkenalan & berhubung sesama teman.Bila kita baca komen2 dalam FB misalnya, kadang membuatkan kita marah, gembira, benci & sebagainya. Dengan menggunakan bahasa2 ringkas tapi padat, pelayan2 laman sosial ini akan terus berhayal menikmati keseronokkan bersosial.

Pernahkah kita terbayang andainya zaman2 selepas baru merdeka, FB ni sudah wujud?. Adakah penulisannya sama seperti sekarang. Mari kita cuba imbas dan bayangkan..... Layan.....


P/S: sekadar untuk suka2 sahaja.
Sumber :http://funny-profiles-story.blogspot.com

Kekuatan dan Kelemahan Diri

Written By Unknown on Sunday, November 7, 2010 | 04:21

Cuba kenal pasti kelebihan dan kekuatan yang ada pada diri kita. Gunakan kelebihan yang kita ketahui pada diri secara maksimum bagi menawan hatinya. Jangan pendam kelebihan yang ada pada diri kita. Dia pasti
menghargainya. Kurangkan kelemahan diri dan sembunyikannya daripada diketahui orang lain.  Unik adalah daya tarikan Setiap manusia itu mempunyai keunikan mereka yang tersendiri. Tidak ada seorang pun antara kita yang mempunyai ciri-ciri dan personaliti yang sama. Pasti ada perbezaan walaupun sedikit. Sebenarnya, keunikan ini yang menarik perhatian dia kepada diri kita.

Contohnya, semasa kita dan rakan-rakan berada bersama dia dalam sebuah majlis dan kita masih belum lagi mengenali dirinya, peluang untuk kita menarik perhatiannya cerah apabila kita mempunyai keunikan tersendiri
seperti sifat kelakar kita yang pasti membuat rakan-rakan kita ketawa.

Kenali kekuatan diri
Penting bagi individu itu mengenali dirinya serta kualiti dan kekuatan yang dimiliki. Ia bagi memastikan dirinya berjaya menghadapi sebarang dugaan hidup serta cabaran mendatang. Kekuatan yang dimiliki adalah
aset penting yang bakal memajukan dirinya dan memberikan ‘kuasa’ pada personalitinya.

Cuba tenangkan diri sekarang ini. Ambil kerusi dan duduk di hadapan cermin bilik. Tanya pada diri, “Apa kekuatan yang aku ada dalam diri sekarang ini?”, “Apa yang menyebabkan orang lain tertarik kepada aku?”, “Aku ini seorang yang sentimental kah?”.

Selepas kita mengenali beberapa kekuatan yang ada pada diri kita, ambil sebatang pen dan catatkan di atas sehelai kertas. Tampal di tempat yang selalu kita lihat. Pastikan tulisan yang ditulis dapat dibaca dengan
jelas. Bacalah setiap hari perkataan yang terdapat pada kertas itu. Semoga kekuatan itu melekat dalam kotak fikiran dan kita menjadi lebih yakin untuk berada di khalayak ramai.

Kenali kelemahan diri
Sekali lagi, duduk di hadapan cermin. Ambil lagi beberapa minit untuk bertanya pada diri kita. “Apa keburukan diri aku sebenarnya?”, “Apa kelemahan diri aku ya?”, “Rasanya kenapa orang tak berapa suka pada aku ha?”. Kemudian tuliskan kelemahan diri kita pada sehelai kertas dan tampal bersebelahan kertas yang ditulis kekuatan yang kita miliki.

Sebagai contoh, jika kita orang yang tidak mempunyai keyakinan diri kerana tidak cantik ataupun kacak, tuliskan maklumat ini di atas kertas itu. Dengan cara ini, kita akan sedar kelemahan diri dan berusaha
memperbaiki kekurangan itu.

Tonjolkan kekuatan diri
Sudahkah kita tersedar daripada lena yang panjang? Sedarkah kita yang kita mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki oleh orang lain? Bukankah kita dapat mengeksploitasi kekuatan yang kita miliki bagi menawan hatinya? Sebenarnya, kadang-kadang kita tidak mengetahui kita memiliki kelebihan itu sehingga diberitahu kita memilikinya.

Contohnya, kita adalah orang yang mudah berbual dengan sesiapa sahaja dan kita tidak menyedari sifat peramah ini adalah kekuatan yang kita miliki. Kita hanya mengetahuinya selepas rakan memberitahu yang kita
sangat peramah. Tidak ramai yang memiliki kemahiran itu. Jadi, gunakan kelebihan yang kita ketahui pada diri dan gunakan secara maksimum bagi mendapatkan hatinya. Tonjolkan kekuatan yang kita miliki.

Kurangkan kelemahan diri
Apabila kita sudah menyedari kelemahan diri, gunakan minda serta akalfikiran bagi menyembunyikannya daripada dapat dihidu oleh orang lain. Cuba kurangkan semua kelemahan yang diketahui ataupun yang baru dikenal pasti pada diri kita. Contohnya, jika kita berasa diri tidak cantik daripada segi fizikal, cuba cari kecantikan dari dalam diri kita seperti kecantikan personaliti yang tidak dimiliki oleh orang lain.

Kita perlu ingat, orang yang rasa dirinya hodoh sukar mendapat pasangan. Ini kerana, mereka langsung tidak mempunyai keyakinan diri sendiri apatah lagi keyakinan pada pasangannya. Jalan terbaik adalah cuba cari kecantikan yang ada dalam diri dan hati sanubari dan kita mesti membentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan kita.

Memaksimumkan pengetahuan
Untuk jadi lebih menawan, kita perlu belajar cara membina perhubungan dan cara mengekalkannya di samping cara memikat bakal pasangan. Kita juga perlu terus belajar, memperbaiki perangai dan peribadi, membaiki kemahiran komunikasi, memurnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik. Perlu ingat bahawa wanita mudah tertawan kepada lelaki yang bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

Bagi perempuan yang sedang memikat pasangannya, mereka perlu mempamerkan sifat kewanitaan di samping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing dan aktiviti-aktiviti lain. Selain itu, kita perlu mencari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita. Ini kerana ramai pasangan sengsara apabila kekasih terlalu cantik ataupun terlalu kacak. Istilah yang sesuai adalah sekufu. Oleh itu, carilah yang sekufu dengan kita.

P/s: Mengetahui kelemahan sendiri adalah lebih baik dari orang lain yang memberitahu kepada kita. Ini kerana perasan syak wasangka seperti diperlekehkan akan menjadi punca persahabatan& persaudaraan  terlerai.

21 pedoman untuk wanita.

Written By Unknown on Saturday, October 23, 2010 | 22:59

21 kesempurnaan wanita yang anda harus ketahui. Mudah2an memberi manfaat.

1. Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda
Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari *Terimalah lelaki sebagai sediakala*. Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.

2. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda
Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

3. Berubah Untuk Menikmati Perubahan 
Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

4. Sanggup Memberi Untuk Menerima
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.

5. Percaya Untuk Dipercayai
Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

6. Menangkan Lelaki Untuk Menang
Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki., kerana dalam kehidupan suami isteri, sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.

7. Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif
Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat sedemikian, walaubagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.

8. Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab
Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya. Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.

9. Kritikan Akan Membuahkan Kritikan
Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki., menjejaskan rasa kepentingan dirinya, dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.

10. Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu
Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh manusia iaitu (1) Kehendak Seks dan (2) Kehendak untuk menjadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

11. Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki
Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.

12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar
Anda tidak perlu membayar apa-apa utnuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.

13. Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja
Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

14. Hormati Dia Sebagai Lelaki
Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.

15. Dengarlah Dengan Baik
Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.

16. Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki
Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.

17. Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda
Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik seikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.

18. Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya
Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.

19. Elakkan Pergaduhan
Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.

20. Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah
Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk. Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.

21. Hidup Bukan Hanya Di Dunia
Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan. Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya

Luahan hati seorang Boyfriend..

Written By Unknown on Thursday, October 14, 2010 | 20:33

Hari tu ayang tanya tang mane kite sayang kat ayang.
Time tu kite tak dapat nak jawab. Semalam ayang merajuk ngan kite,
Kite dah penat nak layan. Ayang call kat kite kite malas nak jawab.
Tang mane erk kite sayang kat ayang? Semalaman kite duk pk soalan
tu. Pernah ke? Maybe tak sedalam cinta Titanic atau Taj Mahal. 
Sayang kite kat ayang sangatla kerdil. Sebab tu la ayang selalu merajuk erk? 
Tak tahula, setahu kite:
  • Sebelum kite kenal kat ayang, setiap sem kite dapat Anugerah Dekan. Bile dah kenal ngan ayang, setiap sem kite repeat paper. Sebelum kenal ngan ayang kite belajar pakai duit biasiswa, lepas kenal ngan ayang, keluar makan lagi nak mintak duit ngan emak kite.
  • Kalau ade 1 buah epal, kite bagi je kat ayang. Kalau ade 2 buah epal, kita bagi yang besar kat ayang.
  • Kalau kite makan ikan, ayang makan tang badan ikan tu, kite pula makan tang kepala ikan tu je.
  • Ayang ni tak la cun sangat, tapi kite tak pernah kutuk ayang tak cun. Tapi kite yang hensem ni ayang lagi nak kutuk ngan member depan kite, kata kite tak hensem langsung. Eera Fazira berlalu depan mata, kite diam je. Takut kalau puji kang ayang marah. Mat Indon duk depan Sogo ayang gi ngorat time kite gi tandas. Siap mintak nombor tepon depan kite lagi.
  • Kalau keluar ngan ayang, ayang slambe nak makan Starbucks, kite tipu kite dah kenyang, padahal bile dah sampai kat umah kite makan mee maggi.
  • Sebelum kenal ngan ayang., kite tak pernah ade girlfriend. Selepas ayang kenal ngan kite, genaplah koleksi ayang ada 20 boyfriend kesemuanya. Kite tak pernah marah ayang plagirl, dah tu ayang kata kite cam sami buddha.
  • Kalau ayang rasa nak cium kite, ayang cium terus tak pernah tanya pun. Tapi bile kite rasa nak cium ayang, lepas tanye lagi nak kene reject.
  • Ayang selalu pukul dada kite, tampar muka kite, cubit peha kite, kite tak pernah tengking sekali pun, apatah lagi nak cubit, nak tampar, nak pukul?
  • Pernah ayang tanya kalau ayang jatuh cinta ngan laki lain, kite nak buat ape. Kite kate kite nak bunuh laki tu. Tapi bile kite tanya kalau kite jatuh cinta kat pompuan lain, ayang nak buat ape, ayang kata nak bunuh kite, emak kite, ayah kite ngan nenek kite.
  • Kite beli mask Clinique ngan ayang harga RM300 kite kate harga RM30. Ayang beli jam tangan kat kite harga RM30 ayang kate harga RM300.
  • Setiap kali berjumpe kite bagi hadiah kat ayang, tapi setiap tahun birthday kite ayang kate dah lupe.
  • Aritu ayang peluk kite kate nak sangat romen ngan kite, kite kata tak boleh, dosa. Ayang kate kite tak sayang ayang. Pastu semalam ayang pakse kite romen ngan kite. Kalau tak ayang nak break ngan kite. Ok pukul 2 pagi kite sanggup bawak motor sampai Jalan Pahang nak beli kondom. Ayang kate saje je nak test kite, pastu marah kite keji. Kite diam je duk tepi akuarium… tengok ikan emas tengah romen.
  • Kite rosakkan headphone walkmen ayang, kite ganti satu discman baru. Ayang rosakkan kerete kite, ayang buat derk je.
  • Sekali ayang demam, kite kene diet 2kg nak jaga ayang. Sekali kite demam, ayang tambah berat 2kg sebab abiskan makanan kite.
  • Kite tak pernah kata ayang pendek, ayang marah kite tinggi sangat, member ayang ketawakan ayang.
  • Ayang datang umah kite, kite tido sofa, kite datang umah ayang, kite gak yang tido kat sofa.
  • Mak kite belikan rantai Tiffany ngan ayang. Mak ayang tak pernah ajak kite makan kat umah ayang walau sekalipun.
  • Kucing umah kite bersalin, kite bagi anak kucing yang paling cute kat ayang, 2 hari je ayang bela, kucing tu dah mati. Ayang tak kate pa pe pun. Ayang bagi ikan emas yang dah dekat mati kat kite, 2 hari kite bela dah mati. Ayang kata nak bunuh semua anak kucing kite.
  • Ayang kalau nak pakai duit kite, terus ambil takyah bagitau. 30 ke 80 ke seratus ke selagi wallet kite ade duit. Aritu kite nak pinjam 10 ringgit sebab terlupe bawa wallet, ayang kate kite kedekut.
  • Birthday ayang kite tak pernah terlupe. Birthday kite arini ayang tak pernah ingat.


Kesimpulannya :

isk..sedey bace surat chenta nie.. lawak pun ade gak..
moral of da story.. jgn ler couple dgn org yg 
tak reti menghargai kite..
 

Seronoknya hari merdeka kalau...

Written By Unknown on Tuesday, August 31, 2010 | 12:22

31 Ogos datang lagi…

Hari yang sepatutnya dihargai dan dikenang oleh segenap rakyat Malaysia selagi hayat dikandung badan. Hari yang mencatat sejarah kegemilangan negara kita yang diberi nama, Malaysia. Aku masih ingat lagi beberapa tahun yang lalu, pada waktu kita diperkenalkan dengan bendera kecil yang dilekatkan pada kederaan. Pada waktu itu, aku rasa hari kemerdekaan itu umpama hari yang begitu gemilang sekali. Hampir semua kenderaan ditempelkan dengan Jalur Gemilang, bahkan basikal juga tidak ketinggalan menjadi mangsa keadaan.

Tetapi hari ini… sunyi, sepi dan tiada ‘aura’ merdeka. Aku tak jumpa walau satu kenderaaan pun yang bermegah dengan Jalur Gemilang padanya, kenapa?  Aku tidak tahu jawapannya…Namun begitu, bagi diri aku… Hari Kemerdekaan akan lebih seronok kalau…

  • Orang Melayu masih pandai menjaga tanah tumpah darahnya. Masih pandai menjaga tanah tinggalan datuk neneknya. Bukan hanya pandai menjual tanah tinggalan moyangnya. Kalau dulu orang Melayu boleh bangga “ini negara aku” sebab masih punya tanah untuk dibanggakan… kini… mana tanah tu?
  • Orang Melayu berupaya memerintah dengan kehebatan Melayunya. Bersatu dan berupaya berbincang dengan rasa ‘kekitaan’. Tapi kini… korang ikut group melayu yang mana?
  •  Orang Melayu bangga dengan bahasanya. Semua orang berkomunikasi dengan bahasanya. Menulis dengan bahasanya. Papan tanda dengan bahasanya. Tetapi kini… dimana bahasa Melayu? Sedang dipinggir dinegaranya sendiri, oleh orangnya sendiri. Malu dituturkan oleh penggunanya sendiri.
  •  Orang Melayu bijak berekonomi dan saling membantu membangunkan ekonomi bangsanya. Apa yang ada? Adalah sekerat dua yang boleh dibanggakan, namun mereka itupun lebih mementingkan periuk nasi sendiri. Biar jiran tak makan nasi asalkan ‘aku’ dapat makan KFC. Tiada semangat membangunkan Melayu, yang ada sekadar bergambar dengan cek besar untuk menjadi kebanggaan dan tontonan. Hendak berniaga tiada modal katanya… tapi boleh tertipu dengan skim cepat kaya berpukal-pukal banyaknya.
  • Malaysia lebih dikenali kerana orang Melayu. Aku perhatikan, orang luar menyangka Malaysia ini bukan orang Melayu majoritinya. Kenapa? Sebab yang membawa Malaysia bukan orang Melayu. Orang datang melawat.. bukan Melayu yang menjadi jurupandu, orang bincang tentang ekonomi… bukan Melayu tampuknya, orang merasa makanannya… bukan Melayu yang memperkenalkannya, orang bertanya tentang sejarahnya… bukan Melayu yang arif tentangnya.. jadi dimana Melayu? Kalau tak percaya.. tonton Astro.
  • Orang Melayu berpegang pada agama Islamnya. Malu…malu… siapa yang ramai buang bayi? Siapa yang ramai berseluar ketat dan berbaju singkat? Siapa yang tidak tahu aurat itu apa? Siapa yang tidak tahu.. menutup aurat itu wajib tanpa mengira siapa ‘aku’?  Si Melayu ketawa berdekah-dekah meminum arak.. sikafir ketawa berdekah-dekah dan berkata “tengok itu Melayu.. kasi wang sikit , Islam pun dia lupa.”
  • Ada banyak lagi…

Kalau lah semua itu hanya mimpi… tentu Merdeka lebih indah lagi….

p/s : …Entri ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa samada yang hidup atau telah meninggal dunia dan ia tidak bertujuan untuk mempengaruhi mana-mana pihak…

Artikel dicetak dari : oolat.com

~"Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke -53"~
..Sale_ehs Gerrard  

Aku bukan Secretary Dapur

Written By Unknown on Sunday, July 18, 2010 | 18:06

Jemput makan semua!, aaa..Wak Dollah, silakan naikjemput makan"

"Timahh!..ooii Timah, tambah lauk, nasi tu ke depan, tetamu dah ramai sampai nii..".

Pak Seman kelihatan begitu sibuk melayan tetamu yang hadir di majlis kenduri kesyukuran yang dibuat sempena meraikan anak peremepuan tunggalnya yang mendapat tawaran kerja di Kuala Lumpur.

"Amboi-amboi pak Seman!.. gembira sakan nampak, macam nak sambut bini muda je..". Jenin jiran sekampung cuba mengusik pak Seman. "Ish!!.. jangan cakap kuat-kuat nanti tak fasal-fasal piyok naik kat kepala aku nii..." Pak Seman bercakap perlahan tanda warning kepada Jenin.

" Kenduri apa ni pak Seman? Meriah sungguh, saya dengar tumbang lembu sekor, betul ke?".

"Betul tu Jenin. Anak dara aku si Fara tu, dapat keje kat Kuala Lumpur. Bapak mana yang tak bangga anak dapat keje bagus jadi "steseneri". Pak Seman tersenyum bangga.

Bukan steseneri, secretary!! apee..la pak Seman ni, sebut pun tak betul!".

"Ye ke?, ah, tak kisah lah apa sebutanya, yang penting dia dah dapat keje. Baru senang hati aku. Kau tau? Mata aku ni dah naik kematu nak tengok si Fara tu keje. Risau aku nengokkan, ke hulu ke hilir tak tentu arah, keje ntah kemana abuk pun takde!!. Sekarang, baru lega hati aku tak perlu lagi nak pening-pening kepala mikirkan dia".

Kelibat Pak Seman yang mundar-mandir ke sana ke mari, sekejap ke depan sekejap ke belakang telah menarik perhatian Fara. " Hai, suka bebenor bapak aku ni, macam dia pulak yang nak pegi keje kat Kolumpo tu. Tersengih sana tersengih sini,..ish ish ish!!..excited sungguh!!". Hati Fara tergelak sendiri melihat keterujaan bapak mithallinya itu. Memorinya tiba-tiba membuat fleshback... mengingati semula kejutan bahagia yang diterimanya dua minggu lepas. Pada petang yang sepoi-sepoi bahasa itu. Khalida jiran sekampungnya datang berlari-lari ke arahnya dengan senyuman yang meleret-leret sambil mengibar-ngibarkan kertas putih di tangan. "Engkau ni kenapa, tersengih-tersengih macam kerang rebus je, ape hal? " Aaa...kali ni aku plak nak tanya kau...cuba kau teka kertas apa yang aku bawa ni, cepat laa..teka ape dia?"

"Ish malas lah aku nak main teka teki ni, buang karan je".

"Ok, kalau kau taknak teka takpe...tapii kau jangan nyesal kalau aku buang je kertas azimat kau ni". Khalida mengipas-ngipas kertas tersebut ke muka Fara dengan lagak eksyen. "ahh.. lantak la, kertas tu bukan ada kena mengena dengan aku pun!. Entah-entah surat cinta dari haji Mail orang tua gatal tu tak? Eeii.. kalau surat dari dia, takyah bagi pun takpe. Lebih baik kau bagi kambing aku makan, lagi bagus" Fara terkekeh-kekeh ketawa gelihati.. "Betul kau taknak tengok ni..ok aku bakar je kertas ni k?" Khalida membuat muka poyo dan berpura-pura cuba mengoyak kertas tersebut.

"Eh..nanti dulu, bak sini aku tengok. Kenapa mesti koyak, nanti kang melalak pulak orang tua miang tu, sapa nak jawab? Aakuu.. jugak".

Fara membuka kertas yang dicapai dari tangan Khalida dan terus membaca tulisan yang tertera..TAHNIAH! , ANDA TELAH BERJAYA MENJAWAT JAWATAN SETIAUSAHA DI SYARIKAT KAMI, SILA LAPUR DIRI DENGAN KADAR SEGERA. Fara bertempik gembira dan memeluk Khalida yang membawa berita baik untuknya. Kehidupan yang baik, kini menunggu Fara di sana.

Hari yang ditunggu-tunggu untuk berangkat ke Kuala Lumpur telah tiba. "Fara, ingat pesan mak, jaga diri baik-baik di tempat orang. Jangan keluar malam tak tentu arah dan jangan kawan dengan budak-budak yang tak baik" Mak Timah menangis tersedu-sedu kerana sekali lagi dia terpaka berpisah dengan puteri kesayangan itu.cry

"Mak, ayah! toksah le sedih-sedih sangat. Fara kan cuma nak pegi keje bukanya nak pegi Mekah, dah la jangan nangis lagi k" Fara memeluk sayu kedua ibubapa yang kelihatan begitu sedih sekali. "Nanti kalau dah keje di sana tu, harap-harap cepat le bawakan mak menantu ye?" mak Timah tersenyum kambing sambil matanya melirik ke arah pak Seman di sebelah mohon sokongan. "aaa..betul cakap mak kau tu, bawa balik menantu untuk kami yeak?" "Ewah ewah! ..ke situ pulak. Tadi bukan main lagi sedih. Fara nak pegi keje la mak, ayah! bukan nak masuk pertandingan cari menantu". Mak Timah dan Pak Seman ikut tergelak dan gelihati.

"Itu pun bas kau dah sampai, jom lekas naik!". Bas Transnasional terus meluncur pergi...pergi ke destinasi yang dituju.

Fara meninjau-ninjau rumah kedai dua tingkat di tepi jalan besar itu. Matanya liar melilau kiri kanan, namun tiada satu pun kelibat manusia yang kelihatan. Fara membelek-belek alamat yang tertera di tangan. "Betul ke alamat yang diberi ni? Jangan-jangan aku dah salah tempat kot? Tapi..tak mungkin salah alamat, ya! tak syak lagi, memang ini tempatnya. Tapi...kenapa hodoh sangat? Ada taik burung pulak tu, takkan tempat macam ni aku nak keje? Di saat Fara berperang dengan persoalan sendiri, tiba-tiba muncul perempuan gemuk dari rumah kedai tersebut. Setelah memperkenalkan diri, Fara dipelawa masuk.

"Apa, orang gaji!?, tidak!!."

"Kenapa saya mesti jadi orang gaji??!, setahu saya, saya tak mintak keje ni. Saya ditawar jawatan secretary!.. !!" Fara menghempaskan beg pakaian ke lantai. Dia merasa tertipu dan marah dengan sesuatu yang sama sekali tidak disangka-sangka itu. "Kau tak payah nak membebel yang bukan-bukan, kalau nak kau boleh terima keje ni dan kalau tak setuju, terpulang!. Apa yang hina sangat jadi orang gaji ni hah? Kau ditugaskan sebagai orang gaji merangkap jururawat kepada perempuan lumpuh yang bakal menjadi majikan kau nanti." "Alaa, apa bezanya jadi orang gaji cuci jamban dengan orang gaji yang kena jaga orang sakit? Kalau dah namanya orang gaji, sama aje...low! classs!!!!".

"Dah!.. kau tak payah nak pikir-pikir dan merapu tak tentu fasal. Kalau setuju kau boleh ikut aku dan kalau tidak kau boleh blaahh!. Tapi..kau kena ingat zaman sekarang bukan senang nak dapat kerja yang bagus-bagus. Graduate yang menagih kerja macam kau ni bersepah-sepah di tepi jalan. Lagipun buat apa aku nak perabis ribuan ringgit semata-mata nak bayar permit kerja pendatang asing, lebih baik aku ambik orang tempatan macam kau yang berlonggok-longgok kat luar sana tu yang nak keje. Kalau kau taknak aku akan tawarkan pada orang lain yang berderet menunggu dalam senarai waiting list aku tu".

Panahan kata-kata dari puan Rohani, pemilik pusat pengambilan pekerja-pekerja asing itu telah memukau minat Fara. Hatinya tiba-tiba tergoda dengan pujuk rayu perempuan sebaya ibunya itu. " Betul jugak cakap pompuan ni, kalau aku tolak keje ni, dekat mana pulak aku nak tidur malam ni? Lagipun aku bukanya ada sedara mara kat sini. Macamana aku nak sara hidup di kota besar Kuala Lumpur kalau aku sendiri belum dapat kerja yang setimpal dengan segulung ijazah yang aku dapat?. Nak balik kampung??..oh tidak!! tak sanggup sama sekali, mana aku nak letak muka yang cantik ni? Mesti kami sekeluarga akan ditertawakan oleh orang kampung. Tak berbaloi rasanya lembu ayah tumbang sekor semata-mata nak meraikan anak daranya yang cuma jadi "bibik" di Kuala Lumpur." Ish...tak sangup..tak sanggup!!.." Hati Fara berkata-kata sendiri, hatinya menjadi kecut memikirkan nasib malang yang bakal menimpa sekiranya dia menolak peluang kerja yang ditawarkan itu.

"Baiklah, saya terima keje ni tapi dengan satu syarat saya akan tinggalkan semuanya kalau dah dapat keje yang sesuai dengan kelayakan yang saya ada". Fara membuat janji dengan penuh yakin.

Hari ini genap dua minggu Fara berkhidmat sebagai orang gaji kepada pasangan suami isteri muda yang kaya raya dan berpangkat. Tuan Irman dan puan Leya, itulah nama majikan Fara. Banglo mewah itu cuma dihuni oleh pasangan suami isteri itu sahaja. Tuan Irman seorang ahli perniagaan yang berjaya dan disegani ramai. Manakala isterinya seorang OKU yang telah bertahun-tahun meneruskan riwayat hidup di atas kerusi roda akibat dari kemalangan ngeri yang menimpanya hampir empat tahun yang lalu. Kemalangan tersebut bukan saja meragut nyawa bayi yang dikandung bahkan telah memberi kecacatan kekal kepada puan Leya. Dia disahkan tidak boleh hamil lagi dan kakinya menjadi lumpuh untuk seumur hidup. Sejak itu, kemurungan telah menjadi teman setia kepad puan Leya. Semangat hidupnya ikut lumpuh, kaku dan membeku. Pun begitu dia mempunyai seorang suami yang penyayang yang tidak pernah jemu merawat dan mengubat luka di hati puan Leya.

"Hello, assalamualaikum, mak!, Fara ni" Kerinduan yang ditahan semenjak dua minggu itu kini tidak terbendung lagi. Fara membuat panggilan ke kampung menerusi telefon bimbit yang dibuka talian cuma diwaktu malam sahaja. " Ibuu, Fara indu bangat dekat ibu"!, ibu apa kabar, sihat enggakk?"

"Eh kenapa pulak suara indon yang aku dengar ni, salah masuk line ke" Puan Timah mengomel-ngomel sendirian dihujung talian. "alamak!, yang aku pegi cakap indon dengan mak aku sendiri ni apekehel? Ini mesti sebab badi cakap indon yang aku dok pakai selama dua minggu ni. Kes kena menyamar jadi orang gaji indon, sampai lidah pun dah tersasul cakap indon." Fara terenyum gelihati dengan insiden yang terjadi.

"Bu..bukan macam tu mak, sebenarnya Fara kat office ni, tadi tengah sembang dengan tukang cuci indon, jadi..Fara pun terikut-ikut cakap dia" Fara terpaksa berbohong. Bohong sunat, bimbang juga kalau-kalau rahsia yang sepatutnya dirahsiakan itu pecah sebelum waktunya.

"Macamana dengan kerja, ok kah? Seronok ke kerja sana?

"Emm...ok..seronok. ..hu hu huuu..." Tiba-tiba, suara Fara yang tadinya ceria kini kedengaran sayu dan hiba pula. Esak tangis juga mula berkumandang di talian.

"Fara..Faraa. .kenapa dengan kau nak!, kau nangis ke?"

"Tak.. takde apa, Fara cuma rindukan mak dan ayah je. Nangis rindu, mak jangan lah risau, Fara okay. Fara letak talifon dulu ye, lain kali kita sambung lagi. Kirim salam rindu kat ayah".

Sedar tak sedar sudah hampir dua bulan Fara menjadi pembantu rumah di banglo mewah itu. Semua kerja-kerja rumah diuruskan dengan jayanya dan dia memang cemerlang sebagai orang gaji yang bertauliah. Segala makan pakai dan keperluan tuan Irman diuruskan dengan baik dari A sampai Z. Layanan yang diberikan kepada tuan Irman tak ubah seperti layanan seorang isteri kepada seorang suami. Walaupun Fara pernah bergelar pelajar sekolah dan universiti, tetapi dia tidak pernah kekok di dapur dan masakannya sering mendapat pujian dari teman-teman sekuliah. Begitu juga layanan untuk puan Leya, puan Leya dijaga dan ditatang dengan penuh kasih sayang seperti bayi kecil. Entah kenapa, hatinya merasa sayang dan kasihan terhadap puan Leya. Banyak kata-kata semangat dan dorongan diberikan setiap kali Fara menyikat dan membelai rambut puan Leya. Hubungan mereka berdua telah menjadi akrab dan tak ubah seperti pasangan adik beradik. Kalau dulu dia merasa kurang senang dengan kerja yang dipilih, namun kini dia semakin menyukai dan telah jatuh cinta dengan profesionnya itu.

"silakan makan pak, sarapan udah siap".

"Puan dah sarapan?" Irman bertanya sambil menjijing briefcase ke meja makan.

"Belum lagi pak, katanya nggakk mau sarapan dulu, ibu masih di kamar".

"Suti, esok aku kena pegi Johor selama seminggu, outstation. Petang nanti kau dah boleh kemas semua pakaian aku yang nak dibawa ke sana"

"Baik pak".

"Sepanjang ketiadaan aku nanti, pandai-pandai la kau jaga puan. Pastikan dia makan ubat mengikut waktu yang ditetapkan."

Fara mengangguk perlahan.

Ketika Irman sedang enak menjamu sarapan pagi, tiba-tiba dejay radio THR memutarkan lagu yang menjadi kegemaran ramai. Mungkinkah lagu nyanyian Sheila Abdul telah membuai perasaan Irman dan Fara. Seolah-olah lagu itu mewakili kata hati mereka ketika ini.

Seperti ada yang tak kena...

Di Saat melihat ke arahmu..

Saat kau berpaling dan tersenyum

Dunia jadi luar biasa...

Maafkan andainya ku menganggu..

Ku bukan membaca fikiranmu...

Ku hanya ingin mengenalimu. ..

Dan tahu ku menyukai kamu...

Mungkinkah ku teman biasa...

Seawalnya kita berjumpa...

Mungkinkah kau tidak merasaPerbezaanya. .

Mungkin bila tiba saatnya

Kita tetap bersama

Mungkin kita kan jatuh cinta

Mungkinkah.. ..


Irman mengerling dengan ekor mata kearah Fara yang pura-pura menyibukan diri di tepi sinki.

"Lawa jugak pompuan ni, rajin, pandai masak pulak tu. Tapi sayang, minah indon, takde class!. Alangkah indahnya kalau dia" Irman mula memasang angan-angan dan angau. "Tidak! tak mungkin, dia pompuan indon. Aku takkan sekali-kali jatuh cinta dengan minah Indon, lagipun aku dah ada Leya. Leya...cinta pertama dan mungkin yang terakhir untuk aku". Irman cuba menafikan kata hatinya yang telah mula cambah dengan bunga-bunga cinta terhadap Fara. Itu kata hati Irman, manakala Fara pula, hati di dalam telah lama tumbuh rasa sayang dan berkenan terhadap Irman semenjak kali pertama mereka bertentangan mata. Dalam diam hatinya telah dicuri oleh suami muda itu. Wajah Irman yang kacak dan tampan telah membuat Fara jadi gila bayang dan setiap malam dia menjadi seperti pungguk yang rindukan bulan. Wajah kacak Irman mirip seperti RJ , nama salah seorang penyanyi kumpulan Paragon Child dalam rancangan realiti TV yang pernah menjadi kegilaan ramai sedikit masa dulu. Seperti juga Irman, Fara juga cuba menolak perasaan aneh itu dari hatinya agar jangan dekat dan melekat. Dia tidak ingin menjadi pengkianat dalam rumahtangga orang.

Daun pintu dikuak perlahan, bayang tubuh Leya mematung di depan pintu bilik bacaan. Dia merasa bosan tinggal sendirian di rumah. Irman masih di pejabat dan Suti juga belum balik dari pasar. Sudah hampir 4 tahun dia tidak menjejakkan kaki ke bilik itu. Hari ini semangatnya seakan pulih semula dan dia ingin kembali menjadi pengujung setia bilik itu seperti yang dia pernah buat dulu. Kerusi roda yang dinaiki ditolak lembut dan sedikit demi sedikit dia menapak ke dalam. Matanya tiba-tiba melihat satu objek hitam yang berupa buku di celah kerusi yang diletakkan berdepan dengan meja komputer. Dia menunduk dan tanganya pantas mencapai buku itu.

"Siapa punya diari ni, kenapa benda ni ada kat sini? Leya membelek-belek diari tersebut dan membuka helaianya perlahan-lahan. Matanya terpaku pada sekeping foto yang diselitkan di dalam diari itu.

"Ini gambar Suti.., tapii kenapa dia berpakaian jubah universiti dan kelihatan sedang memegang segulung ijazah. Siapa dia ni sebenarnya?" Leya merasa hairan dan tidak percaya dengan apa yang dilihat. Gambar Fara direnung tajam dan perasaan ingin tahunya kian kuat bermain-main difikiran. Dia membaca pula coretan yang tertulis di belakang gambar, dadanya mula berdegup kencang.


" Konvokesyen tahun 2005 UITM Shah Alam"

Fara Mia Bt Oseman

Kejutan yang baru dilihat itu telah membuat naluri Leya menjadi semakin obses dan ingin tahu lebih lanjut kandungan diari tersebut. Helaian diari hitam itu dibelek satu persatu dan bait ayat yang terkandung dibaca penuh hati-hati.

Dari kampung aku datang sebagai secretary. Sampai bandar, bulan sudah jadi gelap. Aku kini memangku tugas baru, masih tetap secretary, tapi hanya secretary dapur. Agent penipu telah menyambar aku dan kini tipah sudah tertipu

rasa sayang pada kerjaya orang gaji sudah mula tumbuh. Layanan dari majikan cukup baik dan memuaskan. Aku tidak dianggap seperti orang gaji tetapi dihormati seperti saudara kandung mereka sendiri...

Leya membaca isi kandungan diari tanpa restu pemilik. Rasa bersalah kerana menceroboh hak peribadi orang sedikit sebanyak telah mengetuk pintu hatinya. Dia terus membaca, lagi dan lagi....

Aku tidak boleh terus begini. Sebelum hatiku terlanjur mencintai suami orang, lebih baik aku pergi....pergi jauh dari hidup mereka yang sudah bertahun-tahun menganyam bahagia dalam rumahtangga. Aku tidak ingin menjadi pengkianat cinta pada kaum sejenisku sendiri. Aku mesti mencari cinta lain... dan...aku tidak ingin terbakar dalam kepanasan cinta dari suami orang....

Tiba-tiba pandangan Leya menjadi kelam, jantungnya berdegup kencang. Coretan yang yang entah keberapa itu dibacanya berulangkali. Panahan kata-kata dan ayat-ayat yang terkandung di situ seakan mengoncang tangkai hatinya. Sungguh dia tidak menyangka di dalam diari itu ada rahsia yang begitu besar yang cuba disembunyikan oleh Suti atau nama sebenarnya FARA MIA BT OSEMAN. Petang itu Leya menangis semahu-mahunya. Seribu penyesalan dan kemarahan berkumpul menjadi satu. Sikap dingin dan murungnya yang bertahun-tahun telah membuat dia kehilangan seorang lagi insan yang sangat disayangi itu. Layanan dan kemesraan yang sepatutnya diberikan kepada hati Irman yang kosong telah diberjaya diisi oleh perempuan lain. Irman bukan malaikat, dia juga punya perasaan untuk dibelai dan membelai. Semenjak Leya jatuh sakit, layanan zahir dan batin terhadap Irman juga seringkali diabaikan. Ketandusan kasih sayang dari seorang isteri seperti Leya lah, yang menjadi penyebab kepada hati Irman yang mungkin juga sudah beralih arah kepada Suti. Baru kini dia perasan tentang perubahan sikap ceria yang terpamir di wajah Irman setiapkali pulang ke rumah. Irman juga sudah pandai tersenyum dan bergelak tawa. Sesungguhnya sikap itu sudah lama tiada dalam rumahtangga mereka sehinggalah hadirnya Suti di rumah ini. Perlukah Leya menyesal, kerana penyesalan yang sudah agak lewat sebenarnya sudah tidak berguna lagi.

Selama enam bulan bekerja di rumah agam itu, secara tak langsung Fara telah menemui satu permainan baru. Permainan yang sedikit sebanyak memberi hiburan dan mengubat rasa rindu di hatinya terhadap bidang kerjaya yang bersangkutan dengan komputer. Ketika mengemas bilik bacaan yang dilengkapi dengan kemudahan asas itu, Fara telah menggunakan kesempatan yang ada dengan melayari internet dan komputer dengan sebaiknya. Dia menyusuri laman web dan cuba mencari peluang kerja yang bersesuaian dengan dirinya. Takkan selamanya dia ingin menjadi orang gaji, sesuatu perubahan mesti dibuat kalau inginkan hidup yang lebih baik. Selepas penat di dapur, Fara melangkah pula ke bilik komputer yang menjadi peneman setia. "Tak mau makan dan tak ingin diganggu", Fara menyebut semula jawapan yang diberi oleh Puan Leya sebentar tadi. "Pelik!, kenapa dengan dia hah? Tadi pagi ok je dengan aku siap borak-borak lagi, sekarang dah mencuka balik. Pulak tu tak mau makan dan tak mau diganggu" Hati Fara tertanya-tanya sendiri dan merasa hairan dengan sikap dingin yang ditunjukkan oleh Puan Leya itu. "Ah, pedulikan lah, mungkin angin meroyan dia datang lagi kot? Lebih baik aku guna komputer ni lagi bagus. Semalam Tuan Irman telah buat meeting kat rumah ni, hari ni aku pulak yang akan tolong buatkan minute meeting untuk dia. Walaupun dia tak tahu dan tak mintak, sekurang kurangnya minute ni nanti akan menjadi koleksi dalam blog penulisanku dan berguna untuk masa-masa akan datang". Jari jemari Fara mula menari-nari di keyboard dengan laju dan makin laju. Tanpa dia sedar rupa-rupanya ada sepasang mata sedang memerhatikanya dari belakang.

"Hoi!, kau buat ape tu..??

"Oppocott... mak engkau...ambik kau..."

Sergahan yang kuat dari tuan Irman telah membuat Fara melatah dan nyaris-nyaris terjatuh dari kerusi.

"Eh tuan dah balik!"

"Tut..tuan.. nak ma makan? Hidangan dah siap nanti saya ambilkan"

Fara bingkas bangun dari kerusi, dengan perasaan yang agak kelam kabut dia cuba membawa diri ke dapur.

"Nanti dulu, kau belum jawap soalan aku tadi, kau buat apa kat bilik komputer ni"?

Langkah Fara jadi terhenti.... kecut perutnya melihat wajah Irman yang menyinga.

"sebenarnya tuan, tadi saya guna komputer kejap. Nak tengok email, eh bukan nak betulkan komputer, ada lipas masuk" Suara Fara dah mula bergetar. Jawapan maut yang diberikan seperti menjerat dirinya sendiri.

"Habis lah kau kali ni Fara, nampaknya bulan sudah gelap sebelum masanya"

"eh, kau cakap apa tadi? Meh sini, mana pegi slang indon kau selama ni? Pandai pulak kau cakap bahasa Melayu ekk? Kali ini tiba giliran Irman pula membuat soalan sinis.

"Alamak, kantoi!.. mati akuu"

"Tengok ni, apa kau tulis dalam komputer ni, minute metting..??"

"Ha ha ha haa......!!! !. Irman terus ketawa berdekah dekah tanpa sedikitpun mempedulikan perasaan Fara yang kelihatan begitu bodoh dan kaku berdiri di sebelah.

Terkebil-kebil mata Fara melihat Tuan Irman yang ketawa sampai pegang-pegang perut.

"Ok lah, saya ngaku saya salah. Saya orang Melayu. Saya letak jawatan sekarang"

Fara memusingkan badan dan terus berlari masuk ke bilik. Dia mengunci pintu dan menangis sekuat-kuat hati di situ. Esok dia akan mengucapkan selamat tinggal kepada Puan Leya dan Tuan Irman. Kerjayanya di sini sudah tamat. Nak ataupun tidak, suka atau pun tak, dia mesti balik ke kampung. Tidak ada apa-apa dan tiada sesiapa lagi di sini yang boleh menjadi tempat untuk dia bergantung hidup. Kebenaran harus dikhabarkan kepada kedua orang tuanya di kampung. Apa yang penting ialah , inilah masa yang sesuai untuk dia melupakan tuan Irman dan pergi jauh dari hidup suami isteri yang sangat baik itu.

Selepas sebulan berlalu, kali ini rumah pak Seman berasap lagi. Kali ini kenduri besar-besaran dibuat lagi sempena meraikan menantu baru yang bakal hadir dalam hidup pak Seman sekeluarga. Menantu yang disebut-sebut tidak lain tidak bukan ialah tuan Irman sendiri. Puan Leya telah menjelaskan duduk perkara sebenar kepada Irman. Fara tidak bersalah sama sekali dalam hal ini malah Puan Leya sendiri yang datang meminang Fara untuk suaminya Irman. Fara adalah calon yang paling sesuai dan layak untuk Irman. Fara bukan saja bergelar seorang isteri tetapi dia juga ditawarkan jawatan Secretary di Syarikat Irman. Kini, Fara memangku dua jawatan sekaligus dan dia tidak bisa menolak. Sesungguhnya, dia bukan Secretary dapur!.

Artikel dicuri dari :  http://www.activebo ard.com

citer sedey - Baju pengantin hijau

Written By Unknown on Monday, July 5, 2010 | 00:52

Kedengaran bunyi kicauan riang sekawan burung yang bertebangan di udara. Disebuah taman kelihatan sepasang kekasih sedang duduk di atas kerusi berhampiran bibir tasik. Mereka sedang berbual sesuatu sambil bergurau senda. "Abang"? Mereka bertentang mata, tiba-tiba Ayu bersuara. "ye sayang. Kenapa?" Hazwan menyahut panggilan Ayu dengan nada suara yang lembut. "Ayu nak buat satu permintaan dengan abang, Ayu harap abang setuju dengan permintaan Ayu ni" riaksi wajah Ayu yang comel itu tiba-tiba berubah menjadi serius. "permintaan? Permintaan apa ni sayang, nampak macam serius je? bagitahu lah abang apa permintaan sayang tu?" Wajah Hazwan nampak kelihatan risau. "Nanti kalau kita kahwin, kalau boleh Ayu nak kita pakai baju pengantin warna hijau, bersanding di atas pelamin warna hijau boleh katakan semua hijau la, abang setuju tak?" Ayu tiba-tiba tersenyum. "La... ingatkan apa tadi, rupa-rupanya itu je permintaan sayang abang ingat sayang nak sebuah rumah banglo berharga 1 Juta tadi. Sayang ni buat abang risau je lah". Hazwan menarik lafa lega setelah mendengar permintaan Ayu sambil tersenyum lega. "Abang belum jawab lagi soalan Ayu tadi". Ayu menarik semula senyuman manisnya, mukanya masam kembali. "Sorry, sorry, abang lupa jangan lah merajuk sayang. Ok, abang tak kisah nak pakai baju warna apa pun, yang penting sekali lepas kita kahwin kita bahagia sehingga ke akhir hayat itu saja". Hazwan menatap wajah Ayu yang kelihatan tersipu-sipu itu, tangan Ayu digemgam erat. Sejurus selepas itu, mereka beredar dari situ.


Dua bulan selepas itu, berlangsunglah majlis akad nikah Ayu dan Hazwan. Majlis diadakan secara sederhana di rumah Ayu. Ayu duduk bersimpuh di atas katil sedang menunggu ketibaan pengantin lelaki. Wajah ayu nampak manis dan berseri pada malam itu, senyuman yang terukir diwajahnya membuktikan bahawa dia merasa amat gembira dan bahagia pada malam itu. Riaksi wajahnya kelihatan tenang dan kelihatan agak tidak sabar menunggu ketibaan pengantin lelaki untuk mendengar lafaz akad nikah yang bakal diucapkan oleh bakal suaminya sebentar lagi. Tiba-tiba "kring... kring... kring.." telefon bimbit Ayu berdering, Ayu segera mencapai telefon bimbitnya yang terletak di atas meja di tepi katil. "Hello". Ayu menjawab panggilan tersebut. "sayang...". Kedengaran suara seorang lelaki, Ayu kenal benar dengan suara itu. "Siapa ni?!" Ayu terkejut apabila mendengar suara memanggilnya sayang. Ayie bersuara lagi, "ni I lah Ayie, takkan U dah lupakan I?". tangan Ayu tiba-tiba meramas baju pengantin yang dipakainya dia terkedu apabila mendengar suara Ayie yang telah sekian lama menghilangkan diri tanpa sebarang khabar berita setelah hubungan mereka tidak direstui oleh ibubapa Ayu. "Ayie?" suara Ayu tiba-tiba menjadi perlahan. Ayie bersuara"Ya sayang I ni, I dah balik sayang, I nak jumpa U, I rindu sangat dekat U" Ayie meluahkan perasaan hatinya kepada Ayu. "apa? U nak jumpa I? Tolong jangan ganggu I lagi, sebentar lagi I... I... I... akan bergelar isteri orang, tolong lah" Ayu tergagap-gagap menerangkan keadaan yang sedang dihadapinya. "Sayang please sayang jangan macam ni, I masih perlukan U please maafkan I, I tahu I yang bersalah tapi please la tolong lah terima I balik. I really need U sayang, please... I tahu U pun masih sayangkan I , Please sayang terima lah I balik, please! Please! I merayu pada U sayang" Ayie merayu pada Ayu supaya Ayu menerimanya kembali, Ayie sengaja mahu mengkhianati Ayu untuk membalas dendam terhadap kedua ibubapa Ayu yang tidak merestui hubungan mereka kerana Ayie telah mengetahui bahawa Ayu akan berkahwin dan mahu menghancurkan rumahtangga Ayu dengan Hazwan. "apa yang U merepek ni? U masih sayangkan I? tapi kenapa dulu U tak berusaha untuk memenangi hati ibubapa I? U rasa berputus asa lepas tu U tinggalkan I macam tu je tanpa sebarang khabar berita, U langsung tak ambil berat pasal I, tapi U masih boleh cakap yang U masih sayangkan I please leave me!" tiba-tiba perasaan serba salah muncul dalam diri Ayu, hatinya masih mempunyai perasaan sayang terhadap Ayie namun Hazwan telah menggantikan perasaan itu setelah dia ditinggalkan. "Sayang please terima lah I kembali, lepas ni I janji I akan memenangi hati orang tua U dan I tak akan tinggalkan U lagi, I bukan sengaja tinggalkan U tapi sebenarnya I pergi jauh untuk mencari apa yang orang tua U mahukan dari I. Percayalah, sekarang I dah dapat apa yang U mahu dan orang tua U mahukan, I dah dapat lebih dari cukup sayang" Ayie berusaha untuk meyakinkan Ayu. "Betul ke apa yang U cakap ni?" Ayu mahukan kepastian dari Ayie. "betul sayang I tak tipu U, apa yang I dapat kalau I tipu U" Ayie masih berusaha untuk meyakinkan Ayu. " Tiba-tiba Ayu mematikan panggilan, hatinya merasa tidak tenang setelah menerima panggilan daripada Ayie, perasaan serba salah meyelinap dalam dirinya, dia buntu dan Ayu masih tidak dapat menyembunyikan perasaan sayangnya pada Ayie yang masih terselit dicelah hatinya. "Ya Allah, tolong lah hambamu yang dalam kebingungan ini tolonglah tunjukkan jalan kepada hambamu ini Ya Allah" hatinya mula berkata-kata sambil berdoa kepada Allah moga dibukakan fikirannya ketika itu.

Tiba-tiba kedengaran pintu biliknya diketuk, perlahan-lahan pintu biliknya dibuka. "Ayu, pengantin lelaki dah sampai mari keluar nak" kehadiran ibunya telah memecahkan kebuntuan fikirannya yang sedang bercelaru itu. "Ayu kenapa ni nak, gementar ye? Ayu tarik nafas panjang-panjang baru lah hilang rasa takut tu, tak ada apa-apa akan berlaku kita doakan majlis ini berlangsung dengan selamat ye, sekejap lagi Ayu akan bergelar isteri orang" ibunya sempat berpesan dan menenangkan Ayu yang kelihatan agak cemas. Fikirannya kembali bercelaru, setelah keluar dari biliknya Ayu ternampak Hazwan yang sedang duduk bersila di atas bantal alas berwarna putih dengan riaksi wajah yang ceria sambil mengadap Tok kadi yang sedang sibuk membelek-belek dokumen perkahwinan mereka. Hazwan tersenyum manis setelah melihat wajah Ayu yang berseri itu, Ayu membalas senyuman Hazwan dalam keadaan terpaksa. Ayu terus melabuhkan punggungnya ke atas bantal alas, kata-kata Ayie tadi masih terngiang-ngiang di telinganya, tiba-tiba dia terbayangkan kenangan silam sewaktu dia menjalinkan hubungan cinta dengan Ayie.
"Baiklah pengantin perempuan sudah bersedia, bagaimana pula dengan pengantin lelaki sudah bersedia?" Tok kadi meminta kepastian daripada Hazwan. "Sudah Tok, saya sudah lama bersedia" Hazwan menjawab pertanyaan Tok kadi dengan nada suara yang penuh keyakinan seolah-olah tidak sabar untuk diijabkabulkan. "Alhamdulillah, baiklah kita mulakan sekarang" Tok kadi dengan segera mencapai tangan pengantin lelaki yang telah lama dihulurkan. "Wahai Mohammad Hazwan Bin Ahmad aku..." ijab tok kadi tiba-tiba terhenti kerana terkejut dengan bantahan Ayu. "Nanti dulu! Nanti dulu!" Ayu bingkas bangun. "Sayang kenapa ni? Ada apa-apa masalah ke?" Hazwan serta para tetamu terkejut dan hairan setelah melihat riaksi Ayu yang nampak gelisah itu. "Maafkan Ayu abang, Ayu tak nak teruskan perkahwinan ini" Ayu tertunduk serba salah. "Sayang kenapa ni? Apa masalah sayang?" Hazwan bingkas bangun menuju ke arah Ayu yang masih tercegat dibelakangnya. "Ayu mintak maaf, Ayu belum bersedia, Ayu masih belum bersedia untuk berumahtangga dan jadi isteri abang" wajah Ayu kelihatan serba salah, tidak terniat di hatinya untuk melukakan hati Hazwan namun dia sedang bingung dan memaksa dirinya untuk berbuat demikian.
"Sayang, kenapa ni? Sayang takut ye, sayang bertenang jangan banyak fikir ok" Hazwan yang tidak mengetahui perkara sebenar cuba untuk menenangkan Ayu. "Abang Ayu tak nak teruskan perkahwinan ini, Ayu mintak maaf" Ayu terus berlari menuju ke biliknya. Hazwan hairan melihat Ayu yang tiba-tiba berubah fikiran sedangkan Ayu sendiri yang mahu mempercepatkan perkahwinan mereka, dia berfikir sejenak dan hatinya tertanya-tanya. Hazwan meminta izin daripada ibu Ayu untuk masuk ke bilik untuk memujuk Ayu. Setelah masuk ke bilik Hazwan bersuara "Sayang, apa yang sebenarnya yang sedang berlaku? Cuba terangkan perkara sebenar kepada abang supaya abang boleh tolong" Hazwan masih mahu mencari kepastian daripada Ayu. "Ayu tak nak Kahwin, Ayu cakap Ayu tak kahwin, Ayu tak nak lah jangan nak paksa-paksa" Ayu meninggikan suaranya sehingga kedengaran sampai ke ruang tamu, kelihatan para tetamu tertanya-tanya. "Kalau sayang tak mahu kahwin sekarang, bila sayang nak kahwin?" Hazwan bertanya dengan nada yang lembut, dia masih bersabar dengan tindakan Ayu itu. "Ayu nak abang lupakan Ayu" Ayu menanggalkan cincin pertunangannya lalu diberikan kepada Hazwan. "Sayang, sampai hati sayang buat abang macam ni, sampai hati sayang tanggalkan cincin pertunangan kita, apa maknanya semua ni? Kalau ye pun sayang tak nak kahwin sekarang kenapa sayang tak bagitahu abang awal-awal lagi boleh abang pertimbangkan, kenapa baru sekarang Ayu buat keputusan? Kenapa Ayu? Sanggup Ayu hancurkan hari bahagia kita yang bakal kita raikan bersama ni" Ayu terdiam sepi, dia tidak tahu lagi apa yang harus dibicarakan, Ayu hanya tertunduk diam seribu bahasa hatinya bagikan sedang dirasuk oleh bayangan suara Ayie.
Tiba-tiba airmata Hazwan menitis ke pipi, air mata kelukaan luruh bagaikan matanya dicucuk duri, hatinya terasa bagaikan dihiris. Hazwan terus berlalu keluar dari bilik, cincin pertunangan yang diberi oleh Ayu dicampak di atas lantai. "Mari kita balik" gesa Hazwan kepada rombongannya.
Seminggu selepas kejadian itu, perkara sebenarnya telah terbongkar. Petang itu, sewaktu Hazwan pulang dari kerja, dia ternampak Ayu bersama seorang lelaki. Ayu dan lelaki tersebut nampak kelihatan mesra sekali. Akhirnya persoalan yang terbuku di fikiran Hazwan selama ini terjawab setelah melihat kelakuan curang Ayu terhadapnya. Malam itu, Hazwan tidak senang duduk setelah melihat kelakuan curang Ayu terhadapnya. Hatinya bagaikan terbakar, Hazwan merasa tidak berpuas hati dengan kelakuan Ayu yang memutuskan pertunangan mereka dan membatalkan perkahwinan mereka semata-mata kerana lelaki tersebut. "Tergamak kau buat aku macam ni Ayu, , kau malukan aku! kau hancurkan hati aku! Selama ni aku jaga kau! Aku bagi segala yang kau nak, tapi ini balasan kau pada aku! aku takkan berdiam diri kau tunggu lah balasannya aku akan balas semua ini!" fikiran Hazwan bercelaru bagaikan diconteng, walaupun dihatinya masih mempunyai perasaan sayang pada Ayu namun perasaan dendam yang bercampur baur akhirnya mengundang padah kepada dirinya sendiri. Hazwan bercadang untuk membunuh Ayie yang telah merampas kebahagiaannaya itu.

Keesokkan harinya, selepas pulang dari tempat kerja Hazwan sudah bersedia menunggu Ayu dan Ayie, rancangannya yang dirancang itu hampir ke kemuncaknya. Setelah ternampak mereka keluar dari pejabat, Hazwan dengan pantas memecut keretanya dengan laju lalu melanggar Ayie, Ayu yang terkejut dengan terkaman kereta itu turut dilanggar oleh Hazwan. Ayu dan Ayie tercampak ke tepi jalan, Hazwan bingung dia tiba-tiba merasa bersalah dengan tindakannya yang terburu-buru itu sehingga mencederakan Ayu, dia terus memecut kereta tersebut dan melarikan diri. Pada hari itu, tamatlah riwayat hidup Ayu dan Ayie.
"Aku pembunuh! Aku pembunuh! Tidak!" Hazwan mengalami tekanan, di merasa bersalah dengan kelakuannya yang telah menyebabkan dia menjadi seorang pembunuh. "Aku tak bersalah! Dia yang bersalah!" Hazwan menjerit sekuat hatinya seolah telah menjadi separuh gila. keesokkan harinya sewaktu jenazah Ayu dikebumikan, Hazwan datang untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa Ayu dan telah memberitahu perkara yang sebenar, ibubapa Ayu terkejut lalu memarahi Hazwan. Hazwan bercadang untuk menebus kembali dosanya dengan menyerah diri kepada pihak polis.

Setelah hampir lima bulan dipenjarakan, akhirnya Hazwan dibawa ke muka pengadilan. "Mohammad Hazwan Bin Ahmad, apakah permintaan terakhir kamu?" suara pengawal penjara yang garau itu tiba-tiba memecah kesunyian sekaligus menyedarkan Hazwan yang sedang asyik mengimbas kembali peristiwa pahit dan kenangan manisnya ketika bersama Ayu dahulu. Hazwan menjawab pertanyaan pengawal penjara tersebut "Saya nak sebuah gitar dan tape recorder" Suara Hazwan seakan-akan lemah. "Ada apa-apa lagi yang kamu mahukan selain dari itu?" pengawal itu meminta kepastian daripada Hazwan. "Saya nak merakam sebuah lagu dan saya mahu menyanyi dengan berpakaian baju pengantin berwarna hijau" airmata Hazwan tiba-tiba mengalir ke pipi.


Akhirnya, Permintaan terakhir Hazwan dimakbulkan dan Hazwan telah menyanyikan sebuah lagu yang bertajuk "CINTA TIGA SEGI" sambil mengenang kembali kenangan silamnya sewaktu bersama Ayu, matanya tertutup rapat seakan-akan sedang menahan keperitan hidup yang sedang ditempuhi. Riwayat hidup Hazwan hampir tiba ke penghujungnya, selepas selesai merakamkan lagu, Hazwan membuka kembali matanya, kelihatan bayangan ibubapanya datang untuk menjemputnya ke sana, tiba-tiba muncul bayangan Ayu disebalik bayangan ibubapanya, Hazwan hanya mampu tersenyum melihat ibubapanya serta Ayu yang datang untuk menjemputnya ke syurga. Hati Hazwan berkata-kata "Sekejap lagi Wan sampai mak, ayah, Ayu sayangku tunggu abang di sana abang akan datang bertemu dengan Ayu di syurga dan kita akan membina sebuah mahligai yang indah dan kita akan hidup bahagia bersama di sana nanti". Pandangannya terhenti di situ, pandangannya yang terang tiba-tiba bertukar menjadi gelap. (scene fleshback kisah hidup Hazwan bersama Ayu sambil lagu CINTA TIGA SEGI diputarkan).


Hati-hati Apa Yang Anda Doa

Written By Unknown on Monday, June 28, 2010 | 13:12


Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya saya tak kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top2.

Salah satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal, Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk.

Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Di belakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut dan tergolek. Tengah tergocoh2 & sibuk mintak maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan, datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la dia.

Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya. Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...) "Saya harap ini tak pernah terjadi". Rupa2nya lelaki yang bawa basikal tadi ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggang basikalnya.

Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar dari kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini. Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer dan melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta Micheal & memerhatikan segalanya, bekata "Some people just don't know what to wish for" (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).

Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang berbasikal tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta.

Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut.

Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnya berlaku dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara yang macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita.

Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?

Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau berpenyakit. Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau sekurang2nya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat.Kan ?

Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malangmanakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?

Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for). Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta. Adaorang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh.
Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak. Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak!

Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi. Begitu juga dengan keadaan saya baru2 ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk.

Pening kepala nak bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak kasihan lihat anaknya susah hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang dia tiap2 hari berdoa minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya katanya.

Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan saya dapat, Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya, berdoalah semoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya ketika sebelum Zuhur. Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah, petang itu juga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat. Sekarang, Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya. Maha Suci Allah...

Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian.
Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the other side'. Kan ? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.

Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang dibawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana itu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya. Siapa yang taknak gaji besar, kan ?

Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu ke hilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang metal stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini, dapatlah RM350. Hm... Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya memiliki sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF. Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gaji RM750 pun jadilah.

Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat RM750. Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dah cukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagai trainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah... tak cukup juga. Sebab masa tu saya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapi bila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak cukup juga!

Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar! Sekarang, ketika kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 - 3 kali ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak ikut mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya panjang, bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya di syarikat baru dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit sahaja.

Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang, semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari . Ini benar2 terkesan dalam hati saya.

Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.

Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak, duit makan, tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh. Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut.

Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2 dia dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam. Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke tempat kerja.

Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia. Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan padanya, kita tak boleh dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya. Bersyukurlah Allah telah menunaikan.. -.

Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya pasti, saudara2 semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara2 sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?

Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong.
Wallahu'alam. -..

Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu. Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin...

Akhir kata, berlajarlah untuk berkata CUKUP....ALHAMDULIL -LAH ......"

Oleh: Abu Naqibah

Salahkah lelaki menangis?

Written By Unknown on Monday, June 21, 2010 | 13:29

(artikel ini ditulis oleh seorang yang bukan ustaz, dan kini, seorang yang bukan ustaz itu bercerita selingan kisah seorang lelaki yang baru kematian isterinya yang tercinta..)



Aku sedang mencari dua buah hadith, tapi dah puas aku belek belek kitab ugama kat rumah aku, tapi masih tak jumpa-jumpa jugak.., (macamlah banyak sangat kitab ugama kat rumah aku) salah aku jugak, akupun dah lupa kat mana akan dua buah hadith tu yang pernah aku baca, rasa macam pernah baca kat rumah aku, tapi kat kitab mana ntah?, maka.., aku harap sangatlah jika korang yang tahu tentang hadith ini, silalah email aku, kerana aku ada ‘urusan’ dengan hadith tersebut yang boleh aku kongsi pendapat dengan semua bakal mayat sekalian...

Baik, untuk mudahkan korang menjejak hadith yang aku maksudkan, biarlah aku cerita secara ringkas isi hadith tersebut yang masih aku ingat serba sedikit, dan insyAllah.., aku cuba tulis ‘sisa baki intipati’ hadith tersebut setakat yang aku ‘ingat-ingat lupa’, ketidak tepatan amatlah di kesali, dan maksud lafaz hadith juga akan bertulis dalam ‘lebih kurang maksud’.., itu yang aku harap sangat bagi korang yang tahu akan lafaz sebenar hadith ini, silalah email aku.., tolong!

Hadith satu:-

Pada satu hari, ada sorang hamba Allah ni dah jadi mayat, akan tetapi takde orang yang sudi nak solat mayat untuk si mayat ni kerana tak tahu status sebenar si mayat ni, munafik ke islam?

Sebab waktu hayat mayat ni banyak buat dosa yang semua orang tahu, maka, apabila berita ini sampai kepada Nabi Muhammad SAW, terus Baginda ke tempat kejadian dan mengumpulkan para sahabatnya lalu bertanya:

“siapakah antara kalian, yang pernah melihat hamba Allah ni buat baik?”

Tapi takde respond, lalu Nabi ulang lagi soalan tu berkali kali sehingga bangkitlah seorang sahabat Nabi yang memberitahu bahawa beliau pernah lihat si mayat ni menjaga barang-barang orang islam di satu medan perperangan sewaktu pejuang islam yang lain sedang berehat keletihan…

Mendengar kebaikkan mayat yang berjaga di jalan Allah, Lantas terus Nabi sempurnakan mayat itu secara islam, dimandikan, dikafankan, di solatkan, dan dikuburkan.. , dan sewaktu mayat itu di baringkan ke liang lahad, Nabi telah ber’talking’ padanya:-

“Sahabat sahabatku berburuk sangka padamu, tapi bersaksilah, bahawa kamu adalah ahli shurga”

Hadith dua;

Pada satu hari yang lain, ada sorang hamba Allah yang lain juga sudah menjadi mayat, berbeza dari tadi, mayat ini telah di layan dengan baik, iaitu disempurnakan mayat itu secara islam, dimandikan, dikafankan, di solatkan, dan dikuburkan..

Setelah selesai dikuburkan mayat itu, maka berceritalah para sahabat sahabat sesama mereka akan betapa beruntungnya si mayat tadi, sebab waktu hayat selalu buat baik.. dah confirm masuk shurga katanya..

Kemudian, apabila Nabi terdengar pujian pujian yang begitu tinggi pada si mayat, maka Nabi telah bertanya 3 soalan, (aduh!.., ni part yang aku lupa ni, tapi seingat ingat aku) soalan Nabi berbunyi begini,(lebih kurang maksud) “ pernah tak si mayat ni tidak mendapat apa yang dia hajatkan” jawapan yang sahabat bagi, “tidak pernah”.. lepas tu Nabi Tanya, (kalau tak silap aku), “jika Hamba Allah ni pergi meminang, ada tak orang yang akan menolak pinanganya? jawapan yang sahabat bagi, “tidak ada”.. dan satu lagi soalan, memang aku lupa gila, yang mana pendek cerita…

Setelah Nabi dengar jawapan para sahabat, maka Nabi bersabda: “anggapan kamu pada si mayat adalah tidak benar..”

Nabi tak kata mayat tu masuk neraka, tapi Nabi kata sangkaan mereka terhadap kebaikkan yang di terima mayat itu seperti masuk shurga adalah tidak benar..

Ok, habis. aku kena baca lagi sekali hadith ni untuk tambah faham apa yang belum faham, itu yang aku harap korang tolong carikan hadith tu untuk aku dan bolehlah kita kongsi pada semua bakal-bakal mayat sekalian, insyAllah,

Dan walaupun kita masih belum jumpa matan sebenar hadith tersebut, tapi tak salah kita belajar moral dari dua hadith di atas, iaitu:-

Kita tak ada hak untuk tentukan mayat sipulan bin sipulan adalah ahli neraka hanya kerana kita melihat si mayat itu buat jahat sekian sekian atau atau ahli parti sekian sekian,

Juga,

Kita tak ada hak untuk tentukan mayat sipulan bin sipulan adalah ahli shurga hanya kerana kita melihat si mayat itu buat baik sekian sekian, atau ahli parti sekian sekian,

Kerana hakikat sebenar tentang nasib kepada roh adalah urusan Allah, jadi.. jangan pandai pandai nak jadi ahli nujum Pak Belalang.., sangkabaik takpe, tapi jangan letak HUKUM! Faham?

Aku tengok ada orang bila lihat mayat buruk sikit terus cari aib mayat dan padankan kesalahan mayat dengan rupa buruk mayat, sedangkan kita tak boleh meramal nasib mayat kerana ada hadith cerita tentang orang beriman bila nak mati, kadang kadang Allah susahkan waktu nazak sebab nak ampun dosa.., Nabi sendiri sakit kepala dan tak boleh nak berdiri waktu sakit.., belum lagi cerita kisah sahabat yang mati kena bunuh sesama islam, atau kisah mayat sahabat yang mati di lapah, atau kisah sahabat yang mati bercerai badan, ada jugak kisah mayat sahabat di kerumi lebah.., tapi takde pulak orang yang sanggup meramal nasib mayat berpandukan rupa mayat atau tempat mati si mayat..

Dan sama jugak jika mayat tu rupa bersih, kitapun terus yakin mayat tu masuk shurga, walaupun mayat tu tak solat waktu hidupnya, atau mayat tu pengebom berani mati misalnya, lalu shaitan cakap, tengok, orang tak solatpun muka bersih waktu mati, tengok, orang yang bom orangpun bersih mukanya waktu mati.., jadi tak payah kita nak sebarkan berita yang kitapun jahil, iaitu urusan roh adalah kerja Allah, kerja kita semua adalah sempurnakan mayatnya, tutup aibnya, dan sebarkan kebaikkan tentang mayat agar semua orang dapat belajar sangka baik..,

Aku juga suatu hari nanti pasti jadi mayat, dan bagaimanapun rupa mayat aku, buruk atau bersih, bersangka baiklah pada Allah, sempurnakanlah mayatku secara islam, mandikan aku, kafan kan aku, dan kebumikanlah aku.. lupakanlah aku…

Ps: Kalau nak kenangkan aku jugak, kenanglah aku dalam doamu.., chewahh..

HABIS.

**********

Tambahan:-

Cerita ayah aku yang baru mati bininya..

Korang ingat tak entry tercekik tulang yang menceritakan kisah seorang makcik yang tercekik tulang lalu di nasihat oleh aku supaya di angkat tangan tinggi tinggi, lurus macam superman.., lalu makcik tu tergelak yang menyelamatkan nyawanya dengan izin Allah, korang ingat tak? takpelah jika korang tak ingat, apa yang aku nak bagitahu.., makcik tu adalah ibu aku, dan beliau telah meninggal dunia pada 8 Syawal 2009 yang lalu..

(Dari Allah kita datang, dan kepada Allah kita kembali)

 
 
 

Imbas kembali:-

SEBELUM JADI MAYAT
Sempena hari raya 2009 baru baru ni, kami semua adik beradik telah pulang ke kampung menziarahi orang tua kami, dengan niat menunaikan perintah Allah yang memerintahkan agar kita sentiasa buat orang tua kita rasa bahagia dan dihargai serta dimuliakan selagi hayat di kandung badan.., maka menjelanglah hari raya, suasana riang ria, bersalam salaman, bermaaf maafan, berpakaian serba baru, duduk keliling meja, makan ketupat dan lemang, nasi minyak dan nasi dagang..,

Seminggu kemudian, setelah semua adik beradik pulang dari menziarahi mak aku sempena hari raya, tiba tiba rumah mak aku di ziarahi tetamu terakhir dalam hidupnya, iaitu Malaikat Maut yang datang ziarah pada waktu sahur, yang mana selepas mak aku bersahur untuk puasa enam, setelah ambil wudhu, dan sebelum sempat kering wudhu di wajahnya, terus mak aku di jemput Malaikat Maut untuk mengadap Allah…, masanya dah sampai, selamat tinggal dunia, selamat tinggal anak anak, selamat tinggal keretamayat…

Dan pada pagi subuh yang hening itu, ketika aku sedang bersiap nak solat subuh.., aku dapat panggilan telefon dan dengar suara adik perempuan aku menangis..

Pendek cerita..,

Aku juga menangis dalam subuh yang hening itu..

Ps: Mak…, “Aku bukanlah superman, Aku juga bisa nangis
jika kekasih hatiku.., pergi meninggalkan aku..”

MENJELANG JADI MAYAT
Baru seminggu beraya, dan tanpa tanda tanda sakit, Mak aku kini dah jadi mayat, sedih juga hati lelaki ini sewaktu melihat mak yang selalu ketawa dengan lawak aku, kini dah jadi mayat sejuk di pembaringan. ., meleleh jugaklah air hidung aku.., nasib baik bini aku lekas lekas datang peluk aku, boleh lah aku lap lender hingus aku kat bahu dia..,

Mak,

Aku telah lama kelakar, dah kini, mak dan tak boleh gelakkan aku, kelak, siapa lagi nak gelakkan aku bila semua orang tak nak gelak kat aku mak?..

“Ayahku selalu memarahi aku, jika jatuh air mataku..
kata ayah slalu, Air mata itu adalah tanda kelemahan..
Tapi ternyata air mataku, Ternyata jatuh juga..
Aku bukanlah superman, Aku juga bisa nangis
Jika kekasih hatiku, Pergi meninggalkan aku”


Ps: Mak, Ayah jugak menangis…

SETELAH JADI MAYAT
Muka mayat mak aku cerah putih dan kelihatan macam orang tidur, tak henti henti anak anak mak datang mencium dahi mak yang sejuk.., (cium dahi mayat adalah Sunnah Nabi..,) dan bibir aku ini dah banyak jugak mayat yang aku cium, err, maksud aku cium dahi, satu hari nanti, dahi aku pulak akan jadi dahi mayat.., sementara aku hidup, biar bini aku sorang jer lah yang cium dahi aku, sabor jelah..

Ps: Mak, itu adalah ciuman yang terakhir..

TENTATIF MAYAT
Meninggal sebelum subuh, mandi selepas zohor, dan dikebumikan selepas asar, begitulah tentatif hari isnin itu, maka berduyun duyunlah adik beradik aku pulang ke kampung bersama linangan air mata..

Ada anak saudara aku berumur 4 tahun, yang baru kematian nenek sebelah ipar aku, bila datang melihat nenek sebelah sini pulak meninggal, maka bertanya soalan yang buat aku nak gelak..

“nenek ni dengan nenek sana, kembar ke?”

Dan sorang lagi anak saudara aku yang duduk kat sepang, bila melihat suasana kematian yang memilukan pula berkata:

nasib baik nenek kat Sepang tak mati..”

Ps: Apa-apalah..

MEMANDIKAN MAYAT
Mayat mak aku di mandikan oleh kami adik beradik, alhamdulillah, dah banyak kali mak aku mandikan aku, nilah baru sekali aku mandikan mak aku.., tapi tak acilah, kitaorang mandi beramai ramai, tapi mak sorang jer yang basah kuyup…,

Ps: ok, bukan mak sahaja yang basah, pipi kami juga turut basah..

SOLAT MAYAT
Imam solat mayat adalah abang sulung aku, dan beliau menangis waktu solat, dan waktu berdoa, hingus meleleh dari hidungnya.., buruk betul..

Solat mayat di buat tiga kali sebab orang yang ramai dan ruang rumah yang sempit, walaupun pada mulanya AJK masjid dah suruh solat kat Masjid sebab kawasan lebih besar, tapi ayah aku nak jugak kitaorang solat mayat kat rumah, ayah aku cakap, masa bina rumah ni dah niat nak mati kat sini dan solat mayat kat sini… lantaklah..

Dan aku pulak selamba pergi ke surau pinjam sejadah tapi tersenyum kambing bila AJK cakap, solat mayat mana pakai sejadah?…, ye tak ye jugak.., errr, kalau begitu pinjam sejadah untuk tutup keranda sahajalah bang..

Ps: Orang lelaki jika nak menangis, menangislah di atas sejadah..

USUNG MAYAT
Rumah aku dekat jer dengan kubur, jalan kaki jerr, jadi tak perlu naik keretamayat. .,

Ps; Setiap pengusung mayat mendapat hadiah kain tuala saiz baby..

TANAM MAYAT
Lubang kubur mengalami tanah runtuh sebaik mayat mak aku tiba di halaman kubur, ini kerana orang ramai yang jarang datang ke kubur, lalu bila sekali datang ke kubur di bantainya berdiri betul betul di pinggir kubur yang mana sekali gus tanah tebing kubur akibat mengalami beban lampau yang memaksa paksi gravity bertindah menarik tanah pinggir itu ke ruang kosong di liang lahad bumi, apa hikmah di sebalik runtuhan kubur ini?

Mungkin Allah nak bagi pahala kat kami anak beranak untuk ‘gali’ kubur sendiri kat mak aku.., dan aku masa tu telah bukak selipar dan gali kubur.., sebab mana ada orang gali kubur pakai selipar?, dan mana boleh gali kubur pakai selipar?, perbuatan tu salah! Dan haram dalam dunia menggali kubur, sebab semua orang gali kubur tak pakai selipar, mereka pangai cangkul..

Ps; Penggali kubur pula mendapat hadiah kain pelekat.

TAHLIL MAYAT
Tahlil malam pertama di kepalai oleh adik lelaki aku, ikut jadual, malam esok abang aku dan malam ketiga mereka nak suruh aku, tapi aku tolak, sebab aku tak pandai.., tapi aku cakap jika mereka semua dah mati, baru aku yang tahlilkan korang.., woha!

Ps; semua ahli tahlil yang berdoa kesejahteraan untuk mak aku mendapat hadiah makan malam percuma..

YANG DI TINGGAL MAYAT

Mak aku adalah seorang guru Al quran di kampung, mengajar secara ‘percuma’, (Cuma perlu ‘bayar’ sekilo beras atau sekilo gula sahaja untuk setahun) anak muridnya dah beratus orang dan ada yang dah beranak pinak, itu yang ramai orang datang ziarah mayatnya..,

Mak aku jugak meninggalkan 9 anak, walaupun berbeza fahaman politik, tapi semua di kira berjaya, kira ibu mithali lah ni.., dan jugak 7 anak tiri..

Tentang harta, mak aku hanya ada sebijik rumah, harta yang lain semua dah di sedekahkan..

Ps; Rasulullah s.a.w bersabda, “Apabila telah mati anak Adam itu maka terputuslah semua amal ibadatnya kecuali 3 perkara iaitu:1.Sedekah jariah.2.Ilmu yang berguna dan dimanfaatkan oleh pengamalnya. 3.Anak yang soleh yang tidak melupakan mendoakan ibu bapanya.

SUAMI MAYAT
Ayah aku minta tolong salah sorang adik beradik untuk temankan beliau tidur malam itu,.., adik lelaki aku yang bongsu sudi temankan, aku nasihatkan adik aku, tidur jangan selimut seluruh badan, bagi nampak kepala…

Malam besok ayah aku pelik sedikit, dia telah kemas katil dan berkata, malam ni mak kau akan pulang untuk teman ayah tidur, lalu lagi sekali adik lelaki aku temankan ayah aku tidur malam itu, dan aku sempat berpesan pada adik aku, kenapa tak pakai baju mak, dan cakap kat ayah waktu nak tidur, “malam ni saya uzur..”

Woha!

IRAMA DAN MAYAT
Waktu kemas rumah dan harta arwah mak aku, ada adik beradik dan anak saudara yang menyanyi lagu lagu bertema keibuan seperti:-

Ibuuu... ibuuu... Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka ..Engkau hiburkan selalu


Juga ada lagu Exist Untukmu Ibu

Tuhan Yang Esa
ampuni dosa ibu
tempatkan mereka
diantara kekasih kekasihMu


Juga ada lagu nasyid dari NowSeeHeart

Duhai ibunda kaulah anugerah istimewa
Berkorban jiwa raga redahi hidup nan mencabar
Berusaha dan sabar dalam mengharungi derita
Hidupmu penuh ranjau meniti kepayahan yang tiada kesudahan

Juga lagu ini, siapa nyanyi ntah?

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian..


Aku tanya abang aku, semua orang asyik nyanyi lagu ibu sahaja, siapa nak nyanyi lagu untuk ayah? Kenapa kompeser lagu lebih suka mencipta berpuluh-puluh lagu untuk ibu. Tapi lagu untuk Ayah takde ke?

Tiba tiba jer abang aku menyanyi:-

" Ayahku kahwin lagi, Dengan si dara jelita.. la la la”

Woha!

MENANTU BARU MAYAT

Yang mati teruskan kematian, yang hidup teruskan kehidupan

Menjelang hari ketujuh arwah mak aku meninggal, Mak akhirnya dapat menantu baru..
Kerana abang aku tetap meneruskan hajat arwah mak yang nak kahwinkan abang aku buat kali kedua tanpa menceraikan isteri pertama, maka berpoligamilah abang aku.. (cerita detail lain kali-kalau aku rajin)

Ada orang usik aku, :"Abang kau dah kahwin dua, kau bila lagi?"

Aku kata, aku tak boleh langkah bendul.., lalu menjeling ke arah ayah aku, dan lagu ‘ayahku kahwin lagi’ pun terngiang..

Woha!

KEPADA MEREKA YANG IBUNYA BELUM JADI MAYAT
Baliklah kampong, ziarah mereka, bawak mereka jalan jalan, dan sedekahkan mereka wang dengan jumlah yang banyak.., takpe.., sebab mereka dah tua, dah tak lama hidup..,

Jika tidak.., korang hanya sempat ziarah kubur mereka dan sempat sedekah Al fatihah sahaja.., isk..

Oklah.., Dah panjang aku tulis, rasa macam mak aku ada jer kat dapur.., rasa nak pergi jamah jap masakan mak kat dapur, oh.., semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya, terima kasih mak, kerana besarkan aku dari kecik, sehingga lebih besar dari mak.., halalkan segala yang terjadi sejak dari kecik tapak tangan sehinga jadi besar sebesar manusia..

Aku nak pergi peluk bini aku jap, nak lap hingus kat bahu dia, wasalam

SEKIAN

Ps: Malaikat Maut dah datang rumah mak aku, lain kali beliau akan datang lagi rumah aku dan rumah korang atau rumah mak korang… baik korang call mak korang dan cakap "i love u"

(“Aku bukanlah superman, Aku juga bisa nangis
jika kekasih hatiku.., pergi meninggalkan aku..”)

Posted by Hamka
wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger