menghargainya. Kurangkan kelemahan diri dan sembunyikannya daripada diketahui orang lain. Unik adalah daya tarikan Setiap manusia itu mempunyai keunikan mereka yang tersendiri. Tidak ada seorang pun antara kita yang mempunyai ciri-ciri dan personaliti yang sama. Pasti ada perbezaan walaupun sedikit. Sebenarnya, keunikan ini yang menarik perhatian dia kepada diri kita.
Contohnya, semasa kita dan rakan-rakan berada bersama dia dalam sebuah majlis dan kita masih belum lagi mengenali dirinya, peluang untuk kita menarik perhatiannya cerah apabila kita mempunyai keunikan tersendiri
seperti sifat kelakar kita yang pasti membuat rakan-rakan kita ketawa.
Kenali kekuatan diri
Penting bagi individu itu mengenali dirinya serta kualiti dan kekuatan yang dimiliki. Ia bagi memastikan dirinya berjaya menghadapi sebarang dugaan hidup serta cabaran mendatang. Kekuatan yang dimiliki adalah
aset penting yang bakal memajukan dirinya dan memberikan ‘kuasa’ pada personalitinya.
Cuba tenangkan diri sekarang ini. Ambil kerusi dan duduk di hadapan cermin bilik. Tanya pada diri, “Apa kekuatan yang aku ada dalam diri sekarang ini?”, “Apa yang menyebabkan orang lain tertarik kepada aku?”, “Aku ini seorang yang sentimental kah?”.
Selepas kita mengenali beberapa kekuatan yang ada pada diri kita, ambil sebatang pen dan catatkan di atas sehelai kertas. Tampal di tempat yang selalu kita lihat. Pastikan tulisan yang ditulis dapat dibaca dengan
jelas. Bacalah setiap hari perkataan yang terdapat pada kertas itu. Semoga kekuatan itu melekat dalam kotak fikiran dan kita menjadi lebih yakin untuk berada di khalayak ramai.
Kenali kelemahan diri
Sekali lagi, duduk di hadapan cermin. Ambil lagi beberapa minit untuk bertanya pada diri kita. “Apa keburukan diri aku sebenarnya?”, “Apa kelemahan diri aku ya?”, “Rasanya kenapa orang tak berapa suka pada aku ha?”. Kemudian tuliskan kelemahan diri kita pada sehelai kertas dan tampal bersebelahan kertas yang ditulis kekuatan yang kita miliki.
Sebagai contoh, jika kita orang yang tidak mempunyai keyakinan diri kerana tidak cantik ataupun kacak, tuliskan maklumat ini di atas kertas itu. Dengan cara ini, kita akan sedar kelemahan diri dan berusaha
memperbaiki kekurangan itu.
Tonjolkan kekuatan diri
Sudahkah kita tersedar daripada lena yang panjang? Sedarkah kita yang kita mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki oleh orang lain? Bukankah kita dapat mengeksploitasi kekuatan yang kita miliki bagi menawan hatinya? Sebenarnya, kadang-kadang kita tidak mengetahui kita memiliki kelebihan itu sehingga diberitahu kita memilikinya.
Contohnya, kita adalah orang yang mudah berbual dengan sesiapa sahaja dan kita tidak menyedari sifat peramah ini adalah kekuatan yang kita miliki. Kita hanya mengetahuinya selepas rakan memberitahu yang kita
sangat peramah. Tidak ramai yang memiliki kemahiran itu. Jadi, gunakan kelebihan yang kita ketahui pada diri dan gunakan secara maksimum bagi mendapatkan hatinya. Tonjolkan kekuatan yang kita miliki.
Kurangkan kelemahan diri
Apabila kita sudah menyedari kelemahan diri, gunakan minda serta akalfikiran bagi menyembunyikannya daripada dapat dihidu oleh orang lain. Cuba kurangkan semua kelemahan yang diketahui ataupun yang baru dikenal pasti pada diri kita. Contohnya, jika kita berasa diri tidak cantik daripada segi fizikal, cuba cari kecantikan dari dalam diri kita seperti kecantikan personaliti yang tidak dimiliki oleh orang lain.
Kita perlu ingat, orang yang rasa dirinya hodoh sukar mendapat pasangan. Ini kerana, mereka langsung tidak mempunyai keyakinan diri sendiri apatah lagi keyakinan pada pasangannya. Jalan terbaik adalah cuba cari kecantikan yang ada dalam diri dan hati sanubari dan kita mesti membentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan kita.
Memaksimumkan pengetahuan
Untuk jadi lebih menawan, kita perlu belajar cara membina perhubungan dan cara mengekalkannya di samping cara memikat bakal pasangan. Kita juga perlu terus belajar, memperbaiki perangai dan peribadi, membaiki kemahiran komunikasi, memurnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik. Perlu ingat bahawa wanita mudah tertawan kepada lelaki yang bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
Bagi perempuan yang sedang memikat pasangannya, mereka perlu mempamerkan sifat kewanitaan di samping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing dan aktiviti-aktiviti lain. Selain itu, kita perlu mencari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita. Ini kerana ramai pasangan sengsara apabila kekasih terlalu cantik ataupun terlalu kacak. Istilah yang sesuai adalah sekufu. Oleh itu, carilah yang sekufu dengan kita.
P/s: Mengetahui kelemahan sendiri adalah lebih baik dari orang lain yang memberitahu kepada kita. Ini kerana perasan syak wasangka seperti diperlekehkan akan menjadi punca persahabatan& persaudaraan terlerai.
nice info bro..
ReplyDeletebtw nice header tu, giler boss~YNWA