Alhamdulillah, Aidil Adha tahun ini dapat kulalui dengan sempurna. Walaupun tak semeriah seperti Aidil Fitri, tetapi penghayatan dan keinsafan adalah penting dihari kebesaran umat Islam diseluruh dunia dalam mengerjakan Rukun Islam ke-5. Mengerjakan ibadah Haji bagi yang mampu adalah melengkapkan seseorang umat islam itu kewajipan Rukun Islam yang telah dituntut oleh Allah SAW.
Malam raya tiada apa yang aku lakukan. Setelah menghantar isteri & anak2ku kerumah mertuaku, aku bergegas ke tempat kerja (kerja malam ler). Apa nak buat, tanggungjawabkan. Lagipun pun inikan salah satu daripada pengorbanan jugakan. Paginya sempat juga aku balik awal & solat Sunat AidilAdha di Masjid Kampung mertuaku, Kampung Jenjarum Banting. pulang dari masjid, terus melantak ketupat & lauk pauk yang disediakan. Dah kenyang, apa lagi aku pun berkorban diatas sofa. Sedar2 dah pukul 3.30 petang. Anakku yang sulong dah membebel2 bercerita tentang lembu yang kena sembelih. Dua orang anakku bersama isteriku pegi melihat majlis korban dirumah jiran. Aku tak masyuk sangat line2 kampung mertuaku ini. Pemalu le katakan..hehehehe.
|
Mengerjakan daging kambing |
|
Hiris, jangan tak hiris. |
Petang Selepas Asar aku & family kembali kerumahku. Petang itu memang dah kira kesibukan aku bermula. Surau di kampungku juga mengadakan majlis korban. Sememangnya setiap tahun pihak surau melakukan ibadah korban berkelopmpok. Pada tahun ini surau kampungku akan menumbangkan 5 ekor lembu & 3 ekor kambing. Petang itu hanya 1 ekor lembu & 3 ekor kambing sahaja yang ditumbangkan. Ini kerana selain daging2 ini diagih2kan, ia juga untuk dimasak pada malamnya bagi jamuan untuk gotong royong korban lagi pada keeseokan harinya.
|
Daging masak kurma. |
|
Hebat tak aku. Bau kurma ni pun dah tak tahan. |
Pada waktu malamnya, jam 9.00 malam aku dah muncul disurau Assolehah ini. Dah ramai rupanya geng2 aku sampai & membuat persiapan. Aku mulalah buat2 sibuk membantu apa2 yang patut. Menu masakan malam ini adalah sup kambing, kambing masak kari & daging masak kurma. Kalau korang rasa, memang terangkat tu. Kari kambing memang kita orang buat tip top punya. Dia punya pekat, pasti tangan bau kari 3 hari baru hilang. Memang mantop. Jam 12 malam aku tinggalkan perkarangan surau & menuju ke tempat kerja.
|
Tamatlah riwayat |
|
Sapa nak kepala ni? |
|
Melapah |
Keseokan paginya aku tiba di Surau dari pulang kerja lebih kurang pukul 8.30 pagi. Sampai je dah 2 ekor yang tumbang. Ini bermakna ada 2 ekor lagi yang masih bernyawa. Aku pulang sebentar untuk mandi2 & ambil peralatanku, aku datang kembali bersama anak daraku yang sulong ni. Terus melakukan kerja2 memotong, membahagi2 & mengagih2kan daging korban. Selesai semua semua kerja2, semua dijamu makan tengahari. Aku tengok memang mereka2 ni betul2 berselera melantak masakan kami. Bagi yang biasa berkunjung kesurau seperti geng2 aku ni, memang dah tak hairan sangat dengan masakan2 ni. Sebab dah biasa & selalu masak pada waktu malam didalam aktiviti menjaga kampung.
|
Kaum2 ibu membantu dibahagian masakan. |
|
Sepakat membawa berkat |
Selasai jamuan. orang2 kampung pun bersurai & tinggallah geng2 aku untuk selesaikan lagi tugas seperti membasuh periuk kuali, lantai & sebagainya. Selesai tugas melepak2 & pulang sebelum waktu zuhur menjelma. Pada petangnya sudah pasti aku claim tidurku. Bertemankan anak daraku, kami berlawan2 tidur kerana terlalu letih. Yang pastinya anak daraku ini mendapat pengalaman baru melihat kegiatan penyembelihan & ibadah korban ini. Sampai mengigau2 teringat darah. hehehheh.. kesian....
|
Anakku ALYA bersama sepupunya SAKINAH |
|
Anak & Ayah. berkelah di tepi jalan raya |
Emmm.. nampaknya stok sebulan daging ada dlm peti. Dah tentu 24 jam makan daging ni.. emmmm.. Jangan aku jadi lembu sudah le..hehhehe
Lagi gambar, sila lihat disini..
MY FACEBOOK ALBUM
Hantar sikit kat umah...hehehe
ReplyDelete