Perlawanan pagi tadi adalah perlawanan ke 14 dalam liga bagi musim 10/11 ini. Liverpool bermain di gelanggang sendiri dalam misi mencari kemenangan bagi menebus kekalahan minggu lalu dengan pasukan
Stoke City. Pada perlawanan ini Liverpool turun tanpa dua orang pemain utama iaitu kapten fantastic kita
Steven Gerrard &
Lucas. Gerrard mengalami kecederaan hamstring ketika bersama skuad England tempoh hari sementara Lucas pula telah digantung perlawanan kerana dilayangkan kad merah pada perlawanan yang lalu.
Torres - Ngog
Rodriquez - Meireles - Poulsen - Kuyt
Konchesky - Skrtel - Carragher (C) - Johnson
Reina
|
Johnson untuk gol pertama |
1st half Liverpool menguasai hampir keseluruhan perlawanan. Seperti yang kita harapkan supaya Uncle Roy meletakkan kembali pemain2nya diposisi kegemaran masing telah membuahkan 3 jaringan pada separuh masa. Meireles yang kembali mendapat posisi kegemarannya telah mengemudi gerakan2 berbahaya serta mencipta beberapa peluang untuk menjaringkan gol. Hasilnya pada minit ke
18,
Johnson dapat melepaskan rembatan untuk menewaskan
Green untuk gol pertama. Selang 8 minit kemudian Liverpool dihadiahkan pula sepakan penalti setelah bola dari kuisan
Torres terkena tangan
Daniel Gabbidon.
Kuyt mengambil sepakan penalti tersebut & dengan mudah menewaskan Green. Tidak cukup dengan itu, Liverpool terus mengasak & hasil hantaran lintang dari
Konchesky, tepat ke kepala
Rodriquez untuk membuat tandukan ke arah pintu gol. Kedudukan kekal hingga tamat separuh masa
3-0.
|
Sepakan penalti yang diambil oleh Kuyt |
|
Maxi meraikan jaringan untuk gol ke 3 |
2nd half Liverpool nampaknya mula memperlahankan rentak perlawanan. Kesempatan ini mula diambil oleh West Ham untuk menyerang. Nampaknya serangan pasukan West Ham ini lemah & amat mudah dipatahkan oleh pemain2 kita. Liverpool juga memperolehi beberapa peluang. Antaranya rembatan Torres yang terkena palang & kemudiannya disambar oleh Poulsen untuk membuat rembatan susulan tetapi berjaya ditepis oleh Green. Tamat perlawanan kedudukan masih kekal Liverpool 3-0 West Ham.
|
Cayo lah geng.. Camni aku tak payah main pun tak per ni |
Nampaknya perlawanan pagi tadi adalah perlawanan yang mudah bagi Liverpool. Dengan kedudukan West Ham ditangga Tercorot, menjelmakan ia seperti pasukan yang terus bermasalah. Dengan kemenangan ini, Liverpool melonjak kembali ke
tangga ke 9 dan kemungkinan akan turun ke tangga ke 10 malam ini sekiranya Aston Villa berjaya menewaskan Blackburn.
|
Sabar geng, aku mula2 dulu pun tekanan gila gak.. |
Apapun Liverpool kena terus memburu kemenangan untuk menyaingi pasukan2 di tangga teratas. Selepas ini Liverpool akan berkunjung ke White Hart Lane untuk bertemu
Tottenham Hotspur pada hari Ahad nanti. Dengan prestasi Spurs yang tidak menentu ini, adalah sukar untuk kita meramalkan perlawanan akan datang. Diharap Liverpool dapat menyaingi kehebatan pasukan Spurs untuk memperolehi kemenangan. YNWA
Liverpool West Ham United
Match Stats |
| Liverpool | West Ham United |
Shots (on Goal) | 23(8) | 8(1) |
Fouls | 7 | 11 |
Corner Kicks | 10 | 2 |
Offsides | 2 | 1 |
Time of Possession | 54% | 46% |
Yellow Cards | 0 | 1 |
Red Cards | 0 | 0 |
Saves | 1 | 5 |
Match Information |
Stadium: Anfield, England
Attendance: 43,024
Match Time: 17:30 GMT
Referee: Lee Probert |
bro kn tggu game pg jum nnt
ReplyDelete