Headlines News :
.

Preview : Game 3 BPL 12/13 - Liverpool vs Arsenal

Written By Unknown on Saturday, September 1, 2012 | 23:00

Seperti sudah menjadi skrip cerita disetiap awal musim, sudah pasti Liverpool akan bertemu pasukan meriam ini dalam kelompok 3 perlawanan awal. Begitulah yang terjadi pada musim ini dimana kali ini Arsenal pula yang akan bertandang ke Stadium Anfield dalam perlawanan ke 3 bagi musim 2012/2013 ini.

Dalam keadaan masih tercari-cari rentak permainan, kedua-dua pasukan ini tidak jauh bezanya dari segi prestasi semasa. Liverpool yang tewas pada perlawanan pertama berjaya untuk mengutip satu mata pula pada perlawanan kedua. Dua gol yang telah berjaya dihasilkan tetapi 5 gol pula yang telah dilepaskan.

Dipihak Arsenal pula, dua perlawanan awala lalu mereka hanya mampu seri  tanpa jaringan dan ini membuatkan mereka memungut 2 mata dari dua perlawanan. Masih tercari-cari cara untuk menyelesaikan pengempurnya untuk menembusi gawang, mereka juga berharap mereka mampu melakukan pada perlawanan esok.

Pokok pangkalnya samaada Liverpool ataupun Arsenal, masing-masing dahagakan kemenangan untuk menaikkan semangat mereka diawal musim ini. Branden Rodgers sudah pasti akan cuba memantapkan lagi kesebelasan barisan beliau dengan bakal menurunkan pemain-pemain baru yang dimiliki seperti Nuri Sahin dan Assaidi. Ramai peminat ingin menyaksikan Ferrari Liverpool ini beraksi serta mengharapkan ilmu yang diperolehi oleh Sahin di Real Madrid dapat diterjemahkan dengan baik sekiranya beliau diturunkan esok.

Harapnya Liverpool tiada bermasalah untuk menewaskan Arsenal yang juga sedang dilanda masalah. Walaupun rekod musim lalu di Anfield agak kurang menyenangkan. Tetapi dalam bolasepak segalanya boleh berlaku. Semoga tiga mata penuh berjaya dimiliki. YNWA

Undian : UEFA Cup (Group stage) 12/13

Selepas berjaya menewaskan pasukan Hearts tempohari, Liverpool telah disahkan untuk mara ke pusingan kumpulan (12 kumpulan @ 48 pasukan). Dalam undian bagi musim 12/13 ini Liverpool telah pun diletakkan di dalam kumpulan A.

Bersama pasukan Liverpool di kumpulan A ini ialah pasukan Young Boys (), Udines () dan FC Anzhi Makhachkala. Nampak pasukan-pasukan ini sama seimbang dan boleh dikatakan taklah juga terlalu hebat. Tetapi dalam bolasepak apapun boleh terjadi. Harapnya Liverpool mampu untuk melepasi halangan peringkat kumpulan ini.

Berikut adalah jadual perlawanan peringkat kumpulan A

1) 20/09/2012 -> Youngs Boys (A)
2) 04/10/2012 -> Udines (H)
3) 25/10/2012 -> FC Anzhi Makhachkala (H)
4) 08/11/2012 -> FC Anzhi Makhachkala (A)
5) 22/11/2012 -> Youngs Boys (H)
6) 06/12/2012 -> Udines (A)

Undian : Capital One Cup 3rd round - WBA vs Liverpool

Awal pagi Jumaat semalam telah pun dilangsungkan undian kejohanan Capital One Cup untuk pusingan ketiga. Mungkin ramai yang tertanya-tanya Capital One Cup ni kejohanan baru ke?. Untuk pengetahuan Kejohanan ini dahulunya dikenali dengan Carling Cup. Disebabkan sudah bertukarnya penaja maka piala juga telah bertukar.

Untuk undian kali ini, Liverpool telah pun diundi untuk bertemu dengan pasukan yang telah pun menjinakkan kita dengan 3-0 pada malam raya dahulu iaitu West Bromwich Albion. Sedikit kecewa kerana undian kali ini juga telah memihak kepada WBA untuk menjadi tuan rumah.

Liverpool yang hadir sebagai juara bertahan sudah pasti akan berusaha bermatian-matian untuk mempertahankan kejohanan ini apalagi penutup penaja lama telah dimiliki dan kini penaja baru pula menjadi impian. Tarikh muktamad untuk perlawanan ini masih belum lagi dikeluarkan secara rasmi. Apa yang pasti bulan September ini menjadi minggu yang padat dengan perlawanan bagi pasukan Liverpool dengan perlawanan Eropah serta liga disamping Capital One ini juga.

UEFA Cup (Play Off -2) Liverpool 1-1 Hearts

Awal pagi Jumaat semalam telah berlangsung perlawanan timbal balik play-off UEFA cup diantara Liverpool bertemu Hearts.  Kali ini perlawanan dilangsungkan di Stadium Anfield dimana keputusannya 1-1.

Untuk kali ini Brendan Rodgers sekali lagi dengan beraninya telah mempertaruhkan bakat-bakat muda dimana Morgan pula diberi peluang untuk mengemudi barisan hadapan bersama Suarez. Walaupun nampak sedikit gugup untuk bermain dalam skuad senior, tetapi Morgan berjaya juga untuk menjaringkan gol. Malangnya gol tersebut dibatalkan akibat bola yang dihantar oleh Suarez itu terlebih dahulu telah melepasi garisan permainan.

Buat pertama kali juga percubaan berani BR untuk mengubah posisi Downing dari pemain sayap kepada pertahanan sebelah kiri. Nampak ia berhasil dengan kepantasan Downing untuk mematahkan serangan serta membantu membuat serangan balas.

Permainan yang agak seimbang dimana kedua-dua pasukan saling bertukar-tukar serangan. Walaubagaimanapun Hearts terlebih dahulu dihadapan apabila Reina gagal untuk menangkap kemas rembatan Templeton dan bola terus menggolek ke dalam gawang.

Ketika keadaan perlawanan seakan memaksa untuk bermain di masa tambahan 30 minit, Suarez muncul wira apabila berjaya memperdayakan pertahanan Hearts sebelum merembat masuk untuk menewaskan penjaga gol Hearts. Ini menjadikan kedudukan 1-1 dengan kemenangan aggregat 2-1 hasil satu gol bekalan yang dibawa dari perlawanan pertama dahulu.

Liverpool - Reina, Downing, Carragher, Skrtel, Kelly, Allen, Henderson (Borini), Gerrard, Shelvey, Morgan (Sterling), Suarez.

Game 2 BPL 12/13 - Liverpool 2-2 Manchester City

Written By Unknown on Monday, August 27, 2012 | 05:06

Dikala 3 mata penuh bakal menjadi milik mutlak Liverpool, malangnya kesilapan kecil pemain telah menghampakan seluruh peminat Liverpool pada perlawanan menentang pasukan jutawan yang penuh bintang dengan berkesudahan 2-2. Kesilapan lama terus menjadi igauan buruk dimana sikap pemain yang masih gemar untuk bermain pass and back akhirnya memakan diri sendiri.

Seawal perlawanan nampak pasukan City mula mempamerkan aksi menganas. Yang paling ngeri percubaan sipi Tevez hampir-hampir untuk menerjah gawang tetapi tiang gol menjadi penyelamat dikala tiada pemain mereka menyusul untuk menyudahkan bola muntah tersebut. Walaubagaimanapun ia tidak lama apabila Liverpool kembali mengimbangi perlawanan untuk menyaingi kehebatan City. Buktinya tendangan sudut Stven Gerrard berjaya disudahkan dengan tandukan maut Skrtel untuk memberi jaringan awal pada minit ke 34. Gol semangat ini telah memberi pemain Liverpool lebih banyak keyakinan untuk terus mempamerkan aksi-aksi yang lebih memberansangkan.


Separuh masa kedua bersambung dan City cuba untuk kembali menaikkan semangat mereka. Walaupun permaianan masih seimbang bagi kedua-dua pasukan, tetapi kesilapan Martin Kelly yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan selamat, mudah disudahkan oleh Yaya Toure untuk memberi gol penyamaan pada minit ke 63. Kegembiraan City tidak lama apabila 3 minit berselang, Luis Suarez berjaya menyudahkan sepakan percuma cantik untuk memberi Liverpool kelebihan kembali.

Malang tidak berbau. Skrtel yang boleh dianggap Man Of The Match gagal menghantar bola kebelakang dengan cermat. Bola tersebut segera dipintas oleh Tevez untuk menewaskan Reina bagi menyamakan kedudukan 2-2. Peristiwa beginilah yang sedikit mengecewakan kita.


Begitulah nasib Liverpool apabila pemain masih lagi suka menggunakan corak permainan dengan sering menghantar bola kebelakang. Rasanya dah banyak kali tukar pengurus, tetapi masih juga corak permainan sebegini ditonjolkan. Ini sebenarnya bukan masalah pengurus, tetapi sikap pemain sendiri yang tidak berhati-hati dalam menghantar bola ke kawasan tidak selamat. Harap apa yang terjadi dapat dijadikan pengajaran kepada semua pemain.


Dari segi kesungguhan pemain pula, kita dapat lihat Raheem Sterling sememangnya permata muda yang terus menyinar. Disamping pembelian Joe Allen sememangnya berbaloi, Borini pula nampak terus tercari-rentak untuk menyesuaikan diri dengan aksi bolasepak Inggeris. Apapun pada perlawanan ini pemain Liverpool telah kembali ke landasan sebenar dari aksi yang sungguh mengecewakan pada perlawanan pertama tempoh hari. Semoga ia menjadi titik permulaan kebangkitan Liverpool untuk terus dipercayai dan disanjungi peminat seluruh dunia. YNWA.

Scoring Summary

Liverpool Manchester City
Martin Skrtel (34')Yaya Tourรฉ (63')
Luis Suรกrez (66')Carlos Tรฉvez (80')

Match Stats

Liverpool                                                                                                              Manchester City
17(3) Shots (on Goal) 11(3)
10 Fouls 8
4 Corner Kicks 4
0 Offsides 1
49% Time of Possession 51%
1 Yellow Cards 0
0 Red Cards 0
1 Saves 1

Teams

Liverpool Manchester City
25 Pepe ReinaJoe Hart
37 Martin SkrtelVincent Kompany
16 Sebastiรกn CoatesPablo Zabaleta
Glen Johnson28 Kolo Tourรฉ
34 Martin Kelly42 Yaya Tourรฉ
21 Lucas34 Nigel De Jong
24 Joe AllenSamir Nasri
Steven Gerrard13 Aleksandar Kolarov
31 Raheem SterlingJames Milner
Luis Suรกrez45 Mario Balotelli
29 Fabio Borini32 Carlos Tรฉvez
Substitutes
23 Jamie CarragherJoleon Lescott 6
19 Stewart DowningDavid Silva 21
Brad JonesEdin Dzeko 10
Josรฉ EnriqueJack Rodwell 17
Andrew CarrollCostel Pantilimon 30
33 Jonjo ShelveyStefan Savic 15
14 Jordan HendersonAbdul Razak 62
Substitutions
Jonjo Shelvey for Lucas (5)Jack Rodwell for Samir Nasri (60)
Josรฉ Enrique for Martin Kelly (66)Edin Dzeko for Mario Balotelli (62)
Andrew Carroll for Fabio Borini (84)David Silva for James Milner (76)
Yellow Cards
Luis Suรกrez (90)
· Squads: Liverpool | Manchester City

Preview : Game 2 BPL 12/13 - Liverpool vs Manchester City

Written By Unknown on Saturday, August 25, 2012 | 18:23

Seperti musim-musim lalu, setiap kali pertemuan dalam perlawanan kedua EPL musim baru pasti Liverpool akan bertemu pasukan kuat. Jika dua musim berturut-turut yang lalu bertemu dengan pasukan Arsenal, kini Manchester City pula pasukan yang bakal Liverpool tempuhi dalam perlawanan kedua ini.

Berpandukan kisah-kisah perlawanan awal musim lalu, ketika bertemu pasukan seperti Arsenal, Liverpool mampu untuk mencipta kemenangan, maka untuk musim ini juga ia mampu untuk direalisasikan. Walaupun berbeza pasukan dan corak permainan, tetapi bersemangatkan bermain di gelanggang sendiri Stadium Anfield, sudah pasti harapan menang cerah.

Dengan kembalinya Gerrard, Suarez, Skrtel serta Johnson yang direhatkan ketika perlawanan menentang Heart tempoh hari, sudah pasti kecergasan mereka mampu untuk mengimbangi keangkuhan jentera anak-anak buah Mancini. Disamping itu juga Liverpool bakal menampilkan kemunculan pertama kali pemain yang baru dimiliki minggu lalu Aussama Assaidi. Harapannya pemain murah, berkualiti dan digelar Ferrari ini mampu untuk menjaringkan gol dalam penampilam sulongnya nanti.

Tak kisahlah nak menang berapa pun. Yang penting kita mengharapkan kemenangan untuk mengembalikan moral pemain dan peminat akibat sedikit merundum selepas tewas mengejut kepada West Bromwich Albion pada malam raya lalu dengan jaringan yang tak masuk akal. YNWA...

Barisan Kemungkinan Liverpool

REINA
KELLY ~ CARRAGHER - SKRTEL ~ JOHNSON
ALLEN ~ LUCAS ~ GERRARD
ASSAIDI ~ SUAREZ ~ BORINI

LIVERPOOL vs MANCHESTER CITY
Venue: Anfield
Date: 26 August 2012 (Sunday)
Time: 11.00 pm (Malaysia)
Live: Astro Supersport 3 (CH817) & Astro Supersport HD (CH831)

UEFA Cup (play-off) 12/13 - Heart 0-1 Liverpool

Written By Unknown on Friday, August 24, 2012 | 23:13

Dengan merehatkan beberapa pemain seperti Steven Gerrard, Lucas Leiva, Luis Suarez, Martin Skrtel dan Glen Johnson untuk persediaan perlawanan Epl menentang Manchester City Ahad nanti, Liverpool berjaya juga untuk meraih kemenangan dalam pusingan pertama play-off. Menang 1-0 menentang pasukan dari Scotland Heart Of Midlothian ini walaubagaimanapun masih belum memberi keputusan selamat menjelang perlawanan timbal balik di Stadium Anfield pula pada minggu hadapan.

Pada perlawanan ini, Brendan Rodgers lebih memberi peluang kepada tenaga-tenaga muda untuk diserapkan dalam kesebelasan utama dalam memberi pendedahan menjelang jadual padat yang akan diharungi musim ini. Mungkin kita sedikit hampa dengan mutu permainan yang dipamerkan. Borini masih lagi dalam proses penyesuaian. Ramai yang kecewa dengannya apabila gagal menyudahkan peluang depan mata apabila sepakannya hanya menyinggahi tiang gol. Pujian sebenarnya harus diberikan kepada Raheem Sterling kerana nampak kesungguhannya dalam mencipta serangan. Ia diikuti dengan kehadiran Joe Allen pada separuh masa kedua telah menjadikan barisan serangan nampak lebih bermaya.

Gol liverpool terhasil dari kesilapan pertahanan Heart yang telah menjaringkan gol sendiri dikala hantaran Martin Kelly gagal dikuis oleh Borini. Itulah sebenarnya yang sedikit menghampakan kita lagi kerana pemain Liverpool sendiri gagal untuk menyudahkan peluang yang terhidang. Apa pun yang penting ada bekalan yang sedikit memudahkan menjelang perlawanan kedua nanti. Semoga Liverpool mampu dan terus kehadapan dalam musim 2012/2012 ini. YNWA


Game 1 BPL 12/13 - WBA 3-0 Liverpool

Written By Unknown on Monday, August 20, 2012 | 06:17

Malam raya yang musnah bagi peminat-peminat setia Liverpool FC. Perlawanan pembukaan di awal musim yang telah merentap keseronokkan berhari raya pada tahun 2012 ini. Perlawanan yang tidak sepatutnya dilangsungkan ketika peminat setia yang beragama Islam sedang membuat persiapan terakhir menjelang Aidilfitri. Tapi apakan daya, keputusan harus diterima dengan hati terbuka.

Setelah mempamerkan aksi permainan yang menghiburkan ketika perlawanan UEFA Cup 2nd Leg menentang FC Gomel dan Bayern Leverkusen dalam perlawanan persahabatan terakhir, kita telah memberi harapan yang terlalu tinggi terhadap anak-anak buah Brendan Rodgers ini menjelangnya sepak mula perlawanan. Malangnya harapan kita jauh tersasar apabila corak permainan yang dipamerkan sebelum ini jauh sekali ketinggalan.


Debut dari pemain yang baru dimiliki dari Swansea Joe Allen gagal memberi sumbangan yang besar untuk memantapkan barisan tengah Liverpool. Sepatutnya Allen tidaklah perlu diletakkan dalam kesebelasan utama tetapi hanya diberi peluang sebagai pemain gantian memandangkan beliau masih belum serasi lagi dengan teman-teman baru walaupun beliau sendiri adalah bekas anak didik Brendan di Swansea musim lalu. Ini sedikit sebanyak menganggu persefahaman dalam pasukan.

Selain itu juga beberapa keputusan pengadil yang kurang menyenangkan bagi kita dan kem Liverpool. Dua penalti yang tidak sepatutnya diberikan, telah merobek semangat pemain Liverpool dimana Danial Agger telah pun dilayangkan kad Merah walaupun asakan beliau tidaklah seganas mana pun. Bila dikenang2 kembali, untuk 3 pengurus Liverpool yang baru memulakan musim baru mereka dalam liga pasti dipalit kenangan sukar apabila pasti  ada pemain yang dilayangkan kad merah. Ketika permulaan liga dizaman Roy Hodgson, Joe Cole menerima padah dengan layangan kad merah begitu juga Steven Gerrard di bawah Kenny Dalglish dan kini Agger pula di Bawah Brendan.


Permulaan yang buruk tidak semestinya berakhir dengan kegagalan. Anggap sahaja perlawanan awal ini sebagai pengajaran untuk tidak memperlekeh-lekehkan pasukan kelas pertengahan ataupun bawahan. Selepas ini saigan piala Liga Eropah dan menentang Manchester City sedia menanti untuk digalas dengan sebaik mungkin. Apapun diharap kita sebagai peminat setia Liverpool dapat terus memberi kepercayaan penuh kepada Brendan Rodgers untuk memimpin pasukan dengan harapan kejayaan pasti akan tiba kelak. YNWA..


Scoring Summary

West Bromwich Albion Liverpool
Zoltan Gera (43') 
Shane Long (pen miss 60') 
Peter Odemwingie (pen 64') 
Romelu Lukaku (77') 

Match Stats

West Bromwich Albion                                                                                                    Liverpool
18(6) Shots (on Goal) 16(2)
11 Fouls 12
7 Corner Kicks 3
2 Offsides 4
41% Time of Possession 60%
1 Yellow Cards 4
0 Red Cards 1
2 Saves 3

Teams

West Bromwich Albion Liverpool
Ben Foster25 Pepe Reina
Jonas OlssonDaniel Agger
23 Gareth McAuley37 Martin Skrtel
Liam RidgewellGlen Johnson
Steven Reid34 Martin Kelly
Claudio Yacob24 Joe Allen
21 Youssuf Mulumbu21 Lucas
Shane LongLuis Suรกrez
James MorrisonSteven Gerrard
24 Peter Odemwingie29 Fabio Borini
22 Zoltan Gera19 Stewart Downing
Substitutes
13 Boaz MyhillJamie Carragher 23
11 Chris BruntJoe Cole 10
32 Marc-Antoine FortuneBrad Jones 1
10 Yassine El GhanassyAndrew Carroll 9
25 Craig DawsonCharlie Adam 26
20 Romelu LukakuJonjo Shelvey 33
18 Gonzalo JaraJordan Henderson 14
Substitutions
Romelu Lukaku for Shane Long (68)Jamie Carragher for Stewart Downing (60)
Marc-Antoine Fortune for Zoltan Gera (69)Joe Cole for Lucas (69)
Chris Brunt for James Morrison (81)Andrew Carroll for Joe Cole (78)
Yellow Cards
Marc-Antoine Fortune (75)Glen Johnson (42)
 Luis Suรกrez (45)
 Lucas (57)
 Andrew Carroll (90)
Red Cards
 Daniel Agger (58)
· Squads: West Bromwich Albion | Liverpool

Undian UEFA Cup (play-off) - Liverpool vs Heart Of Midlothian

Written By Unknown on Wednesday, August 15, 2012 | 05:27

Heart Of Midlothian? Kelab mana ni. Puaslah saya mencari serta bertanya kepada en. Google. Setelah puas menyelongkar barulah saya ketahui bahawa Kelab "JANTUNG" ini berasal dari negara Scotland.

Nak dikira bagus ke tak pasukan ni, dah tentunya bagus. Kalau tidak masakan boleh mereka melepasi halangan peringkat kelayakkan. Apapun kita harap Liverpool dapat menyelesaikan masalah pasukan ini dengan mudah dan selamat. YNWA..

Friendly 2012/2013 - Liverpool 3-1 Bayer Leverkusen

Written By Unknown on Monday, August 13, 2012 | 03:10

Nampaknya sekali lagi anak-anak buah Brendan Rodgers mengamuk selepas perlawanan menentang FC Gomel pada pagi Jumaat lalu. Kali ini pasukan Bayer Leverkusen yang dibimbing oleh lagenda Liverpool Sami Hyypia menjadi mangsa di gelanggang keramat stadium Anfield. Kemenangan 3-1 sudah memadai untuk membuktikan bahawa pilihan pemilik Liverpool John W. Henry benar-benar tepat memilih Brendan sebagai pengurus.

Walaupun perlawanan ini adalah perlawanan pemanas badan yang terakhir bagi musim baru 12/13 ini, ia sebenarnya telah menjadi petanda aras bahawa segala tektikal dan formasi Brendan mudah dan pantas diterima oleh pemain. Buktinya separuh masa pertama kita dapat lihat apabila pemain-pemain yang diturunkan telah mempamerkan aksi permainan yang memukau. Sistem TIKI TAKA yang dicanangkan telah mula menjadi sebati dalam permainan pasukan Liverpool. Seperti perlawanan tempoh hari, Suarez jugalah yang menjadi mastermind untuk mengkucar kacirkan barisan pertahanan lawan. Tanpa perlu mengambil masa yang lama, minit ke-3 sahaja Sterling telah berjaya menembusi beberapa pemain lawan sebelum melepaskan rembatan cantik untuk menerjah gawang.


Tidak cukup dengan itu, pada minit ke-29 Lucas pula mencatat nama sebagai penjaring gol ke-2. Ia terhasil dari sepakan percuma pendek yang pantas diterima oleh Suarez sebelum berjaya dikuis oleh pertahanan lawan dan terhantar kepada Lucas untuk menghasilkan jaringan mudah. Dominasi kesebelasan pemain pada separuh masa pertama sememangnya amat memukau serta menghiburkan kita.


Separuh masa kedua Brendan telah membuat 5 pertukaran. Memasukkan Charlie Adam, Henderson, Carroll, J. Spearing dan Robinson untuk menggantikan Gerrard, Downing, Suarez, Lucas dan Enrique menjadikan permainan Liverpool agak sedikit perlahan. Hantaran-hantaran pendek telah bertukar kepada hantaran jauh dan ini membuatkan pemain Bayer Leverkusen kembali mendapat rentak untuk menjadikan perlawanan kembali seimbang. Walaupun perlahan, Carroll kembali mencuri tumpuan apabila rembatan derasnya gagal ditampan kemas oleh penjaga gol Leverkusen sebelum menerjah gawang.


Kesilapan lama kembali berulang. Seperti biasa pertahanan akan mula goyah apabila barisan tengah gagal mengemudi perlawanan dengan baik. Kesilapan Carragher membuatkan Sidney Sam berjaya mencuri peluang untuk membuat rembatan deras dikala Reina tidak mampu untuk berbuat tindakan susulan untuk menghasilkan jaringan tunggal Leverkusen.

Secara keseluruhannya walaupun separuh masa kedua agak perlahan dan bermain hantaran jauh, ia sebenarnya adalah baik kepada pasukan dalam mempelbagaikan corak permainan mengikut kesesuaian pasukan lawan yang bakal ditempuhi. Walaupun begitu corak permainan TIKI TAKA pada separuh masa pertama adalah yang paling terbaik dalam penguasaan bola sepak moden ini. Apapun seminggu lagi pasukan Liverpool akan memulakan kempen liga Premier dengan berkunjung ke stadium The Howthorns untuk menentang pasukan West Bromwich Albion. Adakah Liverpool mampu untuk meneruskan penguasaan dalam liga. Sama-sama kita tunggu dan mengharap agar segala impian tercapai. YNWA.


Pepe Reina - Martin Kelly, Sebastian Coates, Jamie Carragher, Jose Enrique (Robinson), Stewart Downing (Jordan Henderson), Steven Gerrard (Charlie Adam), Jonjo Shelvey, Lucas Leiva (J. Spearing), Raheem Sterling, Luis Suarez (Andrew Carroll).






Preview : Friendly 12/13 - Liverpool vs Bayer Leverkusen

Written By Unknown on Sunday, August 12, 2012 | 12:57

Siri saingan untuk perlawanan pra musim baru 2012/2013 ini akan ditamatkan dengan perlawanan terkhir yang bakal dilangsungkan pada malam nanti. Tiga perlawanan telah berlangsung dalam siri jelajah Amerika penghujung bulan lalu, manakala yangh terakhir akan berlangsung di Anfiled menentang pasukan Bayer Leverkusen.

Apa yang menariknya berkenaan pasukan Bayer Leverkusen ini adalah dimana kunjungan kali ini membabaitkan pengurus pasukan mereka tidak lain lagi ialah lagenda Istanbul 2005 kita Sami Hypia. Selepas meninggalkan Liverpool pada musim 2009-2010 untuk ke kelab Leverkusen ini, beliau telah menjadi pemain selama dua musim disana sebelum menjadi pengurus sejak awal tahun ini lagi. Sudah pasti kembalinya Sami Hypia ke Anfield pada malam ini akan mengembalikan nostalgianya bersama Liverpool selama 10 musim (1999-2009).

Untuk perlawanan malam ini, berkemungkinan besar pada kesebelasan utamanya Brendan Rodgers akan lebih menguna pakai tenaga muda untuk membuktikan kebolehan masing-masing. Sterling, Jonjo Shelvey, Martin Kelly akan diberi kepercayaan dalam meningkatkan prestasi masing-masing sebelum mengalas tugas pada situasi perlawanan sebenar. 

Sebenarnya perlawanan pelengkap cuti rehat ini (walaupun sebenarnya dah lama bertugas) bukanlah kita mengharapkan kemenangan. Sebaliknya keserasian dan persefahaman antara pemain adalah amat penting dalam menghadapi hari-hari terakhir seblum bermulanya liga Premier. Jika tidak silap, pemain yang baru dimiliki oleh Liverpool Joe Allen akan diturunkan pada perlawanan malam ini. Tapi tiada masalah pun siapa yang nak diturunkan oleh BR. Apa yang penting kita nak menyaksikan lagi corak permainan yang menghiburkan seperti yang dihidangkan semasa pertemuan dengan FC gomel pagi jumaat lalu. 


Joe Allen - Jejaka idaman British.

Setelah sekian lama spekulasi serta tarik menarik mengenai perpindahan Joe Allen ni, akhirnya semalam sudah sah Joe Allen menjadi milik Liverpool setelah cergas dan sihat dalam ujian kesihatan serta sign kontrak.


Allen yang telah dicuri dari Swansea City sememangnya menjadi pilihan utama Brendan memandangkan kebolehan serta kepakarannya mengemudi barisan tengah. Selain bekas anak buahnya semasa di Swansea, corak permainan Allen ini seakan2 sama seperti Iniesta. Sememangnya teramatlah sesuainya dengan corak "TIKI TAKA" yang bakal diguna pakai dalam strategi Branden dalam musim baru ini nanti.


Dengar cerita yuran perpindahannya sekitar 15juta. Tapi yang gelaknya nilai sebegitu menjadi pertikaian si Alex Fuckinson. Bayaran yang tidak setanding dengan usia dan kebolehan. Lantak pi ler pun Brendan nak beli sapa. Buka kasi perabih duit hang pun. Dasar bapak setan, memang haram jadah. hahhahahha



Bellamy kembali semula ke Cardiff City

Written By Unknown on Saturday, August 11, 2012 | 22:37

Begitulah kehidupan Craig Bellamy, memang sukar untuk berada disesebuah kelab dengan jangka masa yang panjang. Hanya semusim berada di Anfield, beliau telah mengambil keputusan untuk kembali ke kelab asalnya iaitu Cardiff City. Memandangkan orang penting yang membawanya ke Anfield dulu juga telah lama dipecat, maka tiada tempat bergantug lagi untuk menjadi pemain utama memandangkan usianya juga semakin jauh meningkat.


Seperti sudah merasai kehadiran pengurus baru Brendan Rodgers ini menjadikannya bukan pemain pilihan dalam strategi beliau, baik cari tempat yang lebih selamat dari digelar kuda tua penghabis beras. Tetapi bagi SG, setua2 Bellamy ni, masih lagi menguntungkan kalau dibela pun. Masakan tidak, walaupun di Liverpool beliau telah berkhidmat selama dua musim, 2006-2007, 2011-2012 tetapi beliau telah pun berjaya menjaringkan 18 gol dari 79 perlawanan. Mungkin dari segi jaringan memang nampak kurang berkesan, tetapi bila dikira dari segi punca sumbangan untuk kawan2 menjaringkan gol (asist), memang banyak ler gak.


Pe pun, selamat jalan dan selamat maju jaya diucapkan  keatas beliau. Maka hanya tinggal Carragher sahaja kuda tua yang masih dan terus berkhidmat bersama Liverpool. Abang Long Gerrard pun dah boleh dikira boleh join Carragher the geng. Dipendekkan cerita buatlah production untuk melahirkan bakat2 muda sebagai persediaan untuk jangka masa panjang. hehehehe...

Steven Gerrard - 150 gol bersama Liverpool

Written By Unknown on Friday, August 10, 2012 | 14:57

Siapa yang tak tengok perlawanan awal pagi tadi memang rugi besar rasanya. Selain jaringan sulong Fabio Borini semenjak menyarung jersi Liverpool bulan lalu, Abang Long Gerrard pula telah berjaya menjaringkan gol yang ke 150 peribadinya selama bersama Liverpool. Hebat tak abang long kita ni.

Walaupun kita boleh mengatakan gol Gerrard pada perlawanan pagi tadi adalah seperti pejam mata pun boleh score, tapi seharusnya penghargaan tinggi diberikan untuk menaikkan semangat pada musim baru yang penuh mencabar ini.


Selain itu juga Carragher telah pun mendapat anugerah sewaktu sebelum berlangsungnya perlawanan pagi tadi. Anugerah ini diberi diatas penampilan yang ke 700 Carragher dalam kesebelasan utama Liverpool. Sememangnya Carragher ni otai dan bukan lalang ler. Harap bakal ramai lagi pemain yang mampu mengikut jejak seperti Carragher dan juga Gerrard ini.


p/s: Berbaktilah selagi anda mampu untuk mengubahnya.

UEFA Cup - Liverpool 3-0 FC Gomel

Senyum... Tak perlu kata apa-apa. Itulah ayat-ayat yang telah terkeluar pada waktu pagi selepas menyaksikan corak permainan pasukan Liverpool yang cukup menghiburkan. Menang 3-0 melalui jaringan pemain baru Liverpool, Fabio Borini, Steven Gerrard dan Glen Johnson sudah terlebih cukup untuk melayakkan Liverpool ke saingan play off kejohanan Liga UEFA musim 2012/2013 ini dengan agregat 4-0 mengalahkan FC Gomel.

Mastermind Liverpool pada pagi tadi sudah tentulah Luis Suarez yang telah berjaya memberi sumbangan besar dalam memperbodohkan pertahanan FC Gomel. Jika perlawanan sebelum ini, walaupun menang tipis, tapi harapan kita jauh tersasar memandangkan corak permainan yang membuatkan kita hilang sabar dan boleh mengurangkan pahala puasa kita. Tapi pagi tadi, boleh dikatakan 100% corak permainan liverpool sudah berubah. "TIKI TAKA" sudah menampakkan 50% mula dipratikkan. Walaupun masih banyak long ball dari short ball, tetapi perubahan ketara telah mula ditunjukkan oleh kesebelasan pemain Liverpool ini.


Borini telah membuktikan bahawa beliau bakal menjadi gandingan yang mantap, serasi dan digeruni bersama Suarez dan Gerrard pada musim ini. Tidak sampai seminggu berlatih bersama Suarez yang baru pulang dari kem PLKN untuk Olimpik, keserasian mula terpancar dan ini bakal memberi amaran awal kepada musuh-musuh lain.

Apa yang lebih menggembirakan, kehadiran Joe Allen di Anfiled untuk menyaksikan perlawanan ini. Bila dah muncul sudah tentulah nak medical dan seterusnya sign kontrak. Semakin mantaplah barisan tengah Liverpool. Tunggu sahaja pengumuman yang bakal dibuat pada hari ini nanti.

So malas dah nak puji melambung-lambung tinggi di peringkat awal ni. Takut hanya pada peringkat permulaan saja gah, tapi layu dilambung ombak liga nanti. Apa yang pasti, sekiranya corak permainan begini dipersembahkan sehingga hujung musim ini, confirm kelompok 4 terbaik liga dalam genggaman. Dapat juara EPL lagilah bersyukur yang amat sangat. Harap badi tiang dan palang seperti musim lalu dah tak menjadi nanh untuk musim baru ni walaupun Gerrard telah membuat rekod pertama terkena tiang pada perlawanan ini. Harap itu yang pertama dan terakhir.

p/s: jangan panas macam taik ayam sudahlah. Harap BR buat sesuatu yang lebih baik dari yang terbaik seperti semalam. YNWA..


Scoring Summary

Liverpool Gomel
Fabio Borini (21')
Steven Gerrard (41')
Glen Johnson (72')

Teams

Liverpool Gomel
25 Pepe Reina1 Vladimir Bushma
Glen Johnson13 Dmitri Klimovich
Daniel Agger25 Igor Kuzmenok
37 Martin SkrtelNikolai Kashevsky
Josรฉ EnriqueSergey Matveichik
Steven Gerrard2 Igor Voronkov
19 Stewart Downing8 Illya Aleksiyevich
21 Lucas26 Tomasz Nowak
33 Jonjo Shelvey7 Sergei Kozeka
Luis Suรกrez32 Dmitry Platonov
29 Fabio BoriniAleksandr Alumona
Substitutes
Brad JonesAndrei Sakovich 16
23 Jamie CarragherPavel Kirilchik 5
34 Martin KellyPavel Yevseyenko 10
26 Charlie AdamEsequiel Palomeque 92
20 Jay SpearingNikolai Lipatkin 19
14 Jordan HendersonDenis Yakhno 17
Andrew CarrollAndrey Sheryakov 11
Substitutions
Charlie Adam for Jonjo Shelvey (76)Nikolai Lipatkin for Tomasz Nowak (62)
Jamie Carragher for Martin Skrtel (76)Pavel Kirilchik for Sergei Kozeka (74)
Jay Spearing for Lucas (86)Pavel Yevseyenko for Dmitri Klimovich (85)
Yellow Cards
Jonjo Shelvey (59)
· Squads: Liverpool | Gomel


UEFA Cup - 3rd round 2nd leg - Liverpool vs FC Gomel

Written By Unknown on Thursday, August 9, 2012 | 13:09

Menjelang awal pagi esok, Liverpool sekali lagi akan diuji oleh skuad kerdil pada nama tapi hakikatnya liat mengalahkan daging ayam pencen. Itulah FC Gomel, pasukan yang berasal dari negara Belarus telah berjaya memporak perandakan kesebelasan pemain Liverpool sewaktu perlawanan pertama minggu lalu walaupun keputusan perlawanan tersebut di menangi oleh Liverpool dengan 1-0.

Kita berasa sedikit lega dengan kehadiran kembali ke kem latihan pemain-pemain utama Liverpool seperti Luis Suarez, Sebastian Coates dan juga Pepe Reina dari mewakili negara dalam skuad olimpik serta cuti rehat yang panjang. Tetapi persoalannya, mampukah mereka-mereka ini memberi semangat baru kepada pasukan.

Seperti yang kita ketahui, pada perlawanan pertama minggu lalu, barisan tengah serta jentera serangan kita terlalu lemah sehingga mudah untuk diperkotak katikkan oleh pemain Gomel. Jika tidak kerana kehebatan Skrtel serta kapten perlawanan Carragher, sudah pasti Liverpool akan pulang hampa pada perlawanan tersebut.

Sewaktu liga Premier sudah menghampiri datelinenya, skuad bimbingan Branden Rodgers ini sebenarnya masih lagi tercari-cari formula dan formasi serta gandingan yang sesuai untuk diketengahkan. Janganlah nak mengharapkan permainan Tiki Taka yang digebang2kan. Ini kerana corak permainan sedemikian tidaklah semudah yang disangka untuk direalisasikan. SG rasa paling cepat pun boleh mempratikkan sistem permainan tersebut ialah pada pertengahan musim. Itu pun seandainya pemain dapat menyesuaikan corak permainan yang diterapkan oleh Brendan Rodgers dengan pantas. Kalau tidak lebih baik kita mempercayai untuk Liverpool bermain seperti corak asal.

Apapun pagi esok, ramai kembali tersenyum apabila ASTRO akan menayangkan perlawanan ini secara langsung di Channel 811 pada jam 03:00 pagi. Maklumlah minggu lepas ramai yang tak dapat nak tengok melainkan live streaming saja. Yang penting esok hanya kemenangan bergaya mampu membawa Liverpool untuk mara ke pusingan Play Off. Good Luck Liverpool. YNWA

p/s: Dah lama sangat tak menulis, kepala otak berkarat, ayat pun macam hampeh je. Sorry ye kawan2. Baru nak cari masa dan mood kembali untuk mengarang.

Yogjakarta - Mengeratkan persaudaraan yang jauh terpisah

Written By Unknown on Thursday, July 19, 2012 | 02:55

Salam kepada semua pengujung-pengunjung setia blog SG ini. Dah lama betul rasanya tak menulis kat sini akibat terlalu sibuk dengan aktiviti page Kelab Peminat Liverpool Malaysia (KPLM). Malah bukan sahaja blog SG ni yang tersadai, malah nak update blog page KPLM juga tersangkut kerana masa tidak mengizinkan. So untuk kali ini, SG ingin kongsikan sedikit pengalaman melawat negara jiran dalam misi mengeratkan kembali talian persaudaraan yang semakin jauh terpisah.

Baru-baru ni pada 12/07/2012 lalu, SG bersama ayah dan anak buah berkesempatan untuk mengunjungi saudara yang jauh berada di Tanah Jawa Indonesia. Dengan menggunakan pesawat AK 1324 milik Air Asia, maka perjalanan seawal jam 7 pagi bermula meninggalkan bumi tercinta Malaysia untuk menuju kedestinasi bandar Yogjakarta yang terkenal dengan kisah gunung berapinya. Perjalanan yang mengambil masa 2 setengah jam, selamat tiba di lapangan terbang Adi Sucipto jam 8:30 pagi waktu Indonesia Barat (WIB).

Pintu gerbang di Lapangan Terbang Adi Sucipto, Yogjakarta

Selepas melepasi pemeriksaan Imegresen dan kastam, SG terus dijemput oleh mak saudara dan sepupu yang sedia menanti di luar. Nasib baik Ayah SG sudah pernah datang kesini dua kali sebelum ini, jadi tidak bermasalah untuk kami bertemu dengan mereka. Ooo ye, sebenarnya inilah kali pertama SG datang melawat saudara disini jadi sedikit kekok dengan budaya kehidupan disini. Seterusnya dengan menaiki kereta Toyota Avanza, kami meninggalkan bandar Yogja untuk menuju ke desa saudara mara ini sejauh hampir 100 KM yang memakan masa lebih dari 2 setengah jam.

Inilah Ruman bapa saudaraku Wak Samadi dan Bibik Siros

Gembira memilih baju bundle yang kami bawa dari Malaysia

Ruang dapur memasak, SG pernah rasa kesusahan ini, korang ada?

Keadaan toilet yang mengerikan. Ada berani?

Sememangnya sebelum kesini SG dah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal ditempuhi. Kedaifan kehidupan saudara-saudara SG ini, sedikit sebanyak telah banyak memberi keinsafan kepada diri ini serta mengamit kenangan indah sewaktu berada dizaman-zaman sukar di Malaysia 30 tahun yang lalu.Menyusuri kawasan kampung yang damai lagi menenangkan jiwa yang berserabut. Sampai dirumah kami disambut dengan pelukkan oleh ahli keluarga disini yang telah lama menanti. Seperti biasa sesi untuk hari pertama sudah tentulah sesi beramah mesra serta mengingati kembali salahsilah keturunan kami serta meninjau-ninjau keadaan kampung disekitar rumah.

Hari kedua, disebabkan kesihatan ayah SG yang kurang memuaskan, hanya SG dan anak buah dibawa ke pekan kecil yang diberi nama Kutowingun. Terlupa pula nak bagi tahu kampung saudara SG ini diberi nama Jlegiwinangun dimana pekan besarnya adalah bernama Kebumen. Kampung yang terletak 3 KM jauh kedalam dari jalan utama Yogjakarta ke Bandung membuatkan sedikit kesukaran bagi SG untuk menjelajah keluar dari kampung ini. Dengan menaiki beca kepunyaan saudara SG, kami dibawa ke pekan kecil Kutowinangun untuk melihat pembangunan serta pasar harian yang terdapat disitu. Untuk membeli belah, memang boleh anda lupakan sahaja disini. Ini kerana tiada apa yang boleh menarik minat untuk duit dihabiskan. Dengan meronda-ronda disini, hanya beberapa helai kain batik dan emping melinjo yang dibeli sebagai buah tangan untuk dibawa ke Malaysia nanti. Cuma yang sedikit kecewa, SG tak dapat nak ambil gambar banyak sikit dipekan ini akibat kamera tertinggal dirumah yang ada pun tab 7.7 SG. Bukan tak boleh nak ambil gambar guna tab ni, tapi memandangkan tab ni sedikit mewah bagi orang2 disini, membuatkan SG takut untuk sentiasa menunjuk untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tak baik berlaku. Bayangkan ketika SG membeli kad broadband disini pun, tuan kedai ni nak menggunakan tab ni pun banyak bertanya kepada SG. Jadi tidakkah ia merbahaya. Di pekan network "AXIS" untuk melayari internet memang terbaik. Tapi bila samapi dirumah, terus apa pun tak boleh. Nasib baik talian telefon masih ada lagi.

Sekitar pasar basah di pekan Kutowinangun

Empeng dan makanan lain dari hasim penduduk setempat

Kudaku lari gagah berani dan bas mini yang comel. 

Sesi petangnya pula selepas pulan dari pekan ini, SG dibawa meredah kawasan kebun tanaman tembakau serta sawah padi bukit yang dimiliki oleh sepupu SG ini. Dengan berlatar belakangkan pemandangan bukit bukau serta terusan, sememangnya sejuk mata memandang dimana suasana disini sememangnya amat sukar untuk diperolehi di Malaysia. Mana tak sukarnya, nak dapat sekodeng anak2 desa mandi diterusan serta membasuh pakaian memang tak dapatnya nak lihat dinegeri maju seperti Selangor. Cuma yang kurang seronoknya nak cuci-cuci mata disini melihat anak2 dara kampung bersiar-siar memang terlalu sukar kerana kebanyakan anak2 muda disini semuanya telah keluar mencari rezeki dibandar2 seperti Jakarta dan Bandung.

Menyabit rumput untuk diberi makan lembu peliharaan

Terkenang semasa dulu...

Sekolah berlatar belakangkan terusan

Besar2 ni je awek2 yang ada. huhuhuhu

membasuh pakaian diterusan

Waktu malam disini, terlalu sunyi kerana tiada aktiviti yang boleh menarik minat untuk mereka keluar. Tiada kedai minum seperti di Malaysia yang dibuka pada waktu malam malah siang pun tidak banyak. Ini kerana mengikut sumber maklumat, penduduk disini tidak berminat untuk minum2 & lepak2 (medang bagi istilah jawa) melainkan hanya minum dirumah sahaja. Ini adalah disebabkan masalah kewangan yang membebankan mereka untuk membazir dengan minum2 diwarung. Diwaktu malam juga seawal jam 8 malam  (9 malam waktu Malaysia) kesejukkan mula terasa menyelubungi badan dan anda sendiri boleh bayangkan bagaimana sejuknya mengigilnya selepas tengah malam. Apa yang pasti waktu malam sudah pasti jeket menyelubungi badan SG ini.

Untuk pengetahuan rumah-rumah disini kesemuanya diperbuat dari batu. 90% dari bahan serta kelengkapan membuat rumah derta aksesori adalah dari buatan tangan sendiri. Batu bata, tiang penyokong bumbung, tingkap serta perabut dirumah dibuat sendiri dengan menggunakan kayu jati, buluh serta kayu-kayu lain yang terdapat dihutan berdekatan. Yang mengejutkan SG, tak sangka batang pokok kelapa dijadikan tiang untuk menyokong bumbung rumah. Kesusahan hidup membuatkan mereka lebih kreatif untuk menghasilkan sesuatu. Jadi tak hairanlah dengan saiz rumah sebesar 20 x 60 kos membuatnya hanya mencecah IRP15 juta lebih (lebih kurang RM5 ribu). Kalu di Malaysia RM5 ribu tu hanya boleh nak buat jamban je kot. huhuhuhu

Rumah sebesar ini kosnya hanya sekitar RP15 juta (RM5 ribu)

Rumah bekas peninggalan boyot ku yang telah diubah suai.

Tanah yang dicampur dengan sekam padi dijadikan batu bata untuk membuat rumah

ni memang dah cukup kaya. (ownernya dulu bekerja di Malaysia)

Sekolah agama dan masjid desa.

Pejabat ketua kampung

Kat sini kalau dah ada basikal pun kira cukup bagus. Apatah lagi ada motorsikal, memang orang dah respek.  Mobil (kereta), rasanya hanya 2,3 buah je kat kampung ni. Jadi bila nak guna mobil-mobil ni, sudah pastilah kadar sewaannya melambung tinggi. Bayangkan untuk mengambil dan menghantar SG ke bandar Yogja sejauh 100 km ini pun, saudara terpaksa membayar IRP1 juta (RM345). Memang gila. Jadi dipendekkan cerita SG lebih suka untuk berjalan kaki untuk merayau2 disekitar kampun ini. Bila dibagi pilihan nak pergi rumah saudara yang lain nak guna jalanraya atau shortcut, SG lebih senang lalu shortcut dimana melalui jalan2 tikus dalam kebun yang melewati dapur rumah orang. Memang terasa sangat suasana semasa SG kecil-kecil dulu. Pengalaman yang amat berharga bagi SG disini.

Seronok dapat naik beca

gaya je lebih ni. Kalau bawa orang nak kayuh memang tak larat.

penuh anak2 desa atas lori. Bukan senang dia orang nak merasa naik.

Paling terharu, bila SG berkesempatan untuk menziarahi pusara boyot SG. Ada ke yang tak tahu boyot tu apa. Kalau tak tahu, boyot itu adalah atok kepada ayah SG. Jadi bila dah level SG ni, kena ler panggil boyot. Tapi bila level anak buah SG ni, nak panggil apa yer. Jika arwah boyot SG ni masih hidup, pasti beliau merasa sedih gila apabila keturunannya yang ke-4 (level anak buah) datang menziarahinya. Bukan senang nak dapat mencari asal usul keturunan ni. Tapi jika niat disertakan dengan usaha mencari, InsyAllah akan bertemu juga.

TARMUJI (boyot) -> SINAN (nenek) -> JOBRI (AYAH) -> SG (aku ler) -> Hafiz (Anak Buah)

Selama 4 hari menjadi warga desa Jlegiwinagun ini, maka selepas waktu subuh pada pagi Isnin 16/07/2012 lalu, dengan kesedihan SG merelakan perpisahan yang terjalin sementara untuk kembali pulang ketanah air. Sekali lagi SG berpelukan dengan bapa saudara, ibu saudara serta sepupu-sepupu dengan mengharapkan kami masih sempat lagi melawat mereka dimasa akan datang. Anak-anak kecil sepupu SG nampak terlalu sedih dengan kepulangan SG ini. Mana taknya anak2 kecil ini merasa mereka seperti anak SG sendiri akibat mendapat layanan istimewa dari SG. SG belikan jajan, dan macam-macam lagi untuk mereka dan dengan ikhlas sebelum pulang SG hulurkan IRP100 ribu seorang kepada 2 orang anak kecil ini untuk perbelanjaan mereka. Bukan apa sedih hati bila dapat tahu belanja sekolah mereka sekadar IRP1 ribu (34 sen) untuk sekolah sesi pagi dan IRP1 ribu juga untuk sesi petang. Kalau anak2 di Malaysia, tak dapat RM2 satu sesi persekolahan, memang mogok ler nampaknya.

Bergambar kenangan bersama keluarga emak saudaraku.

Habis ayam kena sembelih untuk menjamu kami. hahahaha

Emak saudaraku....

Anak dua pupuku. ehh betul ker sebutan ni?

Sedapnya makan.

Jadi kesimpulannya SG gembira disini kerana banyak mengimbau zaman-zaman susah keluarga SG masa lalu. Jika berkesempatan SG akan datang lagi bersama ahli keluarga lain yang teringin untuk kembali kezaman sukar seperti dulu. Bagi anak buah SG, di dah surender nak datang lagi. Maklumlah, zaman kelahirannya, semua dah ada. Jadi dengan tidak pernah merasa kehidupan yang susah membuatkan mereka cepat bosan akibat tiada apa2 hiburan yang boleh dibanggakan untuk dicerita kepada teman2nya. Semoga kita bertemu lagi. Mudah2han Allah mengizinkan.

Comel2kan. 

p/s: Jauh perjalanan luas pemandangan. Walaupun dengan kemudahan terkini yang ada, masih terasa jauhnya perjalanan ke kampung halaman nenek SG ini. Sampai sekarang masih terfikir, apa le pengangkutan mereka sewaktu hendak merantau ke Tanah Melayu di waktu sebelum zaman perang Jepun lagi mereka dah kesini. Andai katalah mereka tak jadi kesini, nampaknya warga negara aku sudah tentulah Indonesia. Huhuhuhu. Jasamu tetap dikenang. Thanks atuk dan nenekku kerana berani merantau meninggalkan kampung halaman demi mencari rezeki dan kehidupan baru di bumi orang.

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger