Setelah mempamerkan aksi permainan yang menghiburkan ketika perlawanan UEFA Cup 2nd Leg menentang FC Gomel dan Bayern Leverkusen dalam perlawanan persahabatan terakhir, kita telah memberi harapan yang terlalu tinggi terhadap anak-anak buah Brendan Rodgers ini menjelangnya sepak mula perlawanan. Malangnya harapan kita jauh tersasar apabila corak permainan yang dipamerkan sebelum ini jauh sekali ketinggalan.
Debut dari pemain yang baru dimiliki dari Swansea Joe Allen gagal memberi sumbangan yang besar untuk memantapkan barisan tengah Liverpool. Sepatutnya Allen tidaklah perlu diletakkan dalam kesebelasan utama tetapi hanya diberi peluang sebagai pemain gantian memandangkan beliau masih belum serasi lagi dengan teman-teman baru walaupun beliau sendiri adalah bekas anak didik Brendan di Swansea musim lalu. Ini sedikit sebanyak menganggu persefahaman dalam pasukan.
Selain itu juga beberapa keputusan pengadil yang kurang menyenangkan bagi kita dan kem Liverpool. Dua penalti yang tidak sepatutnya diberikan, telah merobek semangat pemain Liverpool dimana Danial Agger telah pun dilayangkan kad Merah walaupun asakan beliau tidaklah seganas mana pun. Bila dikenang2 kembali, untuk 3 pengurus Liverpool yang baru memulakan musim baru mereka dalam liga pasti dipalit kenangan sukar apabila pasti ada pemain yang dilayangkan kad merah. Ketika permulaan liga dizaman Roy Hodgson, Joe Cole menerima padah dengan layangan kad merah begitu juga Steven Gerrard di bawah Kenny Dalglish dan kini Agger pula di Bawah Brendan.
Permulaan yang buruk tidak semestinya berakhir dengan kegagalan. Anggap sahaja perlawanan awal ini sebagai pengajaran untuk tidak memperlekeh-lekehkan pasukan kelas pertengahan ataupun bawahan. Selepas ini saigan piala Liga Eropah dan menentang Manchester City sedia menanti untuk digalas dengan sebaik mungkin. Apapun diharap kita sebagai peminat setia Liverpool dapat terus memberi kepercayaan penuh kepada Brendan Rodgers untuk memimpin pasukan dengan harapan kejayaan pasti akan tiba kelak. YNWA..
Scoring Summary
West Bromwich Albion | Liverpool |
---|---|
Zoltan Gera (43') | |
Shane Long (pen miss 60') | |
Peter Odemwingie (pen 64') | |
Romelu Lukaku (77') |
Match Stats
18(6) | Shots (on Goal) | 16(2) |
11 | Fouls | 12 |
7 | Corner Kicks | 3 |
2 | Offsides | 4 |
41% | Time of Possession | 60% |
1 | Yellow Cards | 4 |
0 | Red Cards | 1 |
2 | Saves | 3 |
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !