Headlines News :
.
Home » , , , » Yogjakarta - Mengeratkan persaudaraan yang jauh terpisah

Yogjakarta - Mengeratkan persaudaraan yang jauh terpisah

Written By Unknown on Thursday, July 19, 2012 | 02:55

Salam kepada semua pengujung-pengunjung setia blog SG ini. Dah lama betul rasanya tak menulis kat sini akibat terlalu sibuk dengan aktiviti page Kelab Peminat Liverpool Malaysia (KPLM). Malah bukan sahaja blog SG ni yang tersadai, malah nak update blog page KPLM juga tersangkut kerana masa tidak mengizinkan. So untuk kali ini, SG ingin kongsikan sedikit pengalaman melawat negara jiran dalam misi mengeratkan kembali talian persaudaraan yang semakin jauh terpisah.

Baru-baru ni pada 12/07/2012 lalu, SG bersama ayah dan anak buah berkesempatan untuk mengunjungi saudara yang jauh berada di Tanah Jawa Indonesia. Dengan menggunakan pesawat AK 1324 milik Air Asia, maka perjalanan seawal jam 7 pagi bermula meninggalkan bumi tercinta Malaysia untuk menuju kedestinasi bandar Yogjakarta yang terkenal dengan kisah gunung berapinya. Perjalanan yang mengambil masa 2 setengah jam, selamat tiba di lapangan terbang Adi Sucipto jam 8:30 pagi waktu Indonesia Barat (WIB).

Pintu gerbang di Lapangan Terbang Adi Sucipto, Yogjakarta

Selepas melepasi pemeriksaan Imegresen dan kastam, SG terus dijemput oleh mak saudara dan sepupu yang sedia menanti di luar. Nasib baik Ayah SG sudah pernah datang kesini dua kali sebelum ini, jadi tidak bermasalah untuk kami bertemu dengan mereka. Ooo ye, sebenarnya inilah kali pertama SG datang melawat saudara disini jadi sedikit kekok dengan budaya kehidupan disini. Seterusnya dengan menaiki kereta Toyota Avanza, kami meninggalkan bandar Yogja untuk menuju ke desa saudara mara ini sejauh hampir 100 KM yang memakan masa lebih dari 2 setengah jam.

Inilah Ruman bapa saudaraku Wak Samadi dan Bibik Siros

Gembira memilih baju bundle yang kami bawa dari Malaysia

Ruang dapur memasak, SG pernah rasa kesusahan ini, korang ada?

Keadaan toilet yang mengerikan. Ada berani?

Sememangnya sebelum kesini SG dah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal ditempuhi. Kedaifan kehidupan saudara-saudara SG ini, sedikit sebanyak telah banyak memberi keinsafan kepada diri ini serta mengamit kenangan indah sewaktu berada dizaman-zaman sukar di Malaysia 30 tahun yang lalu.Menyusuri kawasan kampung yang damai lagi menenangkan jiwa yang berserabut. Sampai dirumah kami disambut dengan pelukkan oleh ahli keluarga disini yang telah lama menanti. Seperti biasa sesi untuk hari pertama sudah tentulah sesi beramah mesra serta mengingati kembali salahsilah keturunan kami serta meninjau-ninjau keadaan kampung disekitar rumah.

Hari kedua, disebabkan kesihatan ayah SG yang kurang memuaskan, hanya SG dan anak buah dibawa ke pekan kecil yang diberi nama Kutowingun. Terlupa pula nak bagi tahu kampung saudara SG ini diberi nama Jlegiwinangun dimana pekan besarnya adalah bernama Kebumen. Kampung yang terletak 3 KM jauh kedalam dari jalan utama Yogjakarta ke Bandung membuatkan sedikit kesukaran bagi SG untuk menjelajah keluar dari kampung ini. Dengan menaiki beca kepunyaan saudara SG, kami dibawa ke pekan kecil Kutowinangun untuk melihat pembangunan serta pasar harian yang terdapat disitu. Untuk membeli belah, memang boleh anda lupakan sahaja disini. Ini kerana tiada apa yang boleh menarik minat untuk duit dihabiskan. Dengan meronda-ronda disini, hanya beberapa helai kain batik dan emping melinjo yang dibeli sebagai buah tangan untuk dibawa ke Malaysia nanti. Cuma yang sedikit kecewa, SG tak dapat nak ambil gambar banyak sikit dipekan ini akibat kamera tertinggal dirumah yang ada pun tab 7.7 SG. Bukan tak boleh nak ambil gambar guna tab ni, tapi memandangkan tab ni sedikit mewah bagi orang2 disini, membuatkan SG takut untuk sentiasa menunjuk untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tak baik berlaku. Bayangkan ketika SG membeli kad broadband disini pun, tuan kedai ni nak menggunakan tab ni pun banyak bertanya kepada SG. Jadi tidakkah ia merbahaya. Di pekan network "AXIS" untuk melayari internet memang terbaik. Tapi bila samapi dirumah, terus apa pun tak boleh. Nasib baik talian telefon masih ada lagi.

Sekitar pasar basah di pekan Kutowinangun

Empeng dan makanan lain dari hasim penduduk setempat

Kudaku lari gagah berani dan bas mini yang comel. 

Sesi petangnya pula selepas pulan dari pekan ini, SG dibawa meredah kawasan kebun tanaman tembakau serta sawah padi bukit yang dimiliki oleh sepupu SG ini. Dengan berlatar belakangkan pemandangan bukit bukau serta terusan, sememangnya sejuk mata memandang dimana suasana disini sememangnya amat sukar untuk diperolehi di Malaysia. Mana tak sukarnya, nak dapat sekodeng anak2 desa mandi diterusan serta membasuh pakaian memang tak dapatnya nak lihat dinegeri maju seperti Selangor. Cuma yang kurang seronoknya nak cuci-cuci mata disini melihat anak2 dara kampung bersiar-siar memang terlalu sukar kerana kebanyakan anak2 muda disini semuanya telah keluar mencari rezeki dibandar2 seperti Jakarta dan Bandung.

Menyabit rumput untuk diberi makan lembu peliharaan

Terkenang semasa dulu...

Sekolah berlatar belakangkan terusan

Besar2 ni je awek2 yang ada. huhuhuhu

membasuh pakaian diterusan

Waktu malam disini, terlalu sunyi kerana tiada aktiviti yang boleh menarik minat untuk mereka keluar. Tiada kedai minum seperti di Malaysia yang dibuka pada waktu malam malah siang pun tidak banyak. Ini kerana mengikut sumber maklumat, penduduk disini tidak berminat untuk minum2 & lepak2 (medang bagi istilah jawa) melainkan hanya minum dirumah sahaja. Ini adalah disebabkan masalah kewangan yang membebankan mereka untuk membazir dengan minum2 diwarung. Diwaktu malam juga seawal jam 8 malam  (9 malam waktu Malaysia) kesejukkan mula terasa menyelubungi badan dan anda sendiri boleh bayangkan bagaimana sejuknya mengigilnya selepas tengah malam. Apa yang pasti waktu malam sudah pasti jeket menyelubungi badan SG ini.

Untuk pengetahuan rumah-rumah disini kesemuanya diperbuat dari batu. 90% dari bahan serta kelengkapan membuat rumah derta aksesori adalah dari buatan tangan sendiri. Batu bata, tiang penyokong bumbung, tingkap serta perabut dirumah dibuat sendiri dengan menggunakan kayu jati, buluh serta kayu-kayu lain yang terdapat dihutan berdekatan. Yang mengejutkan SG, tak sangka batang pokok kelapa dijadikan tiang untuk menyokong bumbung rumah. Kesusahan hidup membuatkan mereka lebih kreatif untuk menghasilkan sesuatu. Jadi tak hairanlah dengan saiz rumah sebesar 20 x 60 kos membuatnya hanya mencecah IRP15 juta lebih (lebih kurang RM5 ribu). Kalu di Malaysia RM5 ribu tu hanya boleh nak buat jamban je kot. huhuhuhu

Rumah sebesar ini kosnya hanya sekitar RP15 juta (RM5 ribu)

Rumah bekas peninggalan boyot ku yang telah diubah suai.

Tanah yang dicampur dengan sekam padi dijadikan batu bata untuk membuat rumah

ni memang dah cukup kaya. (ownernya dulu bekerja di Malaysia)

Sekolah agama dan masjid desa.

Pejabat ketua kampung

Kat sini kalau dah ada basikal pun kira cukup bagus. Apatah lagi ada motorsikal, memang orang dah respek.  Mobil (kereta), rasanya hanya 2,3 buah je kat kampung ni. Jadi bila nak guna mobil-mobil ni, sudah pastilah kadar sewaannya melambung tinggi. Bayangkan untuk mengambil dan menghantar SG ke bandar Yogja sejauh 100 km ini pun, saudara terpaksa membayar IRP1 juta (RM345). Memang gila. Jadi dipendekkan cerita SG lebih suka untuk berjalan kaki untuk merayau2 disekitar kampun ini. Bila dibagi pilihan nak pergi rumah saudara yang lain nak guna jalanraya atau shortcut, SG lebih senang lalu shortcut dimana melalui jalan2 tikus dalam kebun yang melewati dapur rumah orang. Memang terasa sangat suasana semasa SG kecil-kecil dulu. Pengalaman yang amat berharga bagi SG disini.

Seronok dapat naik beca

gaya je lebih ni. Kalau bawa orang nak kayuh memang tak larat.

penuh anak2 desa atas lori. Bukan senang dia orang nak merasa naik.

Paling terharu, bila SG berkesempatan untuk menziarahi pusara boyot SG. Ada ke yang tak tahu boyot tu apa. Kalau tak tahu, boyot itu adalah atok kepada ayah SG. Jadi bila dah level SG ni, kena ler panggil boyot. Tapi bila level anak buah SG ni, nak panggil apa yer. Jika arwah boyot SG ni masih hidup, pasti beliau merasa sedih gila apabila keturunannya yang ke-4 (level anak buah) datang menziarahinya. Bukan senang nak dapat mencari asal usul keturunan ni. Tapi jika niat disertakan dengan usaha mencari, InsyAllah akan bertemu juga.

TARMUJI (boyot) -> SINAN (nenek) -> JOBRI (AYAH) -> SG (aku ler) -> Hafiz (Anak Buah)

Selama 4 hari menjadi warga desa Jlegiwinagun ini, maka selepas waktu subuh pada pagi Isnin 16/07/2012 lalu, dengan kesedihan SG merelakan perpisahan yang terjalin sementara untuk kembali pulang ketanah air. Sekali lagi SG berpelukan dengan bapa saudara, ibu saudara serta sepupu-sepupu dengan mengharapkan kami masih sempat lagi melawat mereka dimasa akan datang. Anak-anak kecil sepupu SG nampak terlalu sedih dengan kepulangan SG ini. Mana taknya anak2 kecil ini merasa mereka seperti anak SG sendiri akibat mendapat layanan istimewa dari SG. SG belikan jajan, dan macam-macam lagi untuk mereka dan dengan ikhlas sebelum pulang SG hulurkan IRP100 ribu seorang kepada 2 orang anak kecil ini untuk perbelanjaan mereka. Bukan apa sedih hati bila dapat tahu belanja sekolah mereka sekadar IRP1 ribu (34 sen) untuk sekolah sesi pagi dan IRP1 ribu juga untuk sesi petang. Kalau anak2 di Malaysia, tak dapat RM2 satu sesi persekolahan, memang mogok ler nampaknya.

Bergambar kenangan bersama keluarga emak saudaraku.

Habis ayam kena sembelih untuk menjamu kami. hahahaha

Emak saudaraku....

Anak dua pupuku. ehh betul ker sebutan ni?

Sedapnya makan.

Jadi kesimpulannya SG gembira disini kerana banyak mengimbau zaman-zaman susah keluarga SG masa lalu. Jika berkesempatan SG akan datang lagi bersama ahli keluarga lain yang teringin untuk kembali kezaman sukar seperti dulu. Bagi anak buah SG, di dah surender nak datang lagi. Maklumlah, zaman kelahirannya, semua dah ada. Jadi dengan tidak pernah merasa kehidupan yang susah membuatkan mereka cepat bosan akibat tiada apa2 hiburan yang boleh dibanggakan untuk dicerita kepada teman2nya. Semoga kita bertemu lagi. Mudah2han Allah mengizinkan.

Comel2kan. 

p/s: Jauh perjalanan luas pemandangan. Walaupun dengan kemudahan terkini yang ada, masih terasa jauhnya perjalanan ke kampung halaman nenek SG ini. Sampai sekarang masih terfikir, apa le pengangkutan mereka sewaktu hendak merantau ke Tanah Melayu di waktu sebelum zaman perang Jepun lagi mereka dah kesini. Andai katalah mereka tak jadi kesini, nampaknya warga negara aku sudah tentulah Indonesia. Huhuhuhu. Jasamu tetap dikenang. Thanks atuk dan nenekku kerana berani merantau meninggalkan kampung halaman demi mencari rezeki dan kehidupan baru di bumi orang.

Share this article :

2 comments:

  1. Great pictures! I will be visiting these locales next month. It would be nice to know if there are any indoor cycling classes ? Can't afford to miss my workouts.

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger