Headlines News :
.
Home » , , » Ibu mertuaku - Akhirnya kau pergi juga. Alfatihah....

Ibu mertuaku - Akhirnya kau pergi juga. Alfatihah....

Written By Unknown on Saturday, July 16, 2011 | 11:02

Tanggal 9 Julai 2011 yang lalu, SG sekeluarga terpaksa merelakan pemergian ibu mertua untuk selamanya. Arwah yang sememangnya sudah lama terlantar menanggung kesakitan, akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 01:40 pagi. Arwah yang bernama Hajah Khatirah Binti Sadirun telah pergi ketika usianya menjangkau 63 tahun.

Sebenarnya pada malam itu, SG sekeluarga seperti susah untuk melelapkan mata. Anak2 pula tidur tidak lena. SG bersama isteri, kebetulan baru nak masuk tidur. Isteriku dkejutkan dengan panggilan bahawa ibunya sudah tiada. Dengan otak yang buntu, kami berkemas barang apa yang nampak, mendukung anak2 yang sedang tidur dan terus balik ke kampung isteri. Jarak perjalanan tak ler jauh mana. 25 minit je. Sampai disana, sudah ramai adik beradik isteri sudah berkumpul. Menangis meratapi pemergiannya serta sudah ada yang mula mengaji AlQuran.

Rasanya hampir 8 bulan juga Arwah sudah merana. Masuk wad & ICU dah banyak kali. Rawatan tradisional hanya SG sekeluarga saja yang mahu buat. Adik beradik isteri yang lain. Semua tak percaya. Dulu SG pernah posting artikel penyakit arwah yang bertajuk "Antara wang ringgit dan ibu bapa - Manakah yang lebih penting?". Cukuplah artikel itu meluahkan rasa terkilannya SG sekeluarga. Tak perlulah diungkit2 lagi. Walaupun hospital dah tak boleh terima Arwah lagi, semua adik beradik tak boleh nak fikir apa lagi usaha yang nak dibuat. Sampai ada yang kata, "dah tak boleh nak buat apa. Hospital pun dah tak boleh rawat". Astagfirullah. Tapi apa yang pasti hanya bulan lepas sekali sahaja adik ipar membawa Arwah ke Darul Syifa. Malangnya tak ada pun rawatan susulan.

Last SG jumpa Arwah sewaktu SG balik kampung. Itupun 3 minggu sebelum Arwah meninggal. Bukan apa, selepas SG balik dari kampung tu, SG kena Chicken Pox. Seminggu dah kena kuarantin. Hujung minggu kedua pula, rumah emak saudara buat kenduri. Minggu ke-3 barulah dapat balik, tapi itupun Arwah sudah meninggal dunia. Ada kebaikan juga hari2 terakhir sebelum meninggal, arwah dimasukkan ke wad. Jadi Isteri SG dapatlah menjeguknya selama dua hari berturut2. Walaupun sewaktu nazaknya isteri tiada disisi, sekurang2nya isteri dapat juga berjumpa diwaktu2 terakhir hayatnya. Jumaat terakhir Arwah telah pun diarahkan pulang. Ini berkemungkinan pihak hospital juga sudah mengetahui hayatnya tidak lama. Kalau dulu pulang dari hospital berbekalkan sebakul ubat, kali ini hanya 1 jenis sahaja yang dibekalkan.

Apapun Arwah selamat dikebumikan pada pagi Sabtu tersebut. Orang lain sibuk pasal perhimpunan BERSIH, kami pula sibuk menguruskan Arwah. Mungkin hari kematiannya mudah dikenang. Sehari dengan BERSIH 2.0 (9 Julai 2011). Cuma apa yang mengelikan hati SG sikit, permit pengkebumian tu tarikh yang tertera adalah salah. Sepatutnya 9/7/2011, tapi polis yang mengambil report tu tulis 09/06/2011. Itupun pagi setelah edaran slip2 ni ada yang bagi tau. Bila tanya Abang Ipar yang buat report tu, tak check ke? emmm.. Dah tau le apa jawapannya. Itulah padahnya bila Pihak polis pun dah trauma pasal 9 Julai ni. Gara2 kerahan tenaga sempena BERSIH ni. Pe pun terima kasih kepada pihak Polis kerana sudi membetulkan kembali. Biasalah manusia. mesti ada silap. Lagi2 pagi2 buta wat report.

Hari ini, genaplah seminggu pemergian Arwah. Selesailah sudah tahlil 7 hari berturut2 serta berkampung dirumah mertua juga 7 hari berturut2. Barulah ada masa terluang untuk kembali aktif dengan kegiatan harian kembali. Apapun yang pergi tetap akan pergi dan tak akan kembali. Anak2 yang masih ada jadikanlah ia satu pengajaran diatas apa yang mereka lakukan. Semasa masih ada ayah lagi ni, buatlah yang terbaik. Janganlah bertelagah kembali seperti yang sudah2. SG hanya sebagai menantu, apalah daya SG berbanding kuasa anda anak2 dari darah dagingnya. Semoga roh Arwah dicucuri rahmat. AlFatihah.......








Pergi Tak Kembali - Rabbani
Mp3-Codes.com
Share this article :

7 comments:

  1. takziah SG..setiap yang hidup pasti akan merasai mati..Al-Fatihah

    ReplyDelete
  2. takziah dari kami. al-fatihah

    ReplyDelete
  3. Salam takziah..
    Al-Fatihah buat arwah..

    ReplyDelete
  4. Takziah... Al-Fatihah. untuk Hajah Khatirah Binti Sadirun.. amin

    ReplyDelete
  5. ~Salam...Takziah diucapkan kepada Arwah semuga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger