Pasukan Liverpool akan terbang ke Asia pada ahad nanti untuk perlawanan menentang China dan Malaysia. Menurut kata King Dalglish, dia amat berharap Gerrard akan mendapat kecergasan sepenuhnya dalam masa 8 hari selepas pulangnya pasukan dalam siri jelajah Asia ini. Gerrard telah menjalani pembedahan pangkal peha pada bulan Mac lalu selepas perlawanan terakhirnya pada musim 2010-2011 menentang Manchester United. Ketika ini beliau masih menjalani pemulihan di kem latihan Melwood.
Kata King Dalglish lagi, sudah pasti peminat2 di Asia akan berasa kecewa kerana tak dapat melihat kelibat kapten kesayangan mereka. Berehat di England adalah perlu kerana dia akan berada dalam keadaan terbaik bagi memimpin kelab menjelang perlawanan pembukaan menentang Sunderland pada 13 Ogos nanti.
Bagi Gerrard pula, beliau sebenarnya tidak sabar untuk bersama2 kelab bagi kunjungan ke China dan Malaysia untuk bertemu peminat. Malangnya dia belum benar2 cergas dan apa yang dilakukannya ini bukanlah untuk mengecewakan peminat, tetapi adalah untuk jangkamasa panjang bagi dirinya dan kelab.
Berikut adalah luahan isi hati Gerrard
- Kita semua sedar bahawa peminat dari banyak negara telah memberi sokongan yang luar biasa terhadap kami. Tetapi setelah saya duduk berbincang dengan kakitangan perubatan di Melwood, mereka memutuskan saya untuk terus berada disini kerana itu sajalah jalan yang terbaik buat kami.
- Ia amat mengecewakan saya kerana tidak dapat bersama2 peminat. Tetapi saya yakin pasukan kami akan memberi persembahan terbaik ketika kunjungan nanti bagi menghargai peminat2 kami.
- Saya benar2 meminta maaf kerana menghampakan peminat2 saya.
Marilah kita doakan agar kapten kita cepat sembuh. Walaupun kita agak terkilan kerana beliau tidak ada, tetapi untuk masa panjang kelab adalah suatu kebaikan.
p/s: Bila Kapten Gerrard tak dapat datang, sapa nak beli tiket SG wei... SG nak kumpul duitlah. Nak turun Anfield jumpa my Captain Fantastic..
janji yg lain dtg
ReplyDeletePengakuan yang tulus dan jujur