Headlines News :
.
Home » , , , » Malaysia 3-6 Liverpool - Aquilani dan Ngog diberi peluang kedua di Anfield

Malaysia 3-6 Liverpool - Aquilani dan Ngog diberi peluang kedua di Anfield

Written By Unknown on Sunday, July 17, 2011 | 00:15

Siri jelajah pasukan Liverpool di Malaysia hari ini ditamatkan dengan perlawanan persahabatan menentang skuad kebangsaan Malaysia. Perlawanan persahabatan ini adalah amat ditunggu2 oleh seluruh peminat Liverpool samaada di Malaysia, Singapore, Thailand dan Brunei. Stadium Nasional Bukit Jalil dibanjiri penyokong yang mula tiba di perkarangan stadium sekitar 10 pagi lagi. Dianggarkan semasa perlawanan lebih 84000 penonton hadir. Sememangnya Liverpool FC kaya dengan mencipta sejarah. Rasa dah macam dalam suasana perlawanan akhir pula.

Buat pertama kalinya dalam sejarah pasukan Liverpool menjejakkan kaki ke bumi Malaysia dan menentang pasukan kebangsaan. Keputusan penuh 6-3 yang memihak pasukan Liverpool adalah kemenangan kedua selepas menang 4-3 di China menentang Guangdong dalam siri jelajah Asia 2011. Walaupun ia sebagai perlawanan pemanas badan, ia amat perlu bagi menjamin kecergasan serta persediaan bagi mengharungi EPL musim 2011/2012 bulan hadapan.


Charlie Adam (pen), Ngog (2), Maxi rodriguez (2) dan Kuyt adalah penyumbang gol bagi pasukan Liverpool. Sementara jaringan cantik dari sepakan percuma Shafiq Rahim dan dua gol dari Safee sali pula memberi gambaran bahawa pasukan kebangsaan bukanlah mudah untuk dijinakkan. Apapun tahniah kepada skuad kebangsaan dibawah bimbingan k. Rajagobal kerana berjaya mengekang beberapa asakan lawan serta dapat bertindak balas dan menghukum atas kealpaan pertahanan pasukan Liverpool. Ini menjanjikan pengalaman yang amat berharga bagi persediaan menentang Singapore minggu hadapan.




MALAYSIA: Mohd Sharbinee Allawee (Khairul Fahmi Che Mat), Mahali Jasuli, Mohd Asraruddin Putra, Mohammad Fadhli Mohd Shas (Mohd Rizal Fahmi), Shafiq Rahim (C) (Ismail Faruqi), Amar Rohidan (K. Gurusamy Govandar), Ahmad Fakri Shaarani (Shahrizal Mohd Saad), Abdul Hadi Yahaya (Izzaq Faris Ramlan) (Mohd Safee Mohd Sali), S. Kunalan, Baddrol Bakhtiar, Mohd Muslim Ahmad.

LIVERPOOL -1st Half : Brad Jones, Jonathon Flanagan, Raul Meireles, Daniel Agger, Andy Carroll, Joe Cole, Jack Robinson, Jay Spearing, Conor Coady, Jamie Carragher (Ketua Pasukan), Charlie Adam.

2nd Half : Martin Kelly, Christian Poulsen, Jonjo Shelvey, Alberto Aqualini, Maxi Rodriguez, Sotirios Kyrgiakos, Dirk Kuyt, Emiliano Insua, Dany Wilson, David Ngoc, Peter Gulacsi (Martin Hansen)

Dalam perlawanan tadi juga kita dapat saksikan bagaimana peminat amat memuji dengan persembahan Aquilani dan Ngog. Oleh itu selepas tamat perlawanan tadi, pemilik Liverpool John Henry dalam Twitternya tanpa berselindung bersedia memberi peluang kedua kepada mereka berdua untuk terus berada di Anfield.

Aquilani yang dibeli oleh Rafael Banitez pada tahun 2009 untuk mengantikan posisi Xabi Alonso, bergelut dengan masalah kecederaan sepanjang musim 2009/2010. Akhirnya pada musim lalu dibawah kendalian Roy Hodgson beliau dipinjamkan ke Juventus. Walaubagaimanapun Juve tidak berminat untuk menandatangani pemain berusia 27 tahun ini. Dengan rela hati beliau kembali semula ke Anfield dan hasilnya pengalamannya berada di Juventus telah pun beliau persembahkan dan memberi kemajuan kepada pasukan.

Ngog selama ini kedudukannya hanyalah sebagai penyerang gantian sahaja. Pada awal musim 2010/2011 beliau telah berjaya membuktikan kebolehannya dengan menjaringkan beberapa gol penting. Dengan keadaan prestasi bekas penyerang Liverpool ketika itu Torres yang agak merundum, beliau mula diberi kepercayaan oleh Hodgson. Malangnya di pertengahan musim, aksi beliau mula menghampakan. Akibatnya beliau mula dipinggirkan setelah kehadiran Suarez dan Caroll. Apapun beliau mula bangkit memukau semula dalam dua perlawanan dalam siri pemanas badan Asia tour ini.

Nampaknya ketika ini, semua pemain2 di kem Liverpool berlumba2 bagi memastikan tempatnya kekal di Anfield. Selain Ngog dan Aquilani, Joe Cole juga mula mencuri perhatian. Apapun ia adalah persaingan sihat demi meningkatkan semula mutu permainan dan kejayaan pasukan. Bagaimana pula dengan Caroll? sedikit kecewa dengan persembahannya tadi. Charlie Adam pula terus memukau dan menyakinkan.


p/s: Separuh masa pertama tadi isteri SG cakap, kenapa le Liverpool ni lembik sangat. SG cakap" main petang tu, mana dia orang biasa. lagipun senarai pemain 1st half tadi kurang menyakinkan. Tengoklah 2nd half nanti." Ramalan SG benar belaka.. 2nd half punya pemain lebih menyakinkan....
Share this article :

1 comment:

  1. cole buat aku menyeram jea..asyik2 cekap pinggan..
    HARUS DISINGKIRKAN!!

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger