Headlines News :
.
Home » , , , » K. Rajagobal dan Safee Sali yang lupa diri..

K. Rajagobal dan Safee Sali yang lupa diri..

Written By Unknown on Monday, July 18, 2011 | 00:38

Hari ni SG geram, marah dan sakit hati betul dengan kenyataan K. Rajagobal serta Safee Sali ni. Jangan mempermainkan isu patriotik kalau sendiri pun hakikatnya tak serupa bikin. Bayangkan berapa ribu malah juta orang rakyat Malaysia yang selama ini menyokong pasukan kebangsaan, hanya berubah baju atau jersi semata2 menyambut ketibaan kelab kesukaan mereka dalam waktu yang singkat dilabelkan tidak patriotik.

Dalam temubual K. Rajagobal bersama TV3, beliau menyatakan penyokong2 yang tidak memakai baju biru dilabelkan sebagai tidak patriotik yakni tidak mencintai negara. Apa punya ceteklah pemikiran dia ni. Habis tu bagaimana pula mereka2 yang memakai jersi kuning? Tak patriotik gak ke. Bukan ke itu jersi no. 1 Malaysia. Ke takut nak sebut warna kuning sebab nanti kena label menyokong BERSIH. Tolonglah jangan memainkan isu2 yang tak berkenaan dalam sukan. Ni mesti tak faham apa istilah sukan itu yang sebenarnya.

Walaupun kenyataan itu sememangnya dituju khas buat lebih 80000 penyokong2 Liverpool yang telah membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil dengan berpakaian merah semalam, Tapi beliau kena ingat, di Malaysia ni, bukan ada Liverpool punya peminat saja, malah Arsenal, MU, Chelsea dan sebagainya. Adakah mereka semua tak patriotik? Tak dengar ke sewaktu perlawanan semalam semasa Safiq dan Safee menjaringkan gol, siapa yang bersorak, melompak bagai nak gila kat stadium tu kalau bukan penyokong yang memakai jersi merah itu sendiri. Melaungkan nama Malaysia, takkan K. Rajagobal dah pekak kot.

Safee pula mengulas dilaman sosial FBnya, mengajak semua peminat menyokong pasukan kebangsaan dengan datang ke Stadium memakai baju biru juga. So bila nanti perlawanan menentang Chelsea pula bagaimana. Bukan ke Chelsea juga biru. Kenapa tak cakap je kuning dan biru. Trauma juga ke nak sebut kuning ni. Suka2 je nak melebalkan penyokong tak patriotik. Sebenarnya Safee kena tanya diri sendiri dan rakan2, patriotikkah mereka ni. Siapa selama ini di sebalik tabir kejayaan mereka yang tak penat2 menyokong pasukan kebangsaan. Aduhai....

Bagi K. Rajagobal dan Safee, ingatlah anda sebenarnya perlu membetulkan pasukan kebangsaan. Bukan membetulkan penyokong2. Tanpa penyokong siapalah anda. Sepatutnya mereka berterima kasih kerana bukan mudah nak  mengumpulkan penonton ke stadium seramai lebih 80000 orang ni. Lagi2 dalam perlawanan persahabatan. Dalam diam2 FAM tersenyum lebar bila kantongnya penuh diisi oleh duit tiket peminat. Bayangkan ambil purata saja RM60 satu tiket. Darab 80000, kira ler sendiri. Itulah duit buat bayar gaji mereka2 ni. Itu pun x bersyukur lagi.

Baru berada diatas sikit dah nak mengutuk peminat. Tolong ler sedar diri. Profesional sikit. Jangan duduk bawah katak tempurung lagi. TV3 pun satu. sepatutnya tak perlulah menyiarkan ulasan K. Rajagobal ni. jagalah hati penyokong2 ni. Jangan asyik nak kumpul cerita panas je sampai tak tahu menilai mana yang baik dan buruknya. Jangan sampai ada yang boikot korang dah ler...

Lepas ni sekuad kebangsaan tak payahlah nak sebuk2 wat game persahabatan dengan team2 luar negara. Lawan jer team2 kat malaysia ni.. Barulah patriotik fantastik kot.. Dasar Kolot...

p/s: Lepas ni SG nak datang stadium tak payah pakai baju. Jadi penyokong neutral. Sokong pengadil....huhuhuhu
Share this article :

4 comments:

  1. Pemikiran penyokong team ManUre memang dah terserlah! Cakap pasal patriotism tapi tak paham aper maksudnya.... contoh: kalau patriotik sangat pesal sebut dia penyokong team Manure...Dua2 bodoh...saya ulang Raja bebal dan Safee Sekali BODOH!... Bodoh nak mampus!

    ReplyDelete
  2. owh..ptt ler panas kapten SG pepagi nih..
    sabor.. hihi

    ReplyDelete
  3. laaa..sukati peminat la nk pakai bj apa.kaler apa. sik baik kami dtg nk pakai bj..kalu x pakai? eeee pakai bj tu hak peminat. eeeee


    Kerana LiverpoolFC episode 1

    Kerana LiverpoolFC episode 2

    ReplyDelete
  4. *anies*... Kalau ko btl2 wat x pkai baju dtg stadium, SG ler org pertama lepak sebelah ko. x pyh tgk game bola pun x per. tgk ko jer. hahahhahahaha

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger