Headlines News :
.
Home » , , , » Perpindahan musim panas 11/12 - Stewart Downing pemain ke 4 Liverpool miliki.

Perpindahan musim panas 11/12 - Stewart Downing pemain ke 4 Liverpool miliki.

Written By Unknown on Saturday, July 16, 2011 | 06:55

Selepas 4 jam menandatangani penjaga gol Roma Alexander Doni, kini sekali lagi berita gembira untuk peminat2 Liverpool FC kerana akhirnya sandiwara berkenaan pemain sayap Aston Villa Stewart Downing terlerai sudah. Menurut laman web rasmi LiverpoolFC, Downing telah selesai meletakkan pen di atas kertas perjanjian contrak setelah melepasi ujian perubatan di Melwood.

Downing yang berunur 26 tahun mempunyai 27 caps bersama skuad England, Melengkapkan perpindahan dengan kontrak jangkamasa panjang di Anfield. Dengan yuran perpindahan sebanyak £20 juta dari Aston Villa, ini bermakna Downing adalah pemain keempat termahal dalam sejarah kelab merangkap pemain keempat yang berjaya dimiliki oleh Comolli dan Dalglish di musim perpindahan 2011 setakat ini.


Menurut Downing di laman web rasmi LFC. " ia adalah sesuatu perasaan yang hebat. Masa yang panjang dan terpaksa menunggu berminggu2 dan akhirnya saya gembira kerana berjaya berada disini".

"Dengan tradisi pemain, pengurus serta peminat, berbagai cubaan dan halangan besar yang menghalang saya untuk menuju kesini. Ia akan menjadi sesuatu yang hebat bermain di Anfield kerana selain dari suasana yang mengembirakan ia juga dari peminat2 yang hebat".


"Apabila saya mahu datang ke Liverpool, perkara pertama yang saya fikir adalah - bermain di Anfield di depan peminat setia yang hebat. Saya benar-benar berharap kepadanya".

Nampaknya 75% misi Comolli dan Dalglish tercapai. Sekarang hanya pemain dibahagian pertahanan saja yang menjadi buruan. Apapun kita hanya akan melihat kelibat Downing yang dijangka membuat penampilan pertamanya bersama Liverpool menentang Hull City selepas kembalinya pasukan dari jelajah Asia.


Profile Downing

Full name : Stewart Downing
Date of birth : 22 July 1984
Place of birth : Middlesbrough, England
Height : 1.80 m (5 ft 11 in)[1]
Playing position : Left Winger


Semoga kehadiran Stewart Downing ini, akan memberi impak besar kepada pasukan. Semoga anda berjaya dan memberi yang terbaik untuk Liverpool.. YNWA......


p/s: Melepas ler kita nak tengok aksi Doni & Downing di Malaysia. Kalau tak lagi bertambah meriah le Jelajah Asia ni.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger