Headlines News :
.
Home » , » Misi stadium baru dan membuang sampah di Anfield

Misi stadium baru dan membuang sampah di Anfield

Written By Unknown on Saturday, July 9, 2011 | 00:01


Hari ini selepas Liverpool berjaya memiliki Charlie Adam, pemilik pasukan Liverpool mula mengeluarkan arahan yang sepatutnya sudah lama keluar dari mulutnya. " Pemain2 yang tidak diperlukan, mesti meninggalkan Anfield". Itulah ayat yang keluar dari mulut John W Henry.

Dengan datangnya beberapa muka2 baru, sudah pasti pemain2 yang hanya banyak memanaskan bangku simpanan ini perlu diuruskan perpindahan mereka. Apalagi dengan mereka2 yang dibayar gaji dengan harga tinggi. Mungkin sudah terlalu seronok makan gaji buta. Jadi apabila arahan telah keluar, maka mereka2 seperti Jovanovic, Konchesky, Joe Cole dan Poulsen wajib mengangkat kaki untuk membawa haluan masing2. Menurut Comolli, dalam masa 54 hari lagi tempoh perpindahan ini, beliau menjangkakan akan ada pemain lagi yang keluar dan masuk mengikut kesesuain pengurus kita Dalglish.

Liverpool tinggalkan Anfield? termasuk dalam musim perpindahan juga ke...?

Selain itu juga John W Henry menyatakan perancangan untuk membina stadium baru mungkin menjadi kenyataan. Ini kerana dengan adanya stadium baru di Stanley Park tersebut akan menambahkan lagi jumlah penonton serta meningkatkan lagi hospitality pasukan.


Walaubagaimanapun, Liverpool masih dalam dilema samaada ingin membesarkan stadium Anfield yang penuh lagenda itu atau meneruskan pembinaan stadium baru tersebut, Apapun perbincangan pihak pengurusan akan diketahui dalam masa terdekat ini..
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger