Headlines News :
.
Home » , , » Final Copa Amerika 2011 - Uruguay 3-0 Paraguay - Suarez memang terbaik.

Final Copa Amerika 2011 - Uruguay 3-0 Paraguay - Suarez memang terbaik.

Written By Unknown on Monday, July 25, 2011 | 11:32

Suarez oh Suarez. Kau memang terbaik dari ladang. Kehadirannya dalam kejohanan Copa Amerika kali ini menenggelamkan nama2 besar seperti Messi, Neymar dan Tevez. Kau memang hebat Suarez.

Uruguay amat bertuah kerana mempunyai gandingan tiga serangkai yang mantap. Luis Suarez, Diego Martín Forlán dan Álvaro Pereira adalah pelengkap kejayaan gemilang Uruguay bagi tahun 2011 ini. Jaringan Suarez (1) serta Forlan (2) membawa Uruguay dimahkotakan sebagai juara Copa Amerika mengalahkan Paraguay 3-0.


Tapi sayang, 1 gol sumbangan Suarez itu tidak cukup untuk menjadikannya penjaring terbanyak kejohanan. Ini kerana jika sebelum ini Suarez membuat jaringan yang sama banyak bersama Sergio Agüero iaitu 3 gol, tetapi semalam ia telah dipintas oleh pemain Peru, José Paolo Guerrero yang menjaringkan hatrik dalam penentuan tempat ketiga dan keempat. Guerrero mengumpul keseluruhan 5 gol dan diikuti Suarez 4 gol. Walaupun ia sedikit mengecewakan Suarez, tetapi kejayaannya menjulang negaranya sebagai juara sudah memadai.


Apapun tahniah kepada Suarez serta rakan sepasukannya kerana telah berjaya menjadi wira kepada Uruguay. Kepulangannya ke kem latihan Melwood sudah pasti akan ditunggu oleh rakan2 Liverpool untuk meraikan kejayaannya bersama.


Senarai penjaring terbanyak kejohanan
  1. José Paolo Guerrero (Peru) - 5 Gol
  2. Luis Suarez (Uruguay) - 4 Gol
  3. Sergio Agüero (Argentina) - 3 Gol
  4. Felipe Caicedo (Ecuador) - 2 Gol
  5. Pato (Brazil) - 2 Gol
  6. Neymar (Brazil) - 2 Gol
  7. Radamel Falcao Garcia (Colombia) - 2 Gol
  8. Álvaro Pereira (Uruguay) - 2 Gol
  9. Diego Martín Forlán (Uruguay) - 2 Gol
p/s: Alangkah bagusnya kalau Liverpool sambar partner2 suarez ni. Mesti tip top meletop. Tapi Carroll nak letak kat mana pula? huhuhuhuh
Share this article :

1 comment:

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger