Tahniah kepada pasukan Olimpik Malaysia di bawah pimpinan Ong Kim Swee. Memang ada class tersendiri. Walaupun bermula dengan agak goyah, tapi dipenghujung2 perlawanan cemas John Terry dibuatnya. Terpaksa Terry jadi gengster tak nak bagi anak2 harimau ni lepas. Kalaulah gol yang sepatutnya memang tak gol pun tu tak diterima, sudah pasti menjadi satu tamparan hebat buat Villa Boas dan juga K. Rajagombal.
Rajagombal? apa kena mengenanya dengan game Chelsea ni. Sememangnya tiada kena mengena, tapi, bila dia tengok anak2 buah Ong Kim Swee ni main, pertahanannya lagi hebat. Penjaga gol, tak payahlah nak komen lagi. Bengang je budak merajuk & Drogba keeper dapat halang percubaan mereka. Geng2 gombal 2 perlawanan lepaskan 7 gol. So gombal kenalah belajar sesuatu dari game tadi. Tingkatkan mutu pasukan anda dari dok menyalahkan
Rasanya kalau 1st half tadi harimau tak guna kuda2 tua seperti Norhafis, Amri dengan Khairuddin, rasanya kita dapat lihat permainan seperti separuh masa kedua tadi. Apapun kita bangga walaupun kalah, hakikat yang sebenarnya seri kerana bola kelihatan jelas tak melepasi pun garisan gol. Mungkin waktu kejadian ada penonton tembak laser kot kat mata linesman, tu yang silau & terus kata bola dah masuk. Tapi Chelshit? balik dengan kegagalan. Macam ni punya main, mau rasanya musim depan dia terima pula nasib macam Liverpool dulu. Tukar2 dan sama2 rasa. barulah tau langit tu tinggi ke rendah. hehehhehhe
Jom layan gol yang tak bermaruah ni...
p/s: Sabtu ni tak sabo nak tengok anak2 buah Gombal main. Jangan cakap je lebih tapi habuk pun tak ada sudah le. Walauapapun, Malaysia tanah tumpahnya darahku, Liverpool tetap dihatiku selamanya. YNWA...
gombal blom boleh tabik dada
ReplyDeleteKerana LiverpoolFC episode 4 (finale)
kalah dengan Chelsea pun ko nak bangga2kan Msia? Adeh... Butalah refleksi dulu kenapa boleh camtu... bukannya nak bongkak trus.. emangnya xkan pernah menang la kalau semua pun pikir macam engko
ReplyDelete