Headlines News :
Home » , , » Alvaro Pereira - Misi melengkapkan pertahanan kiri

Alvaro Pereira - Misi melengkapkan pertahanan kiri

Written By saleehs gerrard on Thursday, July 28, 2011 | 03:36

Khabarnya Dalglish telah mula menjejaki pemain pertahanan kiri bagi mengisi kekosongan tempat yang ditinggalkan oleh Konchesky. Pemain yang menjadi sasaran beliau kali ini sudah tentu Alvaro Pereira pemain dari kelab Porto merangkap pemain kebangsaan Uruguay yang telah ditabalkan juara Copa Amerika 2011 baru2 ini.

Setelah membelanjakan £ 50m untuk membeli Adam, Henderson dan Downing, Liverpool bersedia untuk membayar £ 17.5m untuk mendapatkan Pereira. Walaubagaimanapun, bukan Liverpool sahaja berminat terhadap rakan senegara Suarez ini, malah Arsenal dan Juventus juga mula menunjukkan minat dengan prestasi semasa pemain ini. Menjaringkan 2 gol dalam kejohanan Copa Amerika baru2 ini, ia sudah pasti menjadi rebutan banyak pasukan.

Ketika ini Liverpool sememangnya mempunyai masalah pemain pertahanan dibahagian kiri. Ini kerana Aurelio kecergasannya amatlah diragukan. Sementara Insua pula sudah dalam senarai untuk dilelong. Musim lepas Dalglish terpaksa menggunakan khidmat pemain serba boleh Glen Johnson, walaupun hakikatnya pemain ini adalah dari posisi sebelah kanan. Diawal musim perpindahan Liverpool cuba mendapatkan Gael Clichy dari Arsenal. Malangnya pemain itu memilih Manchester City sebagai majikan barunya. Walaupun begitu Liverpool sebenarnya masih menaruh harapan terhadap pemain Newcastle Jose Enrique untuk berpindah ke Anfield.

Suarez dan Pereira - Gandingan mantap ketika aksi Copa Amerika 2011 lalu
Jika dibandingkan prestasi semasa antara Enrique dengan Pereira, sudah tentu Pereira adalah yang terbaik.Sumbangan anak didik bekas pengurus Porto yang menyertai Chelsea Andre Villas Boas ini terhadap Porta serta Uruguay amat le besar sekali. Pengalaman serta kejayaan sebagai benteng pertahanan, sekurang2nya boleh membantu merealisasikan impian Liverpool.

p/s: Suarez, bodek2lah Pereira tu. Dah tentu dia antara partner ko yang terbaik dalam skuad Uruguay. Pujuk tau...
Share this article :

1 comment:

  1. memang mantaplah!! agger Kelly kena kerja keras kalau mahu dpt tempat

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger