Headlines News :
.
Home » , » Steven Gerrard sambung MC lagi

Steven Gerrard sambung MC lagi

Written By Unknown on Saturday, July 30, 2011 | 23:10

Sah Kapten Fantastic Liverpool, Steven Gerrard masih belum cergas dan bergelut dalam memulihkan kecederaan pangkal pehanya. Hari ini Gerrard telah dimasukkan semula ke hospital untuk menerima rawatan antibiotik kerana beliau telah terkena jangkitan selepas dari pembedahan pangkal pehanya. Gerrard akan berada dihospital untuk beberapa hari lagi sehingga beliau benar2 pulih dari jangkitan berkenaan.

Selepas itu Gerrard akan kembali semula ke kem latihan Melwood untuk meneruskan program pemulihannya dan dijangkakan akan pulih sepenuhnya sekitar awal bulan September nanti. Ini bermakna Gerrard akan terlepas aksi pembukaan menentang Sunderland pada 13 Ogos, Arsenal dan Bolton untuk perlawanan seterusnya. Begitu juga dengan aksi kelayakan EURO 2012 pada awal September nanti menentang Bulgaria dan Wales, walaupun Gerrard dijangkakan sudah pulih, tetapi yang pastinya sudah tentu Dalglish tidak akan memberi pelepasan kepadanya.

Jika semuanya berjalan seperti yang dirancang, Gerrard akan muncul untuk aksi pertamanya pada musim 11/12 ini pada perlawanan menentang Stoke City pada 10 September nanti. Hakikatnya jika ia bermain pada perlawanan itu, adakah beliau 100% pulih. Sekiranya belum adalah baiknya beliau terus disimpan sehingga Oktober. Ini kerana kita tidak mahu, Gerrard yang masih belum cergas sepenuhnya akan kembali tercedera. Diharap pihak perubatan serta Dalglish dapat memastikan pemain idola penyokong2 Liverpool ini tidak melalui musim baru dengan hanya memanaskan bangku penonton sahaja. Good Luck Steven G..
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger