Headlines News :
Home » , , » Liga Super 2011 - Red Giant yang hampeh...

Liga Super 2011 - Red Giant yang hampeh...

Written By saleehs gerrard on Thursday, July 7, 2011 | 02:47

Apalah nasib pasukan negeri kesayangan SG ni. Semakin merundum pula musim 2011 ini. Mengharapkan menjadi juara liga Super di perlawanan akhir dalam liga malam tadi, tapi yang dikendong tak dapat, yang dikejar berkeciciran.


Apa tidaknya. Sepatutnya tak payahlah nak fikirkan pasukan Red Worriors yang dah tentu nak jadi juara. Fikirkan diri sendiri cari kemenangan untuk bertahan ditempat kedua. Ni main macam dah juara je. Seri 0-0 pula dengan Perak. Kesudahannya di selekoh terakhir, Penyu yang kononnya terhegeh2, dengan selamba jer memintas untuk duduk tempat kedua. Dah kena tendang tempat ketiga.

Red Worriors memang tak payah nak cakap ler. Memang tengah tip top. Sebelum game pun nak cari draw jer. Tapi mereka menang juga 2-1 lawan Sabah. Tapi semangat juang sang Penyu lagi hebat. Takkan kalah sebelum wisel penamat. Sebiji ler cerita macam Final piala FA ari tu. So malam tadi di belasahnya Felda United 6-2. Habuannya dapatlah no. 2 memijak Red Giant ke no.3.

Apa lagi yang SG nak harapkan. Piala Malaysia?. Emmm. Tah ler. Kalau dah striker pun hampeh macam Rudi Ramli ni, memang aku tak boleh nak berharap. Kunyah Chewing gum jer le yang ko tahu. Dari 3 piala, turun ke 2 piala. Tahun ni piala apa yang dapat. Bala ada ler kot. Entah ler...

Tahniah untuk pasukan Kelantan yang menjadi juara Liga Super 2011 buat pertama kalinya dalam sejarah.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger